Tuesday, June 08, 2004

Dah Demam?

Sebut aja "Dah Demam?", satu Malaysia tahu apa bendanya. Begitulah hebatnya team promosi Astro. Dengan 2 perkataan saja, mereka berjaya membuatkan peminat dunia hiburan Malaysia panas punggung.

Malah, aku sendiri mula mengenali dunia blog kerana 'demam' yang sama tahun lepas. Dari website Astro, aku lari ke blog sultanmuzaffar yang ternyata memberi ulasan lebih bernas dan membuka forum yang lebih intelek berbanding Astro sendiri. Sekalung tahniah buat SM, penulis blog berkenaan yang berjaya menarik minat ribuan pembaca terus mengikuti perkembangan Akademi Fantasia. Dan segunung terima kasih dariku secara peribadi kerana, dari situ lah tercetus keinginan aku untuk mempunyai blog sendiri.

Kini demam dah kembali. Belum pun seminggu bermula, ruangan forum AF dah diasak pelbagai gossip dan isu. Sindrom demam aku pun dah bermula seperti tidur lewat menonton ulangan Diari AF atau membaca ulasan di blog SM. Adik aku, Ana yang di Bangi tu pun dah tentu tiap-tiap minggu pasti ke rumah nak menonton konsert AF nanti. Dah nampak dah sindrom 'demam Kaer' pada adik aku tu. Ayat yang keluar dari mulut dia, asyik-asyik, "Comelnya Kaer..", "Sedapnya suara Kaer..".

Astro pun bukan main lagi 'demam'nya. Demam buat duit. Tak cukup dengan dengan sponsorĀ² gergasinya musim ini, SMS yang bakal diterimanya, tiket konsert AF pun dijualnya kali ini. Itu belum termasuk subscription feenya yang dah naik RM5. Sudahnya poket peminat fanatik yang demam teruk payah nak kebah nanti.

Aku sendiri, untuk hari ini, detik ini, masih lagi bertahan untuk mengawal suhu badan aku. Kalau boleh tak mahu lagi SMS mengAFUNDI. nanti bil Celcom aku pula yang demam. Tapi itu untuk hari ini, detik ini lah. Besok aku tak tahu lagi. Hehehehe..

3 Comments:

Anonymous toriq said...

habis la bil tepon nanti... melambung la gamaknyer camnih... hehehe

1:06 PM  
Anonymous lela said...

for sure kita tak akan bersms sebab tak nak bagi astro kaya raya...sama seperti last year..kita jadi pemerhati tetap je lah.

1:07 PM  
Anonymous LeeZ said...

oiii... anak tu jaga oiii... kang assik berAFUNDI jer, susu anak lupa beli!!! hehehehe

1:08 PM  

Post a Comment

<< Home