Friday, May 14, 2004

Mimpi Raha


Sejak tiga malam lepas Raha asyik batuk-batuk. Pagi tadi makin menjadi-jadi pula batuk dia. Risau aku. Abang ajak ke klinik. Tak mahu tunggu petang. Sampai di klinik elok aje pulak dia. Sekali pun tak batuk. Suhu badan pun biasa saja. Agaknya dalam hati doktor tu kata, "Mengada-ngada betul mak abah budak ni".

Aduhai Raha.. batuk-batuk sebab dah lama tak naik kereta agaknya. Saja dia berlakon supaya Mak dan Abah bawa pergi klinik, boleh jalan-jalan. Tak pun, setiap kali tidur, Raha mimpi makan ais krim atau minum milo ais. Mesti dia makan dan minum banyak-banyak kan? Sebab tu lah sampai terbatuk-batuk.

2 Comments:

Anonymous Aman said...

Dia batuk mungkin sebab suhu persekitaran di rumah tak berapa selesa, mungkin sejuk atau berhabuk. Kalau masih batuk sapukan Vicks di dada dan kat belakang sebelum kasi tidur. Jangan lupa tengok tekak dia, kalau merah nanti susah, kalau dia tak nak menyusu lagi payah nanti. Eh macam dotor pulak...

12:30 PM  
Anonymous LeeZ said...

eee... nih mesti maknya pemalas tak lap habuk2 kat rumah tu... hi dewiii!!! *muahsss*

12:31 PM  

Post a Comment

<< Home