Monday, March 22, 2004

Bukan aku tak suka kamu

Tamatlah pilihanraya. Yang menang, gembira. Yang kalah, berduka. Yang tak puas hati, kira semula.

Rasanya malas aku nak ulas tentang keputusan pilihanraya kali ini. Tidak dalam weblog ini. Pasti lebih banyak ulasan bernas dalam weblog lain. Aku bukan pemerhati politik, jauh sekali ahli pada mana² parti politik. Yang pasti, aku pergi mengundi. Siapa yang aku undi? Tak kisah lah dia dari parti mana, yang pasti aku tidak mengundi seorang perempuan untuk menjadi seorang pemimpin.

Wahai perempuan, maafkan aku kerana tidak mengundi kamu. Bukan aku tak suka kamu. Aku sendiri seorang perempuan, pasti aku tahu kebolehan dan keupayaanku. Cuma aku sedar, aku ini hanya dicipta dari tulang rusuk seorang khalifah. Sekiranya telah terdapat ramai khalifah di sekeliling ku, bagaimana pula aku - sekadar sebatang tulang rusuk - layak mengetuai khalifah² itu?

Wahai perempuan, maafkan aku kerana tidak mengundi kamu. Bukan aku tak suka kamu. Tapi aku kasihan. Sekiranya engkau memimpin kelak, aku bimbang kau jarang dapat melayan dan membelai suamimu dengan sempurna, sehingga dia akhirnya merasa sunyi dan mencari belaian dari wanita lain pula. Aku kasihan pada anak² yang kurang mendapat perhatianmu kerana kau pasti sibuk ke sana ke mari menyelesaikan masalah rakyat yang kau wakili. Aku bimbang bila engkau terpaksa bertemu dengan golongan lelaki pelbagai jenis. Bukan mudah untuk menolak sekiranya mereka menghulur tangan ingin bersalaman denganmu. Bimbang nanti suami mu cemburu. Bimbang perkara sedemikian dijadikan bahan untuk musuh² menikam mu.

Wahai perempuan, maafkan aku kerana tidak mengundi kamu. Bukan aku tak suka kamu. Aku cuma bimbang, tatkala engkau cuba membela maruahku dan maruah perempuan lain di bawah pimpinanmu, maruah mu sendiri tidak terbela, dengan mudah dicerca, dicela, dinista. Aku tahu engkau pasti kuat untuk mengharunginya. Kerana aku juga seorang perempuan, kuat sepertimu. Tapi usahlah kita menjadi Hindun (ketika zaman jahiliahnya), gagah berani di barisan hadapan bersama lelaki, sekadar untuk diingati sebagai si pelapah jantung dan hati. Biarlah kita menjadi Sumaiyyah, menyuntik kekuatan kepada anak² dan suami, bukan di medan perang dia mati, namun tetap disanjung sebagai wanita pertama syahid di jalan Illahi.

5 Comments:

Anonymous Spiral said...

Sebagai seorang yang bernama lelaki, (walaupun aku hanya sekadar memimpin sebuah keluarga) cukup aku rasa terharu dengan penulisan ini... Syabas Sumie... hebat sekali!

8:58 AM  
Blogger SuMie said...

TQ Spiral. Sudi jugak ko jenguk sini. Aku sekadar 'Buah cempedak di luar pagar..'

8:59 AM  
Anonymous cik zam said...

ermm..terharu bace..never thought of it before..but u did make sense ...

9:01 AM  
Anonymous wai em said...

hi sumie..salam perkenalan...

ya aku setuju sama kamu...pd aku perempuan kurang layak menjadik pemimpin..kerana akal perempuan cuma satu berbanding lelaki...jadik kamu tidak perlu rasa bersalah dgn tidak mengundi seorg perempuan..

mungkin..mungkin cuma ada segelintir kecil yg layak..

jika ada perempuan zaman skrg kata mereka sudah bole menyaingi lelaki..apa lelaki bole buat pompuan pon bole buat...cuba suh derang tido berehat kat R&R tepi hiway dlm kol 2-3 pagi sensorg cam org lelaki..huhuhu

-aku juga pompuan-

9:02 AM  
Anonymous Muda said...

Dari seorang kawan yang megalami perceraian "ketika berkahwin apabila pulang kerumah tentu ada sesaorang yang bernama isteri sedang menanti, tetapi sekarang pulang nya saya tiada sesiapa yng menunggu, dan perginya saya tiada sesiapa yang merindui"

9:03 AM  

Post a Comment

<< Home