Thursday, September 09, 2004

Roti Canai & Nescafe Tarik

Itu menu sarapanku pagi ini.
Aku masih cukup wang untuk menikmati roti canai. Bagaimana agaknya nasib adik Mohd. Sukri yang rumahnya terbakar tempohari? Mungkinkah dia sedang merayau-rayau bersama bapanya mencari kotak-kotak terpakai untuk mencari sekupang dua agar dapat menjamah sekeping roti yang mungkin dibahagi dua buat mengalas perut?

Tekak ku masih mampu dibasahi segelas nescafe tarik. Aku sedar ramai insan malang di luar sana yang hanya meneguk air paip pagi tadi, atau mungkin sekadar menelan air liur menghilangkan dahaga. Mungkin kerana dihimpit kemiskinan, atau mungkin kerana takdir telah menempatkan mereka di bumi kering kontang yang hanya disirami hujan setahun sekali.

Walau poket sering ketandusan, syukur alhamdulillah untuk sekeping roti canai dan segelas nescafe tarik pagi ini.

3 Comments:

Anonymous yani said...

termenung sejenak dan tanpa ku sedari setitik airmata ku jatuh di pipi ku pabila membaca nukilan mu ini sumie. kisah adik shukri benar2 menyedihkan. Sebenarnya aku ada membincangkan hal ini kpd suamiku. Kalau boleh kami nak ambik adik shukri sebagai anak angkat, tapi apakan daya dia t'lalu jauh dan aku pasti dikala ini pasti nasibnya sudah dibela. Inilah hikmah di atas segala yg berlaku kpd keluarganya. D harap adik shukri akan berjaya d kemudian hari. amin.

11:06 PM  
Anonymous wai em said...

Alhamdulillah aku bersyukur dgn apa yg ada. Ya, smoga adek Shukri berjaya di kemudian hari. Amin

11:07 PM  
Blogger SuMie said...

Hi wai em, tima kasih sudi menjenguk.

11:07 PM  

Post a Comment

<< Home