Sunday, August 07, 2005

AF3 - Konsert Akhir: The Winner Takes It All

Kepada semua penyokong² Mawi, mari kita ramai² nyanyi lagu ABBA ini.. walaupun lirik lagu ni sepenuhnya tak ler menggambarkan kemenangan Mawi, tapi meh le kita nyanyi jugak part nih..
"The winner takes it all
The winner takes it all...
.."

Baju diorang cantik² belaka, cuma aku kurang berkenan sikit jek dengan baju Amylea yang agak terlebih meriah. Apa pun, baju² untuk konsert akhir tahun ni, termasuklah baju Aznil, bagi aku lebih cantik dari konsert akhir tahun lepas. Tahniah pada semua pereka fesyen yang terlibat.

Baju Elliza & Idayu cam tak sesuai jek untuk lagu Menuju Puncak. Aku ingat diorang pakai cantik² sebab hujung konsert nak nyanyi sorang² macam pelajar² tersingkir AF1 & AF2. Sekali tengok Zahid & Vince lak yang buat persembahan. Walaupun persembahan Zahid okay, dan walaupun Vince baca lirik dari tapak tangan (huhuhuu..), tapi aku lebih suka kalau persembahan selingan dibuat oleh pelajar² tersingkir. Aku rasa agak tak adil dan agak mengecewakan bagi peminat² 10 pelajar yang tersingkir tu. Lagipun Zahid dah pernah muncul sebagai kejutan untuk Amylea. Vince pula pernah berkunjung ke akademi & jadi pengkritik konsert, jadi rasanya tak perlu lah mereka ni enterfrem lagi. Lagipun memalukan Vince jek sebab satu Malaysia nengok dia baca lirik kat tangan.. huhuhuuu.

Sham menerima berbakul² kritikan dari Abang malam ni. Sungguhlah kitorang tak puas hati dengan arrangement kebanyakan lagu yang muziknya terlebih menonjol dari nyanyian pelajar². Aku tau lah Sham memang terer main gitar. Selama ni pun memang aku rasa Sham antara guitarist terbaik kat Malaysia. Tapi apa yang aku nampak, malam ni Sham macam nak show off jek. Bosan betul bila nengok dia bagaikan 'mencuri lampu limau' pelajar².

Felix
Walaupun persembahannya untuk Kudaku Lari begitu bertenaga, tapi nyanyiannya agak tenggelam, bagai di sabotaj oleh arrangement muzik yang bingit.
Dan sayang sekali, untuk lagu Warkah Berlagu Pilu pula, Felix lupa lirik dan kantoi part tinggi tu. Sayang sekali untuk konsert terakhir, ianya adalah antara persembahan mengecewakan dari Felix. Aku tak salahkan Felix 100%. Kalau lagu ni diturunkan 1 key, aku rasa Felix mampu menyampaikan dengan baik. Nak salahkan sapa ek? Sham? Adnan? Seperkara lagi, mungkin juga Felix agak tertekan kerana dia kurang suka lagu ni, atau kerana ini adalah persembahan terakhir untuk konsert akhir. Again, nak salahkan sapa ek? Adnan? Dr. Love?
Aku suka poster filem Siput tu, kelakar gila. Dan aku suka kemunculan Akma di akhir persembahan Felix. Dah la baju ala² sedondon gitu. Felix siap buat pengakuan masa rehearsal ada bayang² Akma lagik. Pelajar² AF3 ni memang berani sikit lah bab² ni berbanding pelajar² AF sebelum ni.

Amylea
Selepas dengar keseluruhan lagu, aku rasa lagu Ku Berserah agak membosankan. Tah le, aku kena dengar banyak kali lagi kot, baru aku boleh suka. Selain dari tu, tak ada apa yang nak aku komen tentang Amylea. Mengekalkan konsistensi nya, persembahan Amylea secukup rasa. Cuma mungkin auranya tidak begitu kuat untuk mengatasi Mawi.
Aku tak suka betul rambut palsu dia masa lagu Sweet Child Of Mine tu. Apasal lah diorang tak biar jek dia nyanyi dengan rambutnya sendiri? Okay apa rambut asal dia, bukannya tak kena dengan lagu rock pun. Persembahan Amylea untuk lagu ni memang hebat. Cuma aku bosan tul bila ada 'orang tu' nak kongsi 'lampu limau' dengan Amylea. Tapi nak buat macamana kan, memang lagu ni banyak guitar work pun.

Marsha
Bila ditunjukkan paparan Marsha di belakang pentas tu, aku tak dengar pun sebenarnya apa yang diorang borakkan.
Persembahan Marsha macam takde kick. Vokalnya kurang terkawal. Suaranya ditenggelami muzik yang bising. Lagu Manusia tu laju semacam jek. Aku rasa, kalau arrangement lagu tu lebih simple, mungkin lebih mudah dibawa.
Sayang sekali Marsha tak pandai cover bila dia lupa lirik lagu Untuk Kali Terakhir tu. Lagu tu lagu baru, jadi kalau Marsha nyanyi lirik apa sekalipun, orang tak perasan. Macam Vince dulu, ada orang kata dia salah lirik, tapi aku tak perasan pun tang mana dia salah. Walaupun nyanyian Marsha kali ni lebih baik dari persembahan pertama, tapi aku rasa nyanyiannya masa lagu Tunggu Sekejap, Bossanova dan Destiny dulu lebih sedap lagi.

Masa nak dekat sampai giliran Mawi, ada pulak bunyi kompang bawah rumah aku. Siap ada pasang mercun lagik. Cam saja nak sabotaj aku. Huhuhu.. Rupanya ada kenduri. Ada jugak orang buat majlis bersanding malam final AF ni yek. Aku ingat takde orang berani buat.

Mawi
Nyanyian Mawi untuk lagu Seroja sangat menusuk jiwa. Mawi sebenarnya beruntung diberikan lagu ni, sebab kelantangan suara Mawi memang terserlah. Antara semua pelajar, aku rasa cuma suara Mawi yang mampu mengatasi kebisingan muzik Sham tu. Boleh dikatakan ini adalah persembahan terbaik Mawi, juga persembahan terbaik untuk pusingan pertama. Mawi juga beruntung kerana lagu ini adalah persembahan pertama Mawi. Dengan persembahan hebat macam tu, Mawi pastinya telah mengundang AFUNDI dari mereka yang mengundi berdasarkan persembahan.
Sebaik saja Mawi tamat menyanyi, aku nak reply SMS kawan² pun susah, terpaksa retry banyak kali. Mesti banyak orang tengah mengundi masa tu.
Permulaan Aduh Salihah, nada rendah tu suara Mawi agak tenggelam. Tapi bila nada biasa dan nada tinggi, Mawi mampu kuasai dengan baik. Lagu tu sendiri memang sedap, sehingga mampu menyerlahkan Mawi. Dan sekali lagi, suara Mawi yang memang power tu mampu mengatasi kebisingan muzik. Antara semua lagu baru pelajar², aku rasa lagu Mawi je yang paling kena dengan imej, suara, gaya dan lenggok suara Mawi. Tahniah M. Nasir atas ciptaan lagu menarik yang pastinya akan menjadi nyanyian aku ketika memasak, melipat kain dan mengemas rumah. Cuma mungkin nama Salihah aku tukar jadik Fareeha (nama Raha) bila aku nyanyi.
Paparan ketika Mawi diujibakat tu kelakar gila. Dan usaha untuk mengajak belia jauhi dadah dengan meminta Mawi melaungkan slogan Belia Benci Dadah harus aku puji. Sememangnya Mawi telahpun menjadi idola sebahagian besar masyarakat Malaysia dari segenap lapisan umur. Kalau tak dapat semua pun, berkesan di hati segelintir belia pun sudah cukup bermakna.

Lepas tamat persembahan Mawi, aku rasa lega selega²nya. Masa tu aku dah tak kisah sapa pun bakal diumumkan Juara kerana bagi aku, Mawi telahpun menjuarai konsert akhir tu dengan persembahannya yang merupakan persembahan paling baik antara semua pelajar. Baru aku sedar, debaran yang aku rasa sebenarnya adalah disebabkan aku nak tengok Mawi memberi persembahan terbaik, dan bukanlah kerana aku risau Mawi tak akan jadi juara. Aku rasa bangga kerana Mawi telah tidak mengecewakan aku. Dan aku yakin, kebanggaan ini dirasa oleh semua penyokong² Mawi. Apa yang aku fikir masa tu, kalau Mawi tak menang sekalipun, persembahan Mawi malam ni dah pun menjadikan dia seorang juara, dan kalau dia menang, dia menang penuh bermaruah. Mawi tidak menang kerana simpati. Mawi tidak jadi juara hanya kerana penyokong fanatik.

Bila Aznil mengumumkan Mawi sebagai pemenang AFVOKAL, diikuti sebagai pemenang AFBAIK, aku bagaikan tak percaya (cam Mawi lah jugak). Kemunculan AFVOKAL & AFBAIK yang seakan satu cubaan untuk memecahkan undian ternyata berpihak kepada Mawi juga. Tahniah kepada pengundi² Mawi yang begitu committed mengundi. Memang aku tabik giler dengan kesungguhan kalian mengiktiraf bakat Mawi. Di sini juga aku ingin merakamkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih buat Ilham atas tulisannya bertajuk AFVOKAL !!! Ilham's Guidelines....., yang juga telah di sebarkan oleh seorang pembaca kepada MawiFC. Aku harus akui, kupasan Ilham dalam tulisan tersebut telah membuka mata dan minda ramai pembaca khususnya peminat² Mawi yang sebelum ini ragu² untuk mengundi Mawi bagi AFVOKAL.

Aku juga percaya kejayaan Mawi malam ini juga adalah atas doa orang ramai untuk Mawi. Orang macam aku memanglah tak mengundi, namun janganlah pula memperkecilkan usaha kami yang sentiasa berdoa untuk kebaikan Mawi. Sesungguhnya bakat Mawi adalah kurniaan Allah. Kemampuan Mawi untuk memberi persembahan terbaik pada malam ini juga adalah atas keizinan Allah. Dengan izin Allah juga persembahan Mawi begitu nyata telah mengatasi persembahan pelajar² lain yang sememangnya berbakat besar. Dengan rezeki dari Allah juga, pengundi² Mawi mempunyai cukup kredit untuk mengundi Mawi. Dengan takdir Allah juga, lagu Seroja menjadi persembahan pertama Mawi yang mungkin telah menyebabkan ramai pengundi² atas pagar mengundi Mawi sekaligus menyumbang kepada kejuaraannya. Siapa tahu, perkara² di atas terjadi kerana Allah perkenankan doa salah seorang dari kami yang tak mampu mengundi ni?

Aku tak pernah lihat Mawi menangis bila ada teman yang tersingkir dari akademi (mesti lah Mawi tak nangis, kerana apa sangatlah kehilangan kawan sementara, berbanding 'kehilangan besar' untuk selama²nya yang pernah dia dan keluarganya alami sebelum ini), namun malam ini air mata Mawi tumpah jua, pastinya terharu atas kejuaraannya. Aku pun terharu tengok dia keluar air mata, air hidung segala. Cuma aku sedikit terkilan, Mawi tidak menyebut ibu bapanya dalam ucapan terima kasih beliau. Namun aku yakin itu bukanlah bermakna Mawi lupa keluarga. Mungkin kerana terlalu terharu, Mawi secara tak sengaja kehilangan kata².

Buat semua penyokong² Mawi, aku pinta agar tidak akhiri sokongan dan doa kalian untuk Mawi setakat ini sahaja. Cabaran sebenar menanti Mawi di luar sana. Bukan setakat cabaran dari segi kemampuannya mengembangkan bakat dan mengekalkan populariti, tetapi juga cabaran untuk Mawi mempertahankan keimanan dan imej sederhananya. Andai Mawi buat album, belilah yang original. Jika Mawi berkelakuan melampaui batas, andai mampu menegur secara peribadi, pergilah tegur. Kalau tak berpeluang bersemuka, selalulah berdoalah agar dia sentiasa mampu menjaga akhlaknya. Andai dia sakit, berdoalah agar dia sihat. Andai dia terlalu sibuk, pohonlah pada Allah agar dia diberi kelapangan untuk sering menjenguk orang tuanya.

Huh.. sedih lak aku tulis ni sebab aku tau selepas ni aku tak dapat lagi tengok Mawi sepertimana yang aku tengok dalam diari. Aku tidak dapat lagi melihat Mawi, anak peneroka yang mengejar angan² menjadi seorang bintang, kerana kini dia telahpun menjadi bintang. Semoga Mawi benar² menjadi umpama bintang yang bersinar seterang²nya, menyuluh hidup mereka yang gelap, bagai bintang di langit yang menjadi petunjuk pada pelayar yang sesat.

Akhir sekali, izinkan aku gelak puas². MUAHAHAHAHAHA!!!! MUAHAHAHAA!!!! MUAHAHAHAHAAA!!! (Gelak raja jahat makan ayam golek 8 dulang). Tapi gelak kejam aku ni cuma ditujukan kepada mereka yang suka sangat kutuk Mawi selama ni terutamanya ZahidinMK, Kayu8 dan pengikut²nya di @15. Lepas ni gerenti insaf, tak pun tukar nick lain. Tak pun mencari pelbagai alasan menolak kemenangan Mawi dengan mengatakan bahawa Mawi menang kerana penyokong² Mawi fanatik (padahal mereka yang fanatik sampai tak leh terima kemenangan orang lain). Punya lah berkoyan² mereka kutuk Mawi, akhirnya Mawi sapu bersih semua hadiah. The winner takes it all - the title of Juara, the best vocal, the best performance, the car, the house, the money, the gold Mr. Bola², the bags, the tickets and.. THE PRIDE!

Kepada semua yang setia dengen Kempen TAK NAK AFUNDI hingga ke akhir konsert, tak kiralah pelajar mana yang anda sokong, anda juga adalah 'pemenang'. Tahniah kerana telah berjaya menyelamatkan duit anda, namun masih mampu turut sama berhibur seperti mereka yang mengundi. Dengan tamatnya AF3 juga, maka aku dengan rasminya menurunkan semua sepanduk berkaitan AF dari blog ini. Mungkin aku akan naikkan sepanduk BELIA BENCI DADAH pulak lepas ni. Huhuhu..

38 Comments:

Anonymous orang jauh said...

memang mawi menang bermaruah malam nii! persembahan paling best antara smuaa..tahniah mawi! sedih pun ada ni huhuhu

4:49 AM  
Anonymous elisa said...

Timakasih sumie.. terubat rindu akak... ;)

4:49 AM  
Anonymous Farah KRU said...

Alhamdulillah... bersyukur atas kemenangan Mawi....ianya merupakan satu sejarah buat AF....3 kemenangan sekaligus!!! WORLD!

4:50 AM  
Anonymous papaadlis said...

mula start baca blog sumie aku angin sket tapi bila baca seterusnya aku setuju.... pada aku masalah kebingitan musik aku sedari semasa awal konsert TETAPI bila Mawi nyanyi suara dia jelas sesangat.... dia sememangnya layak dpt afvokal like it or not.... the difference semalam adalah performance utk menghibur dgn performance utk pertandingan... MAWI deserve it (agak-agaknya bila si kayu8 tu nak lari keliling putrajaya ye?)....

4:51 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Suara MAwi memang POWER final konsert ni dan tak malu la kalau MAwi menang. Yang aku frust final konsert ni kureng kick. Music memang hancus especially time Felix Kudaku LAri dan masa Seroja bab tinggi tu.Aku tak tau pasal muzik tapi aku tau memang tak sedap didengar.Sakit telinga maa. Mcm M Nasir kata saya bukan nak tau tone head ke apa ke saya nak tau sedap di dengar aje.

Baju aku suka baju guys aje. esp Mawi. Bak kata kau Sumie, memang konsert akhir ni seme mengena aje dgn MAwi.

Aku sampai tak bleh tidor sebab tak dgr bekas2 pelajar nyanyi masa konsert akhir. (sambil jeling2 gbr Yazer)

Aku yang masih mamai tak cukup tidor.

4:51 AM  
Anonymous ilham said...

Sumie,

aku gagal puasa afundi sebab akhirnya aku afundi jugak ( cakap dengan kapla tunduk dan wajah dikaburkan oleh TV)hehehehe...

...yeap ...Mawi juara di mata ,hati dan segalanya....alhamdulillah..

4:52 AM  
Anonymous watie said...

alhamdullilah semuanya berakhir dan kemenangan berpihak kepada mawi dan fanatiknyer... aku amat terhibur walau pun mengharap mawi nyanyi untuk penutup tapi hampeh.... *air mata ku tumpah jua bila tengok mawi nangis

4:52 AM  
Anonymous chodeks said...

nok dengor lagu aduh saleha ?? lepah ni buleh ah pakat nyanyi lagu ni blake... WWEERRDD!!!

http://s8.yousendit.com/d.aspx?id=3RCCSMC4TQE7K0CBA5JO4LMHDZ

lirik:-

Mana rayuanku hendak kusampaikan
Rindu berakhir ku pada kasih yang jauh
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
Dendam asmara ku pada cinta yang dulu
Luruh bukan daun dan hujan
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya
Cintamu bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan

Aduh mahkota terhempas, barulah kusedar
Yang kusangkakan intan
Oh hanyalah kaca
Sesudah berdarah barulah ku sedar
Jiwaku tercalar
Oh sakitnya bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa racun hidupku, Saleha
Kau biarkan aku sendiri
Melewati sepi dalam hidupku, Saleha
Kau biarkan aku sendiri

4:54 AM  
Anonymous x said...

mawi memang worlddddddd cakap byk pun tak guna... worlddddddd Tahniah mawi..

4:54 AM  
Blogger SuMie said...

orang jauh,
memang persembahan Mawi paling best antara semua.

hai kak elisa yang jauh.. dapat ke tengok mawi dari sana?

Farah,
memang kemenangan Mawi adalah satu sejarah luar biasa. Belum ada lagi juara AF sebelum ni yang sentiasa berada di tangga teratas dari minggu pertama masuk ke akademi hinggalah ke minggu terakhir. Di tambah pulak dengan 3 kemenangan sekaligus.

4:55 AM  
Blogger SuMie said...

papaadlis,
alamak, tang mana yg hangin sket tu? Anyway, terima kasih kerana terus membaca. Err.. Kayu8 tu memang tak nampak langsung hari ni. Mungkin hari ni dia lari keliling putrajaya kot.

Cik Odah,
aku pun tak puas hati tak dapat nengok bekas pelajar buat persembahan. Tu pun antara penyebab kurengnya kick konsert semalam. Baju masing² jek glemer habis, tapi cuma untuk menari & menyanyi Menuju Puncak jek.

Ilham,
tak apa lah. Afundi kau tu yang pastinya telah menyumbang kepada kemennagan 58% Mawi tu.

4:55 AM  
Blogger SuMie said...

Watie,
tak sia² kita sokong Mawi sejak Konsert Prelude lagik. Aku ingat lagi, malam lepas habis Konsert Prelude tu, kita borak kat tepon sesama hangin satu badan sebab tak puas hati Mawi tak terpilih. Rasa berbaloi hangin satu badan tu bila dia tapau habis semua hadiah semalam.

chodeks,
terima kasih banyak². belum dapat download lagi, tapi aku akan try lagi lepas ni. Tapi kenapa lirik tu macam tak habis jek? Anyway, hthanks a lot.

X,
betul kata ko. Cakap banyak pun tak guna.. WORLD!!!

4:55 AM  
Anonymous serimurni said...

thanks sumie for a wonderful review. Walaupun lepas ni dah tak dak AF, I'm sure I'll be visiting your blogs from time to time. I love your writing. Tak plan nak write fictions ke apa ke?

As for Mawi, well what can we say.. he deserved everything he won last night. We are so very very proud of you Mawi !! I hope and pray that Mawi akan terus berjaya dan terus mengekalkan keihklasan dan kerendahan diri yg menjadi your 'tarikan' in the first place.

Go Mawi Go.. May God Bless You, and thanks to all voters for making his impian a reality !!

4:56 AM  
Anonymous hanim said...

Aku hangin satu badan ni. Yg aku taip bebanyak semuanya ilang!!!Konsert final tu mmg konsert Mawi n i think Mawi deserved to win AFBAIK tu. Pasal AFVokal....aku sebetulnya mengharapkan Idayu yg menang tapi Mawi menang pon ok gak sbb bagi aku AFVokal ni cuma antara Idayu ngan Mawi jer.By d way, aku pon rasa lagu Ku berserah tu cam boring gak. Atau maybe Amylea nyanyi tak sedap kot sbb bunyi 'r' dia tu macam ada sedikit pelik di telinga aku. Actually, hanya Mawi jer up to the standard for final konsert ni bagi aku...yg lain tu dissapointment la. Especially Marsha n Felix. Bagi lagu baru aku looking forward for lagu Mawi n Marsha tapi Marsha nyanyi mlm Sabtu tu mmg kurang kick. Aku rasa selain lupa lirik...si Marsha n Felix malahan si Amylea, kesemuanya mengalami masalah tempo. So...mmg bukan mawi sorang ler yg hadapi masalah tu. Tapi Amylea really rock masa lagu Sweet Child of Mine tu. Maybe sbb dia dah biasa nyanyi lagu ni masa perform kat hotel kot.
Aku betul2 frust time Marsha tu sbb aku rasa lagu Marsha tu best. Hopefully diorang akan record balik lagu tu n siar kat radio. By d way...kalau aku tak silap M. Nasir n Loloq nampak happy giler time Mawi nyanyi lagu Aduh Saliha tu. Agaknya Mawi really gave justice to that song kot

4:56 AM  
Anonymous hanim said...

chodeks...

Mana dpt Mp3 Aduh Saliha ni? Best la versi unplugged ni. Sape blh confirm samada lagu ni Mawi ker org lain nyanyi? Sebab time tarik tinggi tu macam bkn suara Mawi jer. Tapi best la mamat misteri ni nyanyi. Cukup garam gula n cukup jiwa bagi aku. Dgn ini aku mengisytiharkan yg aku telah jatuh chenta pada penyanyi misteri lagu Aduh saliha versi unpugged ni (kalau confirm bukan mawi yg nyanyi la)

4:57 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

:) :) :)

4:57 AM  
Anonymous SitiIntanPayung said...

Sumie .. aku pun nak tumpang senyum & gelak gak.

Gelakkan anti Mawi .. mesti dia org sakit hati tahap gaban tgk Mawi bolot semua hadiah. Terutama untuk satu mamat (tak tau la kut pompuan) kat forum dot cari tu .. yg pangkal nama dia dari P .. yg keja dia caci maki Mawi .. yg keja dia (mcm laa dpt upah juta2) mecari kelemahan Mawi! .. yg tak penah puas hati dgn Mawi dan macam2 lagi. Huh puas hati aku !! puas.

Dan aku pun terharu atas kemenangan Mawi .. yg pada aku mmg dia deserve it kalau tengok persembahan dia pd malam konsert tu. Dan macam jugak Mawi .. aku nangis ooo masa Aznil announced dia as the winner (ya la takut gak undi dia dah berpecah2 cos dia dah dpt Afvocal & Afbaik tu).. sampai budak depan aku (tgk kat stadium ni) toleh & ejek aku (nasib baik ejek gurau2 kalau tak aku campan budak tu!) Alaa budak tu feras tu sbb dia sokong Felix.

Dan doa aku untuk Mawi .. sama mcm doa kau untuk dia gak la Sumie. Amin.

4:58 AM  
Anonymous cik zam said...

Akak sumie,
saya pun telah terbatal pose undi..kerana tlh meriahnya mengundi mawi *nyorok blakang ilham*

tp saya suka aaa mawi menang..huuhuhhu...stadium meriah giler..mmg world abis sambutan kat mawi

4:58 AM  
Anonymous Elf said...

Alhamdulillahhh! Makincek sungguh bersyukur dengan kemenangan mawi. semoga dimurahkan rezeki adik mawi kita ini yach..

4:58 AM  
Anonymous skru said...

TAHNIAHHHHHHHHHHHHHHHHHH MAWIII, FELIX, AMYLEA DAN MARSHA!!!!

apapun baju Amylea memang paling buruk... baju yg lilit kat bahu tu mcm kain lilit mayat mami yg terburai je...takpun mcm toilet roll beliT bahu dia... amenda ntah designer tu...

4:59 AM  
Anonymous chodeks said...

sori tertinggal satu lagi line..
last line tu:

meratapi nasib dalam derita, fareaha.. ehh.. saleha..

penyanyi misteri tu..?? hehehehh biarkan diri anda sentiasa diselubungi... misteri.

4:59 AM  
Anonymous eisya said...

Aznil siot jer.....setiap kali dia cakap terdapat perubahan kedudukan pelajar, I afundi 10x! Chit....

Luruh jantung I selepas dia announce AFVOKAL n AFBAIK then dia cakap mungkin effect juara AFUNDI....siot...siot..!

5:00 AM  
Blogger SuMie said...

serimurni,
terima kasih kerana membaca and thanks sebab sudi nak datang lagi. Ada gak tulis fictions, tapi jalan cerita tak best lah, so tak nak publish kat blog lah.

Hanim,
aku pun suka lagu Marsha tu. Sejak mula dengar Marsha nyanyi dalam diari, aku dok ulang chorus dia jek. sama cam ko, aku pun frust gak sebab dia tak deliver very well masa konsert akhir tu. Cepat² le rakam semula & siar kat ERA. Sama lah dengan Aduh Salihah tu, cepat² la keluar radio, gerenti juara carta berminggu².
Aduh Salihah versi unplugged ni memang best. Suara Mamat Misteri ni memang seakan² suara Mawi, tapi 'qalqalah' dia agak berbeza. Lenggok suara pun berbeza. Masa tarik part tinggi tu pun, berbeza. AF4 nanti Mamat Misteri boleh lah cuba nasib.. hik hik hik.

5:00 AM  
Anonymous rain said...

w, aku pun sebak gaks tgk airmata mawi mengalir..(tapi berupaya kontrol airmataku dr mengalir)
sebabnya airmata mawi kelihatan ikhlas & jujur..airmata kemenangan yg bakal mengubah hidup keluarganya..dia mmg nmpak tergamam, tak sangka dgn sokongan padu peminatnya..smpai award last tu mcm berat hati je nak ambik..mgkin x sanggup nak bolot semua..melihatkan kwn2 lain dpt satu aje..
anyway harapnya mawi jgn mudah hanyut dlm dunia artis..
k.e: LOL..agaknya mawi menang sbb ramai gak yg bukak posa x tahan godaan!

5:00 AM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Eh Eh Eh..Aduh Saliha! Aku masuk blog Sumie, ingat ada review untuk Diari Tengahari. Hehehe. Demam tak kebah lagi!

Sesapa ada gbr tunang Mawi, letakkan la dalam blog. Tak sempat la nak tgk Utusan.

Aku nak belajar mengurut dari tunang MAWI!huhuhu

5:01 AM  
Blogger SuMie said...

Siti,
dapat jugak ko tiket konsert ek? Dapat juga ko menyaksikan secara life 'sejarah' yang julung² kali terjadi dalam AF tu.

Cik Zam,
tak pe Cik zam, anggap jek sedekah untuk Mawi & keluarga (sebab tak mo anggap mengayakan Astro). Huhuhu..

Mak Encik Elf,
tul tuh.. semoga rezeki dia terus bertambah. Semoga dia tunaikan janji kat mak abah dia nak bawak diorang pergi haji tu. Semoga dia cepat² kawen... elak fitnah.. huhuhuhu...

5:01 AM  
Blogger SuMie said...

Ish.. mereng haloscan nih.. mana aku tulis panjang² tadi hilang pulak..

5:01 AM  
Blogger SuMie said...

skru,
baju Amylea memang terlebih meriah lak aku nengok.

Chodeks,
siapa pun Mamat Misteri tu, suara dia memang sedap. Kalau baik hati, kasi lah chord gitar pulak, boleh gak aku berangan sambil dodoi kan Fareeha dengan gitar kapok aku ni haa.

Kak Eisya,
memang tiap kali Aznil cakap macam tu, tangan ni gatal jek nak undi. Sib baik leh tahan gak. Siap letak henpon jauh² lagik.

5:02 AM  
Blogger SuMie said...

Rain,
aku pun nampak Mawi cam keberatan nak bolot semua hadiah, fikirkan hati kawan² dia gak kot. Agaknya kalau peminat Mawi cam aku bukak posa gak, undi Mawi malam tu jadik 60% lah kot. huhuhuu..

Cik Odah,
sebenarnya tengahari tadi ada Memori Finalis. Setengah jam tadi citer pasal Yazer jek. malam kang ada sambungan lagi bahagian ke-dua lak. Aku malas nak buat review sebab kebanyakan benda kita dah tengok sejak Tirai Akademi. Tapi ada gak la scene yang diorang tak pernah tunjuk dalam diari sebelum ni. Jadi malam kang Cik Odah sengkang mata lah ek.

Tengok Memori Finalis tadi, memang rasa rindu kat bebudak AF tu. Jadi tak benarlah kalau ada yang kata AF3 ni tak sehebat AF2 & AF1 sebab aku rasa AF3 lah yang paling dekat di hati aku.. mungkin sebab adanya MAwi kot.

5:02 AM  
Anonymous kerabumania said...

TAHNIAH MAWI...TAHNIAH MAWI FANATIK...TAHNIAH MAWI MANIA SERTA SESIAPA JUA TERASA MENANG BERSAMA KEMENANGAN MAWI...
AKHIR KATA TAHNIAH BUAT SUMIE DAN JUGA SEMUA YG MENYOKONG KEMPEN TAKNAK AFUNDI SUMIE MEMANDANGKAN KITA TELAH BERJAYA MELIHAT MAWI MENJADI JUARA TANPA MENGELUARKAN WALAU 1 SEN PUN..TANPA MENAMBAHKAN KEKAYAAN ASTRO YG SUDAH SEMAKIN KAYA...WALAUPUN SOKONGAN KITA BUKAN DARI SEGI MATERIALISTIK TETAPI KITA SOKONG MAWI DGN DOA DAN HARAPAN..ITU YG LEBIH UTAMA...SECARA PERIBADI MAWI SERTA PEMINAT-PEMINATNYA JUGA HARUS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KPD PARA BLOGGER SPT SUMIE YG BANYAK MEMBANTU PUBLISITI TERHADAP MAWI..OK BABAI..

5:02 AM  
Blogger SuMie said...

kerabumania,
memang terasa puas hati dapat mengikuti AF, dapat melihat pelajar yang disukai menjadi juara tanpa mengeluarkan duit. Thank you for your nice words about bloggers. Tapi aku rasa sebenarnya bloggers pun patut berterima kasih pada Mawi, kawan²nya & AF secara keseluruhannya sebab memberi idea pada ramai orang untuk menulis, samada perkara positif atau negatif, selain dari menambah bilangan teman² cyber..

5:03 AM  
Anonymous kak ri said...

kerabumania, sumie.....me puas hati dengan kempen kita...puas hati teramat sangat sebab Allah telah makbulkan doa kita. The truth mawi deserved all three.... bila tengok perjalanan pembelajaran dia...he has improved tremendously... lega teramat sangat segala usaha penyokong dia berjaya and tabik hormat pada MFC AJK yang memang all out pada malam konsert, memang sorakan lebih teratur dan memang suka teramat sangat bila rozina dan khudsia di boo dengan kuatnya dalam stadium.... tapi doa untuk mawi akan tetap berkekalan semoga dia selamat melangsungkan perkahwinan, selamat menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang penyanyi yang baik yang sentiasa berpijak di bumi yang nyata...insyallah mawi bole lakukannya.

5:03 AM  
Blogger SuMie said...

Kak Ri,
saya aminkan doa akak tu.. Amiin..

5:03 AM  
Anonymous hanim said...

Sumie,
Bila aku baca paper Malay Mailyg kata Astro untung 12 juta sbb undi masuk utk MAwi saja membuatkan aku terpikir balik, Mawi cuma dpt berapa percent jer dr semua tu. Yg kayanya Astro ngan Maxis gak.Bila aku pk2 balik, kalau la peminat Mawi sanggup berhabis sebanyak tu mengundi utk hadiah yg bagi aku takdelah seberapa dibandingkan dgn wang yg dikeluarkan, aku rasa baikler peminat2 nya pakat2 kongsi sponsor dia belajar vokal n muzik n buat album n beli kereta n rumah....agaknya baru ler brp yg habis...tak sampai 1 juta kot.

5:04 AM  
Blogger SuMie said...

Hanim,
memang betul tu.. awal² aku dah sedar sesapa yg menang pun takkan menerima sebanyak mana astro & maxis dapat, sebab tu le aku buat kempen TAK NAK AFUNDI.
Cuma mungkin title JUARA AF3 tu tak ternilai harganya. Tapi dengan title tu pun, tah makan berapa tahun baru Mawi dapat hasil yang sama macam Astro & Maxis dapat.
Apa pun, semoga penyokong² Mawi akan terus sokong Mawi, beli album original, undi dia untuk ABP & AE, hantar surat banyak² kat Mawi suruh terus belajar vokal, minta dia kawal setiap langkah, jaga akhlak & imej, tulis surat protes kalau album Mawi sekadar melepaskan batuk di tangga, demand supaya Maestro hasilkan album & video clip yang bagus buat Mawi. Dengan cara tu, Mawi bukan saja muncul sebagai artis popular, tapi juga berkualiti dari segi suara, persembahan, album, video clip dan yang paling penting peribadi & personalitinya.

5:04 AM  
Anonymous JANELABU said...

sumie,

aku lagi la....satu je aku nak tambah dalam semua pujian dan luahan rasa pengunjung blog engko nih. aku nazar antor pisang gi masjid kalau mawi juara...minggu ni tak dapat cari pisang yang elok...tunggu minggu depan pulak...heheh...laki aku le punya idea tu...

5:05 AM  
Anonymous Uncute said...

btw..Anugerah Era ada kategori UNDIDG tp utk pengguna DG. Jadi apa kata sapa2 yg ada phone DG tu vote Mawi dlm kategori ni...mana tahu rezeki dia utk menang.

5:05 AM  
Anonymous yan said...

Tiap2 minggu kawan keluar.. memang mawi tak nangis... kecuali mase idayu dia rase terkejut, hampir mengalir tapi dia tahan.... tapi mase kefli kuar.. dia mengaku dia nangis sebenarnye...

kayu8 tu yan dengar cite sebenarnye peminat mawi... dia saje tulis camtu.. nak bagi peminat mawi marah dan terus afundi mawi... dan tak mustahil dia tu mode @15... memang keje dia provoke jek..

5:06 AM  

Post a Comment

<< Home