Monday, September 27, 2004

Aksi Menggaru Tekak

Antara perkara yang paling aku tak suka terjadi pada diri aku ialah SELSEMA. Dah lah aku ni memang ada resdung. Pantang terlebih sejuk atau persekitaran berhabuk, mula lah hidung dan tekak aku ni meragam. Bersin lapan juta kali. Kertas tisu mesti habis sekotak, tak pun dua kotak. Tekak pulak gatal-gatal tak terkata, kalau boleh aku nak masukkan tangan aku ni ke dalam anak tekak, untuk digaru sesedap rasa. Lepas tu mula lah aku mengeluarkan bunyi pelik-pelik dari tekak aku ni. Aku pun tak tau apa nama aksi yang menyebabkan keluarnya bunyi dari tekak tu. Tapi bunyi tu terhasil bila aku cuba ‘menggaru’ tekak dengan menggunakan pangkal lidah, anak tekak dan tekanan udara. Macam mengarut aje penerangan aku ni. Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak jelaskan ‘aksi menggaru tekak’ tu dari segi biologi, dari sudut kimia mahupun secara fizik. Tapi bagi mereka yang ada resdung dan selalu gatal tekak macam aku, mungkin tahu dan faham maksud aku.

Dalam keluarga, cuma aku dan adik bongsuku Apiq, yang handal membuat ‘aksi menggaru tekak’ ni. Mungkin sebab kami berdua aje yang teruk resdung. Kadang-kadang aku buat macam tu sampai berdarah tekak. Aku pun tak tahu kenapa boleh sampai berdarah. Dulu-dulu adik beradik aku yang lain pelik juga, macamana aku dan Apiq boleh buat bunyi macam tu, tapi sekarang diorang dah tak heran dah. Tapi kalau orang yang aku baru kenal tiba-tiba dengar aku ‘menggaru tekak’, mau diorang kensel berkawan dengan aku. Entah lah, aku rasa biasa aje. Tapi, aku ingat lagi, ada sorang akak yang kerja sepejabat dengan aku dulu, dia tak boleh dengar aku buat ‘aksi menggaru tekak’ ni. Dia kata, ngeri. Mesti dia suruh aku berhenti. Kenalah aku menggaru tekak jauh-jauh dari dia.

Aku bukan tak pernah cuba mengubat resdung ni. Dulu aku pernah berubat secara tradisional masa di Kuantan. Caranya dengan menyedut asap macam hisap rokok. Asap tu terhasil selepas dia bakar biji terung (kot?) atas sebiji batu. Pakcik tu kata tu batu sungai. Lepas sedut, asap tu aku hembus ke dalam air melalui buluh. Lepas aku hembus, dalam air yang pada mulanya bersih tu, ada ulat putih kecik-kecik macam ulat sampah tu. Makin banyak aku hembus makin banyak ulat tu. Eeiii.. ngeri aje. Aku tanya pakcik tu, “Ni semua dari dalam hidung saya ke?”. “Ye lah”, pakcik tu kata.”Dari hidung, tekak, telinga, mata, mana-mana ajelah yang asap tu boleh tarik”, pakcik tu sambung lagi.

Haiyyoh, itu macam ka? Patutlah tekak aku gatal semacam aje. Mesti ulat-ulat tu tengah berpesta sambil menyanyi lagu Ruffedge.. “marilah bergoyaaaang, marilah bergoyaang…”, setiap kali aku rasa gatal-gatal tu. Lepas berubat tu, untuk 6 bulan selepas tu, kurang lah resdung aku. Tapi dah lama-lama jadi semula kot. Ramai yang kata resdung ni disebabkan pemakanan. Jadi walaupun dah berubat, resdung tu boleh datang semula bila kita makan makanan-makanan tertentu. Tapi yang herannya, aku makan benda yang sama dengan apa yang Abang makan, apasal aku sorang aje yang bersin dan gatal hidung? Apasal Abang boleh makan Mee Bandung Muar 2-3 pinggan, aku baru cium je terus bersin dan selsema 2-3 hari?

Siksanya setiap kali aku diserang demam selsema. Hidung tersumbat, tekak sakit, badan lesu, makan pun tak terasa. Tapi ramai yang kata, sakit tu sebenarnya mencuci dosa-dosa kecil. Mungkin aku ni banyak buat dosa. Kalau dengan sedikit derita di dunia dapat mengelakkan aku dari derita api neraka, aku rela jika ini pembalasan Nya. Aku redha jika ini dugaan Nya.

13 Comments:

Anonymous lela said...

sumie,
Kita pun ada resdung, azabnya tuhan ajalah yg tahu.(bisul di muka & belakang badan, badan juga mudah gatal dan bernanah...bak kata org tak boleh salah sikit). Selalunya org yg kena resdung masa kecil pernah kena penyakit asma. Lendir (Asma) dlm paru-paru tak dikeluarkan telah dijangkiti kuman menjadi ulat resdung dan kalau tak dirawat boleh masuk kedarah.

Salah satu cara ialah org yg kena resdung kena makan banyak vit C & E atau jintan hitam (habatus sauda)...utk mencuci darah...dan minum banyak air yg bersih (kalau boleh cari air gunung) dan kalau u berani pergilah berbekam.

12:18 AM  
Blogger SuMie said...

Thanks lela. Tah le, my mom tak penah lak bagitau masa kecik I ada lelah. Lepas ni I'll try to take more Vit C & E, and cari habatus sauda.
Air gunung tu ada jual ke? Kalau air gunung ledang tu boleh lah I minum bebanyak bila balik rumah mentua. Hehehe.. Berbekam tu tak penah buat lagik. Anyway, thanks again for the tips, lela.

12:22 AM  
Anonymous eisya said...

Sumie, arie nie dah sihat ke? Makan bebanyak vitamin C tuh n take a rest.

12:29 AM  
Anonymous yani said...

sumie, setau aku resdung ni ada berbagai2 jenis. bapak aku pun kena resdung tapi setakat selsema memanjang jer, tak da la gatal tekak. adik aku pun sama gak sampai muka pun naik jerawat. aku pulak sejak 2 menjak ni idung asyik gatal jer apalagi klu byk habuk & mkn benda2 yg ada unsur2 kegatalan e.g belacan. mmg tension klu ada penyakit ni. aku pun ingat nak berubat yg ala2 tradisional mcm cara kau buat tu.

12:32 AM  
Anonymous sinchan said...

sumie, gi lah buat rawatan resdung kat mana2 salon, nucell ker, felisa ker.. saya pernah buat kat felisa.. best.. asap tu rasa cam pedas2 skit bila terhidu.. but lepas tu kepala rasa ringan, n hidung taklah gatal2 sgt dah. kat seksyen 6 kota damansara kan ada felisa. apa kata g try..

12:33 AM  
Blogger SuMie said...

K. Eisya, ari ni I cuti lagi.

Yani, alhamdulillah aku takde problem kat muka. Tapi saluran tekak dan telinga nih memang kalau boleh nak cabut letak kat tepi sekejap sementara gatal tuh.

Sinchan, ada ek? nantilah I pegi tanya. Sekali Felisa cas ribu² (untuk cover AE2005.. hehehe), tak makan aku sebulan. Terus slim cam Yani. Hehehehe

12:33 AM  
Anonymous Watie said...

aku kalau selsema paling takut jadi kahak sebab aku boleh dapat semput..susah nak bernafas, bila tarik nafas tulang belakang ngan dada sakit..tak boleh nak gerak banyak pasal tak leh bernafas. Kena pegi pegi klinik macam pakai inhaler tu..seksa nyer

12:34 AM  
Anonymous ounis dess.. said...

ounispun bleh gak buat aksi menggaru tekak tu!tp skrg kalau kena selsema tak la teruk sgt,stakat idung tersumbat jer.aksi menggaru tekak pun lepas 2,3 kali buat dapatla tahan gatal..tak nak dah gi berubat sedut2 asap tu..huh ingat lg,rasa nak tersembul jer bijik mata dok menahan perit!Syapiq lak kantoi dgn pakcik tu sedut asap main2!hahaha...mende la apiq..

12:36 AM  
Blogger SuMie said...

Ooo aok pun buleh garu tekak ek? Laa koi lupa plak aok pun penah gi 'sedut asap' tuh. Kkekeke.. amende laa Apiq

12:37 AM  
Anonymous ana said...

hoh aok... kak teh ngan abanglong pon boleh la.. koi jek yang tak boleh.. kuikuikui... dulu resdung koi paling teruk, sampai senget2 idung. tapi koi berjaya mengagih2kan resdung koi kepada semua adik badik... kekekekeke....

12:41 AM  
Blogger SuMie said...

Aok memang kejam.. selfish! Sanggup aok biarkan adik-bradik aok menderita sedangkan aok makan sambal belacan, tak pun sardin cap Botani atau sardin cap Marina sesedap rasa. Aok memang tak aci.. aok aci aci bukak pintu..

12:42 AM  
Anonymous Diana said...

baru terbaca entry nih.
give me five la..aku pun resdung gak.
baru kena attack semalam, tido aircond tak hengat pi letak sampai 16C. pastu bangun pagi srott srett srott srett...sampai migrain beb.
sampai kering tekak dok menggaru dari pagi sampai petang.

12:43 AM  
Anonymous Ubat Resdung said...

Cuba try Ubat Resdung Bella Formula, insyaallah yg terbaik setakat ini di Malaysia.

Klinik Keluarga & Surgeri Bandar Baru Sungai Buloh pun suggest ubat ni. hehehe :)

Ada pesakit resdung level 2 pun dah semakin berkurang resdung dan x ambil dah rawatan bulanan di pusat rawatan resdung. Alhamdulillah, semua dengan izin-NYA sahaja :)

http://ubat-resdung.com/
SMS/WHATSAPP 017-5601956

6:53 AM  

Post a Comment

<< Home