Monday, September 20, 2004

Siapa Yang Bodoh?

Adakalanya kita tahu kita diperbodohkan, dan yang membodohkan pula fikir kita bodoh, tak tahu diri kita diperbodohkan. Terasa ingin bangun bersuara "Hoi monyet, kau ingat aku bodoh?!".

Namun mulut yang sopan ini terkunci, kerana kita tahu, monyet jenis apa yang ada di hadapan kita. Monyet kannibal. Monyet jenis sanggup makan daging saudara sendiri. Kalau dengan bersuara, hanya akan menyebabkan monyet itu menjadi lebih liar, maka mungkinkah berdiam itu lebih baik? Dengan harapan, suatu hari nanti bila monyet itu sedar, tiada saudara sendiri untuk dimakan dagingnya, maka dia pasti akan kembali makan pisang.

Lalu siapakah yang bodoh sebenarnya? Monyet itu? Atau manusia yang membiarkan dirinya diperbodohkan si monyet?

Penghujungnya, amarah mendorong kata berbisa, walau tidak terucap di bibir, bahu ini tetap memikul dosa.

8 Comments:

Blogger SuMie said...

Tak ada apa, perkara² lumrah aje. Lagipun aku baru lepas nengok dokumentari pasal monyet kannibal.. hahahaha..

11:42 PM  
Anonymous eisya said...

Ape citer nye nih....hehe

11:43 PM  
Blogger SuMie said...

Ala.. dulu² kan ada citer monyet lapar pastu termakan cili. Dia jerit, "Tolong.. tolong.. dah 3 hari aku tak makan". Hehehe. Relevan ke?

11:43 PM  
Anonymous screwloose said...

err monyet tu pandai panjat pokok kelapa tak...??? boleh aku hire dia sebagai pemanjat pokok kelapa.. dah nak raya ni jalan baliklah bisnes daun kelapa aku.. boleh buat anyam ketupat...

11:44 PM  
Blogger SuMie said...

Kekekek.. Screw dan bisnes ketupatnya. Monyet pandai amik daun kelapa ke? Bukan dia reti petik buah kelapa jek ke?

11:44 PM  
Anonymous akuyangbernamaaku said...

mereka... dan keluarga mereka

11:45 PM  
Anonymous screwloose said...

itu lah aku nak monyet yg pandai petik pelepah kelapa sekali... bukan setakat petik buah kelapa saja.. aku nak monyet yg multi-tasker gitu!!

11:46 PM  
Anonymous am said...

ni mesti kes menahan perasaan marah yg tertangguh..jangan simpan..luah jer terus..bimbang urat marah tersimpul menjadi rapi dan sukar untuk pulih kembali...

11:47 PM  

Post a Comment

<< Home