Sunday, August 15, 2004

MACAM-MACAM ADAAA…

Disebabkan terlalu sibuk minggu lepas, aku tak sempat buat entry bertajuk ‘Selepas Konsert-9 AF2’, walaupun sebenarnya macam-macam aku nak tulis, especially tentang AFMASUK dan Linda. Memandangkan konsert akhir dah pun berakhir, maka aku skip ajelah topik tu. Cuma yang sedihnya (sedih dengan diri sendiri lah), aku terpedaya juga dek permainan emosi Astro. Walaupun setakat minggu lepas, status AFUNDI aku kekal kosong, namun banyak juga aku hantar AFMASUK. Sampai tak sempat kira. Bukan setakat untuk aku, Ana yang dah habis kredit tu pun minta tumpang hantarkan AFMASUK untuk dia. Siap marathon pula, aku tertidur - dia SMS, dia tertidur - aku SMS. Setelah operasi AMASUK ZARINA kami gagal, barulah nak menyesal. Namun yang menyebabkan aku rasa macam orang bodoh sangat, bila hari Rabu malam Khamis, pukul 12 malam, baru aku dapat 68 reply dari Astro untuk AFMASUK aku. Amboi, makan masa sampai 3 hari baru SMS aku nak sampai? 68 x RM 0.65 = RM 44.20. Itu yang masuk lambat. Yang dah masuk, berapa pula? Padan muka aku.


Selepas Konsert Akhir AF2

Sebelum Konsert Akhir bermula, pilihan aku untuk tempat pertama, ke-2 dan ke-3 adalah Zahid, Farah dan Kaer. Walaupun melihatkan peratusan undi semasa, aku kurang yakin Farah dan Kaer akan menduduki 3 tangga teratas, namun aku tetap berhasrat memberikan 3 AFUNDI untuk Zahid, 2 untuk Farah, dan 1 untuk Kaer. Cukuplah tu, bukan untuk mengkayakan lagi Astro, sekadar penghargaan buat mereka kerana menghiburkan aku selama 10 minggu yang lepas.

Tapi pada pagi Jumaat, aku dapat SMS dari Celcom , aku dah over limit, mesti bayar bil sebelum pukul 4.30 petang untuk mengelakkan pemotongan. Mesti over limit sebab AFMASUK hari tu lah. Cis! Aku bayar lah melalui Maybank2U hari Jumaat tu juga. Tapi pagi Sabtu, handphone aku tetap kena bar. Bagus juga, selamat aku dari terlebih AFUNDI kot. Aku minta ajelah kredit Ana sikit. Disebabkan kredit Ana pun tinggal 2 ringgit lebih je, aku cuma dapat menumpang 1 AFUNDI saja untuk Zahid sorang. Ok lah tu.
Status AFUNDI – 1 untuk Zahid
Status AFMASUK – baaaanyaaaak untuk Zarina.

Akhirnya Zahid dinobatkan Juara AF2. Walaupun aku sendiri kurang setuju Linda diserap semula, apatah lagi menjadi naib juara, namun aku lebih tidak bersetuju dengan perbuatan sesetengah penonton yang boo Linda tu. Bukan salah Linda wujudnya AFMASUK. Bukan Linda yang mengundi diri dia sendiri sehingga diserapkan semula ke akademi. Bukan dia juga yang mengAFUNDI dirinya sendiri sehingga menjadi naib juara. Kenapa pula dia yang di boo? Boo lah Astro atau pengundi2 Linda. Begitu juga dengan kedudukan Adam. Kalau ikut penilaian aku yang tak professional ni, jangan kata tempat ke-3, masuk final pun aku tak setuju. Tapi kalau dah memang rezeki mereka, biarlah. Terbukti peminat mereka lebih banyak duit untuk dibazirkan berbanding peminat-peminat Farah, Kaer, Bob dan pelajar-pelajar lain.

Gelihati juga bila aku baca di sana-sini ramai yang melenting-lenting tak puas hati dengan keputusan Konsert Akhir. Aku pun ada juga tak puas hati masa mula-mula diumumkan AFMASUK. Namun, bak kata Y dalam blognya Yati@Home, buat apalah nak naikkan tekanan darah sendiri dengan marah-marah. Akademi Fantasia tu kan hiburan semata-mata. Banyak lagi perkara lain di dunia yang boleh kita protes. Penat je melenting sana-sini, bergegar-gegar blog dan website mengutuk Astro dan pelajar-pelajar yang tak disukai, yang kaya Astro dan Maxis juga. Yang popular dan bergelar bintang, pelajar-pelajar AF tu juga. Yang kena bayar bil telefon, yang melenting-lenting tu jugalah.

Kini AF dah tamat. Sekalung tahniah buat kesemua pelajar AF2 - Zahid, Linda, Adam, Farah, Bob, Kaer, Mas, Nurul, Zarina, Anding, Fitri dan Edlin. Tamat sudah perjuangan di akademi, bermulalah perjuangan mereka di industri hiburan sebenar. Semoga mereka serius berkarya setelah memilih untuk meniti jalan sebagai penghibur. Mereka semua adalah anak bangsaku, mereka adalah generasi pelapis bagi penghibur yang ada sekarang. Apa yang aku harapkan, bintang-bintang yang baru bersinar ini bukan sekadar bintang yang diselubungi gelap malam. Bukan sekadar menghiasi kaca TV dan dada majalah dengan pakaian tidak cukup kain dan benang, atau dengan gossip hangat percintaan dengan si polan, hubungan sulit dengan Datuk atau Tan Sri berkenaan, ditangkap basah, ditangkap memandu dalam keadaan mabuk, ditahan reman kerana memiliki ganja atau memiliki kereta curi, dan sebagainya. Aku juga berharap sifat rendah diri mereka hari ini tidak berubah menjadi sombong dan bongkak hanya kerana tepukan gemuruh, flash kamera, huluran salam dan autograph yang bakal mereka terima di luar sana. Tinggi harapan aku untuk melihat industri ini dihiasi bintang-bintang yang bukan sahaja berbakat, malah memiliki personaliti dan pekerti yang disanjungi.


AMTY

Ahli Mesyuarat Tingkap Yati@Home. Akhirnya Jumaat lalu, aku bertemu Screwloose, Uncute, Watie dan Xmen. Masing-masing macam dah lama kenal. Mungkin kerana umur yang lebih kurang sebaya, serta suka dan tak suka perkara yang sama, maka 4 jam berborak pun tak perasan. Dari Akademi Fantasia ke tingkap Yati@Home, ke Siam Kitchen, ke Secret Recipe. Aku gembira kerana berpeluang mengenali kalian semua.


Kamera Baru

Hari Jumaat tu juga, lepas jumpa AMTY, kebetulan ada Digital Camera Fare di Midvalley. Mula-mula memang aku dengan Abang ingat nak survey je. Sekali bila dah pegang-pegang, dah testing, tak tahan lah pulak. Abang pandang aku, aku pandang Abang, aku tengok dia macam nak aje. Mesti dia tengok muka aku pun sama je. Finally kitorang sambar juga Nikon Coolpix 4100 tu. Maka kini aku pun dah ada Digital Camera, yeyyy!! Lepas ni tak payah lah aku susah-susah scan gambar lagi. Apa aku nak buat dengan kamera lama tu ek?

11 Comments:

Anonymous anisah said...

sumie,
kalau bayar bill kat maybank2u, it will take 3 working days utk clear. bukan immediately. anyway seronok baca u punya blog selalu. lepas ni dah kurang le sensasi pasal af dah tak de. u know what, i only know about af from ur blog at first, then only gi ke links yg u letak kat tepi tu. selalunya jrg tgk diari or konsert because of my shift work. but i got to surf internet all the time so update myself from there. anyway keep writing.

12:21 AM  
Blogger SuMie said...

Anisah, ok gak U tak dapat ikuti diari and konsert, takde lah demam. Anyway sekarang AF dah habis, cam boring lak.

12:23 AM  
Anonymous Emy said...

hai Sumie..

mesti seronok kan AMTY. I dah tgk gamba2 nyer dr screw.

12:23 AM  
Anonymous Spiral said...

Sumie, sekalung takziah atas kehilangan RM44.20 tuh ya

12:24 AM  
Blogger SuMie said...

Kekeke Spiral. Ko perli aku yek? Uwaaa.. Takpe, akan ku simpan azam ini untuk AF musim akan datang.

12:25 AM  
Anonymous Spiral said...

hehe bukan perli daa... nasihaaatt

12:25 AM  
Anonymous FaRiS said...

Camera lama ko tu, ko celophane tape kan kat Henpon lama..
dapat camera phone baru
muahahahaha..

12:26 AM  
Blogger SuMie said...

Kekekeeke..
Pas tu aku jual kat ko. Boleh?

12:26 AM  
Anonymous adukalara said...

nak mintak nasihat ni...kak sumie..
camana nak masukkan bambo dalam kita punya bog...

tima kasih...

oppps satu lagu kak sumie ni surirumah ker...

12:27 AM  
Anonymous adukalara said...

bukan bombo..gambooo

12:28 AM  
Blogger SuMie said...

adukalara,
akak keje. err, cara² nak masukkan gambar tu, kalau nak ajar, tak leh le kat sini. Bak sini email, nanti akak ajarkan through email

12:31 AM  

Post a Comment

<< Home