Friday, March 04, 2005

Idola Amerika - Tinggal Namblas

America has voted… (ewahh.. pinjam dialog Ryan kejap ye) dan memutuskan bahawa lobang hedong mereka berempat ini tidak menjadi pojaan hati kebanyakan rakyat Amerika. Tapi aku heran lah, kenapa minggu ni mereka yang terkeluar tak disuruh nyanyi dulu sebelum balik? Aku nak lah juga nengok diorang berempat ni menyanyi buat kali yang terakhir.


Sejak awal lagi Celena Rae memang tak berapa menyerlah pun. Muka dia aje yang aku rasa comel dan ada lah sikit ala² artis. Tapi vokal dan konsonennya.. eh, vokal dan personalitinya tak seberapa nak dibandingkan dengan yang lain². Setelah ber’o-som’ dengan Lindsey dan Amanda, Celena tersilap langkah dengan membuat bentuk batu, manakala Lindsey dan Amanda membuat bentuk air, maka terpaksalah Celena angkat beg dulu minggu ni.

Aloha Mischeaux pula adalah antara yang paling menyerlah minggu lepas walaupun ada bau² Beyonce. Agaknya rakyat Amerika tak suka Aloha pakai perfume Beyonce sikit kot. Bagi aku Aloha lebih layak kekal berbanding beberapa orang yang lain (sebenarnya aku tak puas hati apasal lah si Janay tu tak keluar² jugak). Lagi satu faktor yang aku rasa telah menyebabkan Aloha tersingkir ialah sifat cintakan alam yang ada pada rakyat Amerika. Yaaa… aku rasa diorang tak suka Aloha petik² bunga sesuka hati letak kat kepala. Macam tahun lepas, sapa minah Hawaii tu? Lupa pulak aku nama dia. Minah tu kan tiap² minggu letak bunga kat kepala lah, kat bajulah. Sampai penghujung rancangan, habis bunga² sekitar Hollywood dipetiknya. Aku rasa rakyat Amerika tak mahu tragedi tahun lepas berulang kembali tahun ni. Kesian Aloha.


Walaupun aku mengharapkan orang lain yang keluar, tapi aku tak lah pelik pun dengan penyingkiran Joseph Murena dan David Brown. Joseph pun lebih kurang macam Celena jugalah, vokal dan personalitinya tak sehebat peserta² lelaki yang lain. Kalau nak dibandingkan dengan Bo Bice, tiada ciri² seorang Idola pada diri Joseph (sekali lagi nama Bo Bice enterframe di sini). Kalau tak minggu ni, minggu depan Joseph mungkin akan terkeluar juga. Lagipun statement Simon yang asyik kata Joseph macam penyanyi kabaret lah, penyanyi kat lobi hotel lah, pastinya telah mempengaruhi undian.

David pula sebenarnya agak menonjol sepanjang tempoh audition. Aku siap ingat dia akan masuk final 12. Tapi David nampaknya telah melalui hari² rambut buruk (bad hair days). Disebabkan selama 2 minggu ni, David tidak mengubah fesyen rambutnya, maka kebanyakan rakyat Amerika tak mahu mengundi dia. Peserta² lain mungkin patut jadikan ini satu pengajaran - fesyen rambut juga memainkan peranan penting untuk meraih undi.

Kini tinggal enam belas orang yang akan ke pusingan seterusnya. Ada lagi 2 tiket untuk lelaki dan 2 tiket untuk perempuan balik ke rumah masing² sebelum yang lain²nya mara ke pentas yang lebih besar. Harapan aku tiket² tersebut tidak akan jatuh ke tangan Bo Bice, Constantine, Cikgu Nuar, Carrie, Mikalah dan Jessica. Yang lain² tu.. I don't care..

(Gambar² telah dicilok dengan jayanya dari idolonfox)

2 Comments:

Anonymous CheeKa said...

nama minah AI last season tu Jasmine Trias.. dia pun suke letak bunga kat kepala dia..

Janay! JAnay! Janay! make up artist do something with her make up.. ada misai la ... tempek bedak byk ckit.. dia ni mmg patut pulang.

& david is always on bad hair day...

8:18 PM  
Anonymous skru said...

penceritaan yg bagus.. ada harapan untuk tulis skrip cite pilem 'buntang'

8:19 PM  

Post a Comment

<< Home