Wednesday, March 16, 2005

Idola Amerika – Top 12

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar ditaja oleh idolonfox)

American Idol berpindah ke pentas yang baru, dengan band yg lebih besar dan penonton yang lebih ramai. Cuma pengacaranya masih yang sama, juri yang sama dan semestinya minuman yang sama juga.

Apasal aku nengok AI tadi rasa macam nengok drama alihsuara je? Sound yang keluar macam lambat sikit dari gerak bibir. Kurang feel jadinya.

Jesicca Sierra nyanyi 'Shop Around'. Yeah.. pegi shop around lah. Buruk baju tu. Biasa jek persembahan Jesicca.

Anwar Robinson nyanyi 'A House Is Not A Home'. Kenapa cikgu? Do you wanna go home? Kalau tak disebabkan terpesona dengan baju ala² Drakula cikgu tu, saya dah tertidur tadi, cikgu.

Mikalah Gordon nyanyi 'Son Of A Preacher Man'. Mekap dia macam anak patung jahat. Ala kira kalau ada anak patung macam ni, kita boleh imagine anak patung tu bangun malam² dan cakap.. "Wanna playyy..?", walaupun dalam perut anak patung tu takde bateri sebenarnya. Err.. aaa.. ooo, pasal dia nyanyi ek? Macamana dia nyanyi tadi ek? Aiseh, tak perasan pulak. Aku cuma perasan bra dia sama kaler dengan kasut dia - pink.

Constantine Maroulis nyanyi 'You've Made Me So Very Happy'. Betul lah, you've made me so very happy sebab hari ni you nyanyi kurang sumbang dari minggu² lepas. Takdelah segan sangat I minat kat you. Next week you make me so very happy again okay..

Lindsey Cardinale nyanyi 'Knock On Wood'. Rasa macam nak knock on Lindsey wood. Macam tak ada perasaan jek. Dah berminggu² dah.. bila lah nak confidentnya cik kayu oii.

Anthony Fedorov nyanyi 'Breaking Up Is Hard To Do'. You're right, breaking up with Ryan, Randy, Paula & Simon is hard to do. Tapi kalau dok menyanyi macam gitu² jugak, tak susah, next week pun boleh break-up.

Nadia Turner nyanyi 'You Don't Have To Say You Love Me'. Tapi aku nak jugak cakap, I love you Nadia (isk.. cam les lah pulak kan..). Sebenarnya aku suka sesangat, bukan saja sebab lagu tu lagu favourite aku, tapi sebab Nadia nyanyi memang A++. Hebat. Feeling habis. Hah apa lagi aku nak kata ni, macam tak cukup ayat dah aku nak puji Nadia.

Bo Bice nyanyi 'Spinning Wheel'. Abang Bo yang hensem dan macho memang dah spin telinga dan mata aku dengan gayanya yang selamba. Oh lembutnya rambut Abang Bo berbuai-buai. Randy kata kat Bo, "I love you". I pun sama lah Abang Bo.. ailabbiu tuu..

Vonzell Solomon nyanyi 'Anyone Who Had A Heart'. Sebenarnya tajuk lagu tu panjang lagi, tapi telah dipendekkan sebab tak muat nak tayang kat skrin TV. Tajuk penuh lagu tu sebenarnya ialah Anyone Who Had A Heart Please Vote For Me, Anyone Who Had Two Ears, Please Save Your Money..

Scott Savol nyanyi 'Ain't Too Proud To Beg'. Sama juga macam lagu Vonzell, lagu ni pun sebenarnya ada sambungan lagi di hujung tajuknya iaitu - For Votes. Apalah Scott ni, Abang Bo turun pentas, dia pun nak turun pentas. Tapi Abang Bo turun pentas dan naik semula meja belakang juri tu tau. Mesti Scott tak larat nak naik atas meja belakang tu kan, maka terpaksalah dia nyanyi² sambil tayang baju cantik dia kat depan Randy.

Carrie Underwood nyanyi 'When Will I Be Loved?'. My answer would be - when you stop singing 'lagu selamat'.

Nikko Smith nyanyi 'I Want You Back'. Iya Nikko, memang I want you back.. tapi persembahan Nikko biasa² jek. Jangan jadi I want you back home dah lah ye.

Kalau ikut kata aku.. ni ikut kata aku tau, Lindsey paling tak best. Nadia paling best.

13 Comments:

Anonymous screwloose said...

mm.. aku pun suka nadia tuuh! cis malam ni melepas lagi nak tgk

9:29 PM  
Anonymous kakmona said...

hahaha...enjoyed ur recap...kelakar betul u nih! my favourites are bo, anwar and nadia

9:29 PM  
Anonymous eisya said...

hahaha.....ko nie sumie....ade2 jer lah!! Mlm td I asyik tukar antara channel 17 & 70.....dua-dua channel nak tgk tapi program show at the same time.....tak larat nak tunggu pukul 11:30pm nyer repeat.....wahhhhhhh!!!

9:30 PM  
Anonymous mag said...

aku pun sama ch 17 dan 70 bertukar2, susah nak concentrate....so takleh sgt nak komen

tapi entry ko mmg lawaks

9:30 PM  
Anonymous Q said...

aku rasa malam semalam anwar hensem dimata aku... he has a good dressing sense and very stylo...

constantine pulak mata dia very mesmerising... aku cukup suka lelaki mata tajam mcm tu...

anthony pulak very cute and baby faced... sure mendapat sambutan budak² sekolah...

tapi kalau ikut showmanship, paling best is nadia tapi kalau suara tetap bo dan anwar... yg lelain tu nothing special... hope sangat bo dan anwar masuk final nanti...

9:30 PM  
Blogger SuMie said...

Hai Kakmona, thanks for dropping by. Sama lah, I pun suka gak tiga² tu.

K.E & Mag, aku pun nengok yg kul 4 tu. Kul 8, concentrate TAR pulak. Huh kalao hari Rabu, mmg ngadap TV jek keje aku..

Q, setujuuuu...

9:31 PM  
Anonymous aidid5 said...

uwarrgghh tak tgk pun AI lah smlm.constantine akak smlm seksi ek. huhu.
Thanks sumie buat ulasan ni. I know I can count on you. :D

9:31 PM  
Blogger SuMie said...

Hihi.. Kak Aidid, segan lak saya. Ni kira ulasan ke ni? Rasanya cam merapu memenuhkan blog jek.. Tapi memang Constantine menggudaa semalam.. Performance dia pun better than minggu² lepas.. ailabbiu Constantine.. hik hik hik *senyum gediks*

9:32 PM  
Anonymous kretortd said...

ambooii k. Sumie ..
sejak ble geng ngan k.Aidid minat orang rambut panjang² sore kepit nihh?? *ampunnn k. Aidid!!* hhehehe..

tk abih dload lg la .. tp ble dgr Nadia + Bo + Anwar best .. lega rasenye ;-)

9:32 PM  
Blogger SuMie said...

Kretord! Heipppp... biasaaa dia! :-p

9:33 PM  
Anonymous kretortd said...

adOii .. cakitnye =(

9:33 PM  
Anonymous aiDa said...

you're harsh-er than the judges and most of what u wrote i absolutely disagreed. probably the lagging. have no hard feelings anyways.

9:34 PM  
Blogger SuMie said...

Hello aida, thanks for your comment, and thanks for dropping by. You could be right, probably the lagging too. But lain orang mestilah lain pendapat kan.. feel free to write yours.. ;-)

9:34 PM  

Post a Comment

<< Home