Wednesday, October 20, 2004

Corat-coret Ramadhan II

Seingat aku, aku mula berpuasa ketika Darjah 1. Ketika itu pertandingan berpuasa pastinya antara aku dengan Abang Long kerana adik² yang lain masih kecil lagi. Kalau tak silap, Mak Abah janji duit raya RM 1 untuk sehari puasa kot. Tapi masa tu aku dan Abang Long terlebih cerdik, kami kira, kalau puasa setengah hari saja hari ni, dan setengah hari pula esoknya, boleh dikira 1 hari lah kan?

Yang lucunya Darjah 1 aku berpuasa dapat 18 hari, Darjah 2 pula dapat 12 hari saja. Alhamdulillah semenjak Darjah 3 aku dah dapat berpuasa sebulan penuh.

Hari pertama berpuasa, balik saja dari sekolah aku terus buka peti sejuk. Dengan selamba aku togak air putih sejuk dari botol. Arghh... memang lega rasanya tekak yang kering kontang pada tegahari yang panas tu. Tiba² Mak yang memang ada kat dapur masa tu menyergah "Heh, buat apa tu?"
Selamba aje aku jawab "Minum air lah, tak boleh ke?".
Serta-merta aku teringat yang aku sebenarnya sedang berpuasa. Masa tu rasa macam nak menangis pun ada sebab ingatkan puasa aku dah batal. Kemudian Mak cakaplah, kalau betul² terlupa tak apa.

Bukan sekali tragedi hilang ingatan ni berlaku. Ada sekali tu Mak tengah buat air sirap untuk berbuka puasa. Siap taruk selasih lagi. Masa kacau² air tu, Mak tanya "Manis ke tak agaknya air ni ek?". Terus aku ambil sudu dari tangan Mak, "Biar Yati rasa..", sambil menyudukan air sirap selasih tu ke mulut aku dan dengan yakinnya aku berkata "Manis.. manis.. sedap.. sedap".

Lepas tu baru Mak aku tanya, "Tak puasa ke?" Baru aku sedar aku dah hilang ingatan lagi. Yang hairannya kenapa Mak tak ambil aje sudu tu dari tangan aku sebelum aku terminum tu. Macam tu juga masa aku minum air dari peti sejuk tu. Padahal Mak memang ada kat dapur perhatikan aku. Bila aku dah jadi Emak ni, aku fikir² balik, mungkin Mak tak sampai hati dan kesian tengok aku, jadi dia biarkan aku hilangkan dahaga dulu, barulah dia tegur.

Tapi, bukan semua tragedi minum air di bulan Ramadhan pada zaman sekolah tu disebabkan hilang ingatan semata². Selalunya balik saja dari sekolah, aku terus mandi. Kadang² aku curi² juga minum air dalam bilik air, tapi tak adalah sampai segayung. Seteguk pun tak sampai, sebab di sekolah cikgu ajar, air yang tak di masak tu banyak kuman. Jadi aku memang takut nak minum air paip tu lebih². Setakat hisap sikit² membasahkan lidah aje.

Ni kalau Abang Long baca ni, habis lah dia tau aku mengelat..

11 Comments:

Anonymous Emy said...

ok la mak hang kasik can minum sat. best best.

12:59 AM  
Anonymous co2 said...

heheh sumie.. itu kira ok lah tu.. aku dulu posa darjah satu tiga suku hari aje.. pukul 3 ptg aku buka kat kantin... rugi lah kan...

12:59 AM  
Anonymous screwloose said...

kekeke.. ada sedikit persamaan tapi aku tak minum dalam bilik air aaa

1:01 AM  
Anonymous 'abang long' badrul said...

ohhhhh... sumie mengelat yek... bak balik duit singgit tuh... hahahahhahaa :) :) :)

1:02 AM  
Anonymous yani said...

aku pun selalu gak buat mcm kau tu masa kat sekolah dulu. pura2 nak berkumur tapi sebenarnya telan sikit air paip tu. nasib baik x sakit perut.penyakit lupa ingatan (amnesia) ni mmg selalu terjadi dibln pose.hehehehe...

1:02 AM  
Anonymous Italina said...

hmm... kalau x silap kita pun start pose penuh masa darjah 3. pas tu dpt duit raya dari ustazah.. best la memori pose masa kecik2 dulu kan.. :)

1:04 AM  
Blogger SuMie said...

Emy - Mak aku mmg best.. hehehe.

Co2 - ko memang brutal. Siap buka kat kantin lagik. Eii.. tak malu lah ko.

Screw - ko tak minum lam balik air, abis tu ko amik cawan, tadak air, minum luar pintu bilik air ek?

'Abang Long' Badrul - muahahaa.. Kalau tak nengok nama, mati² aku ingat Abang Long aku bebetul. Cheiss!

Yani - time posa leh kumur² ke?

Italina - memori masa kecik memang kelakar².. Tapi masa kecik tu kita tak rasa lak kelakar ek?

1:05 AM  
Blogger SuMie said...

Typo:
Screw - tadak=tadah

1:06 AM  
Anonymous wai em said...

SuMie, selamat menyambut bulan Ramadhan yach..maap zahir batin...wah ingat lagi ek darjah 1 posa bape ari, darjah 2 bape ari...kamek aram tak ingat heheh

1:07 AM  
Blogger SuMie said...

wai em.. selamat ber-Ramadhan jugak..

1:07 AM  
Anonymous ~Eisya~ said...

Kalo part ngelat tuh...mmg I le juara dlm family....start posa betul2 pun dah form 1....hehe

1:08 AM  

Post a Comment

<< Home