Selepas Konsert-4 AF2
Aku melihat pelbagai perkara hasil penangan demam AF. Memang tidak kesemua perkara itu secara langsung disebabkan AF. Ia lebih kepada sikap manusia sendiri apabila menangani sesuatu situasi. Ia bukan sahaja berlaku ketika demam AF, namun apa yang ingin aku tulis adalah apa yang aku saksikan kebelakangan ini, yang mana titik mulanya adalah AF.
Aku melihat adik-beradik bertengkar dan tidak bertegur sapa beberapa hari hanya disebabkan si kakak ketawa bila pelajar AF pujaan adiknya tersingkir minggu ini. Aku melihat suami menarik muka masam bila isteri sering tidur lambat kerana asyik mengadap komputer, samada membaca ulasan AF atau membuat ulasan AF. Aku melihat persahabatan dipersenda hanya kerana sahabatnya meminati pelajar AF yang paling dia benci.
Aku melihat kutuk-mengutuk bagaikan satu budaya yang seakan tidak berdosa di dunia cyber. Aku melihat begitu angkuhnya apabila seseorang mengutuk mana² pelajar, namun begitu mudah jua melenting bila pelajar kesukaannya dijentik. Aku melihat pengkritik yang begitu hebat mengkritik namun menggelepar bila dirinya sendiri dikritik. Aku melihat betapa bongkaknya seseorang mahukan orang lain memohon maaf kerana mengutuk dirinya, namun begitu sukar memberi maaf, apatah lagi memohon maaf setelah mengguris hati orang lain. Aku melihat penulis membuka ruang untuk pembacanya memberi pendapat namun tidak membuka hatinya untuk menerima teguran. Aku melihat pembodek² sewenang²nya melabelkan insan lain sebagai bodoh dan bangang hanya kerana insan itu tidak sependapat dengan mereka dan walaupun mereka sendiri tidak pernah mengenali siapakah yang mereka katakan bodoh itu. Aku melihat satu kritikan menutup seratus pujian yang pernah ditaburkan sebelumnya. Aku melihat betapa benarnya pepatah - indah khabar dari rupa.
Akhirnya aku melihat pelajar tersingkir tetap menjadi bintang. Aku melihat pelajar tersingkir makin maju perniagaannya. Aku melihat pelajar tersingkir tetap popular meskipun berkoyan-koyan kutukan ke atas dirinya. Aku melihat pengutuk² berkoyan-koyan pula dosanya dan tetap tidak popular. Aku juga melihat pengAFUNDI² berkoyan-koyan habis duitnya kerana menyelamatkan pelajar kesayangan mereka. Dan walau aku tak dapat lihat, namun aku pasti Accountant dan Auditor Astro dapat lihat berkoyan-koyan juga Fixed Deposit Astro selepas tamat AF nanti.
Lalu aku melihat peribadi aku sendiri dan cuba muhasabah diri.
Selepas Konsert 4, pilihan Top-5 aku masih Zahid, Zarina, Farah, Kaer dan Linda.
Status AFUNDI - KOSONG

12 Comments:
afundi saya kaer (atas dasar setia) kalau ikutkan hati meluat juga tgk perangai dia smlm lembik...
lepas kaer undi mas dan zarina..
baru first time masuk sini..
esok masuk lagik
Tq Pnut.. (mcm nama adik aku plak, dia pun minat Kaer). Saya tak update blog ni hari². Tak ada idea & tak ada banyak masa sangat. Anyway, thanx again.
hi..just dropping by. nice blog maaa..nyway, banyak tul citer you lately ni pasal AF. peminat eee...
Thanks for hopping in Ana. hehehe.. memang minat pun. Actually bukan AF jek, apa aje kat TV tu I minat, cuma AF ni je ada demam sikit.
kedek kedek kedek
hi screw.. kedek kedek kedek
keep on writing le... aku paling suka part ni ' Aku melihat pengkritik yang begitu hebat mengkritik namun menggelepar bila dirinya sendiri dikritik.' oh sumie..kau lah rakan kedek kedek ku...
hai sumie...
first time masuk sini.
hehehe best nyer.. ada blog sendiri ek... suka hati lah nak cakap apa ek...
kedek kedek kedek.. makasih emy & co2, yeah.. mari kita tulis apa saja kita suka di blog kita.
demam jugak....AFUNDI AZNIL...hehhehe....memula dulu cam minat kt KAER tp cam dah x best jerk...maybe lagu yg dia bawak kot..mmmmm...ingat lg?mrsm tdk...????
Betul lah tu sumie. I pun ada blog sendiri jugak but mainla to update my sis on AF and certain issues at home. My blog my opinion. hehhehe
Post a Comment
<< Home