Sunday, January 30, 2005

Kari 'Recycle'

Beberapa malam yang lepas aku tiba² terasa macam nak makan roti canai. Jangan salah sangka pulak, aku bukannya mengidam. Cuma semenjak jadi Manager Rumah ni, aku dah lama tak sarapan di luar. Tiap² hari bangun pagi buat sarapan lah. Pemalas bebenor kalau dah dok rumah pun nak sarapan kat luar jugak. Jadi dah lama juga lah aku tak pekena roti canai mamak Khalifah tu.

Kebetulan malam tu Abang ada meeting dengan seorang kawan. Memandangkan kami tak ada pejabat, maka Restoran Khalifah tu lah yang selalunya kami jadikan bilik mesyuarat. Jadi aku pun dengan gaya mamak sejati berpesan pada Abang "Roti canai satu! Garing punya, wokeh!"

Takdelah sedap sangat pun roti canai dia. Biasa je. Sedap lagi roti canai yang mak mertua aku buat sendiri. Tapi disebabkan aku makan sambil menonton Friends entah untuk ke berapa kalinya, habis jugalah roti canai tu. Alah, bukan besar sangat pun sekeping tu. Masa makan, tak ada pulak aku terasa apa² yang tak kena pada kuah kari tu. Lepas habis makan, aku basuh tangan, tutup TV dan terus masuk tidur dengan bau kari masih lagi melekat di jari-jemariku.

Besok paginya, bila bangun dari tidur aku rasa perut aku semacam. Badan pun rasa tak sedap aje. Aku tak ada mood nak sediakan sarapan pun. Makan roti ajelah Abang pagi tu. Puas aku berguling² atas katil dengan harapan dapat membetulkan urat² perut. Dan tak lama selepas tu, maka bermulalah acara berlumba² ke bilik air.

Seharian aku cirit-birit. Mula² aku fikir disebabkan daging goreng halia yang aku masak semalam. Tapi bila aku tanya Abang, dia okay je. Kebetulan Ana pun makan sekali hari sebelum tu. Bila aku tanya Ana, dia pun okay aje. Dan satu²nya makanan yang aku makan tapi diorang tak makan ialah roti canai mamak tu. Sah lah roti canai dan kuah kari menjadi penyebabnya.

Aku selalu juga dengar orang kata tentang restoran mamak yang suka recycle kari hari semalamnya, dicampur dengan kari hari ni. Jangan kata semalam, entah² kari minggu lepas pun ada campur sekali. Cis! Cinnabon punya mamak. Bukan banyak pun aku makan kari tu. Takde lah sampai menghirup kuah. Setakat buat cicah roti canai tu aje. Lagipun aku ni bukannya jenis yang suka makan roti canai banjir. Tapi penangannya, sampai seharian aku sakit perut, tak mampu buat satu kerja pun.

Aduh laa mamak, ini macam kalu, lain kali saya tada mari juga!

6 Comments:

Anonymous Emy said...

Sumie harap perut ko dah ok yer.

5:42 PM  
Anonymous CQa said...

Mmg kedai mamak slalunya suka recycle makanan diorg. masa dok kat hostel dulu slalu gak lepak kat kedai mamak... lepas saya kena kes mcm awak, saya terus tak nak masuk kedai tu lg. kalau masuk kedai mamak pun dah tak nak makan dah kalau tak confiden ngan kedai tu...

anyway, get well soon...

5:43 PM  
Anonymous shamina said...

semuga dah sembuh arinie...

5:44 PM  
Blogger SuMie said...

TQ all. Sekarang dah baik dah.. sbb tu dah boleh menulis semula. Ari tu sakit perut, ngadap PC pun takde mood.

5:44 PM  
Anonymous Y said...

first of all takziah on your loss of a friend.

second, good to know u feel better now.

5:44 PM  
Anonymous screw said...

nasib baik aku tadak makan roti canai mamak

5:45 PM  

Post a Comment

<< Home