Monday, June 14, 2004

Selepas Konsert-1 AF2

Aku tak tau lah entah apa 'mandrem' Astro ni. Walaupun adakalanya aku menyampah tengok Diari Akademi yang banyak sangat promote tisu premier tu, walaupun aku benci Astro naikkan fee RM5 sebulan, walaupun aku tak suka dengan fenomena anakĀ² Melayu yang macam kemaruk glamour menyertai uji-bakat sana sini untuk jadi artis, tapi aku tetap setia menonton Konsert AF2. Jangan kata konsert, ulangan konsert pun aku tengok.

Sebelum Diari AF bermula, pilihan aku adalah Linda. Linda seorang.
Selepas Konsert 1, pilihan aku adalah Kaer, Zarina dan Linda.

Kaer - selain dari muka dia yang cute, aksi dia yang macam orang blurr, suara dan nyanyian dia yang menarik tu, aku rasa aku terpengaruh dengan Ana, adik perempuan aku yang suka sangat dengan Kaer.

Zarina - Aku suka muka dia. Aku suka suara dia. Aku suka attitude dia (setakat hari ini lah). Mak aku suka dia, Abang pun suka dia (ternyata semangat kenegerian memainkan peranan). Yang pastinya, orang Malaysia memang suka gossip. Kisah cinta lama Zarina-Khai nampaknya menyumbang dalam mempopularkan (atau mungkin menjatuhkan) Zarina. Sebagai seorang perempuan, aku pun pernah bercinta, gagal bercinta, putus cinta, ditinggalkan kekasih dan meninggalkan kekasih. Bagi aku Zarina hanyalah melalui kehidupan biasa sebagai seorang remaja perempuan. Namun kisah 'cinta biasa' seorang 'gadis biasa' yang 'berbakat luar biasa' itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk meraih untung. Hebat betul cinta seorang perempuan.

Linda - bertenaga. Itulah satu perkataan yang dapat aku gambarkan mengenai vokal Linda pada Konsert 1. Dalam Diari AF juga aku melihat Linda tidak cuba mempromosikan tisu premier bagi meraih undi. Airmata memang dikatakan senjata wanita, namun airmata bukanlah tiket menjadikan seseorang wanita itu cemerlang. Airmata juga tidak menjanjikan kejayaan. Linda memberikan penumpuan penuh di dalam setiap kelas. Aku suka melihat keazaman, kerajinan dan kesungguhan begitu dalam diri seorang perempuan.

Status AFUNDI - KOSONG.
Aku masih berkira-kira. 1 SMS = 65 sen. 100 SMS = RM 65. Boleh beli 2 tin besar susu Raha. Aku masih kuat sebagai emak Raha.

5 Comments:

Anonymous aidid said...

akak masih setia ngan azizi. apa-apapun telah jatuh center ngan fitri. Yeee fitri. biarlah org nak ckp apa pun, akak tetap nak suka fitri. hehe. Afundi fitri. errrr setakat ni baru sekalilah undi dia.Dah demam? udahhhhh

1:11 PM  
Anonymous lela said...

kita memang akan undi kear..dulu kini dan selamanyer....& 2nd choice ZARINA..betul kata u buat masa nie dia ok segala segi...

1:11 PM  
Anonymous idacayang said...

em.. kiter masih tercari2 saper calon paling sesuai utk diundi..? bkn takat demam ajer.. fenin skali.. fenin sbb tatau nk undi sape.. dan fenin jugaks biler menyedari prepaid makin susut lepas mengundi...!

1:12 PM  
Blogger SuMie said...

Hai idacayang.. thank you for singgah blog akak

1:13 PM  
Anonymous saya said...

kalaulah, 20 tahun akan datang, tiba-tiba anak kau Raha nak masuk AF. adakah kau nak sokong atau sebaliknya.

sekadar soalan.

1:14 PM  

Post a Comment

<< Home