Monday, June 21, 2004

Selepas Konsert-2 AF2

Menitik juga airmata aku. Bukan kerana ada peserta yang tersingkir. Tapi bila melihat seorang ibu tunggal melepas rindu kepada dua anaknya yang masih kecil. Naluri keibuanku pastinya tersentuh membayangkan aku terpaksa berpisah dari Raha selama berbulan-bulan demi mengejar cita-cita.

Sekali lagi pihak-pihak tertentu telah mensensasikan kehidupan seorang wanita. Mungkin ramai yang simpati dan terharu dengan kecekalan ibu tunggal ini lantas mula mengundi sebanyak mungkin bagi memastikan ibu tunggal ini menjadi juara agar dapat membela kedua-dua anaknya. Aku tak pasti apa yang aku rasa. Adakah aku bangga kerana kisah seorang ibu tunggal yang masih muda mampu meretakkan hati berjuta penonton, atau adakah aku merasa sedih kerana sebegitu mudah cerita kepincangan rumahtangga seorang wanita dijual, dijadikan modal meraih undi dan untung?

Hari ini aku melihat peratus kedudukan Mas melonjak ke tangga teratas. Aku tak pasti adakah kerana bakat atau kerana simpati masyarakat. Walau apa pun sebabnya, pengundi-pengundi Mas pasti telah menyumbangkan banyak duit kepada pihak-pihak tertentu. Selepas ini Mas bakal menjadi bintang. Adakah itu menjamin masa depan Mas dan anak-anaknya? Bukankah Mas bakal sibuk menghiburkan mereka yang telahpun berhabisan mengundinya? Mewahkah kehidupan Mas nanti? Atau sekadar lebih kurang dengan pendapatan berniaga bersama bapanya? Senangkah kehidupan anak-anak Mas? Atau semakin jauh terpisah dengan ibu yang semakin sibuk dengan show dan jarang dapat pulang ke kampung untuk meluangkan masa dengan anak-anak?

Aku tak pasti dengan masa depan Mas. Aku tak pasti dengan nasib anak-anak Mas. Tapi aku pasti pengundi-pengundi Mas kena bayar bil telefon yang tinggi dalam 2-3 bulan ini. Dan aku pasti pihak-pihak tertentu tersenyum lebar nampak gigi.

Selepas Konsert 2, pilihan aku adalah Zahid, Zarina, Farah, Kaer dan Linda.
Status AFUNDI - KOSONG

8 Comments:

Anonymous saya said...

aku kurang pasti adakah dengan adanya cerita-cerita peribadi/semi-peribadi seperti status si polan atau ayah si polan akan menjalani pembedahan atau si polan tu adalah ex pada si anu dan lain-lain lagi memberikan kebaikan atau sebaliknya.

bagi sponsor mesti senyum lebar sebab dgn cerita-cerita mcm ni, rating makin tinggi, makin ramai org vote.

tapi, adakah penonton dah bijak sekarang utk vote kerana bakat si polan itu dan bukan kerana cerita-cerita sebegini ? atau adakah penonton msia dah bijak utk masih vote si polan walaupun adanya cerita-cerita yg kurang sedap didengar ?

bagi peserta yg ada cerita-cerita sebegini mungkin ada untung/ruginya. boleh jadi faktor utk org vote atau tidak. tapi mcm mana lak yg lain2 yg tiada cerita-cerita mcm ni ? adil ? tak adil ?

aku rasa, kalau mereka2 ni dibiarkan bersih dari apa juga cerita2 peribadi ni agar tak mempengaruhi vote lagi baik supaya org vote sepenuhnya atas dasar bakat. tapi, inilah yang dinamakan TV !

sekadar renungan.

1:35 PM  
Blogger SuMie said...

Matlamat penyiar ni jual undi. Undi ada banyak jenis undi (macam motto diorang jugak, MACAM-MACAM ADAAA!!). Ada orang undi bakat, undi rupa, undi seluar ketat, undi simpati, undi penyelamat. Kalau tak keluar cerita peribadi, tak ada variasi undi. Betul jugak kata ko, tak fair pada yang tak ada cerita peribadi. Maybe untuk ujibakat tahun depan, penerbit akan pastikan setiap peserta ada cerita peribadi yang sensasi. Makin banyak lah undi kot.
Aku tak tahulah nak menilai kebijaksanaan penonton Malaysia. Yang menonton tetapi tak undi lah yang paling BIJAK kot.. BIJAK jaga duit.. hehehehe

1:36 PM  
Anonymous kakteh said...

pilihan top five tu bijakkkk...kekekeke.

1:37 PM  
Anonymous LeeZ said...

dulu masa mak tengok last year punya AF, tak pernah nak undi. tapi ntah macamana tahun ni, terundi laks...

maybe sebab this year's Akademias are more talented than last year's kut??

whatever it is, bila laki mak ada, mak gunala HP dia AFUNDI fav mak tuh...

1:38 PM  
Blogger SuMie said...

Sapa laaa agaknya AFUNDI fav Leez tuh. Musti Bob nih. Aku dah syak Leez nyer taste mesti chub gituu.. huhuhuhu

1:39 PM  
Anonymous Spiral said...

Tahniah Puan Sumie... tahniah kerana puan masih belum menyalahgunakan telefon bimbit puan untuk kepentingan orang lain!!

1:40 PM  
Anonymous Lenio said...

Aku sungguh meluat tengok AF nih.. sama meluat dengan racangan who will win, malaysian idol dan audition.

yg paling pelik..ramai pulak tu yang vote...

yang aku paling tak paham yg kalah tu siap nangis2 lagi. dah mmg kau crap. nak buat camno. ye tak?

1:41 PM  
Anonymous LeeZ said...

Lenio, senang jer... kalau meluat dan tak suka tengok, tengok cenel lain. ASTRO kan ada berpuluh-puluh cenel lain.

1:41 PM  

Post a Comment

<< Home