Monday, October 11, 2004

Cabaran Titi Gantung vs Cabaran Axion

Terkilan juga tak dapat menyertai Cabaran Titi Gantung KLCC bersama AMTY. Dari laporan Emy, memang seronok bunyinya. Biasalah Ratu Update, memang laju buat laporan. Magbox pulak bercerita seringkas karangan ringkas SPM, yang mana syaratnya tak melebihi 100 patah perkataan. Malaslah tu.. hehehe (jangan marah Mag). AMTY yang lain masih belum bercerita di blog masing² (setakat entry ni ditulislah). Aku masih ternanti² laporan bergambar dari Screw - Ratu Penglipurlara yang masih belum turun takhta tu. Tak apalah, walaupun aku tak dapat pergi, aku suka nak meminjam ayat iklan AM Finance, "Asalkan AMTY bahagia... mak pun bahagiaa.."

Sehari sebelum AMTY mengharungi Cabaran Titi Gantung, aku balik ke rumah Mak Abah. Alhamdulillah, dah selesai sepenuhnya pengubahsuaian rumah tu. Walaupun banyak yang telah dibelanjakan, jelas di wajah Mak Abah, betapa mereka berpuas hati dengan hasilnya. Sebagai anak, aku sebenarnya sedih sebab tak mampu berkongsi mengeluarkan belanja. Setakat memberikan pendapat dan sponsor barang sebiji dua kusyen buat perhiasan saja lah yang aku termampu.

Namun aku juga gembira melihat kebahagiaan terpancar di mata Mak Abah, lebih² lagi Mak yang beberapa tahun lalu telah mengharungi saat² yang memilukan, detik² paling pedih dalam hidupnya sebagai seorang wanita dan isteri. Aku bersyukur semua itu telah berlalu. Aku bersyukur melihat Mak berleter apabila Abah asyik bermain games di komputer, kerana itu bermakna, Abah sentiasa ada di rumah. Aku bersyukur bila Abah bising² jika Mak lambat memasak, kerana itu bermakna Abah mahu makan di rumah, mahu makan masakan Mak, bukan diluar, bukan masakan orang lain. Aku bersyukur melihat Mak Abah sama² membelai pokok² bunga mencantikkan halaman, bersama² menggilap perabot jati yang baru dibeli, kerana itu bermakna mereka masih bersatu, masih saling menyayangi. Aku bersyukur melihat kehidupan kedua insan yang paling kusayangi itu disaluti kebahagiaan. Senyum lah Mak, ketawalah Mak, biar poket kita tidak dibanjiri wang, namun airmata kesedihan itu telahpun kering. Andai masih ada yang bergenang, itulah airmata kesyukuran.

Dan Jumaat lalu, bila Mak Abah mengadakan majlis kesyukuran, majlis baca Yasin serta majlis sempena menyambut Ramadhan, aku mengambil cuti untuk bersama² Mak Abah memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi. Abang Long tak balik kerana dia tak tahu pun Mak Abah buat majlis ni. Kata Mak, dia memang sengaja tak bagitau sebab Mak tau Abang susah nak dapat cuti. Lagipun majlis tu dibuat pada hari Jumaat. Ana & Erma pun tak balik sebab harus berperang dengan exam hari tu. Apiq pula di asrama, bukan sewenang²nya boleh keluar. Ounis di Jepun pula dah tentulah tak dapat balik. Tinggal lah aku seorang yang mewakili adik-beradik. Terpaksalah aku mengharungi Cabaran Axion seorang diri pada hari Sabtu tu. Sebenarnya tak banyak mana pun pinggan mangkuk untuk aku basuh. Kebanyakannya dah dibasuh oleh jiran² Mak yang datang menolong malam tu.

Walau aku terkilan tidak dapat bersama AMTY untuk Cabaran Titi Gantung, namun aku tak menyesal pulang ke kampung untuk Cabaran Axion bersama Mak. Aku tak mampu membahagiakan Mak Abah dengan harta mahupun wang ringgit. Belum mampu. Jika hanya sekadar keringat dan tulang empat kerat yang mampu aku berikan, maka itu lah yang akan aku taburkan sebagai bakti.

*Mencelah:
Aku nak ucap terima kasih kat Emy atas pertolongan memilih 'radio' yang sesuai untuk 'rumah' aku ni. Ailabbiu bebeh..
Kawan², enjoy.. Truly..

9 Comments:

Anonymous Emy said...

I love u too Sumie. Masa parents kita adala kita nak berbakti.

12:01 AM  
Anonymous shamina said...

semuga panjang usia Mak Abah utk terus melihat kejayaan dan kebahagiaan anak2nya...

12:02 AM  
Anonymous qyrie said...

hope everybody will be happy till the end of time...

12:02 AM  
Anonymous screwloose said...

ayah dan ibuuuu
selalu berkorban.. (sambung sendiri pas ni)

12:03 AM  
Anonymous saya said...

hidup bersuami isteri mmg byk dugaan. w'pun sy blom kawen, tp pengalaman berhadapan dgn kisah mak & abah byk mengajar sy utk jadi kuat. lg2 bila peristiwa tu terjadi masa sy masih form 3... beberapa bulan sebelum PMR. waktu tu rasa nak lari dr rumah, bwk adik2 tumpang rumah Pak Long (abg sy di asrama, tak tahu pun kisah ni).

sedih mmg sedih. tp org kata, kalau mmg dah jodoh, campak ke laut pun bertemu jgk. Alhamdulillah, jodoh mak & abah masih pnjg. maka sbg anak (lbh2 lg yg sama2 melihat sendiri zaman2 keperitan), sy cuma mahu keluarga ni terus bersatu. sbb sy tader harta lain yg lbh berharga selain mak & abah (seblom sy kawen laa).

semoga kebahagiaan ini (sy & semua org) kekal hingga nafas yg terakhir, insya'Allah...

12:04 AM  
Anonymous Watie said...

kadang aku lupa sumie..mungkin sebab aku duduk dengan mak dan tak pernah pisah..semua mak uruskan...aku terpikir jugak kalau mak dah tak der nanti..aku camna yer....

12:05 AM  
Anonymous co2 said...

aisey.. takpe SuMie.. ko mmg misali all-rounder... isteri misali, ibu misali dan anak misali jugak... cabaran axion pon tak kurang hebat... ** heheh kalo aku buat kenduri, gerenti pakai piring kertas... lepas pakai buang..**

12:06 AM  
Anonymous ~Eisya~ said...

Sometimes we take them for granted kan? I always have to remind myself that I still need them eventho I dah ade family sendiri.....n they need me too!!

12:07 AM  
Anonymous yani said...

sedih pulak aku baca citer ko ni sumie. t'kenang pd mak kat kg. saat ini hati mak aku masih luka dan x mungkin sembuh w/pun bapak aku sentiasa disisinya. sebagai anak, aku hanya dpt m'jadi pendengar terbaik tanpa dpt melakukan apa2 sbb apa2 pun bapak tetap bapak. I love both of them. Yg. penting mereka masih tinggal sebumbung dan masih saling menyayangi. Itu kata2 bapak aku pd. mak.

12:07 AM  

Post a Comment

<< Home