Thursday, March 03, 2005

Idola Amerika - Bhg. 2


(Gambar dipinjam dari idolonfox)

Untuk minggu ke dua ni, bagi yang lelaki, tak dapat disangkal lagi, memang persembahan Bo Bice lah yang paling best. Sapa tak puas hati dengan statement aku ni, nak gaduh jom lah.. aku tunggu kat parking lot Gugusan Siantan. Muahahaaa..

Selain dari tu, aku pun suka jugak dengan persembahan Anwar Robinson. Yang lain²nya pula, walau tak sehebat Bo Bice dan Cikgu Nuar, namun aku rasa mereka telah menunjukkan persembahan yang mampu memberi saingan sengit. Constantine tetap mendapat tepukan gemuruh dari penonton walaupun aku rasa tepukan tu mungkin sebenarnya diberikan untuk aksi melompat², membaling tiang mikrofon dan menjerit² "Huaarghhh...!! Huarghhh!!" sebanyak beberapa kali. Aku tak rasa mereka tu tepuk untuk nyanyian Constantine, sebab aku pun tak berapa pasti samada dia sebenarnya menyanyi atau bercakap. Takkan dia rap pulak kan.. dia tu kan Mat Rock.

Kalau aku boleh pilih sapa yang aku tak nak tengok minggu depan, maka aku akan keluarkan Scott Savol dan Travis Tucker. Boringnya aku tengok muka Scott. Masa menyanyi tu langsung tak ada nak senyum. Serius jek. Dia tau tak, dia tu dah le tak berapa hensem, jadi bila dia buat muka masam gitu, lagilah tak menawan tau. Aku sebenarnya memang tak berapa suka Scott sejak masa audition hari tu lagi. Masa yang diorang kena nyanyi berkumpulan tu, kawan² dia sibuk berlatih, dia hilang tah ke mana. Lagipun pada pendengaran telinga aku, Scott menyanyi minggu ni pun banyak sumbang sana sini. Sama lah macam Travis Tucker, pun sumbangsih sekali. Tariannya pun sumbang. Eeeii tolong laa, macam mat poyo jek dia menari macam tu.

Yang perempuan pula, aku rasa persembahan Jessica Sierra adalah yang terbaik malam tadi. Dan waaahhh... Mikalah telah membuktikan dia bukan saja boleh menggedik dengan berjaya, dia juga boleh menyanyi dengan jayanya. Malah kalau nak bagi nombor macam yang selalu kita dapat dalam buku rekod masa sekolah rendah dulu, aku akan bagi Mikalah Nombor 2 untuk minggu ni. Carrie, walaupun judges kata dia tak sebagus minggu lepas, aku masih rasa Carrie juga antara yang terbaik semalam.

Yang lain² masih belum berjaya membuatkan aku memuja lobang hedong mereka. Kalau ada kenderaan disediakan untuk pulang ke kampung halaman masing², maka aku sudi bukakan pintu kereta luas² untuk Janay Castine. Ya, balik rumah nyanyi depan ayah dia aje lah. Aku tak berkenan sangat dengan Janay ni, bukan aje sebab nyanyian dia yang sumbang sana sini, suara dia tu kadang² sounds like suara nenek² jek. Dan lagi, aku rasa dia ni lagi gedik dari Mikalah. Gedik Mikalah tu nampak kelakar, gedik Janay nih.. gedik gedik lah! Antara Amanda Avila, Celena Rae atau Lindsey Cardinale pula, diorang ni boleh 'o-som' aje lah ye, sapa nak balik dulu minggu ni.

Secara keseluruhannya, baik yang lelaki maupun yang perempuan, hatta para hakim dan pengacara sekali pun, kebanyakannya semakin bagus berbanding minggu lepas. Secara keseluruhannya juga, aku perasan yang Randy mesti minum air dari gelas Coke tu setiap kali lepas dia komen seseorang, Paula pula burung kakaktua yang akan mengulang semula idea Randy, dan Simon pula takde modal lain, asyik² dengan penyanyi kaberet, hotel dan bar. Takde idea dah ke Simon? Banyak lagi tau jenis² penyanyi. Minggu depan Simon boleh lah pinjam dari list nih ye - penyanyi karaoke, penyanyi bilik air, penyanyi funfair, penyanyi kelab dangdut, penyanyi kenduri-kendara, penyanyi kumpulan nasyid, penyanyi buta di kaki lima, dan penyanyi celik di tepi gerai makan kat Bangsar yang menadah topi mintak singgit tuh.

3 Comments:

Anonymous elf said...

Ye ye..Aku setuju, Cikgu Nuar ngan Bo Bice je yang bagus semalam. Malam tadi aku tak tengok yang pompuans punya , apa aku buat malam tadi , ek?

8:15 PM  
Anonymous CheeKa said...

tak kluar lagi la si Janay tu.. huh bilalah agaknya dia nak kluar.. celena nyer penyingkiran is predictable..

8:16 PM  
Anonymous screw said...

ceh!! aku missed lagi

8:17 PM  

Post a Comment

<< Home