Friday, August 20, 2004

Resah Pagi

Satu email yang aku terima pagi ini benarĀ² mengundang resah hati. Meski ia bukanlah kisah aku mahupun sesiapa yang aku kenali, namun aku kira ia bisa berlaku pada sesiapa sahaja. Sebelum berkahwin aku tidak pernah terfikir hanya dengan membaca email sebegitu, aku boleh menjadi begitu tersentuh dan begitu takut.

Betapa aku rasa berdosa. Betapa aku takut balasan Tuhan padaku kelak. Terasa begitu berat tanggungjawab yang tergalas di bahu ini. Terasa begitu sedikit yang telah aku lakukan sebagai isteri. Terasa bagaikan aku tidak menghargai dan tidak mensyukuri anugerah Tuhan. Terasa begitu lemah melawan dugaan dan godaan.

Andai dengan berterus-terang bisa melukakan perasaan, andai kebenaran mungkin membawa kehancuran, lalu bagaimana bisa kupohon keampunan?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home