Wednesday, March 30, 2005

Idola Amerika - Top 10

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar adalah hasil pencilokan dari idolonfox)

Tema minggu ini ialah The 90's. Itulah tahun² di mana aku sedang muda remaja, baru nak kenal hidup, enjoy sakan, berboifren sakan (dan berboifrenkan si 'sakai'), berlipstick kaler gelap, berbaju kurang benang, juga berberat badan kurang 20 kilo dari berat badan sekarang.

Bo - Remedy - Macam biasa, Abang Bo memang confident. Pentas tu macam dia yang punya tiap kali dia menyanyi. Kalau diberi bantal mungkin dia boleh tidur terus atas stage tuh.

Jessica - On The Side Of Angels - Memang bagus, tapi kenapa ya, aku rasa macam tak cukup ajinomoto jek?

Anwar - I Believe I Can Fly - Aku setuju dengan Randy & Simon. Cikgu Nuar memang memukau, tapi kalau kita ikuti persembahan Cikgu Nuar setiap minggu, Cikgu Nuar selalunya memukau di nota² terakhir lagu jek, tidak pada keseluruhan lagu.

Aku rasa Bo, Jessica & Anwar adalah antara yang terbaik dalam musim ni. Tapi setiap minggu, persembahan diorang ni seolah² statik di tahap yang sama, sedangkan beberapa peserta² lain semakin meningkat walaupun vokal mereka pada awalnya tak begitu menyerlah. Aku takut Bo, Jes & Anwar tenggelam kalau tak buat sesuatu yang lebih mantap pada minggu² akan datang. Err.. sesuatu yang mantap tuh maksud aku bukanlah dengan menaikkan harga nasi lemak ye Cik Jes.

Nadia - I'm The Only One - Nadia telah berjaya menebus kelemahan persembahan minggu lepas, tapi bagi aku masih belum cukup bagus untuk kelihatan menyerlah di kalangan peserta² lain. Lagi satu, Nadia ni tak consistent lah, kejap okey, kejap tidak.

Constantine - I Can't Make You Love Me - Huhuhu.. jelingan matamu itu.. sungguh lah menggoda.. Constantine tak menghampakan aku semalam. Setiap minggu aku dapat tengok peningkatan dalam setiap persembahan Constantine. Mungkin telinga aku bias disebabkan tergoda dengan senyuman senget dan jelingan tajamnya, tapi aku tak dengar sebarang kesumbangan pada nyanyian Constantine kali ni. Malah Simon pun kata Constantine mengatasi Bo semalam.

Nikko - Can We Talk - Walaupun ada sikit sumbang, tapi aku masih suka persembahan Nikko. Sekali lagi aku memang bias sebab aku memang suka lagu ni terutama masa zaman mudo² dulu, dimana aku selalu 'bersenam' bersama 'teman² seperjuangan' bila terdengar lagu ni.

Anthony - Something About The Way You Look Tonight - Walaupun dengan membuka spek matanya, Anthony kelihatan lebih mempesonakan, cute ala² ahli kumpulan Back Street Boys, namun aku masih belum terpesona dengan nyanyian Anthony. Camanapun pada pendapat aku, persembahannya minggu ini lebih baik berbanding minggu lepas.

Carrie - Independence Day - Lagu ni memang sangat sesuai dengan suara dan gaya nyanyian country Carrie. Antara persembahan terbaik dari Carrie, juga antara persembahan terbaik minggu ini.

Scott - One Last Cry - Pun ada sikit sumbang. Kalau dah nyanyi lagu Brian McKnight, kena terima hakikat, orang mesti compare dengan penyanyi asal. Aku kurang suka versi Scott. Aku lebih suka masa Camile Velasco nyanyi lagu yang sama tahun lepas.

Vonzell - I Have Nothing - Bukan saja aku suka fesyen rambut ketak²nya, aku juga rasa ini adalah persembahan terbaik Vonzell, juga antara yang terbaik minggu ini. Harap² peningkatan Vonzell tu berterusan lah. Jangan kejap okey kejap tak okey.

Secara keseluruhannya, aku rasa diorang semua hebat² belaka (ni macam ayat Paula jek). Kalau nak bagi markah, mungkin beza sikit jek. Jadi, bergantunglah pada peminat masing² yang mengundi. Pada mata dan telinga aku, persembahan terbaik ialah Carrie & Vonzell. Yang ter-kurang-baik (aku taknak guna perkataan 'terburuk' atau 'ter-tak-sedap', sebab diorang ni pun bagus juga), ialah Anthony & Scott. Korang pulak rasa siapa paling best dan siapa paling tak best?

6 Comments:

Anonymous xmen said...

sumie, aku setuju dgn ko....... Scott n anthony yg paling lemah, aku dapat rasa persembahan che gu Nuar pun dah membosankan aku..... tu pdptan aku.....

10:08 PM  
Anonymous eisya said...

hehehe....I nak bagi komen pun skrg macam statik jer...tak der peningkatan pada penulisan I...hahahahahah

10:09 PM  
Anonymous Q said...

constantine sekali lagi telah berjaya menggoda aku semalam... renungan matanya semalam amat menusuk kalbu... kena pulak nyanyi lagu frust camtu dan buat plak muka macam orang putus cinta... aku pun tumpang sedih sekali... i agree that anthony and scott should be in the bottom three...

10:09 PM  
Anonymous Uncute/Ani said...

Cikgu Nuar nya persembahan tak berapa menarik sangat.

Lagu I have Nothing tu pulak..abg aku cakap Jeniffer Hudson nyanyi lagi sedap dari Vonzell...isy ni nak kena carik dlm internete ni nak banding sapa nyanyi lagi sedap.

Carrie was good yesterday. I like her. Constantine....aduhhhhh..aku dah tangkap cintan dgn dia tp muka dia masih tak leh kalahkan my Anthony.

10:10 PM  
Blogger SuMie said...

Ani, aku rasa pun Jenifer nyanyi lagi sedap. Sebab ada certain part Vonzell nyanyi 'terover pitch' bak kata K.E.

10:10 PM  
Anonymous xmen said...

Uncute, memang betoi pun, Jeniffer nyanyi lagi hebat......

10:10 PM  

Post a Comment

<< Home