Tuesday, February 22, 2005

Rombongan Cik Raha ke Port Dickson


"Jom! Sapa nak ikut pegi PD!!"



"Meh kita teropong dulu, mana tau kot ada ombak tinggi bergulung² datang dari jauh"



Senja di Port Dickson



"Aiseh.. dah maghrib lah.. pagi besok jek lah kita mandi!"



Raha: Mak dah pagi dah ni, boleh gi mandi tak?
Mak Raha: Hmm.. boleh, tapi puting tuh cabut dulu lah!



Raha: Cepatlah Mak! Cepatlah! Cepatlah! Nak mandi!!
Mak Raha: Err.. kejap ek, mak nak touch-up dulu..



Raha: Lambatlah Mak tu. Abah, jom..
Abah Raha: Kejap, Abah nak nengok kat mana ada awek seksi tengah mandi



Abah Raha: Fuiyyo.. nengok awek tu pakai sleeveless lagik!
Raha: Alaa.. sibuk lah Abah ni, mak ayah dia tak kisah pun..



Abah Raha: Alamak.. ada ombak besar nak datang.. jaga!
Raha: Camni, kita mandi kat dalam besen jek la..


Rombongan Cik Raha ke Port Dickson sempena cuti Tahun Baru Cina hari tu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tak diingini. Alhamdulillah.

Cik Raha terjerit-jerit excited berendam air masin for the first time. Abah Raha juga excited mandi laut walaupun tak terjerit-jerit. Cuma Mak Raha aje yg macam liat jek nak berendam sebab takut mekap cair, kulit muka mengelupas dan sebagainya.. huhuhu...

Camnapun, air laut PD kureenggg bersih menyebabkan sesapa yang mandi pakai t-shirt putih di PD akan berasa menyesal selepas keluar dari laut, disebabkan t-shirt putih itu telahpun bertukar kepada kaler kuning atau coklat cair yang hodoh rupanya.. Abih nak wat cemana, dah itu jek pantai yg dekat ngan KL.

Kepada yang rabun dan nak nengok gambar kecik² tu dgn lebih jelas dan besar, sila klik pada gambar tu supaya anda dapat melihat gambar yang lebih eye-friendly gitu. Sapa nak nengok lebih banyak lagi gambar² semasa Cik Raha di PD, klik sini, okey. Enjoy the pictures. Hargailah keindahan alam yang diciptakan Tuhan buat hambaNya mengecap kedamaian.

8 Comments:

Anonymous shamina said...

errrr... tak abis2 lagi ayat power "mak pak tak marah" :)

6:22 PM  
Anonymous screw said...

hehehe k sham.. biarlah dia nak tulis apa..blog dia.. mak pak dia tak marah punya..

6:22 PM  
Anonymous Ani/Uncute said...

ALamak bestnya nengok Raha main air.. Tak per next week aku nak gi Redang. To mak pak Raha, jom lah bawak Raha gi Redang leh nyelam.

6:23 PM  
Blogger SuMie said...

K Sham & Skru, kasi can le pinjam ayat 'dia' tuk entry kali ni.

Wah Ani, bestnya.. aku tak penah pegi Redang.

6:23 PM  
Anonymous Emy said...

Bestnya pi PD.
Jeles ahh

6:24 PM  
Anonymous eisya said...

Mak oi Sumie! Terpampang muka ko kat sini! Mak Pak ko tak kisah ker? hehe

6:24 PM  
Anonymous Ani/Uncute said...

aku kalau tak sebab company trip memang aku tak gi redang ni

7:55 PM  
Anonymous kaloizz said...

Sbnarnya tgh carik gamba PD untuk buat cover handouts... Tau-tau kat search engine tuh kluar ayat "Rombongan Cik Raha ke PD".... Tergelak giler and terus singgah ur blog.... hehehe....

anyway.... nice blog!

7:55 PM  

Post a Comment

<< Home