Monday, March 14, 2005

10 perkara Mengenai AMTY Menyepet

1. Boy Kak Sham telah menarik minat Abang Bangla di Asian Flavours.

2. Qyrie cuba merampas takhta Ratu Touch-Up dengan mengeluarkan sikat selepas lunch. Tak kuasa kan? Nasib baik dia tak keluarkan hair-dryer sekali, kalau tak, aku dah kasi gelaran Ratu Sanggul.

3. Aku & Watie berangan bujang beberapa jam.

4. Tiada persetujuan antara AMTY tentang siapakah yang menjawab henpon Jason (sampai hari ni pun aku masih tak puas hati dengan Sepet).

5. Pisang goreng beraiskrim Madam Kwan bukan sahaja kelihatan 'semacam' di dalam gambar, tetapi memang betul² 'semacam' di alam nyata.. atau adakah mataku juga perlu dicuci dengan clorox?

6. Pisang goreng beraiskrim Madam Kwan yang 'semacam' tu juga menjadi rebutan ramai (nasib baik aku duduk hujung meja, susah diorang nak capai.. muahahhahaaa) .

7. Aku tak perasan pun ada paha ayam seksi dalam pinggan, sedar² aje dah langsai.

8. AMTY akhirnya sedar bahawa taste Emy ialah lelaki yang bulat, putih dan botak.

9. Ada banyak handphone baru, sampai aku confused siapa sebenarnya tuan henpon yang aku pegang.

10. Tiap kali lepas jumpa AMTY, jarum penimbang aku akan bergerak ke kanan dengan penambahan sebanyak 2 julat..

9 Comments:

Anonymous eisya said...

hehehe.....seronok nyer korg tanpa kehadiran I ek? Ingatkan Sham tak pergi tapi sememang nyer title 'AMTY super stalker' masih gah buat Sham...hehe!

9:03 PM  
Anonymous mag said...

hahahahah sumie memang lawak, pagi2 buta kat opis ni aku dah terkekek-kekek!

9:04 PM  
Anonymous Emy said...

Sumie mmg ko lawak laaaaaaaa..
erkk.. tak semua lelaki aku suka cam tu la. itu semua tuk alam tak nyata jer. alam nyata lainnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

9:05 PM  
Anonymous Y said...

oh taste emy begitu rupanya... tak nak yg mampanzzzzz ke? lol

siapa yg jawab henpon jason? la hantu dia la, kan tu part dari culture mesia, org cina percaya benda cam tu. hantu tu ada penangan kuat sgt sampai dia tak leh pergi dgn ...eh apa aku merepek?

9:05 PM  
Anonymous xmen said...

sumie memang lawak entry ko nie....

9:07 PM  
Anonymous uncute/ani said...

first-first buat emy hehehhehe. adei letih gelak tanpa suara ni lah.

utk pasal henpon jason tu kan..aku rasa hantu dia sebab dia ada tulis dlm last letter..bunyi dia lepas kena translate cam ni lah "I tak leh tido dgn tenang selagi tak leh dnegar suara you" so kira hantu dia kot sebab orked tak tepon2 dia lagi sampai dia kena langgar baru dia call. Jadi lepas orked dah call rasanya baru hantu ni aman ko

9:09 PM  
Anonymous uncute/ani said...

aman ko = aman kot

isy keyboard aku dah giler

9:10 PM  
Blogger SuMie said...

K.E, we did miss you! And Xmen too, nama mu disebut² sepanjang gathering.. sesuatuh kan..? Of course we missed everybody yg takde.. Nama² Y, Cheeka, Co2, Tos, dll sentiasa diselang-selikan bersama anyaman kami.. So kalau korang tersedak hari tuh, tau la kenapa ya.. muahaha

9:11 PM  
Anonymous Nart said...

aku dah ada jawapan no 4 tu, pi baca kat blog..huhuhu

9:12 PM  

Post a Comment

<< Home