Thursday, August 25, 2005

Selamat Hari Jadi MAWI!

Aku tau.. aku tau.. Mawi tak baca pun blog aku ni. Tapi suka hati aku lah kan nak tulis apa. Aku tak dapat nak bersua muka dengan Mawi, dan aku tak mampu nak perabih duit pergi kejar show Mawi kat sana-sini, tapi aku nak jugak ucap Selamat Hari Jadi kat Mawi. Manalah tahu kot tunang dia ke, adik-beradik, sepupu-sepapat, sedara-mara bau² bacang atau bau² tembikai baca, boleh gak sampaikan kat Mawi. Kalau takde pun tak apa lah, biarlah aku layan Blues Untuk Mawi nih sorang².

Baru kejap tadi, Halim Othman ERA call Mawi. Halim tanya, apakah yang Mawi inginkan sempena birthday dia hari ni. Buat peminat² Mawi, begini lebih kurang kata² Mawi: "Saya nak pesan kepada peminat² fanatik tu, supaya jangan taksub sangat. Saya ni cuma manusia biasa saja". Dan tambah Halim lagi, Mawi juga perlu tidur, perlu makan, dan perlukan masa dan ruang untuk dirinya sendiri, dan Mawi mengiakan kata² Halim tu.

Jadi buat semua peminat² Mawi, kenapa tidak kita berikan saja 'hadiah' yang Mawi pinta itu. Usahlah terlalu taksub sampai sanggup meninggalkan solat, sanggup berpakaian seksi di rumah Allah, sanggup membahayakan anak² sendiri yang masih kecil dengan berhimpit² dan bersesak² semata² untuk melihat Mawi dari dekat, sanggup menurut hingga ke tangga rumah Pakcik Ani, sanggup menganggu ahli keluarga Mawi, sanggup menyusahkan Makcik Ramlah yang sedang sakit.. Kepada yang tidak menyukai Mawi pula, usahlah begitu taksub mengutuk Mawi sehingga menggelarkan beliau dengan pelbagai gelaran yang begitu hina (tak sanggup aku tulis di sini segala gelaran yang mereka berikan pada Mawi). Sesungguhnya, Mawi hanyalah manusia biasa.

Mari kita sama² hayati baris puisi berikut (sebenarnya lagu Seroja), yang Halim bacakan buat Mawi sebentar tadi:

Mari menyusun Seroja.. bunga Seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok, dimanja jangan dimanja
Pujalah ia sekadar oh sekadar saja
(Pujalah Mawi sekadar nya saja..)

Bagi aku, hadiah terbaik buat Mawi adalah secebis doa, semoga Mawi sentiasa sedar bumi yang dipijak, ingat langit yang dijunjung, semoga Allah memurahkan rezeki Mawi sekeluarga, semoga berlalulah keperitan silam yang pernah mereka lalui sekeluarga, semoga Mawi sentiasa diberi petunjuk untuk berada di landasan yang lurus. Amiin.

Tuesday, August 23, 2005

Jom jalan!

Image hosted by Photobucket.com

Sebenarnya aku takde mende nak tulis, jadik aku letak jek la gambar Raha ni kat sini. Ni gambar 4-5 bulan lepas kot. Masa tu baru jek beli kasut yang Raha pakai dalam gambar tu. Depan kedai tu lah ada mainan keldai (ke kuda?) ni. Sajalah amik gambar ngan kasut baru tu kan. Bukan gerak pun keldai tu. Aku pun tak pasti samada masa tu aku takde duit syiling singgit, atau sebab tak mau Raha jatuh, atau sebab aku kedekut.. huhuhu..

Kepada yang nak bawa anak² naik keldai warni-warni seperti gambar di atas, sila lah berkunjung ke Ikano Power Center (macam le kat tempat lain takde!). Dan kalau dah sampai situ, jangan lupa call aku dan belanja aku makan kat food court tu, alaa food court tu pun dekat jek, setapak dua jek dari keldai tu.

Friday, August 19, 2005

Kempen TAK NAK SMS - Versi Terkulat²

Pagi tadi henpon aku kasi reminder - Birthday Jimmy (bukan nama sebenar). Dah memang habit aku simpan tarikh lahir kawan² dalam henpon. Aku pun dengan hati yang ikhlas lagi jujur dan atas dasar ingat sahabat handai, maka aku hantar lah SMS - Happy Birthday. Tu jek la, takde kurang takde lebih. Lepas tu aku sambung lah buat kerja rumah macam biasa.

Tak lama lepas tu henpon aku berdering, dari 1 nombor yang tak aku kenali. Sorang pompuan di hujung talian tanya aku sapa, aku kat mana, aku dari bank ke. Heran pulak aku. Lepas tu dia kata dia ada dapat SMS dari aku. Ish! Apahal pulak aku nak SMS dia kan, nombor dia pun aku tak pernah tengok. Aku ingat perempuan tu dah tersalah nombor lah kot. Aku pun sambung buat kerja semula.

Tak lama lepas tu henpon aku berdering lagi. Dari Jimmy. Aikk?!! Dia tanya sapa aku. Dia pun takde simpan nombor aku agaknya. Lepas aku sebut nama aku, dia pun "Oooooo...", panjang 'O' dia tu. Lepas tu dia cakap wife dia baca SMS aku tu dan sudah salah sangka, jadi dia suruh lah aku cakap dengan wife dia. Nun jauh dihujung talian terdengar si isteri bersuara "I tak kenal dia, buat apa I nak cakap dengan dia!!". Marah bunyinya tu!

Gulp! Aku telan air liur. Terkulat² aku dibuatnya. Aisehmen.. tak ku sangka pulak SMS ikhlas aku menjadi punca pergaduhan sepasang suami isteri.. di harijadi si suami pulak tu!! Serta-merta aku teringat perempuan yang call aku sebelumnya tadi. Agaknya wife Jimmy lah tadi tu kot.

Dalam keadaaan masih terkulat², aku pun mintak maaf banyak² kat Jimmy kerana mengganggu kedamaian harijadinya. Lepas letak telepon, aku terpikir, kesiannya Jimmy terpaksa pujuk wife dia lepas ni. Kesiannya wife Jimmy sebab memikirkan suami dia ada affair dengan perempuan lain agaknya. Huh!! Apa aku dah buat ni?! Memanglah wife dia marah. Kalau aku jumpa SMS yang sama dalam henpon Abang pun aku curiga! Jangan kata sehari, mau seminggu aku marah² agaknya. Maka muka aku jadik panas dek kerana rasa bersalah yang amat sangat. Dalam keadaaan yang masih terkulat², maka aku mencapai henpon, dan memadamkan semua birthday reminder kawan² lelaki aku yang dah kahwin. Maka aku pun melancarkan Kempen TAK NAK SMS - Versi Terkulat² ke atas diri aku sendiri mulai detik ini.

Buat Che Lan, konpem ko takkan dapat SMS - Happy Birthday dari aku. X-Men dan Rain, kalau dah kahwin, jangan lupa ingatkan aku supaya padamkan korang punya birthday reminder dari henpon aku, kecuali lah kalau aku kenal dengan bakal² isteri korang.

Dan aku masih lagi terkulat² di saat aku menulis entry ini..

Saturday, August 13, 2005

AF: Selepas 5 - 10 tahun

Ada lagi ke Akademi Fantasia, 10 tahun akan datang?
Kalau dalam setahun, AF melahirkan 12 bintang baru dalam industri hiburan, lepas 10 tahun, ada 120 orang produk AF dalam industri kita. Tu belum kira kalau ada 14 pelajar macam musim ke-3 ni, dan belum termasuk 6 orang yang tak terpilih semasa Konsert Prelude hari tu. Ramai tu! Agaknya 10 tahun lagi kita pun dah tak ingat si A tu dari musim berapa, si B tu dari musim mana lak. Kalau dah macam tu punya ramai, apa agaknya diorang boleh buat dengan graduan² AF tu? Macamana agaknya mereka ni boleh pertahankan periuk nasi dan kewujudan mereka dalam industri ni?

Aku rasa lah kan kalaulah AF boleh wujud sampai 10 musim, lepas tu nanti diorang boleh lah buat satu saluran Radio AF. DJ atau penyampai²nya semua terdiri dari graduan AF. Cam sekarang ni kita dah tengok Nana, Burn, Adi & Fitri jadi penyampai tapi di saluran yang berbeza. Saluran Radio AF tu nanti boleh lah siarkan lagu² nyanyian bekas pelajar AF semata² diselang-selikan dengan iklan sponsor² rancangan AF sahaja. Boss Radio AF masa tu Nana kot, sebab dia dah lama dengan Era.

Boleh gak diadakan satu channel TV AF. Bukan channel untuk chatting atau channel yang penuh dengan siaran ulangan macam @15 tu, tapi satu channel macam Ria tu yang dipenuhi dengan rancangan² yang dipenuhi oleh graduan AF. Contohnya, drama bersiri yang pelakonnya semua adalah pelajar AF, rancangan muzikal AF, talk-show ala² Tanya Linda atau HO Live yg hostnya adalah bekas pelajar AF. Masa tu mungkin nama rancangan tu ialah Tanya Edlin atau Mawi Live. Boleh jugak buat rancangan hiburan macam Muzik @ Ria, Beat TV dan Trek Selebriti. Tapi nama rancangan tu tukar jadik Muzik @ AF - pengacaranya Azza, dan semua video klip, artis jemputan dan cerita yang di persembahkan berkisar kepada bintang² AF semata². Beat AF pula di acarakan oleh Bob & Elliza yang membuat liputan atas segala konsert AF atau aktiviti bintang² AF seluruh Malaysia. Trek AF pula mengikuti ujibakat AF musim² akan datang dan diacarakan oleh Felix (sebab dia ada cakap nak jadi pengacara cam Jimmy Yezzar kan?).

Lepas tu Akademi Fantasia masih terus berlangsung macam biasa. Pengetua masa tu mungkin Aidil . Guru Vokal - Marsha. Guru Seni Persembahan - Atie. Guru Tarian - Adam & Liza. Guru Nada Suara - Vince. RA pulak, Rosma & Khai. Masa tu penonton bukan takat boleh nengok telenovela students jek, tapi boleh nengok telenovela RA jugak. Huhuhuu..

Pengacara AF masa tu ialah Zahid yang juga mengacara rancangan Macam-macam Zahid. Pengkritik tetap masa tu ialah Nana, sebab dia kan boss Radio AF masa tu. Pengkritik jemputan pun setiap minggu terdiri dari bekas pelajar² AF juga.

Semua orang kuat di belakang tabir juga terdiri dari bekas pelajar AF. Misalnya, Fitri - designer untuk pakaian pelajar. Adifashla - penerbit diari & konsert. Selain tu AF juga dah ada syarikat rakaman sendiri yang mengeluarkan semua album solo bintang² AF, album kompilasi, album Raya AF, VCD karaoke AF, VCD Drama AF & macam² lagi. Syarikat ini juga menggantikan Maestro dalam menguruskan show untuk bintang² AF.

Kerja² pengurusan dan pentadbiran syarikat AF itu juga dijalankan oleh bekas pelajar² sendiri. Pengurus syarikat AF pada masa tu nanti mungkin juga Fuad sebab dia ada kelulusan dalam perakaunan (kan?). Oleh itu pada masa akan datang, antara peserta AF mestilah ada yang mempunyai kelulusan akademi, agar mereka ini boleh diasuh untuk menguruskan sebuah syarikat. Syarikat ini juga membela kebajikan pelajar², seandainya ditimpa kesusahan, menghidapi penyakit kronik dan sebagainya. Selain itu AF juga menjadi satu badan yang sentiasa menganjurkan program kebajikan seperti membantu rumah anak yatim, membuat lawatan ke rumah orang² tua, membuat konsert amal, dan sebagainya.

Huhuhu.. boleh ke jadi macam tu nanti? Kenapa tidak? AF mestilah letakkan 1 matlamat yang tinggi, bukan setakat buat duit jek, ye tak? Soalnya, ada ke pihak pihak yang nak membuat langkah pertama ke arah mencapai matlamat sebegini? Maestro? Freddie? Bekas pelajar² sendiri? Dan soalnya lagi, ada lagi ke Akademi Fantasia di tahun² akan datang?

Monday, August 08, 2005

Sepanjang Jalan Kenangan AF3

Tak habis lagi ke citer AF? Huhuhu.. sebenarnya saja jek entry nih, sementara AF belum sejuk dan masih lagik jadi bualan, saja la aku letak entry suka² nih.

Sebenarnya, bila dah tamat AF ni, walaupun terasa macam ada kehilangan sesuatu, tapi aku rasa cam lega pun ada gak. Banyak lah sebab. Antaranya, tak rasa terikat untuk tulis ulasan diari. Bukan lah sebelum ni ada orang paksa pun, tapi kekadang rasa tak sampai hati pulak bila terfikir ada orang yang klik blog aku nak baca ulasan diari tengahari. Lagi satu, aku rasa lega sebab aku takde rasa 'tak sabar' nak meningkap. Kalau tak, habis tulis ulasan, mesti aku rasa nak meningkap nak tengok apa topik panas untuk hari tu. Asyik nak citer pasal Mawi & AF3, klik MawiFC, klik berita sana-sini, sudahnya berjam² juga aku mengadap PC, kerja lain terbengkalai. Dan aku rasa lega jugak sebab waktu malam aku tak payah fikir sangat nak nengok diari atau ulangan diari. Kalau tak, nak keluar pergi shopping barang dapur pun kena timing bebetul sebab tak nak terlepas diari. Rasa lega jugak sebab aku tak perlu rasa panas hati bila nengok nick Kayu8 & ZahidinMK kat @15. Sekarang kalau bukak @15 pun, kalau ada ayat² sumbang yang tak puas hati dengan kemenangan Mawi tu pun, aku leh senyum tenang jek melihat diorang tak sudah² membazirkan duit walaupun AF3 dah tamat. Banyak lagi lah perkara lain yang buat aku rasa lega.

Apa² pun aku pasti akan rindu dengan aksi lawak gaban Mawi, kepoyoan Felix, kegetekan Marsha, kesungguhan Amylea, ke-rock-an Yazer, ke-praapp-an Kefli, kewanitaan Akma, seluar Ekin yang ada tulis² tu, kebeliaan Aidil dan yang lain²nya tu. Mana ada lagi cerita lain yang kita boleh nengok kepelbagaian 'watak sebenar' kat Malaysia ni selain dari AF..

Okaylah, yang kat bawah ni adalah persembahan² paling aku suka (tak semestinya yang terbaik) dari semua bekas pelajar AF3.

1. Mawi - Pupus & Seroja
2. Felix - Hukum Karma
3. Marsha - Bossanova
4. Amylea - Asmara
5. Yazer - Nazraku
6. Akma - Bertakhta di Hati
7. Kefli - Berhenti Berharap
8. Ekin - Let's Get Loud
9. Aidil - Senyuman Ragamu
10. Amy - Fallin'
11. Reza - Ala Emak Kahwinkan Aku
12. Idayu - Percayalah
13. Fuad - Gerimis Di Lautan
14. Elliza - Aku Dia dan Kamu

Konsert paling menghiburkan: Konsert ke-8
Persembahan beramai² paling best: Ladki Badi Anjani Hai
Pengenalan pelajar² paling menarik: Masa semua jadi askar
Kejutan paling unik: Aidil - Nak Dara Rindu
Kejutan video klip paling istimewa - V.E - Underneath pokok kelapak!
Pakaian paling seksi: Marsha - Bossanova
Make-over paling cantik: Amylea - Don't Know Why
Penyingkiran paling diingati: Aidil dengan heart-attack nya
Pengkritik paling selamba: Adlin Aman Ramli
Penonton paling sporting: Bapak Amylea ala² nak belasah Reza & pelajar² lelaki
Banner paling kreatif: FATIMAH (dengan anak panah ke bawah)

Tu yang aku suka lah. Yang korang suka mestilah berbeza kan?
Apa lagi ek? Korang tambah lah..

Sunday, August 07, 2005

AF3 - Konsert Akhir: The Winner Takes It All

Kepada semua penyokong² Mawi, mari kita ramai² nyanyi lagu ABBA ini.. walaupun lirik lagu ni sepenuhnya tak ler menggambarkan kemenangan Mawi, tapi meh le kita nyanyi jugak part nih..
"The winner takes it all
The winner takes it all...
.."

Baju diorang cantik² belaka, cuma aku kurang berkenan sikit jek dengan baju Amylea yang agak terlebih meriah. Apa pun, baju² untuk konsert akhir tahun ni, termasuklah baju Aznil, bagi aku lebih cantik dari konsert akhir tahun lepas. Tahniah pada semua pereka fesyen yang terlibat.

Baju Elliza & Idayu cam tak sesuai jek untuk lagu Menuju Puncak. Aku ingat diorang pakai cantik² sebab hujung konsert nak nyanyi sorang² macam pelajar² tersingkir AF1 & AF2. Sekali tengok Zahid & Vince lak yang buat persembahan. Walaupun persembahan Zahid okay, dan walaupun Vince baca lirik dari tapak tangan (huhuhuu..), tapi aku lebih suka kalau persembahan selingan dibuat oleh pelajar² tersingkir. Aku rasa agak tak adil dan agak mengecewakan bagi peminat² 10 pelajar yang tersingkir tu. Lagipun Zahid dah pernah muncul sebagai kejutan untuk Amylea. Vince pula pernah berkunjung ke akademi & jadi pengkritik konsert, jadi rasanya tak perlu lah mereka ni enterfrem lagi. Lagipun memalukan Vince jek sebab satu Malaysia nengok dia baca lirik kat tangan.. huhuhuuu.

Sham menerima berbakul² kritikan dari Abang malam ni. Sungguhlah kitorang tak puas hati dengan arrangement kebanyakan lagu yang muziknya terlebih menonjol dari nyanyian pelajar². Aku tau lah Sham memang terer main gitar. Selama ni pun memang aku rasa Sham antara guitarist terbaik kat Malaysia. Tapi apa yang aku nampak, malam ni Sham macam nak show off jek. Bosan betul bila nengok dia bagaikan 'mencuri lampu limau' pelajar².

Felix
Walaupun persembahannya untuk Kudaku Lari begitu bertenaga, tapi nyanyiannya agak tenggelam, bagai di sabotaj oleh arrangement muzik yang bingit.
Dan sayang sekali, untuk lagu Warkah Berlagu Pilu pula, Felix lupa lirik dan kantoi part tinggi tu. Sayang sekali untuk konsert terakhir, ianya adalah antara persembahan mengecewakan dari Felix. Aku tak salahkan Felix 100%. Kalau lagu ni diturunkan 1 key, aku rasa Felix mampu menyampaikan dengan baik. Nak salahkan sapa ek? Sham? Adnan? Seperkara lagi, mungkin juga Felix agak tertekan kerana dia kurang suka lagu ni, atau kerana ini adalah persembahan terakhir untuk konsert akhir. Again, nak salahkan sapa ek? Adnan? Dr. Love?
Aku suka poster filem Siput tu, kelakar gila. Dan aku suka kemunculan Akma di akhir persembahan Felix. Dah la baju ala² sedondon gitu. Felix siap buat pengakuan masa rehearsal ada bayang² Akma lagik. Pelajar² AF3 ni memang berani sikit lah bab² ni berbanding pelajar² AF sebelum ni.

Amylea
Selepas dengar keseluruhan lagu, aku rasa lagu Ku Berserah agak membosankan. Tah le, aku kena dengar banyak kali lagi kot, baru aku boleh suka. Selain dari tu, tak ada apa yang nak aku komen tentang Amylea. Mengekalkan konsistensi nya, persembahan Amylea secukup rasa. Cuma mungkin auranya tidak begitu kuat untuk mengatasi Mawi.
Aku tak suka betul rambut palsu dia masa lagu Sweet Child Of Mine tu. Apasal lah diorang tak biar jek dia nyanyi dengan rambutnya sendiri? Okay apa rambut asal dia, bukannya tak kena dengan lagu rock pun. Persembahan Amylea untuk lagu ni memang hebat. Cuma aku bosan tul bila ada 'orang tu' nak kongsi 'lampu limau' dengan Amylea. Tapi nak buat macamana kan, memang lagu ni banyak guitar work pun.

Marsha
Bila ditunjukkan paparan Marsha di belakang pentas tu, aku tak dengar pun sebenarnya apa yang diorang borakkan.
Persembahan Marsha macam takde kick. Vokalnya kurang terkawal. Suaranya ditenggelami muzik yang bising. Lagu Manusia tu laju semacam jek. Aku rasa, kalau arrangement lagu tu lebih simple, mungkin lebih mudah dibawa.
Sayang sekali Marsha tak pandai cover bila dia lupa lirik lagu Untuk Kali Terakhir tu. Lagu tu lagu baru, jadi kalau Marsha nyanyi lirik apa sekalipun, orang tak perasan. Macam Vince dulu, ada orang kata dia salah lirik, tapi aku tak perasan pun tang mana dia salah. Walaupun nyanyian Marsha kali ni lebih baik dari persembahan pertama, tapi aku rasa nyanyiannya masa lagu Tunggu Sekejap, Bossanova dan Destiny dulu lebih sedap lagi.

Masa nak dekat sampai giliran Mawi, ada pulak bunyi kompang bawah rumah aku. Siap ada pasang mercun lagik. Cam saja nak sabotaj aku. Huhuhu.. Rupanya ada kenduri. Ada jugak orang buat majlis bersanding malam final AF ni yek. Aku ingat takde orang berani buat.

Mawi
Nyanyian Mawi untuk lagu Seroja sangat menusuk jiwa. Mawi sebenarnya beruntung diberikan lagu ni, sebab kelantangan suara Mawi memang terserlah. Antara semua pelajar, aku rasa cuma suara Mawi yang mampu mengatasi kebisingan muzik Sham tu. Boleh dikatakan ini adalah persembahan terbaik Mawi, juga persembahan terbaik untuk pusingan pertama. Mawi juga beruntung kerana lagu ini adalah persembahan pertama Mawi. Dengan persembahan hebat macam tu, Mawi pastinya telah mengundang AFUNDI dari mereka yang mengundi berdasarkan persembahan.
Sebaik saja Mawi tamat menyanyi, aku nak reply SMS kawan² pun susah, terpaksa retry banyak kali. Mesti banyak orang tengah mengundi masa tu.
Permulaan Aduh Salihah, nada rendah tu suara Mawi agak tenggelam. Tapi bila nada biasa dan nada tinggi, Mawi mampu kuasai dengan baik. Lagu tu sendiri memang sedap, sehingga mampu menyerlahkan Mawi. Dan sekali lagi, suara Mawi yang memang power tu mampu mengatasi kebisingan muzik. Antara semua lagu baru pelajar², aku rasa lagu Mawi je yang paling kena dengan imej, suara, gaya dan lenggok suara Mawi. Tahniah M. Nasir atas ciptaan lagu menarik yang pastinya akan menjadi nyanyian aku ketika memasak, melipat kain dan mengemas rumah. Cuma mungkin nama Salihah aku tukar jadik Fareeha (nama Raha) bila aku nyanyi.
Paparan ketika Mawi diujibakat tu kelakar gila. Dan usaha untuk mengajak belia jauhi dadah dengan meminta Mawi melaungkan slogan Belia Benci Dadah harus aku puji. Sememangnya Mawi telahpun menjadi idola sebahagian besar masyarakat Malaysia dari segenap lapisan umur. Kalau tak dapat semua pun, berkesan di hati segelintir belia pun sudah cukup bermakna.

Lepas tamat persembahan Mawi, aku rasa lega selega²nya. Masa tu aku dah tak kisah sapa pun bakal diumumkan Juara kerana bagi aku, Mawi telahpun menjuarai konsert akhir tu dengan persembahannya yang merupakan persembahan paling baik antara semua pelajar. Baru aku sedar, debaran yang aku rasa sebenarnya adalah disebabkan aku nak tengok Mawi memberi persembahan terbaik, dan bukanlah kerana aku risau Mawi tak akan jadi juara. Aku rasa bangga kerana Mawi telah tidak mengecewakan aku. Dan aku yakin, kebanggaan ini dirasa oleh semua penyokong² Mawi. Apa yang aku fikir masa tu, kalau Mawi tak menang sekalipun, persembahan Mawi malam ni dah pun menjadikan dia seorang juara, dan kalau dia menang, dia menang penuh bermaruah. Mawi tidak menang kerana simpati. Mawi tidak jadi juara hanya kerana penyokong fanatik.

Bila Aznil mengumumkan Mawi sebagai pemenang AFVOKAL, diikuti sebagai pemenang AFBAIK, aku bagaikan tak percaya (cam Mawi lah jugak). Kemunculan AFVOKAL & AFBAIK yang seakan satu cubaan untuk memecahkan undian ternyata berpihak kepada Mawi juga. Tahniah kepada pengundi² Mawi yang begitu committed mengundi. Memang aku tabik giler dengan kesungguhan kalian mengiktiraf bakat Mawi. Di sini juga aku ingin merakamkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih buat Ilham atas tulisannya bertajuk AFVOKAL !!! Ilham's Guidelines....., yang juga telah di sebarkan oleh seorang pembaca kepada MawiFC. Aku harus akui, kupasan Ilham dalam tulisan tersebut telah membuka mata dan minda ramai pembaca khususnya peminat² Mawi yang sebelum ini ragu² untuk mengundi Mawi bagi AFVOKAL.

Aku juga percaya kejayaan Mawi malam ini juga adalah atas doa orang ramai untuk Mawi. Orang macam aku memanglah tak mengundi, namun janganlah pula memperkecilkan usaha kami yang sentiasa berdoa untuk kebaikan Mawi. Sesungguhnya bakat Mawi adalah kurniaan Allah. Kemampuan Mawi untuk memberi persembahan terbaik pada malam ini juga adalah atas keizinan Allah. Dengan izin Allah juga persembahan Mawi begitu nyata telah mengatasi persembahan pelajar² lain yang sememangnya berbakat besar. Dengan rezeki dari Allah juga, pengundi² Mawi mempunyai cukup kredit untuk mengundi Mawi. Dengan takdir Allah juga, lagu Seroja menjadi persembahan pertama Mawi yang mungkin telah menyebabkan ramai pengundi² atas pagar mengundi Mawi sekaligus menyumbang kepada kejuaraannya. Siapa tahu, perkara² di atas terjadi kerana Allah perkenankan doa salah seorang dari kami yang tak mampu mengundi ni?

Aku tak pernah lihat Mawi menangis bila ada teman yang tersingkir dari akademi (mesti lah Mawi tak nangis, kerana apa sangatlah kehilangan kawan sementara, berbanding 'kehilangan besar' untuk selama²nya yang pernah dia dan keluarganya alami sebelum ini), namun malam ini air mata Mawi tumpah jua, pastinya terharu atas kejuaraannya. Aku pun terharu tengok dia keluar air mata, air hidung segala. Cuma aku sedikit terkilan, Mawi tidak menyebut ibu bapanya dalam ucapan terima kasih beliau. Namun aku yakin itu bukanlah bermakna Mawi lupa keluarga. Mungkin kerana terlalu terharu, Mawi secara tak sengaja kehilangan kata².

Buat semua penyokong² Mawi, aku pinta agar tidak akhiri sokongan dan doa kalian untuk Mawi setakat ini sahaja. Cabaran sebenar menanti Mawi di luar sana. Bukan setakat cabaran dari segi kemampuannya mengembangkan bakat dan mengekalkan populariti, tetapi juga cabaran untuk Mawi mempertahankan keimanan dan imej sederhananya. Andai Mawi buat album, belilah yang original. Jika Mawi berkelakuan melampaui batas, andai mampu menegur secara peribadi, pergilah tegur. Kalau tak berpeluang bersemuka, selalulah berdoalah agar dia sentiasa mampu menjaga akhlaknya. Andai dia sakit, berdoalah agar dia sihat. Andai dia terlalu sibuk, pohonlah pada Allah agar dia diberi kelapangan untuk sering menjenguk orang tuanya.

Huh.. sedih lak aku tulis ni sebab aku tau selepas ni aku tak dapat lagi tengok Mawi sepertimana yang aku tengok dalam diari. Aku tidak dapat lagi melihat Mawi, anak peneroka yang mengejar angan² menjadi seorang bintang, kerana kini dia telahpun menjadi bintang. Semoga Mawi benar² menjadi umpama bintang yang bersinar seterang²nya, menyuluh hidup mereka yang gelap, bagai bintang di langit yang menjadi petunjuk pada pelayar yang sesat.

Akhir sekali, izinkan aku gelak puas². MUAHAHAHAHAHA!!!! MUAHAHAHAA!!!! MUAHAHAHAHAAA!!! (Gelak raja jahat makan ayam golek 8 dulang). Tapi gelak kejam aku ni cuma ditujukan kepada mereka yang suka sangat kutuk Mawi selama ni terutamanya ZahidinMK, Kayu8 dan pengikut²nya di @15. Lepas ni gerenti insaf, tak pun tukar nick lain. Tak pun mencari pelbagai alasan menolak kemenangan Mawi dengan mengatakan bahawa Mawi menang kerana penyokong² Mawi fanatik (padahal mereka yang fanatik sampai tak leh terima kemenangan orang lain). Punya lah berkoyan² mereka kutuk Mawi, akhirnya Mawi sapu bersih semua hadiah. The winner takes it all - the title of Juara, the best vocal, the best performance, the car, the house, the money, the gold Mr. Bola², the bags, the tickets and.. THE PRIDE!

Kepada semua yang setia dengen Kempen TAK NAK AFUNDI hingga ke akhir konsert, tak kiralah pelajar mana yang anda sokong, anda juga adalah 'pemenang'. Tahniah kerana telah berjaya menyelamatkan duit anda, namun masih mampu turut sama berhibur seperti mereka yang mengundi. Dengan tamatnya AF3 juga, maka aku dengan rasminya menurunkan semua sepanduk berkaitan AF dari blog ini. Mungkin aku akan naikkan sepanduk BELIA BENCI DADAH pulak lepas ni. Huhuhu..

Friday, August 05, 2005

Sori lagik..

Aku sebenarnya memang dah berazam nak jugak buat ulasan diari tengahari ni sebab ini sepatutnya menjadi ulasan diari tengahari yang terakhir bagi aku. Tapi apa kan daya, kita merancang, Tuhan juga menentukan. Pagi tadi aku bawak Raha pergi klinik untuk ambik injection. Bisalah budak² kecik ni kan, kejap² nak kena cucuk, kejap² nak kena cucuk. Aku ingat, sempat lah pergi dan balik semula tengok diari. Tapi bila sampai sana, ramai la pulak orang. Keluar dari klinik, dah pukul 12.20, aku terus jek la pergi makan tengahari.

Anyway, aku nak pesan kat mak ayah yang ada anak kecik, yang nak bawak anak untuk ambik injection imunisasi untuk chicken pox tu, bawak lah duit lebih dari biasa ek. Aku tak pasti lah kat klinik kerajaan doktor ada bagi ke tak suntikan ni, sebab setau aku suntikan yang ni tak wajib. Tapi kalau kat klinik swasta, doktor memang syor kan supaya ambik lah. Tadi dalam wallet Abang ada RM100. Dalam purse aku pulak ada RM30 jek. Sekali bila nak bayar, campur ubat demam yang aku mintak, jumlah bil ialah RM159! Huhuhu.. Rupanya injection tu jek dah RM140. Dah lah takde ATM dekat² situ. Mujur la Pusrawi terima kad kredit.

Balik dari klinik, aku terus sms Ana, tanya dia kalau ada yang menarik dalam diari tengahari ni. Ni sebijik² ayat sms Ana:
"Diari tak best, banyak tunjuk Marsha gedik depan kamera. Sheila Majid ada datang, tapi tak best pun. Mawi ada nyanyi tapi koi rasa macam tak sedap jek.. nape ek"

Dengan ayat yang ringkas tu, aku rasa dapatlah kot kita bayangkan paparan diari tadi. Tapi walau tak best pun, disebabkan hari ni hari last, aku rasa aku tetap akan tunggu jugak ulangannya nanti.

Memandangkan ini hari terakhir, dan selepas hari ini tidak akan ada lagi ulasan mengenai diari tengahari dari aku (entry lain mengenai AF mungkin ada jugak, tapi pastinya tiada laporan diari tengahari lagi dah), aku yakin bilangan pembaca yang mengunjungi blog aku ni akan kembali seperti sebelum musim AF. Jadi, aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan TERIMA KASIH banyak² pada semua yang sudi membaca, sudi meninggalkan komen dan kritikan pada ulasan aku selama ni. Tak kiralah samada yang sependapat, tak sependapat, yang menyokong, yang anti, yang suka, yang tak suka, yang dah lama kenal, yang baru kenal dan yang tak pernah kenal, aku ucapkan terima kasih pada semuanya kerana telah mewarnai SuMie di RuMaH sepanjang musim AF3 ini.

Tinggal 1 hari saja lagi sebelum Konsert Akhir AF3. Apa ramalan korang mengenai keputusan besok? Bagi aku sendiri, walaupun bermacam teori yang aku baca dan dengar, walau seburuk dan sekotor mana sekalipun taktik yang digunakan untuk memerah undian, namum aku tetap yakin bahawa pihak penerbitan tidak akan menidakkan undian ramai. Aku yakin mereka tak akan berbuat sesuatu yang di luar batasan undang². Aku yakin bahawa Juara hari esok adalah Juara hasil undian terbanyak. Maka dengan keyakinan ini lah, juga berdasarkan sokongan peminat dan kedudukan undian sepanjang musim ini, aku meramalkan keputusan malam esok adalah:
Juara - Mawi
Ke-2 - Felix
Ke-3 - Marsha
Ke-4 - Amylea

Dan SEANDAINYA bukan Mawi lah yang menjadi juara, sebaliknya Felix pula yang dijulang dengan gelaran tersebut, maka aku juga tidak akan meragui bahawa keputusan itu adalah hasil undian terbanyak. Aku akan menerima dengan hati yang terbuka kerana rezeki seseorang sememangnya di tangan Tuhan, bukan di tangan mereka yang memegang handphone, telefon biasa, mahupun remote control. Jika telah ditakdirkan memang tiada rezeki Mawi, maka sekelip mata sahaja Tuhan boleh jadikan penyokong² Mawi kehabisan kredit tanpa mereka sedari antara satu sama lain. Jadi kepada penyokong² Mawi, terimalah dengan redha seandainya Mawi tidak menjadi Juara. Tak perlu lah ada yang berangan nak merusuh pulak. Macam takde kerja lain nak dibuat pulak. Walaupun aku selalu buat lawak 'minyak tanah dan mancis cap lada', namun itu hanyalah gurauan semata². Bodoh bebenor la kalau saja nak lecurkan tangan sendiri semata² kerana Mawi tak jadi juara.

Apa pun aku harap Mawi, Felix, Marsha & Amylea tak terlalu tertekan besok, harapnya Dr. Love boleh yakinkan diorang supaya releks & enjoy persembahan masing². Deknon² enjoy, akak pun enjoy..

Thursday, August 04, 2005

Sori yek..

Aku tak dapat buat ulasan diari tengahari ni sebab kejap lagi aku nak keluar pegi hospital, tengok Shasha. Korang check kat Y.com atau blog Kak Ri okay..

Wednesday, August 03, 2005

Diari AF3 - 3 Ogos: Bhg. 1

Memula sekali Mawi praktis lagu Aduh Saleha sampai muncung², senget-benget mulut dia. Part yang Mawi dok praktis tu macam laju sikit, sampai Abang tanya aku "Lagu Seroja ada part rap ke?" (dia ingat Mawi tengah nyanyi lagu Seroja).

Dalam kelas Cikgu Marlia (Puan Fatimah pun ada sama), Amylea cuba menjiwai lagu dia dengan membacakan lirik² nya dengan penuh perasaan kat Felix yang duduk atas kerusi. Tapi Felix asyik tersenyum² nak tergelak, sampai Cikgu Marlia ambik selendang ikat (tutup) mata Felix macam Marjina ikat mata Apek jaga depan ada longkang..! Mana?! Lompat! Haiyya! Lompat! Haiyya! Lompat Apek lompat! Err.. Apek lompat tu tak ada dalam ini filem sebenarnya.

"Felix, awak kalau dengan A bukan nama sebenar boleh pulak serius ya?" lebih kurang cam tu lah kata Cikgu Marlia. (Soalan kuiz untuk hari ini : Siapakah A bukan nama sebenar yang dimaksudkan itu?). Marsha & Mawi sampai tergolek² kebosanan tengok Felix & Amylea. Agaknya sebab dah bosan sangat, Marsha start buat samarinda sendiri, ala² merayu² Mawi. Memula Mawi cam buat dek jek. Lepas tu dia layan jugak sambil buat bermacam jenis muka kelakar. Antaranya yang buat aku & Abang gelak macam nak pecah perut bila Mawi kembungkan mulut dia, lepas tu dia tarik telinga dia kasi lebar. Muahahahaa.. sebijik macam.. dot dot dot. Marsha pun ikut kembungkan mulut dia, dan tarik telinga seperti dot dot dot. Tobat kelakar. Raha pun gelak nengok aku & Abang gelak sakan. (Soalan kuiz ke-2: Apakah haiwan 'dot dot dot' itu?).

Lepas tu Marsha pulak kena berlakon macam artis pujaan ramai tengah buat konsert, sambil dikawal oleh bodyguard nya (Mawi). Cikgu Marlia, Puan Fati & Felix jadi peminat² fanatik yang cuba menyerbu Marsha. Mawi cuba halang, tapi disebabkan peminat ramai sangat, bodyguard yang kurus sekeping itu gagal menyelamatkan Marsha yang akhirnya berjaya dibawa lari oleh Felix. Huhuhu..

Felix & Asrul bercakap tentang lagu Adnan. Felix kata dia dah okay dah dengan lagu tu. Sebelum ni dia ingat lagu tu simple macam dalam minus one yang dia dapat tu. Dia tak tau ada life band masa konsert final nanti. Asrul kata Sham pengarah muzik untuk konsert final nanti. Hmm.. Sham ke? Sham lah kan, sapa lagik? Setakat ni, ramai gak yang aku tau tak puas hati dengan beberapa arrangement lagu Sham untuk AF3 ni. Aku pun tak berapa berkenan dengan satu dua lagu. Tapi, kalau berdasarkan rancangan Dari Studio 1, setau aku Sham juga pengarah muzik nya. Dan yang aku selalu tengok, aku rasa boleh tahan jugak dia punya music arrangement. Tak tau lah konsert final nanti macamana.

Masa kat meja makan, Amylea set rambut Felix kasi style sikit sambil diperhatikan Cikgu Marlia & Puan Fati. Puan Fati suruh Felix cakap kat Tipah "L'oreal because I'm worth it..". Felix tak dapat nak habiskan ayat, dia cakap "Yes!" jek.

Pastu dalam kelas Linda, diorang praktis lagu Menuju Puncak. Untuk part akhir lagu tu, Mawi kena dukung Marsha. Huhuhu.. ramai le makan hati nih karang. Memula Mawi cam tak nak, tapi lepas tu dia tau kot yang dia tak leh nak buat apa, jadi dia angkat jek la Marsha. Ada satu part lagi, Felix baring atas lantai dengan dua² kaki ke atas, Amylea kena landing perut dia atas kaki Felix tu, & Felix sepatutnya kena angkat Amylea supaya terapung² macam Superman tengah terbang. Eh apa Superman lak, Supergirl lah. Amylea cuba buat tapi tak jadi, Marsha buat baru nampak macam Supergirl tengah terbang.

Last sekali, tak ingat lah kelas Siti Hajar ke kelas Adnan ke, Mawi ditemani Felix, sekali lagi tengah praktis lagu Aduh Saleha dengan muka yang konon² tengah menjiwai lagu tapi sebenarnya over acting habis. Diorang menari sama macam step lagu Nour El Ein hari tu. Masa ni pun aku gelak tak hengat jugak tengok kembar Siam ni.

Aku sebenarnya dah nak keluar pukul 12 tghari tadi, tu sebab memula aku ingat aku tak sempat tengok diari. Tapi disebabkan Abang nak tunggu satu fax, sempat gak la aku tengok sampai habis sebelum keluar. Cuma aku takde lah ambik apa² nota. Jadi cerita aku mungkin berterabur sikit. Dan mungkin jugak aku ada tertinggal satu dua babak. Tapi aku rasa, part² yang best tu aku dah cerita dah lah. Selamat stay up!

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Tuesday, August 02, 2005

Diari AF3 - 2 Ogos: Bhg. 1

Felix praktis lagu Warkah Berlagu Pilu (tajuk pun cam Dambaan Pilu gituu) atas kerusi urut sampai menguap² dibuatnya. Hahaha.. mesti lagu tu tak best pun, tu pasal dia menguap. Huhuhuu.. Pastu Felix praktis lagu yang sama kat Bilik Aktifkan pulak. Lepas tu dia praktis sambil golek² atas sofa pulak. Lepas tu Felix jugak lagi praktis kat kerusi urut semula.

Kelas Siti Hajar:
Amylea praktis lagu Sweet Child O' Mine. Cam biasa la, Amylea dengan slang bergulung²nya tu. High notes dia agak nyaring, tak sedap sangat lah di telinga aku.

Marsha praktis lagu Manusia. Aku rasa arrangement lagu ni hancus sungguh. Bising semacam. Takut suara Marsha tenggelam jek nanti. Marsha nampaknya belum hafal melodi sepenuhnya.

Felix praktis lagu Kudaku Lari. Aku rasa Felix masih lagi 'menarik' suara bukan 'melontar' suara bila part tinggi, tapi Siti Hajar tak tegur pulak. Agaknya memang cara menarik tu lebih sesuai untuk lagu rock kot?

Mawi praktis lagu Seroja. Lagu ni macam sesuai dengan vokal Mawi. Ada beberapa part nyanyian Mawi yang ditegur oleh Cikgu Siti Hajar sebab tekniknya tak betul. Tapi pada telinga bias aku ni, aku dengar Mawi nyanyi tadi sedap jek la.

Lepas habis kelas Cikgu Siti Hajar, iklan Siti Nurhaliza & Farid Kamil dikejar paparazzi pulak enterfrem di kaca TV.. hehehe. Saja jek aku nak bagitau, aku suka nengok iklan ni sebab Siti tersangat la cantiknya, Farid pun hensem dan ala² romantik gituu. Bila Farid angkat gitar tu, teringat zaman berchenta dulu, cenggitu la Abang main gitar & aku nyanyi lagu favourite kitorang Tak Ingin Sendiri - Hetty Koes Endang. Ewaahh.. cuma bezanya kitorang tak pernah lah pulak dikejar paparazzi. Dikejar pencegah maksiat pun tak pernah jugak ye.. huhuhuhu..

Kelas Adnan:
Amylea praktis lagu.. err.. apa ek tajuk lagu baru Amylea tu? Setakat ni aku dengar okay jek la. Tah le, aku tak dengar sungguh² sangat tadi, sebab sambil Amylea nyanyi tu, Raha pun bersungguh² menyanyi, "Aaaa... waaa.. oooo... wooo..". Tinggi sungguh pitch Raha sampai tenggelam suara Amylea.

Felix pun praktis lagu ciptaan Adnan jugak. Adnan ala² memberi ceramah motivasi kat Felix supaya Felix melupakan ke-tidak-suka-an nya pada lagu tu. Hahahaa.. siannya Adnan, susah² aja cipta lagu, yang bakal membawanya pun tak dapat menerima sepenuh hati. Apa pun, aku rasa lagu ni sesuai juga dengan Felix. Kalau Felix dapat menyanyi lagu Bob dulu dengan baik, maka aku rasa lagu ni juga boleh Felix bawa sesedap rasa. Aku sebenarnya tak berapa suka dengan kebanyakan lagu ciptaan Adnan, tapi setakat ni kedua² lagu untuk Amylea & Felix, setakat yang aku dengar sikit² dalam diari tu, aku rasa okay jek la. Tapi tak tau lah sebab aku tak dengar sepenuhnya lagi. Tunggu jek la konsert akhir nanti.

Marsha mengemas meja makan sorang² kelihatan seperti maid Indon yang didera majikan sebab kawan² dia yang lain semua tengah melepak nengok video Konsert ke-9. Tapi toksah percaya sangat lah editing diari dan skrip Aznil tu. Takkan lah kawan² dia saja nak buat macam tu, rasanya diorang memang ada giliran menyediakan meja makan, sama macam giliran basuh pinggan jugak.

Kelas Marlia:
Pelajar² kena tulis surat jiwang konon² menolak cinta seorang teman. Lepas tu diorang kena baca surat jiwang diorang tu di hadapan kelas. Surat jiwang Mawi jadi kelakar lak, sebab masa dia baca surat tu, dia buat muka lawak semacam. Kejam tau isi surat Mawi tu, kalau aku yang dapat, harus nangis bergulung² dalam selimut. Surat Marsha pulak bercampur² Bahasa Malaysia & Inggeris. Mula² tu okay la jugak, tapi ayat² terakhir di hujung surat tu pun ada jugak sikit bunyi kejam. Kekeke.. surat tolak cinta ada ke yang tak kejam?

Kelas Sham:
Marsha praktis lagu baru dia (aku tak tau tajuk jugak). Nampak macam siksa gak dia nak nyanyi part tinggi lagu tu. Aku sebenarnya asyik dok perati rambut Marsha jek. Berkenan betul aku dengan kaler baru rambut dia tu. Tetiba rasa cam nak kaler rambut lak. Ada sesapa ingat tak warna yang digunakan untuk rambut Marsha tu? Rasanya hari tu dia ada sebut depan Tipah. Alaa, aku kaler rambut untuk Abang jek, bila keluar rumah bukan orang nampak pun.

Paparan Amylea dalam kelas Sham tadi ditunjukkan sikit jek. Sham suruh Amylea hafal sebaris melodi, untuk lagu baru dia tu kot.

Mawi praktis lagu Seroja lagi. Ada part di mana Mawi buat adlib macam qasidah. Itu adalah antara kekuatan Mawi, jadi kalau tak terkucil, aku harap part tu akan jadi best giler, malah aku harap lebih baik dari yang telah Mawi buat dalam lagu Ghazal Untuk Rabiah.

Felix praktis lagu Kudaku Lari. Walaupun aku kurang berkenan dengan arrangement lagu ni, tapi aku rasa versi rock ni sesuai dengan Felix. Mungkin akan memberi impact yang sama macam persembahannya masa Hukum Karma hari tu.

Paparan akhir diari - Felix makan maggi dan diganggu oleh Tipah yang sibuk mintak Felix suap sikit. Hisshh Tipah ni, maggi pun nak tumpang sekaki.

Aku sebenarnya tertunggu² Mawi praktis lagu Aduh Saleha tapi dalam diari tengahari ni takde pun ditunjukkan. Apa ni, tak aci la wei.. pelajar lain dah ditunjukkan diorang praktis kedua² lagu dalam diari, Mawi bila lak? Tak aci laa wei..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Monday, August 01, 2005

Diari AF3 - 1 Ogos: Bhg. 1

Diari dimulakan dengan beberapa paparan yang meilbatkan Yazer & Kefli selama mereka di akademi.

Mawi membacakan kedua² wasiat Kefli & Yazer (aku rasa lebih menarik kalau Mawi baca satu wasiat dan Felix pula bacakan yang satu lagi). Diorang takde nangis². Semua buat muka serius jek. Ye laa, dah minggu last pun, mengada bebenor kalau nak melalak jgak.

Cam biasa, lepas tu diorang cakap tentang keistimewaan / kebaikan / kenangan manis bersama Yazer & Kefli.

Pengakuan depan TuanBesar:
Marsha rasa dia tak deserve masuk final berbanding Yazer, sebab dia lupa lirik dan persembahan Yazer pun bagus.
Mawi pula ada rasa berdebar masa keputusan penyingkiran tapi masa tu dia fikir, apa pun keputusan dia akan terima jek, dan Alhamdulillah dia dapat masuk final. Mawi kata dia percaya pada rezeki, qada' & qadar Tuhan.

Ada satu kedai bunga kasi sejambak bunga pada pelajar² sebagai hadiah dapat masuk final. Apa laa kedekut sangat kedai bunga tu, bagi satu jek. Nak sangat sponsor, kasi laa satu sorang.

Hair colouring advisor dari L'oreal datang ke akademi untuk mewarnakan rambut pelajar², kecuali rambut Mawi la kan.. Mawi buat ala² lelaki lembut konon² tengah cuci rambut Felix. Felix gelak jek. Sementara kawan² dia dikaler rambut mereka, Mawi berlakon ala² pengacara lembut, mengulas tentang proses mewarna rambut tu.

Pengakuan depan TuanBesar - Part II:
Amylea kata memang goal dia untuk masuk ke final.
Felix pula bersyukur dapat masuk akhir, tapi dia sedih sebab yang 2 lagi tersingkir. Kalau boleh dia nak ke-enam² tu masuk final.

Pelajar² tayang rambut baru diorang kat Tipahtipah. Aku suka rambut Marsha. Felix pun okay. Amylea tak nampak sangat perubahannya. Lepas tu Mawi sekali lagi buat aksi pengacara lembut memperkenalkan rambut baru kawan²nya. Kata Mawi, rambut Felix rambut penyangak. Huhuhu.. agaknya sebab kaler rambut Felix sama ngan kaler rambut Rosyam Nor dalam filem Gangster kot. Mawi paling suka rambut baru Marsha. Eh, samalah taste kita ek deknon..

Aznil join pelajar² buat BBQ malam tadi. Aznil buat lawak kipas sate. Cuma Aznil, RA & 4 pelajar tu jek yang ada, tenaga pengajar tak join seklai.

Last sekali video klip Yazer & Kefli diiringi lagu Menuju Puncak. Secara keseluruhannya, diari tadi tu, nak tunggu ulangan pun boleh, tak tengok pun takpe.

Berapa agaknya peratus undian pelajar² sekarang ek? Lagi diorang sorok, lagi aku rasa tak hingin nak mengundi. Huhuhuu..
Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!