Wednesday, March 09, 2005

Idola Amerika - Bhg. 3 (Pompuan lak)

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar diseludup dari idolonfox)

Amanda Avila - biasa jek. Takde lah tak sedap, tapi dia takde umphh. Dia patut minum lebih banyak teh.. err teh apa yg ada umpph tu, Boh ke Lipton?

Janay Castine - huk alaahh.. sumbang di merata² tempat, di atas pentas, bawah pentas, tepi pentas, depan pentas, belakang pentas, sumbang dari awal ke hujung lagu. Heran jugak aku macamana dia boleh terlepas masuk Top 24. Nak aje aku suruh dia jadik volunteer keluar minggu ni.

Tak banyak yang nak dikomen tentang Carrie Underwood dan Vonzell Solomon. Suara yang bagus tapi bak kata Paula, kurang sparks. Mungkin dengan menggosok gigi menggunakan ubat gigi Sparkle akan membantu mereka mendapatkan semula sparks yang telah hilang.

Lihat saja gigi Nadia Turner yang bersinar², yang menyebabkan dirinya begitu menyerlah dengan gaya tersendiri. Walaupun lagu tu agak membosankan pada awalnya, tapi Nadia dan giginya berjaya menghidupkan lagu tersebut.

Minggu ni merupakan persembahan terbaik dari Lindsey Cardinale, walaupun suara Lindsey masih lagi macam tak nak keluar habis. Camana pun, aku tetap terhibur dengan nyanyian Lindsey sepertimana aku terhibur dengan adegan Ryan menyimbah Simon. Moralnya di sini, Coke bukan saja boleh digunakan untuk mencuci mangkuk tandas, tetapi juga boleh digunakan untuk menyimbah seseorang sekiranya orang itu memberi komen negatif mengenai anda.

Mikalah Gordon merupakan 'penyumbang' kedua selepas Janay. Macamana pun aku masih suka Mikalah. Kat hujung² lagu tu rasanya menjadi lah juga. Tapi tak sukalah Mikalah pakai serba hitam macam tu, macam berkabung jek. Jangan berkabung awal² untuk penyingkiran diri sendiri, dah la ye?

Persembahan Jessica Sierra boleh dikatakan meletup jika dibandingkan dengan persembahan peserta² lain. Dah pastinya Jessica lah yang paling menyerlah, sepertimana menyerlahnya 'celah bedah' nya hari ini.

Siapa akan tersingkir minggu ini? Aku tak tau.
Siapa yang aku NAK SANGAT tersingkir minggu ni? Janay, Janay, Janay dan Janay dan Janay lagik...

8 Comments:

Anonymous Y said...

aku mmg berharap janay akan out!

8:36 PM  
Anonymous kretortd said...

Janay .. Malaysian has voted .. u are out !! ..

*erkk , boley pakai tak agak²nye??*

8:38 PM  
Blogger SuMie said...

Ramai yg nak Janay keluar ek..
Kre, muahahahaa.... kalau lah laku statement ko tuh!!

8:38 PM  
Anonymous wai em said...

Oh sana sini Idola Amerika diperkatakan...hehehe

8:39 PM  
Anonymous elf said...

Sumie, kalau nak ikutkan aku performance diaorg semalam, semua semua aku keluarkan.

8:39 PM  
Anonymous sekut said...

hualalala...aku sokong sgt dgn si elf tu punya pendapat... sume sume tak best hancus pooodahhh... ape taknya aku rasa suara mereka tak seberapa beza aje dgn suara aku semasa aku nyanyi dalam toilet... kire setaraf aje... aku takpe aku sedo diri... hahaha

8:52 PM  
Blogger SuMie said...

Kekekeke.. tu yg masuk top 24 tuh, dah kira hancus.. agaknya kalau yg audition memula tu kategori apa lah ek? Yg awal² tu lagilah, bukan setakat standard kita nyanyi dlm toilet.. kita nyanyi sambil meneran pun lagi sedap gamaknya..
Yang tuh baru betul² American Idiot

8:52 PM  
Anonymous sekut said...

ye betulllll hahahaha

8:53 PM  

Post a Comment

<< Home