Wednesday, June 16, 2004

Andai Raha nak masuk AF?

"kalaulah, 20 tahun akan datang, tiba-tiba anak kau Raha nak masuk AF. adakah kau nak sokong atau sebaliknya.

sekadar soalan.
saya "


Begitulah soalan yang aku terima dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai 'saya'.

Jawapan aku adalah - TIDAK. Sebagai seorang emak, pastinya aku inginkan yang terbaik untuk anak aku, dunia dan akhirat.

Bukan niat aku untuk mengatakan kehidupan seorang artis itu jelek, tetapi amat nyata dunia hiburan lebih banyak perkara negatif dari positif. Samada artis yang separuh bogel, artis yang berpakaian sopan hinggalah ke artis yang bertudung litup, mereka bukan sahaja boleh menjadi idola dan disayangi, namun mereka juga tidak dapat lari dari dibenci, digossip, difitnah dan diganggu kehidupan peribadi. Tiada privacy hinggakan cerita dalam seluar dalam pun menjadi bahan bualan masyarakat.

Mungkin anak aku sangat berbakat dan boleh jadi lebih kaya raya dari Siti Nurhaliza, dan aku pun boleh tumpang senang. Tetapi sebagai emak, aku lebih rela hidup sederhana. Aku lebih rela anak aku membenci aku kerana tidak membenarkan dia menjadi artis, kerana cuba melindungi kehidupannya, daripada membiarkan dia dibenci oleh masyarakat yang hanya membaca atau mendengar kisah² peribadinya dari akhbar, namun tidak pernah mengenalinya sejak dari dalam perut.

Sebenarnya terlalu banyak sebab-sebab yang boleh aku senaraikan. Terlalu banyak contoh di surat khabar, majalah dan ruang forum internet yang rasanya tak perlu aku ulas. Belum lagi masuk bab hukum-hakam agama yang terang² tidak menyebelahi.

Sebagai emak, hati mana yang tidak tercalar pedih jika anak yang kau bawa di dalam perut dari sebesar zarah, yang kau lahirkan kedunia dalam keadaan menyabung nyawa, yang kau tatang sepenuh jiwa, kau susukan hingga kenyang, kau ajarkan perkataan pertamanya, kau tatihkan langkah pertamanya, bila dewasa menjadi umpat cerca hanya kerana dia bergambar dengan seorang lelaki, atau hanya kerana dia TIDAK MAHU bergambar dengan seorang lelaki?

Walau seburuk mana perangainya, walau sehodoh mana wajahnya, walau sebodoh mana akalnya, dia tetap anak aku. Satu perkataan mengeji dia, bagai halilintar menyentap jantung aku, bagai seluruh langit menimpa dada aku.

Secara peribadi, aku tidak sekuat ibu Nana, Atie, Azza, Rosma, Liza dan Nija yang mampu memberi sokongan kepada anak² mereka untuk menceburi bidang ini. Aku tidak sekuat mereka yang mampu memekakkan telinga, membutakan mata, membisukan mulut, bila orang mengutuk mengata anak mereka di kaca TV dan di dada majalah. Aku takut aku tidak kuat memaut tangan anak aku agar dia tidak hanyut dibawa arus. Aku takut aku tidak mampu menariknya berdiri andai dia rebah menyembah bumi.

Yang lebih aku takut, jika aku tak mampu menjawab bila tiba masanya, DIA bertanya adakah aku menunaikan tanggungjawabku menjaga, melindungi dan mendidik AMANAH NYA dengan betul seperti mana yang DIA tuntut, seperti mana yang telah diajar oleh UTUSAN NYA, dan seperti mana yang difirmankan dalam QALAM NYA?

7 Comments:

Anonymous pacik said...

klu dia nak jadi artis nasyid..??

1:26 PM  
Blogger SuMie said...

Pun tak bagi, pacik. Kalau alasannya nak berdakwah, nasyid bukan lah saluran yg tepat bagi seorang perempuan. Itu pendapat saya lah. Nanti orang kutuk juga - kata nak berdakwah, tapi suara perempuan tu kan aurat..
Kesimpulannya, kalau anak nak menyanyi sangat, nyanyi ajelah dengan set karaoke di rumah. Mak dan abah dia pun kaki menyanyi, kaki muzik, tapi kami memanfaatkannya untuk memupuk cinta antara satu sama lain.
Abah main gitar, mak nyanyi. Abah cipta lagu, mak cipta lirik. Lagu tentang cinta, tentang keluarga dan lagu nasihat. Itu lebih bermakna daripada menyanyi konon menasihati masyarakat, tetapi akhlak diri sendiri dipertikaikan disana-sini.

1:27 PM  
Anonymous lela said...

betul cakap u ...banyak saluran lain utk kita nak berjihad atas nama islam..bukan hanya setakat bernasyid...lama-lama jihad kemana, nasyid kemana...islam jugak yg malu..

1:28 PM  
Anonymous saya said...

eh eh. siap buat entry lagi utk soalan aku tu ya. apa2pun, terima kasih kerana menjawab soalan aku. saje je nak tau pandangan memandangan emaknya sekarang tengah demam AF.

sekadar mencelah.

1:29 PM  
Anonymous intansuzana said...

aneh bila menjadi ibu kita menjadi begitu possesive dan protective sekali lantas seringkali kita mengabaikan fakta yang satu ketika muda dulu antara kita juga mempunyai hati yang memberontak untuk melakukan sesuatu yang kita sukai tapi tidak direstui oleh ibu bapa, bermain muzik contohnya. aku faham niat ikhlas kau melindungi anak kau dan memastikan kau melakukan tanggungjawab mu. namun jika anak itu seorang yang idealistik dan kuat hatinya....bagaimana? aku boleh bayangkan its gonna be a tough fight. i guess we can say NO to them when they're young...but at 24-30 yrs old? ---just my 2 cents

1:30 PM  
Anonymous LeeZ said...

dah-dah emaknya demam AF, susu anak dah buat ker belum??? hehehe

1:31 PM  
Anonymous CikMaz said...

hai Kak Sumie. baru lg di sini, link dr blog Kak Yati.

CikMaz setuju dgn pendapat Kak Sumie yg tak mahu anak Kak Sumie utk jadi artis. tp alasan CikMaz mungkin lain sikit. CikMaz tak mahu org yg CikMaz sayang (sibling, anak, bf, etc.) jd bahan kejian org. mungkin ada yg memuji, tp lebih lg yg mengata. CikMaz lebih rela kalau org yg CikMaz sayang bersederhana. kalau dah jadi artis, nnt high maintainance pulak. serba-serbi perlu dijaga. dan lagi, CikMaz tak sanggup org yg CikMaz sayang jd bahan tontonan umum. tp ini tidaklah membantutkan minat CikMaz pada AF. cuma CikMaz tak suka kalau salah seorg drpd pelajar2 itu adalah org yg CikMaz sayang.

ini cuma pendapat CikMaz. mohon undur diri...

-CikMaz-

1:33 PM  

Post a Comment

<< Home