Tuesday, March 08, 2005

Idola Amerika - Bhg. 3 (Lelaki)

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar telah diseludup dari idolonfox)

Mereka berentap lagi minggu ini. Masing² semakin pakar mengembangkan lobang hedong masing² untuk meraih undian rakyat Amerika. Rata², persembahan peserta lelaki minggu ni semakin bermutu.

Selama 2 minggu lepas aku menjuihkan bibir bila saja Scott Savol naik ke pentas. Tapi minggu ni Scott berjaya membuatkan aku mengangguk² kepala, kira aku terhibur la tu maknanya. Tapi lagu Sugar Pie Honey Bun tu rasanya lagu diorang nyanyi masa audition ramai² tu kan? Tak aci lah cam tu Scott, kira dah ada latihan extra untuk lagu tu.

Bo Bice tak secemerlang minggu² yang lepas, tapi tetap tak mengecewakan, dan masih lagi antara persembahan yang terbaik minggu ni. Mungkin lagu tu sendiri memang dari kategori memenguapkan mulut. Huarghh...

Aku rasa persembahan Anthony Fedorov biasa² jek walaupun judges puji² habis. Tapi tu aku je la yang rasa, orang lain rasa apa aku tak tau.

Sejak minggu pertama lagi aku rasa Nikko Smith nyanyi memang best. Tapi ramai pulak kawan² kata Nikko tak best. Agaknya dia tak menyerlah dengan personaliti ala² Boyz II Men dia tuh. Tak pun orang dah boring dengan gaya nyanyian R&B. Judges pun jarang bagi komen yang bagus kat Nikko. Cuma minggu ni aje baru aku dengar diorang komen bagus sikit. Aku rasa Nikko layak masuk Top 12. Tapi kalau aku je yang rasa, rakyat Amerika tak rasa gitu, nasib tak baik jugalah gamaknya. Cuma komen² yang bagus untuk Nikko dari ketiga² juri tu mungkin akan membantu Nikko untuk terselamat minggu ni.

Huk alah boringnya.. itulah yang boleh aku kata bila tiba giliran Travis Tucker. Dari dapur, sambil potong bawang pun aku boleh dengar dengan jelas nada sumbangsih Travis. Pastu bila jenguk kat TV, nampak pulak gerak tari poyonya tu. Ish.. nasib baik tak terpotong jari aku dek geli-geleman nengok bebudak pompuan dalam studio tu bersorak sakan untuk Travis.

Mario Vasquez pun boleh tahan hebatnya. Aku sebenarnya tak ada lah suka sangat suara macam Mario, tapi dia memang boleh menyanyi dan layak masuk Top 12. Kalau Mario tu masuk AF kat Malaysia, bebudak pompuan Tingkatan 1 & 2 mesti berhabisan kredit henpon vote untuk Mario. Tak cukup kredit, mesti henpon mak abah pulak diorang balun. Tapi tu kalau kat Malaysia lah. Tak tau lah aku taste bebudak pompuan kat Amerika macamana pulak.

Kata para juri, minggu ni adalah persembahan terbaik Constantine Maroulis. Sebenarnya aku rasa agak membosankan dan tak bertenaga (oh sedihnya sebab aku terpaksa gak mengakuinya). Kalau pun Constantine terselamat, dah tentulah disebabkan personaliti, kehenseman dan ketinggiannya yang berjaya menjadikan Ryan kelihatan katek. Ahh.. tak kiralah apa pun sebabnya, aku harap rakyat Amerika undi Constantine banyak² supaya dia masuk Top 12, boleh lah aku nengok dia lama lagi kat TV.

Dan.. persembahan terbaik minggu ini jatuh kepada...*bunyi dram saspen* ANWAR ROBINSON!! Vah vah vah... *sambil menggeleng² kepala dengan mulut yang terlopong*. Cikgu Nuar bukan sahaja telah menawan hati ramai penonton dengan kemerduan suranya, tetapi juga dengan giginya yang terusun putih bersih tu. Ya.. selain dari lobang hedong, kini gigi juga perlu diberi perhatian. Mau ada yang sakit jantung kalau tiba² Cikgu Nuar tersingkir minggu ni. Kalau tak sakit jantung pun, mesti sakit hati

Entah lah ye, siapa agaknya akan terkeluar minggu ni. Kalau ikut persembahan masing², aku rasa Travis & Constantine paling tak best. Tapi kalau ikut suka² aku aje pulak, kalau boleh aku malas dah nengok lobang hedong Travis & Scott/Anthony. Tapi sapa pula yang rakyat Amerika tak berkenan? Kenalah tunggu hari Khamis.

Hari ni baru aku tau, ramai rupanya peserta yang berbintang sama dengan aku - Taurus - termasuklah Cikgu Nuar. Maka terbukti lah orang berbintang Taurus memang berdarah putih, eh berdarah seni dan merdu suranya.. muahahaaa... syoknya dapat angkat bakul.

9 Comments:

Anonymous xmen said...

sumie, memang betoi cakap ko, org berbintang taurus memang berdarah seni... cayala sumie...aku setuju statement ko tu...

8:26 PM  
Anonymous kretortd said...

wahh k.Sumie , sbg manusia yang berbintang taurus .. kite sangat la menyokong !! yeahh ... tidak syakk lagik !! heheh ;-)

my fav now (slps David Brown disingkar golekkan kuar last week) adalah en. Bo dan cikgu Nuar ..

ikut ensem , Mario ngan Constantine .. klu diorg thn lame, leh aa cuci mata .. Scott , okke la ..

yang len .. o-som (bak kate k.Sumie) la ikut turn kuar .. i don't care !!

8:27 PM  
Blogger SuMie said...

Yeahh xmen & Kre.. meh kita angkat bakul bersama².. Bila laa AMTY nak buat karaoke bersama², takpun AMTY Idol ke.. bulehlah kita verangans ala² Cikgu Nuar

8:27 PM  
Anonymous screwloose said...

ish sumie.. aku memang suka angkat bakul ni.. bukan apa takkan org lain buleh angkat bakul..tekan lif aku tak bleh!! apa kess!!

hah good idea gak tu berkaraoke!! aku sokong!! tapi sore aku tak versatile lah.. cuma buleh nyanyi satu genre lagu je.. tapi kalau org dengar aku nyanyi lagu Negara Ku.. buleh tangkap leleh wwwooooo... vah vah vah *goyang kapla*

8:28 PM  
Anonymous elf said...

Eh, Sumie, aku Leo , tapi berdarah bukan setakat seni suara, seni tari, seni lukis dan seni khat, seni wati. Haha. Tapi, aku sungguh setuju denganmu, Cekgu Nuar memang giler bes, aku sampai tepuk tangan sakit sakit gitu bila dia tarik last2 tuh..perghh! Oh, Chekgu Nuar! (Haha sampai laki aku tanya siapa cikgu nuar?) Ni semua Sumie punya pasallah nih..hehe...

8:29 PM  
Anonymous elf said...

Sumie, kat the curve dah ada Redbox, yeww.. Apa kata, kita ramei ramei mensumbanglan lagu. Dekat sikit ngan umah. Pstt..aritu aku gi makan kat kedai mamak kat gugusan siantan..

8:30 PM  
Blogger SuMie said...

Elf, tatut laa.. kat curve ada kes bunuh.. eeii tatutlaaa..

Alaa ko pun, makan roti canai tak ajak aku. Lengkali calling² la, setakat kat Naina / khalifah tu, aku turun jalan kaki jek. Err.. camna nak calling² ek, nombor pun takde.. Kejap ye mak encik, saya jalankan operasi mencari nomo telepon

8:31 PM  
Anonymous sekut said...

woi woi...aku libra pun berseni ape... dah terlebih seni lak rasanya ni ha... tapi so far aku rasa la yg boleh pi jauh...heh heh

abg BO... cikgu nuar... Nikko (nama hotel nih)... mario

tapi kan sumie...sorry to say la... aku NYAMPAH dgn si CONSTANTINE tuhhh
bukan ape aku geli tgk die...nape ntah... ko jgn marah aku lak wihihihi

8:32 PM  
Blogger SuMie said...

kekeke sekut, tak marah laa.. aku pun tak kata constantine tu nyanyi sedap. Aku suka sbb dia hensem, tinggi dan menggudaaa.. huhuhu.. tapi tu kata aku laa.

8:32 PM  

Post a Comment

<< Home