Friday, August 20, 2004

Kata Asmah

Dalam minggu ni saja, entah berapa kali aku dapat email yang sama tentang Siti Nurhaliza. Sejauh mana kebenaran email yang ditulis oleh Asmah (bukan nama sebenar) tu, Tuhan saja yang tahu.

Aku percaya lebih separuh rakyat Malaysia yang ada email, yang celik IT, dah baca email tu. Ada yang kata ianya sekadar gossip untuk menjatuhkan nama baik Siti. Ada yang kata ianya bertujuan mensabotaj konsert Siti Fantasia Tour. Tak kurang juga yang percaya bulat², maklum lah sejak dulu memang dah jaki dengan insan yang di beri gelaran diva tu. Bagi peminat² fanatik pulak, dah tentu menolak mentah² dan menganggap email itu sebagai fitnah.

Aku bukan peminat fanatik Siti Nurhaliza. Aku tak pernah menyertai fanclub Siti Nurhaliza. Aku juga belum pernah pergi mana² konsert Siti. Lagu² Siti pun aku tak hafal. Album terbaru Siti Nurhaliza pun aku belum beli. Apa yang aku nak kata, aku sekadar mengkagumi suara dan bakat Siti, bukan peminat fanatik Siti. Jadi bukan niat aku nak membela Siti Nurhaliza. Lagipun Siti tak kenal siapa aku. Kalau aku bela dia pun, aku takkan dapat walau 1% pun dari income Siti. Namun aku sekadar ingin berkongsi pendapat dengan sesiapa sahaja yang sudi berkongsi.

Kata Asmah, Siti makan telur dalam jamban, tak tau lah, aku tak pernah tengok dengan mata aku sendiri. Asmah tu mungkin pernah tengok agaknya, sebab tu dia berani tulis. Aku juga tak pernah nampak Siti bersama Ramli MS, jadi aku tak boleh lah nak percaya sepenuhnya. Asmah tu pun tak pernah tengok sebenarnya, sebab dia pun tulis 'kami dengar'. Tak tahulah pula Asmah dengar dari siapa, sebab dia tak tulis. Tentang merokok pula, kata Asmah, Nurul si make-up artist yang beritahu orang. Diulangi, Nurul beritahu orang, Asmah tak cakap pula yang Nurul tu sendiri beritahu dia yang Siti merokok. Katanya semua yang rapat dengan Siti tau tentang tu, tapi Asmah tak kata pula yang dia rapat dengan Siti, atau dengan mereka yang rapat dengan Siti. Begitu juga dengan cerita botox, mandi bunga dan asap kemenyan. Mungkin Asmah kebetulan bercuti di Indonesia dan dia ternampak Kris Dayanti bawa Siti buat semua tu.

Yang aku pasti kebenarannya cumalah satu perkara - Siti taruh mata biru, hijau dan hazel. Yang tu satu Malaysia, Brunei dan Indonesia pun tau sebab boleh nampak di TV dan majalah. Tapi tak patutlah Asmah kata Siti tu dahi senduk, muka penyek dan tak ada orang nak tengok. Mungkin wajah Asmah cantik rupawan, tapi janganlah menghina wajah orang lain kerana itu kan pemberian Tuhan. Lagipun wajah yang Asmah kata penyek dan berdahi senduk tu juga yang lebih popular dari wajah Asmah.

Kata Asmah, kawan²nya dari Astro mengikut konsert Siti, apakah ini bermakna Asmah tidak ikut? Kalau Asmah tak ikut, maknanya kesemua cerita sepanjang konsert tu bukanlah Asmah sendiri alami, sebaliknya Asmah dengar dari kawan²nya. Prihatin sungguh Asmah pada sahabat²nya sehingga sanggup meluangkan masa menulis pada Kuseman @ Siti Jarum untuk meluahkan ketidakpuasan hati kawan²nya.

Kata Asmah, Siti menghalau seseorang dari bas istimewanya kerana Siti tak mahu orang itu berada dalam bas bersamanya. Tapi Asmah tak bagitau kenapa Siti tak suka orang tu. Mungkin Asmah sendiri tak tau, sebab Asmah tak naik bas tu. Kita semua pun tak tau, mungkin orang tu ada buat sesuatu yang tidak baik pada Siti. Mungkin ada orang lain yang halau, tapi dia kata Siti yang tak suka dan Siti yang suruh halau. Mungkin.

Kata Asmah, di Johor, Siti menghampakan peminat bila dia tidak hadir untuk makan durian dengan alasan penat dan malas. Mungkin betul Siti penat. Ye lah nak buat konsert tu, bukan boleh terus naik atas pentas menyanyi. Mungkin Asmah lupa, Siti kena berlatih menyanyi dan menari. Kena duduk berjam² untuk di make-up. Kan penat tu. Tak make-up nanti Asmah kata muka Siti macam 'orang toreh getah penyek' pula. Orang yang bekerja 8 jam di pejabat pun kadang² terpaksa menolak pelawaan orang kerana penat dan malas. Lagipun Siti bukan ada banyak masa untuk pergi tengok wayang atau menulis email panjang² macam Asmah. Jadi mungkin bila ada kesempatan sedikit ruang masa untuk berehat, maka Siti nak berehat. Mungkin.

Kata Asmah, Siti tak menyanyi FREE, Siti dibayar. Asmah keliru agaknya. Yang dimaksudkan FREE ialah, kalau Asmah nak pergi tengok Siti menyanyi, Asmah tak payah bayar tiket, Asmah boleh tengok FREE! Memanglah Siti menyanyi tu dibayar. Kalau Asmah sendiri pun kena ke hulu ke hilir menyanyi di 15 konsert, takkan Asmah nak pergi FREE saja. Siapa pula nak bayar duit sewa bas, petrol, make-up artist, back-up dancer, makan minum semua tu?

Kata Asmah, mereka yang bertungkus-lumus bekerja tu, Siti tak pernah jemput minum walau segelas air tawar. Sekali lagi Asmah terlupa agaknya, Siti juga turut bertungkus-lumus menjayakan konsert tersebut, bukan Asmah dan kawan²nya saja. Ayi abang Siti pun takkan lah duduk goyang kaki saja. Masing² pastilah ada tugasan sendiri. Mungkin Siti pun tak tau kat mana air tawar tu, dia nak minum pun kena mintak kat orang, macamana nak jemput orang minum? Kalau dia sibuk² suruh orang ambilkan air untuk krew, nanti tukang handle air pula yang marah. Kalau Asmah tukang buat air, mungkin email Asmah berbunyi begini pula, "Eh Siti nih, aku tau lah keje aku, dia lak nak mengarah² aku buat air. Kerja kau menyanyi, menyanyi aje lah. Tu nak tunjuk baik tak bertempat lah tu". Mungkin begitulah.

Asmah kata Siti cemburu dengan Misha. Hairan juga, kalau betul Siti cemburu dengan Misha sekalipun, takkan Siti nak beritahu Asmah. Jadi, dari mana Asmah tahu?

Asmah kata Siti dan keluarganya kena belajar PR, kena belajar berbudi-bahasa. Tapi Asmah sendiri bagaikan kurang bahasa dalam emailnya. Macam² Asmah labelkan Siti dan keluarganya - bangsat dari Lipis, puaka jelmaan bela hantu, muka penyek, dahi jendul, anak raja dari Brunei, Binatang dari Ulu Lipis, kaduk naik junjung, lapar duit, mata duitan yang tak ada kelas, bertuhankan duit, senduk penyek berlagak nak jadi puteri, dan macam-macam lagi perkataan yang biasanya tidak digunakan oleh orang cukup bahasa. Mungkin Asmah terlebih bahasa, sebab tu Asmah pandai cipta banyak jenis perumpamaan.

Tapi Asmah juga kata Siti juga punya perasaan macam orang lain juga. Maknanya Asmah pun akui Siti punya perasaan seperti Asmah, seperti aku juga. Macamana agaknya perasaan Asmah kalau orang tulis email menyebarkan tentang keburukan Asmah dan dibaca pula oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Mungkin Asmah tak kisah kerana orang tak kenal Asmah. Lagipun Asmah tak pakai nama sebenar. Asmah tau, orang lain takkan tau apa keburukan Asmah, tak dapat lah orang membuka pekung di dada Asmah.

Banyak lagi yang Asmah kata. Tak larat aku nak ulas semua. Lagipun aku bukan bertujuan membela Siti. Cuma aku hairan dengan Asmah. Kalau Asmah rasa dia menceritakan kebenaran, kenapa Asmah tak guna sahaja nama sebenar? Mungkin Asmah takut kehilangan kerja di Astro kerana Asmah mungkin tidak semewah Siti. Walau macamanapun, Asmah sekarang dah popular. Walaupun tak sepopular Siti Nurhaliza, Asmah mungkin sudah sepopular Siti Jarum dalam masa tak sampai pun seminggu. Mula-mula aku nak ucapkan tahniah pada Asmah sebab dah popular, tapi tak jadi pula. Sebaliknya aku simpati pada Asmah, kerana semakin berkembang email Asmah, semakin berkembang dosa Asmah. Kalau tidak dosa memfitnah, dosa mengumpat, membuka keaiban orang atau dosa menghasut.

Kan bagus kalau kebolehan menulis tu Asmah gunakan untuk menulis perkara² yang baik. Aku sendiri pun mungkin berkongsi dosa kerana menulis tentang email Asmah. Namun aku harap tulisan aku tidak mengundang perkara negatif pada yang membaca. Cuma suatu masa dulu aku pernah ditegur oleh seorang teman apabila aku memforwardkan email² sebegini di internet. Sampai sekarang aku masih ingat teguran itu (terima kasih Intan). Kini aku ingin berkongsi nasihat Intan disini.

Lebih kurang begini kata Intan, dosa dengan Tuhan boleh kita bertaubat dan minta ampun, tapi dosa sesama manusia? Yang berbuat dosa tu, dah tentu dosanya dengan Tuhan, jika dia minta ampun dan bertaubat, lalu Tuhan ampunkan dosanya, maka terhapuslah dosanya, lepas lah dia dari segala dosa dan hukuman. Apa pula ceritanya dengan kita yang menyebarkan email ni? Bukan kah sama dosanya dengan menyebarkan keaiban orang lain? Bukankah dalam agama kita seharusnya menutup aib orang lain? Dan andainya yang empunya diri tidak memaafkan kita, mampukah kita mencarinya di Mahsyar kelak untuk meminta ampun?

Aku bukanlah orang yang layak untuk bersyarah tentang dosa dan pahala. Cuma, yang mana baik dan boleh diterima, terimalah dengan hati dan fikiran terbuka. Yang mana tersilap dan melukakan hati, aku pohon kemaafan.

36 Comments:

Anonymous Lee Yass said...

Power gilerrrrrr!!!!!. Best baca. Tergelak aku. Memang banyak kebenarannya. Hantar le kat Zubir ke sapa ke. Boleh dimajukan ni.

1:12 AM  
Anonymous Italina said...

Wow! Best la komen ni...itulah kan..jgn sesekali menghina org. Mana tahu org yg kita hina tu akan diberi hidayah dan akan jadi lebih baik dr kita sendiri..Wallahua'lam

1:12 AM  
Anonymous iza said...

fuyyoo...sodap giler baca especially part 2nd last tu. sy pon mmg tak penah minat siti, tp t'kejut n mmg x caya bila baca kenyataan Asmah tu. nampak sgt kenyataan org busuk hati.

1:13 AM  
Blogger SuMie said...

Lee Yas, takde la sampai nak antar kat Zubir tu. Sapa la Zubir banding ngan aku... eh, sapa laa aku banding ngan Zubir. Hehehe.

Italina, tu lah kan.. Kalau kononnya nak cerita kebenaran pun, tak usahlah sampai menghina orang.

Iza, ramai terkejut sebenarnya. I pun terkejut. Siti pun terkejut sampai menangis. Asmah pun terkejut sebab tiba² dia fofuler.. hehehe.

TQ all for reading.

1:14 AM  
Anonymous Hillpark said...

SuMie betul apa yg SuMie katakan tu. First time when I read email tu rasa macam ada yg tak kena and tak betul. saya pun bukan peminat CT.

P/s Bila saya baca email asmah terbayang wajah seseorng yg saya kenal yg sering kena bagi discount apa yg dia cakap ..kekadang tu sampai potongan sehingga 99% ...

1:15 AM  
Blogger SuMie said...

Kekeke.. Hillpark, lawak lak. First time dengar term - 'kena bagi discount' atas apa yang orang cakap. Boleh pinjam term ni..

Yaaa.. sempena mega sales ni kan, bukan Supermarket je boleh bagi discount..

1:15 AM  
Anonymous hambaAllah said...

assalamualaikum sumie..maaf jika apa yg saya katakan ini akan menguris hati sesapa jua peminat ct..tetapi mmg ada kebenaran dlm surat Asmah itu meskipon surat itu dikatakan berbaur penghinaan yg melampau..saya setuju jika dikatakan surat itu adalah melampau..tapi saya mmg nampak dengan mata saya sendiri yg Siti Nurhaliza mmg benar melakukan beberapa perkara yg dinyatakan di dlm surat Asmah itu..saya takkan sebut disini kerana saya takkan menjatuhkan air muka seseorg..mungkin surat itu bahasa yg digunakan sungguh kasar..tapi kita perlulah mengambil iktibar supaya jgn terlalu menyanjungi seseorg artis itu..ini bukan ditujukan kpd sumie tp kepada semua peminat fanatik kpd seseorg artis..artis adalah manusia biasa yg mempunyai kelemahan tertentu..mungkin surat itu ditulis semasa hati mereka sedang marah..mungkin mereka mempunyai alasan2 tertentu kenapa mereka menulis surat itu....Diharap Ct bersabar dan akan mengambil iktibar dr surat itu dan membuat perubahan dlm dirinya..Wallahualam

1:16 AM  
Blogger SuMie said...

hambaAllah,
terima kasih atas komen anda.
Jika benar anda nampak apa yang anda nampak, sebaiknya kita berdoa supaya yang berkenaan diberi petunjuk.

1:17 AM  
Anonymous screwloose said...

Hmm.. aku bukan peminat ct ni.. konsert free pun aku tak pegi tapi kalau tak minat diam je le.. buat apa nak bising2.. kok ngutuk pun bukan dpt pahala pun..dose lagi ada.. ish... benda2 yg tak mendatangkan duit kat diri sendiri ni buat apa nak pikir..kutuk2 dia yg kaya dia jugak.. Kok betulpun dia buat gitu, keep to urself je lah..doakan saja supaya dia dapat petunjuk dan hidayah.. itu lebih afdal dari ngutuk2 ni..kita pun dapat pahala.. alaa apa susah kepala nak jatuhkan ct.. semua tu rezeki masing2.. what goes around, comes around.. kot betul dapatlah dia balasan lambat laun... takyah sakit pala fikir laaaa...

cheers!

1:18 AM  
Anonymous qyrie said...

although i'm not ct's fan, but no doubt i feel pity for her... pity coz this is the price that she has to pay for her success... she's no angel though but org lain tak patut kutuk dia sampai camtu sekali...

1:20 AM  
Anonymous awan said...

win some lose some. applies to all of us. tunggu masa jer.

1:21 AM  
Anonymous McMillan, Radzi said...

Assalamualaikum,

I received the Siti email as well, I was shocked with all the allegations held against her. SuMie's critical evaluation on the email is highly praised and I agreed if it is forwarded to the Malay Press. Sabau aje kan? Aku bace tu nak percaya 1% pun susah. Che Asmah oii.... WHO R U TO JUDGE?!!

1:22 AM  
Anonymous nadd said...

btol...x baik sebar2 fitnah camtue..aku ni byk cakap mcm aku dah bace dah email tue..ni aku nak mintak tolong..tolong la forward kan email tue kat aku..nadd_0607@hotmail.com...aku teringinnak baca..aku ni peminat no 1 siti...sedih gak biller dgr citer2 camnie...just remember 1 thing...sme manusia buat silap..even kite sendirik..perfect sgt ker...so..btolla...kalo die ade buat silap..doakan siti berubah

1:23 AM  
Anonymous jee said...

Kenapa ni nak dengki sangat,kepada peminat ct janganlah fanatik sangat,tak baik ,dunia artiskan memang macam tuuuuuuu,nak popular dan diminati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia kena ada lain dari yg lain.Cuma yang mengetahui Yang maha esa saja,nak bertaubat pun masa ada lagi.........

1:24 AM  
Anonymous Guest said...

kat harian metro (ruangan bintang)dah di terangkan kedudukan email tu...

"Wahai org2 yg beriman! Jika dtg kpda kamu sorg fasik membawa sesuatu berita ( Fwd email), maka selidikilah (utk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dgn sbb kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". Al-Hujuraat 6.

1:24 AM  
Anonymous ritosritina said...

assalamualaikumwbt..
uihh..teman pun dapat email pasal cik CT tu. teman baca and teman dah buang jauh2 dlm kotak thrash teman. Sesungguhnya
teman tabik sama kome ,Sumie. Moga kenyataanmu ini membuka minda melayu kuno suka bebenor jaga tepi dalam kain oghang..
sebagaimana yg lain teman pun bukan peminat fanatik pada mana2 artisis di malaysia maupun di luar negara..
amik le iktibar diatas ayat AL-HUJURAAT :6..
banyak lagi perkara2 yg mulia yg boleh kita lakukan untuk diri sendiri masyarakat,negara..apatah lagi untuk agama khususnya agama Islam..Ad-Din...

wassalam..cit cit cit..

1:26 AM  
Anonymous neosss said...

assalammualaikumm.......... wlwupun i bukan fan ct...... but i still ksin kat dier......... x baik lahh asmah tuee... per2 pun .......... buat ct.. sabar banyak2 coz dunia artis mmg camtuee....bila awk dah popular, mula lah org yg menghasad dengki tue munculll............per2 pun cool ok baby!!!!!

1:27 AM  
Anonymous bon said...

boleh aku join fan club sumie...tahniah permikiran matang awak....go malaysian

1:27 AM  
Anonymous rdini said...

mungkin aku agak t'lewat utk m'berikan komen tapi aku rasa citer ni masih panas lg. Anyway, aku nak congrate sumie sbb pandai menulis. ko mmg ada bakat jadi penulis. Pasal c Semah tu anggap jer la dia tu budak x matang, t'lalu mengikut emosi. Akhirnya nanti dia yg masuk jerat sendiri. CT pulak byk2 bersabau jer la...dah lumrah hidup org x blh tgk kita senang, ada jer la cacat celanya kita ni. To me even klu citer tu betul pun x rasa heran sbb kita ni manusia biasa kadang2 kita x perasan yg kita ni m'lakukan k'silapan.

1:28 AM  
Anonymous Abdul Latif said...

Saya dah baca email Asmah.
Saya cuba menjadi orang yang tidak memihak dan baca dengan teliti email Asmah tu beberapa kali. Setelah itu saya cuba menggunakan ilmu kiranah berdasarkan pandangan mata hati. Dari apa yang saya baca a) Yang sebenarnya bukan Siti yang ada masalah, tetapi orang bertiga yang bergelar Asmah tu yang mempunyai masalah besar. b) Sebenarnya dia tak malu dengan penulisannya telah menunjukan siapa dirinya yang sebenar iaitu cemburu dengan kejayaan Siti dan cuba berangan-angan untuk menjadi seperti Siti tetapi mustahil yang amat Tuhan akan izinkan orang yang dengki dan cemburu untuk diberikan duit yang banyak. Cukuplah kerja dengan Astro makan gaji dan durian JB.

1:30 AM  
Anonymous Abdul Latif said...

Sambungan.
c) Asmah mengatakan Siti kedekut, suka inta bayaran dulu dan ..... Tidakah apa yang Siti lakukan tu menunjukan dia seorang yang bertanggungjawab iaitu berhati-hati supaya tidak ditipu oleh orang yang cuba mengaut keuntungan daripadanya. Itulah yang patutu di lakukan oleh setiap orang Isslam. Ni tak.. bila dah kena baru nak salahkan orang ni dan orang tu... Jadi apa yang dilakukan olekh Siti adalah betul supaa tidak ada orang yang suka mengambil kesempatan daripada kelebihan Siti, .. padan muka orang tu....terutama Asmah yang bodoh dan kena baru faham. Konsep mencegah adalah lebih baik daripada mengubat.
d) Asmah kata muka Siti macam senduk lah apa...lah... Biasalah bila orang dah geram dia akan kata yang bukan -bukan...

1:31 AM  
Anonymous Abdul Latif said...

Kalau anda nak tahu apa yang sebenarnya tersirat pada pandagan Asmah terhadap Siti ialah cuba anda semua terbalikan pandangan negatif muka Siti oleh Asmah... Anda akan dapati Siti adalah wanita yang cantik keseluruhannya pada pandagan Asmah... tetapi dia terbailikan semunaya kerana geram. Malulah Asmah buka pekung sendiri. e Asmah kata perangai Siti buruk, kerana makan Telur dalam jamban sebelum konsert. Kalau Asmah kata Siti suka makan telur dijamaban rumahnya bolehlah diterima akal memang kira buk\ruk perangainya, tetapi kena ingat Siti makan telur dalam Jamban sebelum konsert adalah contoh seorang insan yang amat bertanggungjawab, kerana dalam keadaan yang amat kelam kabut, peminat meminati suaranya itu terpaksalah dia melakukannya dengan pantas supaya vokalnya terjaka dalam waktu yg amat singkat tu. Masa inilah sesiapa yang melihat perkatra tersebut boleh tahu siapa yang mencari keaiban Siti untuk deiceritakan kepada orang lain,...

1:33 AM  
Anonymous Abdul Latif said...

tentunya Asmah yang busuk hati untuk memalukan Siti padahal apa yang siti lakukan kena pada tempat dan waktunya. Tetapi orang macam Asmah ni lagi teruk,,, melancap dalam jamban sampai lupa nak jirus air maninya...
e) Asmah mengatakan Siti cemburukan Misha tetapi Misha sendiri mengatakan tidak ada apa-apa berlaku diantara dia dengan siti. Ini bermakna Asmah selalu bersaing dengan kawan-kawannya di Astro untuk naik pangkat

1:34 AM  
Anonymous Abdul Latif said...

...sebab tu dia kata ada orang cemburukan siti seperti kawan-kawannya di Astro bersaing di Astro untuk naik pangkat dan dapat nama berkerja di tempat kerja 3rd class tu... padan muka asmah kerja teruk-teruk dapt pun teruk juga. Itulah dia insan yand dihinakan oleh Allah. Tuhan tahu orang macam Asmahni lah yang akan lupa daratan kalau dapat duit banyak... Maka kerjalah anda sampai mati di Astro (Siaran berbayar atas ihsan rakyat Malaysia). Kepada Asmah dengar sini baik-baik.... Sebenearnya Siti yang adna lihat sekarang bukan lagi kaya atau mewah duit...malah kaya pahala disebabkan fitnah bodoh tak profesional anda) Sekian...pergi mandi bungalah Asmah nak cepat dapat duit... Kesian.

1:34 AM  
Anonymous pukima said...

entah ko....mun bkn peminat ct jgn masuk campur....membari comment. bzbody...e-mail atu smua fitnah...

1:35 AM  
Anonymous AKICA ADINACI said...

Bagusla email yg dikirimkan oleh SUMIE tu. seronok membacanye. Saya rasa forwadla pd siti web and wartawan hiburan. Biar ASMAH tu malu atas perbuatannya. penyudahnya malu sendiri. kalaulah benar siti ambil tindakan saya teringin benar nak tengok wajah ASMAH yang cantik rupawan serta jelitawan dan baik budi pekerti, sehingga kata wajah cik siti yang comel tu macam senduk.ishhh ishhh zalim namanya tu.

1:36 AM  
Anonymous kritik said...

aper yang korang sibuk bela siti nih...
masing masing dok kutuk asmah..masing masing buat citer siti dapat pahala free sedangkan korang yng dok kutuk asmah pun bagi asmah pahala free gak...

buat dono jer..kan senang...

1:37 AM  
Anonymous kritik said...

Abdul Latif tuh lebih lebih lak...
fanatik sensorang dah ler...toksah ler caya aper sang asmah citer kalu ko rase ko betul siti best...

aper ler kecoh kecoh....ayam bertelur pun tak kecoh sangat...

1:38 AM  
Anonymous kritik said...

dan pada sumie...itu pandang sumei sebab sumie tak kenal siti malah jauh sekali siti nak kenal sumie...hehe..

tapi ini bukan point aku...yang penting sumie cuma memberi pendapat dia dari segi logik tanpa bukti....bukti yang dia ader cuma penulisan asmah...
dan kenyataan sumie dengan perlakuan siti sebenar masih tidak dapat dikaitkan....so pendapat masih dalam ketegori pendapat...kiter masih tak boleh terima 100% pendapat sumie....

sebab dia belum kaitkan dengan perangai sebenar siti...sebab sumie bukan orang rapat siti and the geng...

so disini aku nak cakap....
sumie belum tentu betul dan asmah belum tentu salah...atau asmah belum tentu betul dan sumie belum tentu salah...

kesimpulanyer..
pada fanatik siti...
wait n see laa...

1:38 AM  
Anonymous kritik said...

dari seseorang....
kepada tuan-tuan yg sakit mata dgn dunia artis dan
dunia lara tanahair ni sabar je lah. Isu siti nurhaliza ni macam isu Bollywood dulu jugak. benda yg orang kita minat ni ustaz pun payah nak tegur. kalau ditegur bukan saja orang2 tua, mufti dan ulama pun kena hentam dgn puak-puak ni. so sabor je lah..... bila ulama tegur sikit macam2 lah dia orang mengata, nak jadi Taliban lah...anti dunia lah, tak open minded lah dan macam2 lagi. zaman ini ialah zaman orang hantar anak pergi belajar piano dan bellet, bukan lagi zaman orang hantar anak pegi belajar agama dgn tok guru mcm dulu-dulu. kerana sayangkan siti nurhaliza dan bollywood habis ulama diperlekehkan....begitulah adat dunia.

1:42 AM  
Anonymous cicakcun said...

akum.....
aku setuju ngan hang sumie....yelah, dlm dok kutuk2 orang tu , tambah pulak dosa sendiri . Aku ni dahla peminat siti tu...aku tak kisahla kalau betul citer tu....masalahnya kalau ditokok tambah@direka2 camna???
tulah melayu...semut diseberang yg dinampaknya...suka nak jatuhkan bangsa sendiri!!!! kita patut bangga dapat artis cam siti tu...
kalau cam ni bila la bangsa kita nak maju.... bangsa lain sikit punya sayang diva kita ni, tapi kita....entahla!!!
okla aku pun malas nak cakap panjang2...apapun pesan aku...
bagila sokongan kat artis kita & sifat dengki-iri hati- busuk hati ni BUANG jela...

1:43 AM  
Anonymous insanbiasa said...

sayapun bukanlah peminat fanatik CT, tapi sebagai manusia biasa saya tetap rasa sedih dan kecewa dgn email dan juga si pengirimnya. apalah yg dia dapat dgn perbuatannya tu? kalau betul dia tahu CT tu banyak kekurangannya so tegur ajerlah dgn cara yg baik itu lebih bagus sebab tangan yg memberi lebih baik dr yg menerima. bukanya dgn cara menyebarkan email tu. bagi saya tak kiralah walau artis mana sekalipun yg terima email macam tu..jawapanya sipengirim memang tak patut buat macam tu...sebab manusia ni dah dikurniakan akal fikiran so kenapa kita tak berfikir dulu sebelum buat dan janganlah buat sesuatu semata2 kerana nafsu dan ikutkan hati. Fikirkan kesannya dlm jangka masa yg panjang. Siapa tahu..hari ni kita aibkan org lain sebarkan keburukan org lain tapi esok lusa mungkin perkara yg sama akan terjadi pd kita @ kaum kerabat kita...semuanya kerana apa yg telah kita lakukan sekarang ni. Kesimpulannya senang ajer yg baik akan dibalas baik yg buruk tetap akan dapat yg buruk....addiossss

1:44 AM  
Anonymous tembang said...

bukan nak comment banyak tapi memang benar siti nakkan hidung dia mancong, jadi bila dimekap di Indonesia, jurumekap ikut kehendak dia sebab tu nampak macam hantu.Jurusolek local tak sanggup nak buat, mana boleh buat..memang huding kemek.Satu lagi bapa dia tu sombong betul.pernah satu masa budak2MRSM melawat rumah baru CT, mereka dihalau olih pak tarudin, nasib baik mak ct nampak.Dipanggil budak2 tu ajak minum pagi.Si bapa..menyombong saka...demikian juga abg dia si Ayie tu..

1:45 AM  
Anonymous Nyonya Fie said...

Tak payah lah kita membuat fitnah yang tak tentu hujung pangkalnya, yang bernama Asmah tu bukanlah nama dia yang sebenarnya......nyonya rasa dia nie ada sakit jiwa la..tak boleh tenguk orang senang dan mewah sikit. Datanglah penyakit hasad dengki... berapa sen lah dia dapat dengan menyebarkan fitnah tu... Nyonya harap tak payah lah kita buruk sangkat pada orang, ingatlah hari ini mereka mengkhianati Siti Nurhaliza, esok lusa diri mereka pulak dianiaya.

1:46 AM  
Anonymous toriq said...

power giler!!!! sumie nih mmg pandai menulis aaa!!!!! best2!!!!

1:47 AM  
Blogger Unknown said...

Cerita lama ni..saje nak tengok balik..musim pkp ni tibe2 teringat kat dato'siti..xlama lagi nak timang anak kedua,anak laki katanya..tahniah dato'siti,semoga kekal bahagia hingga ke jannah😃😃😃23 Januari 2021 jam 8.33 malam

8:33 PM  

Post a Comment

<< Home