Monday, October 25, 2004

Lambaian Dua Ratu

Panggilan telefon dari Watie pagi ini tidak seperti panggilan²nya yang lalu. Tiada hilai tawa yang biasa ku dengar. Tiada 'anyaman ketupat' mahupun gossip liar darinya. Sebaliknya aku di sentap berita yang mengundang duka. Bagai tak percaya bila Watie kata hari ini mungkin hari terakhir baginya dan Yani bersembang di tingkap rumah Y. Benarkah begitu? Benarkah AMTY bakal kehilangan Ratu Majalah dan Ratu XXX nya? Pasti sunyi tingkap AMTY tanpa jenaka Watie dan Yani.

Namun apa sangatlah kehilangan yang dirasai oleh AMTY berbanding 'kehilangan' yang dibebani dua sahabat ku itu. Di saat menempuh cabaran Ramadhan, Watie dan Yani bagaikan kehilangan periuk nasi di kala Syawal kian menjelang. Begitu berat dugaan yang mereka terima.

Aku tiba² dikunjung keinsafan. Di saat aku berkira² belanja untuk juadah berbuka pusa, kuih muih dan baju baru di hari raya, ada insan lain yang mencongak², apakah rezeki hari ini mampu bertahan sehingga mereka bertemu punca rezeki yang lain nanti? Ingin rasanya ku kongsi bersama berat di bahu yang memikul.

Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Mungkin tiada lagi rezeki mereka disana, namun bumi Tuhan ini luas. Pasti ada lubuk emas buat Yani dan Watie di tempat lain. Aku doakan semoga dua sahabatku itu diberi kekuatan dan ketabahan mengharungi dugaan mengejut ini.

Kini, 'mesyuarat tingkap' pasti kurang meriah setelah lambaian dua 'RATU' itu hilang dari pandangan kami..

8 Comments:

Anonymous Emy said...

Semalam pun aku berfikir pasal mende nie jugak

3:45 PM  
Anonymous xmen said...

kehilangan mereka pasti dirasai.....

3:45 PM  
Anonymous qyrie said...

aku sedih dgn nasib yg menimpa watie & yani... mungkin ada rahmat disebaliknya... semoga diorang dpt keje baru secepat mungkin...

3:46 PM  
Anonymous magbox said...

sedih amat sedih

4:01 PM  
Anonymous co2 said...

sungguh lah kan... choba'an berat... di bulan posa plak tu... semoga watie dan yani tabah menghadapinya... mmg lah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. aku cuma dapat berdoa semoga dimurahkan rezeki mereka. amin.

apa2 pon, semua kesedihan, kesukaran, dan juga kegembiraan, adalah sementara belaka....

4:01 PM  
Anonymous aduka said...

kenapa dibuang kerja..masalah displin ker..sumie

4:02 PM  
Blogger SuMie said...

Eh tak lah Aduka.. company tempat kawan² I kerja tu ditutup dan sebab dijual pada company lain.

4:03 PM  
Anonymous ~Eisya~ said...

Sumie...Yani is back!

4:04 PM  

Post a Comment

<< Home