Thursday, July 15, 2004

Selepas Konsert-5 AF2

Sejak AF2 bermula, rutin harian aku pun mula berubah. Pagi-pagi perkara pertama aku buat bila sampai pejabat ialah on komputer, terus membaca weblog yang mengulas tentang AF. Nak harapkan aku mengulas sebiji-sebiji macam diorang tu, tak laratlah. Tapi aku memang suka tumpang sekaki beri komen. Ye lah, apa guna Ruangan Komen kalau bukan untuk memberi komen. Kalau untuk memberi pujian, baik dinamakan Ruangan Membodek. Blog kegemaran aku adalah YatiAtHome. Mungkin kerana penulisnya seorang wanita, maka aku rasa lebih serasi dengan tulisan Y. Dulu aku selalu baca blog sorang mamat tu. Tetapi bila penulisannya makin menyerlahkan aura 'berlagak', 'perasan pandai', 'macam bagus' dan segala perkataan lain yang seerti dengannya, aku jadi semakin geli dan rasa nak muntah setiap kali membaca tulisannya, maka aku mencari sesuatu yang lebih jujur, yang penulisnya menulis bukan kerana nama. Aku temuinya pada jemari seorang wanita. Semoga Y akan terus menulis dari hati, bukan untuk dipuji, bukan juga mencari populariti.

AF2 juga menemukan aku dengan ramai teman-teman baru, bukan saja melalui blog yang aku kunjungi, tapi juga dari yahoogroup yang aku sertai. Kadang-kadang kerja pun lambat siap sebab asyik berchatting dengan teman-teman baru ni. Balik dari pejabat pun tak singgah kemana-mana lagi, terus balik rumah kerana tak mahu terlepas Diari AF jam 8.30. Buletin TV3 pun aku tonton separuh saja. Lagipun dalam berita tu asyik-asyik keluar cerita orang bunuh orang. Buat risau kepala otak aku je. Lagi baik baca lawak 'Pak Abu buat pelamin' di Channel 15 tu, sementara tunggu siaran ulangan Diari AF jam 11.30. Tidur pun lambat. Paling awal pukul 12.30. Kalau ada ulangan konsert, lagilah lambat aku tidur. lambat jugalah ke pejabat esoknya.

Bilalah agaknya demam aku nak kebah.
Selepas Konsert 5, pilihan Top-5 aku tetap Zahid, Zarina, Farah, Kaer dan Linda.
Status AFUNDI - KOSONG

2 Comments:

Anonymous nur said...

assalamualaikum akak....
akak sihat tak?
lama tak datang sini.....hehehhehehe,alih2 dapat tahu
kita punya 5 favourite finalis samalah....mula2 dulu nur sokong mas.tapi disappointed sangat ngan performance dia sekarang ni.belajar mcm tak bersungguh2...tu yang berpindah pada farah pulak...yang 4 orang tu mmg dari mula2 dululah...dan yg paling favourite of courselah ZAHID!!!!!!

10:38 PM  
Blogger SuMie said...

Hi Nur.. sama ek? Tapi kan.. rasa cam ada jek antara yg 5 tu akan terkeluar awal. Ye laa.. tengok laa sapa antara Top 3 sekarang. Payahnya nak gugat.

10:39 PM  

Post a Comment

<< Home