Sunday, July 18, 2004

Selepas Konsert-6 AF2

Pemergian Zarina telah aku duga. Minda pengundi majoriti masih belum berubah. Sebab itulah aku tidak mahu mengundi sejak awal rancangan ini bermula.UNDILAH DENGAN BIJAK, begitu laungan Aznil setiap malam, setiap minggu. Dengan tersingkirnya Zarina, adakah itu bermakna pengundi tidak bijak? BIJAK itu subjektif. Bagi peminat Nurul, 'Undi Bijak' bermaksud AFUNDI NURUL pada saat-saat akhir supaya dia sentiasa terselamat. Bagi peminat Mas, 'Undi Bijak' mungkin bermakna AFUNDI MAS sehingga dia jadi juara agar dia boleh membawa pulang kereta untuk membawa anak-anaknya makan angin keliling Tawau. Bagi peminat Bob pula, 'Undi Bijak' bererti AFUNDI BOB agar dia mara sebagai Top-5 bagi membuktikan rupa paras tidak penting asalkan berbakat. Bagi peminat Adam, 'Undi Bijak' adalah AFUNDI ADAM supaya wajah ayunya dapat ditatap di kaca TV saban malam, memandangkan Yusri KRU telahpun menjadi milik Erra Fazira. Manakala bagi peminat-peminat yang menghargai bakat, 'Undi Bijak' mungkin bererti AFUNDI ZAHID, LINDA, KAER, ZARINA dan FARAH, dan usah pedulikan yang lain. Lalu 'Undi Bijak' dari golongan manakah yang menjadi AFUNDI majoriti? Ternyata golongan yang mengundi Zarina kerana bakat, menjadi golongan minoriti pada Konsert 6.
Yang pasti, tafsiran 'Undi Bijak' bagi penerbit adalah UNDI BANYAK-BANYAK, tak kiralah siapa pun korang nak undi. Makin BANYAK korang undi, makin BIJAK lah korang bagi penerbit.
Bagi aku, UNDI BIJAK bererti TIADA AFUNDI.

Selepas Konsert 6, dengan lambaian Zarina, aku mengharapkan Bob akan menyertai pilihan aku yang lain iaitu Zahid, Farah, Kaer dan Linda sebagai Top-5. Walaupun aku sebenarnya kurang berkenan dengan ke'mesreeee'annya itu, namun aku akur pada bakat beliau. Namun aku hampir pasti, setidak-tidaknya, 2 dari pilihan aku sekarang, akan ditendang keluar oleh 'Undi Bijak' golongan majoriti.
Status AFUNDI - KOSONG.

4 Comments:

Anonymous awan said...

lebih baik berbuat sesuatu dari sekadar mengharap hasrat namun tidak berbuat apa2. mencuba biarpun mungkin tidak berjaya tidak bermakna kita kalah. at least we win to try.

bila nurul nak keluar nie? irritating la. heheheh

Afundi Aznil!

10:44 PM  
Anonymous emy said...

Sumie,

Ini adalah realiti minda pengundi. Semua pengundi bijak. Bijak utk memastikan studdent kegemaran dia stay. Tapi seperti kita tau, setiap minggu yg kurang undi tetap keluar. Yg penting selepas AF. Siapakah yg betul2 menyinar???

10:45 PM  
Anonymous apiq said...

nape aok tanak amek adam? af tak best doh, awek koi dah kuar.. takpe farah ade.. heheh..

10:46 PM  
Blogger SuMie said...

Ye awan, memang aku mencuba, mencuba untuk tidak mengkayakan Astro. Hik hik.

Betul Emy, di luar sini realiti. Realitinya, orang yang menghargai bakat juga menghargai duit.. kekekeke.

Apiq, koi tak nok laa amek Adam sebab dia jelita sangat. Aok minat Adam ke? Hoh aok ni.. patutlaa aok nyanyi sumbang jek dari kecik. Ni kalau akakĀ² aok yang lain tau, konpem aok kene boikot. Nasib baik aok tak bawak henpon balik asrama, kalau tak mesti aok vote Adam. Abiss laa duit abah koi..

10:47 PM  

Post a Comment

<< Home