Wednesday, March 10, 2004

Diskriminasi

Tengahari tadi ofis aku mengadakan majlis makan tengahari untuk Dr. Hara Prasad Padhy yang bakal meninggalkan kami untuk menyertai UNESCO Paris. Takkan itu saja? Makan tengahari dalam pejabat sahaja? Dengan budget tak sampai RM500? Untuk seseorang yang begitu besar sumbangannya pada institut ini? Lelaki yang telah banyak membantu menjulang nama boss aku dalam dunia pembangunan penyiaran Asia Pasifik. Penghargaan buatnya hanya sekadar makan tengahari dan sebuah jam dinding?
Aku masih ingat, ketika meraikan kehadiran Olivier dari France dan Winfried & Karl dari Germany, kami mengadakan majlis di Royal Selangor Club. Ketika Reiner hendak pulang ke Germany, majlis perpisahan untuknya diadakan di PJ Hilton. Mengapa? Kerana mereka dari negara barat? Atau kerana mereka berkulit putih? Adakah kerana Dr. Padhy berasal dari India dan berkulit hitam, maka dia menjadi tidak layak untuk diraikan di tempatĀ² eksklusif walaupun jasa beliau pada institut ini ketara lebih besar dari mereka?
Ternyata diskriminasi bangsa dan warna kulit masih wujud di sini. Dan aku semakin sedar kedudukan diri aku, kerana warna kulitku pastinya tidak secerah kulit Olivier, Winfried atau Reiner. Walaupun negaraku sudah merdeka berpuluh tahun yang lalu, walaupun kini merekalah yang sebenarnya datang mencari rezeki di tanahairku, namun mereka masih tetap menjadi tuan di bumiku sendiri. Dan aku hanya memandang, mendengar dan mengangguk.. tak mampu melepaskan tekak dan perut yang masih dijajah mereka...

"Behind a successful person of a successful organisation, there must be a team of excellent people. And YOU are one of them.." -Dr. Hara Prasad Padhy-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home