Friday, October 29, 2004

Hijrah

Bulat sudah tekad ku. Jika tiada aral melintang, akan ku tinggalkan ‘daerah itu’. Sudah lama aku di situ. Sudah tiada apa lagi yang mahu aku pelajari dari sana. Aku perlu mencari ilmu dan cabaran baru. Bukan itu sahaja, aku juga sebenarnya semakin hari semakin tidak gembira di ‘daerah itu’. ‘Dia’ bagaikan tak mahu mengerti akan bebanan tugas yang kian menggunung, kami perlukan lebih pembantu. ‘Dia’ seolah² tak pernah tahu membezakan antara urusan rasmi dan urusan peribadinya. ‘Dia’ umpama tidak peduli andai kami sering merasa kurang dihargai. Alasannya atas segala permintaan kami – “We can’t afford, we don’t have enough fund”

Siapa yang cuba dia perbodohkan? Sebetulnya aku lah yang paling tahu, benar atau tidak alasannya itu. Semakin hari aku merasa semakin dihimpit sakit hati. Selama mana mampu ku pendam sesak di dada? Aku tidak mahu mencurah bakti tanpa keikhlasan di hati. Aku masih ingat kata² seseorang, berkerja biarlah ikhlas, jika tiada keikhlasan, pahala pun tak dapat, rezeki pun tak berkat. Aku tak mahu rezeki yang tidak berkat menjadi darah daging ku, darah daging anak ku. Mungkin jalan yang terbaik bagiku adalah berhijrah meninggalkan 'daerah itu'.

Niat di hati, aku ingin bersama² Abang menumpukan perhatian, menggembling akal dan tenaga memperjuangkan empayar kecil kami. Meski risikonya tinggi, namun aku harus berani mencuba. Andai aku gagal, setidak-tidaknya aku tahu aku telah mencuba. Andai tiada rezeki ku dalam hijrah ini, aku pasti akan mencari jalan lain memperbaiki kelemahan diri.

Aku sedang menunggu saat yang terbaik untuk menghantar utusan pemergian ku kepada ‘dia’. Entah apa reaksinya nanti. Mungkin dia sudah pun mengagak bahawa lambat laun aku pasti meninggalkan institusi itu, lalu dengan senang hati akan melepaskan aku. Jika itu yang berlaku, pastinya lebih mudah bagiku melangkah. Aku harap dia tak akan memujukku dengan tawaran yang bukan². Bimbang goyah pula tekadku nanti. Namun aku sudah pun punya syarat tersendiri andai dia mahu aku kekal di situ. Pun begitu, dia yang ku kenali, mana mungkin akan menuruti permintaanku. Pasti lebih mudah baginya mencari saja pengganti aku. Ramai graduan di luar sana yang masih tercari² tapak untuk berdiri.

Mungkin ramai akan mengatakan aku bodoh kerana memperjudikan periuk nasi sendiri, namun tidak bagi teman² yang menghirup udara yang sama di daerah itu, tidak bagi Abang yang melihat aku bersengkang mata saban malam malahan di hujung minggu mengabdikan diri untuk institusi itu. Malah sering tanggungjawabku sendiri sebagai isteri dan ibu terabai ditenggelami timbunan kerja. Sokongan mereka bagai mengikis keraguan, menyuntik kekuatan untuk aku menapak keluar dari daerah itu.

Bagi diriku sendiri, aku bukanlah memperjudikan nasib. Tidak. Tidak sama sekali. Sebaliknya aku sekadar memberanikan diri mengorak langkah ke arah yang berbeza, dengan rentak yang berlainan. Risikonya pasti ada, namun tujuannya tetap sama - memperbaiki kehidupan kami sekeluarga. Inilah peluang terbaik untuk aku melangkah, kerana pada saat ini aku mempunyai pilihan. Andai aku tidak mengambil peluang ini, mungkin ia takkan mengetuk pintuku untuk kali ke dua. Andai aku terlewat, mungkin aku terpaksa terperangkap lebih lama di ‘daerah itu’.

Doaku semoga apa yang bakal aku lakukan adalah yang terbaik buat diriku, buat Abang juga buat Raha. Amiin

15 Comments:

Anonymous screwloose said...

Sumie,

Bulatkan tekad anda pasti berjaya!! Yang penting pastikan diri kebal dengan segala cabaran.. Aku doakan ko sekeluarga!!

4:37 PM  
Anonymous qyrie said...

insyaallah kau akan berjaya dgn penhijrahan baru... semoga kau kuat semangat utk menempuh segala cabaran yg bakal tiba... ada rahmat disebalik setiap kejadian... sekurang²nya raha akan lebih mendapat perhatian tanpa berbelah bagi... rezeki ada dimana²...
yg penting usaha kena berlipat kali ganda... aku harap kau berjaya satu hari nanti...

4:38 PM  
Anonymous magbox said...

aku doakan kebahagiaan kau, hubby dan raha....semoga murah rezeki

4:38 PM  
Anonymous aku insan yang lemah said...

jangan di ikutkan hati.

4:39 PM  
Anonymous shamina said...

buatlah yg terbaik demi hubby dan anak serta keluarga yg lain.. semuga kejayaan menjadi milikmu.

4:40 PM  
Anonymous co2 said...

go SuMie go! best wishes from che lan..

4:41 PM  
Anonymous aku insan yang lemah said...

ingat pepatah orang tua, ikut hati mati, ikut rasa binasa. fikir masak-masak dulu sebelum membuat apa apa keputusan.

4:42 PM  
Anonymous ounis said...

hah..akakku nak benti keja ker?isk..besar hikmah besar jugak dugaan ramadhan ni yek...akak ganbare!!
pesan orang2 tua jepun(agaknya)..'kanashimi ya kurushimi no saki ni,sorezore no hikari ga aru..' -di akhir kesedihan dan kepayahan itu ada cahayanya sendiri..

4:43 PM  
Anonymous Emy said...

Sumie

Buat yg terbaik, fikirkan pro and cons. Semoga semuanya adalah utk kebaikan keluarga ya. Good Luck. Didoakan agar semuanya berjalan lancar

4:44 PM  
Blogger SuMie said...

Thank you friends and Ounis too.. for all the support.

Kepada 'insan yang lemah', aku paham apa maksud ko. Tapi ini bukanlah keputusan mengikut hati dan rasa. Kalau aku ikut hati, tahun lepas lagi aku dah berenti. Ni dah fikir berbulan² dah ni. Anyway, I'm not quitting just to stay at home and be a full time housewife. Ada banyak yang telah kami rancangkan. Andai Plan A tak menjadi, kami beralih ke Plan B.

Apa pun.. aku hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan. Semoga apa yang bakal kami ushakan membuahkan hasil akhirnya. Thanks all.

4:46 PM  
Anonymous screwloose said...

sapa lah 'aku insan yg lemah' tu ye.. mcm tajuk entry aku lak.. apa2pun aku lupa nak habaq.. kalau kau dah fikir masak2..ada Plan A an Plan B.. dan wang simpanan sekurang2nya 6 bulan gaji sekarang, aku rasa teruskan perjuangan.. sekurang2nya dlm masa 6 bulan ko struggle untuk 'daerah baru' simpanan 6 bulan ko tu boleh support apa yg kurang. This is the right time for you to change and try your luck..jika diizinkan Allah ko berjaya dlm masa 2-3 thn ni .. umur ko baru 32/33..dan berpeluang lebih cerah unt mengembangkan 'daerah baru'.. Sekiranya lebih lambat ko bertindak..makin banyak risiko... Sekiranya tidak ada rezeki di situ umur 32/33 tu masih muda untuk 'bangun' kembali. Jangan risau.. rezeki Allah ada di mana2.. lambat dan cepat sahaja.. yang penting usaha, ikhlas, redha dan tidak haloba pasti hati akan tenang walaupun waktu diuji dgn kemewahan mahupun kesempitan.. Insya Allah..

4:47 PM  
Blogger SuMie said...

Thanks Screw. InsyaAllah, semua yang ko cakapkan tu, dah aku sediakan, ala² persiapan nak pegi berperang gitu.

Doakan aku selamat di medan juang dan jangan lupa menyanyikan lagu.. "Kekanda di medan perang.. adinda di medan seni.. sama² berjuang, sama² berbakti untuk ibu pertiwi..."

4:48 PM  
Anonymous Y said...

Sumie...aku baca tu mcm baca poetry/artistic entry je... whatever the outcome, wish you all the best!

4:48 PM  
Anonymous xmen said...

sumie

Semoga berjaya, amin.....

4:50 PM  
Anonymous ~Eisya~ said...

Sumie, I mendoakan ko berjaya di dalam perjuangan mu yang akan datang. Insyallah, rezeki ada dimana.

4:51 PM  

Post a Comment

<< Home