Wednesday, February 23, 2005

Idola Amerika

Aku ni bukan nak buat recaps pasal American Idol. Tak kuasa aku. Cuma aku suka la ikuti rancangan tu. Buat masa ni, lobang hedong mereka berempat nih menjadi pojaan hati ku.

(Gambar² adalah hak milik terpelihara Fox Broadcasting, dari laman rasmi American Idol - ampunkan aku atas penyeludupan ini)


Bo Bice - Muka hensem, suara sedap. Tak cukup lagi ke 2 faktor tu untuk dia diminati ramai? Persembahan Bo minggu pertama ni agak menyerlah kalau nak dibandingkan dengan mamat² lainnya tu. Dah diorang tuh gi pilih lagu² mengundang bosan tu apasal? Patutnya masa ni la nak tarik perhatian penonton. Ni tidak, semua dok play safe. Tak pe lah, minggu pertama kan, boleh ampun lah. Apa² pun, Go Bo Bice!


Constantine Maroulis - Buat masa ni suara Constantine tak lah sepower beberapa orang peserta lain. Pedulik hapa aku. Walaupun Constantine nyanyi dengan sumbangnya pada minggu pertama ni, namun lobang hedong mu tetap menjadi pojaan hatiku. Jangan salahkan aku kalau aku minat dia semata-mata sebab muka hensem dan imej rock dia tu. Go Constantine!


Carrie Underwood - Lepas dengar dia nyanyi tadi, aku terus jatuh minat. Kalau dengar dia nyanyi sambil pejam mata, ala² artis dah ada album sendiri gitu. Dengan imej dara pingitan tu, dan kalau rakyat Amerika tak buta seni, ada can dia ni jadik Idola musim ni. Go Carrie!


Mikalah Gordon - Memula aku nengok dia, aku suka sebab dia gediks. Kali kedua aku nengok dia, aku menyampah sebab dia gediks. Kali ketiga aku nengok dia, aku suka dia sebab dia gediks. Maka jelaslah bahawa Mikalah pastinya mencetus kontroversi dalam forum American Idol dengan kegedikannya itu. Buat masa ni aku masih suka kegedikan ala² The Nanny nya tu. Sesekali aku nengok ada gak macam Janice, x-gelfren Chandler dalam sitcom Friends. Mikalah nyanyi tak berapa best pun, judges tetap puji jugak sebab aura gedik nya tuh telah menutup gegendang telinga mereka. Go gediks! Eh.. Go Mikalah!

8 Comments:

Anonymous eisya said...

Sama lak org yg kita minat ek? tapi I kena berpijak di bumi nyata....I tak rasa Mikalah can't make it to the top 6 girls....Tapi I mmg suka kegedikkan dia tuh...walaupun kekadang annoyed gak ngan dia nie!

6:41 PM  
Anonymous badrul said...

waahhh, lebih kurang ler taste kita... tapi yg lelaki tuh i still prefer cikgu anwar tuh...

6:41 PM  
Blogger SuMie said...

K.E, ramai gak kan yg minat orang yg sama. Agaknya kat US pun sama. Kalau betul, ada can le lobang hedong diorang nih berkembang ke top 12.

Bad, Cikgu Nuar tuh memang power, tapi I saja tanak poja banyak sangat lubang hedong buat masa ni. Kalau salah sorang dari my fav 4 nih terkeluar, akan ku puja jua lobang hedong Cikgu Nuar tuh..

6:42 PM  
Anonymous aidid5 said...

My power, my pleasure, my pain...
hihihi. suka constantine gak. errr biasa arr ciri2 pujaan hatiku.berambut panjang, muka senyum2 gitu. Sore, errr sedap2 di halwa telinga akak sudah ler.But constantine ni ada karisma.:D
Yg part pompuan ari rabu ari tu termiss plak. Tapi Mika tu dari ari tu dok suka tgk kegedikan dia bila dia dpt tahu dia masuk top 20, sumer org dia nak peluknya.amboi amboi amboi. She reminds me barbra streisand masa muda.

6:44 PM  
Blogger SuMie said...

Heheheh Kak Aidid.. rambut tuh dah serupa dah.. tinggi pun memang yang paling tinggi dah.. masih sama taste yek?

6:44 PM  
Anonymous elf said...

Kita minat Sumie boleh?

6:45 PM  
Blogger SuMie said...

elf, huhuhu... buleh buleh.. *sambil cepat² touch-up bedak kat pipi*, jangan lupa vote kita bebanyak ek.. Thank you for dropping by

6:46 PM  
Anonymous elf said...

Hehe. Rumah kita pun dah ala ala dekat gitu. Bolehler kita makan kat mekdi ka, kat mekdi ka, atau kat mekdi ka jugaks.Ahaks.

6:46 PM  

Post a Comment

<< Home