Thursday, March 24, 2005

Idola Amerika - Top 11

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dipinjam dari idolonfox)

3 perkara yang AKU RASA kan (baca betul².. AKU RASA - bukan Simon rasa, Paula rasa, Randy rasa mahupun kau rasa) tentang persembahan mereka hari ini...

Anthony (I Knew You Were Waiting For Me)
- tak okay
- tak suka
- macam meneran²

Carrie (Alone)
- sukaaaaaaaaaaaaaa persembahan dia
- sukaaa rambut dia
- sukaaa labuci kat baju dia

Scott (Against All Odds)
- ish.. sedap la pulak
- terbaik dari Scott setakat ni
- main buai atas pentas ya?

Bo (Time In A Bottle)
- ailabbiu Abang Bolicious
- ailabbiu Abang Bolicious
- ailabbiu Abang Bolicious

Nikko (Incomplete)
- suka
- tak sia² masuk balik
- dilarang membuang sampah merata² di atas pentas

Vonzell (Best Of My Love)
- suka
- terbaik dari Vonzell setakat ni
- overnya Cik Paula kat belakang tuh!

Constantine (I Think I Love You)
- sukaaaa
- terbaik dari Constantine setakat ni
- I think ailabbiuu too..

Nadia (Time After Time)
- biasa
- tak sebaik minggu lepas
- B+ untuk rambut Trojan

Mikalah (Love Will Lead You Back)
- tak okay
- tak suka
- sumbang deknon..

Anwar (Ain't Nobody)
- okay
- tak sebaik minggu² sudah
- selebet

Jessica (Total Eclipse Of The Heart)
- okay sesangat
- sukaaaaa
- apasal aku tengok Jessica aku teringat Jeslina?

Tu lah pendapat aku dalam versi malas.

Nota kaki 1:
Rimas aku nengok Cik Paula asik nak beromen jek hari nih..

Nota kaki 2:
Tadi aku baca kat idolonfox, ada kesilapan penyiaran nombor undian di skrin, jadi besok kenalah diorang nyanyi secara langsung sekali lagi untuk membolehkan undian semula dijalankan. Jadi undian sebelum ni tak kiralah. Keputusan akan diumumkan lusa. Penat jek diorang picit² telepon kan? Penat jugak deknon² tu nyanyi kan? Yang dah buat silap tu, ada can lah nak baiki mutu persembahan. Jangan pulak yang dah elok² menyanyi bagus tadi, tiba² besok tak sedap pulak. Saja nak tempah tiket balik kampung lah tu.

7 Comments:

Anonymous kretortd said...

wahh .. entry pepagi bute gituh !!

aik ?? ailabbiu abg Bo ???? kena lawan nIh .. ekekek ..

9:42 PM  
Anonymous aidid5 said...

woo ni lagu 80's plak ek. I like most of the song chosen this time. Akak tak berkesempatan tgk AM smlm. uwaaaahh. But then again, I will go to this site to check it out. :D
Si constantine tu sure pilih lagu center je ek. musti ada ailebu. huhu
mikalah nyanyi lagu love will lead u back tu x best ek. one of my fav song last time. very meaningful the lyric. :-)
ermmm based on yesterday, who shld go ek?

9:42 PM  
Anonymous xmen said...

rasanye mikalah akan kuar berdasarkan persembahan semlm

9:43 PM  
Blogger SuMie said...

Kre, ko nak lawan apa tuh?

Kak Aidid, mesti tak nengok AI sebab nengok Amazing Race kan? Anyway, tema malam tadi rasanya bukan 80's tapi lagu² top dalam US Billboard. Mikalah mmg tak berapa best semalam. Kalau ikut performance, I setuju ngan komen Xmen, Mikalah keluar kot. Last week pun dia bottom 3..

9:43 PM  
Anonymous aidid5 said...

bukanlah sumie. astro kena potong. uwaaaaagghh. takleh jadik. tadi br bayar.:D. Dah lah citer des mein nikla hoga dah start new season.ngan amazing race lagik. ngan am idol. fuhhhhhhh. tapikan, bila x de astro kat umah kejap, tido awal ari2. :D

9:44 PM  
Blogger SuMie said...

Laa.. Kak Aidid.. tu laa, lengkali jangan bayar bil astro kat polis trafik, bayar pakai maybank2u pun boleh.. heheheh

9:44 PM  
Blogger SuMie said...

PEMBETULAN:
(Malas nak edit kat blog entry)

Tadi baca kat blog K.Eisya, ada link nih: http://www.abc.net.au/news/newsitems/200503/s1330678.htm

Quote
The 11 remaining contestants will not actually perform their songs again.

"Audiences will see the exact same performances from the exact same performers," said Fox spokesman Scott Grogin.

Unquote

9:46 PM  

Post a Comment

<< Home