SuMie Sepi Sebulan
Berikutan keputusan aku untuk berhenti kerja tempohari, maka semalam aku telahpun menghantar 'surat cerai' pada boss aku. Maka secara rasminya hari terakhir aku di pejabat ini adalah 31 December 2004.
Disebabkan itu juga, ada banyak tugas yang perlu aku bereskan sebelum aku angkat kaki. Walaupun aku boleh memilih untuk lepas tangan sahaja, tapi aku tak sampai hati meletakkan beban yang banyak di atas bahu teman² sejawat. Niat di hati, akan ku sudahkan apa yang termampu selama sebulan yang tinggal ini.
Ini juga bermakna aku akan menyepi dari 'menulis', kerana aku sangat pasti, tugas² di pejabat akan ku bawa pulang juga ke rumah dalam masa sebulan ini, bererti aku tak dapat meluangkan masa untuk update blog atau fotopages. Aku juga pohonkan kemaafan pada rakan² bloggers terutamanya AMTY kerana aku juga mungkin tak punya masa untuk mengunjungi 'rumah²' kalian sambil mengomen² entry, cat dinding mahupun langsir kalian. Macamana aku nak komen kalau aku tak baca?
Aku juga terpaksa menggantung buat sementara waktu jawatanku sebagai AJK tetap Ahli Mesyuarat Tingkap Y@Home, memandangkan aku harus menggunakan 100% 8 jam waktu pejabat yang ada bukan saja untuk menyiapkan kerja², tetapi juga untuk mengajar mereka yang bakal mengambil-alih tugasan aku. Begitulah bersemangatnya dan bulatnya tekad aku untuk sebulan yang akan datang.
Buat teman² yang selama ini setia mengunjungi blog SuMie, aku harap kalian tidak serik untuk berkunjung lagi. InsyaAllah, aku akan kembali menulis bila tahun baru menjelma nanti. Buat teman² AMTY, jangan rindukan ketiadaanku di tingkap (hehehe). Kalau ada masa, aku akan jenguk juga sekali-sekala. Kalau ada gathering ke, majlis makan free ke, jangan lah lupa, aku ada handphone tau!
Dengan itu, walaupun mungkin terlalu awal, SuMie menutup tirai 2004 dengan menyusun jari sepuluh:
Andai ada tersalah kata,
seribu kemaafan yang kupinta.
Andai ada yang ingin ku bicara
selepas sepurnama kan ku titiskan tinta...

13 Comments:
gonna miss you .... lps sebulan kembali aktif ok
sayang sumie!!!
semuga selamat segalanya dlm proses peralihan tugas tu.
SELAMAT TAHUN BARU 2005 - semuga akan lebih gah lagi nanti!!
good luck sumie... what a good way to start a new year...
good luck sumie. i will definitely miss u ok. take care.
ermm sedih bila baca citer hari ini..w/bagaimanpun..act ucapkan semoga ebrjaya dgn kerjaya baru..jgn lupan kami di AMTy k... akan sentiasa merindui mu
kak SUmie.. semoga segalanye berjalan dgn lancar, semoga sebulan berlalu dgn cepat dan kak Sumie kembali ke tingkap Y erh -- hehe
*sebulan nih , tade sape laa nak ber*lari²* dari tingkap tuh .. gonna miss you*
Sedih nyer tak dapat baca ko nyer entry baru kat sinie n borak ko kat tingkap Y.....makin sepi ler tingkap Y nanti....
ishh.. aku nak pass batton kat sapa bila ko takde ni??? watie pun tarak??
apa2pun best of luck!! i know u can do it!!!
........
errr brenti kejer ker. Dah bukak gayah enterprise kerr. :D. all the bes kat sumie.Lama x sembang2 ek
sumie...
semoga terus maju jaya... insyaAllah, rezeki Tuhan ada di mana2...
pasti rindu nak baca tulisan sumie..
janji ok sumie, lepas satu bulan... back in action. we gonna miss u!
Good luck Cuti sebulan je, ok?
Post a Comment
<< Home