Wednesday, April 27, 2005

Idola Amerika - Top 6

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dari idolonfox)

Tema hari ni ialah lagu dari tahun 2000 dan selepasnya.

Carrie - When God Fearin' Women Get The Blues
Rambut teknik rebonding tu buatkan Carrie nampak cantik hari ni, tapi persembahan dia biasa je aku rasa. Lebih kurang sama je dengan yang lepas². Aku macam dah mula boring pulak nengok Carrie. Sama la macam makan KFC Curry. Sedap memang la sedap. Tapi kalau hari², muak jugak. Nak juga cari nasi campur.

Bo - I Don't Want To Be
Apakah saham Bo akan jatuh selepas dia menayang gelfrennya pada seluruh Amerika? Kita tengok lah nanti. Aku rasa gelfren Bo takde la cantik sangat, tapi rambut dia dengan rambut Abang Bo serupalah!
Aku rasa nyanyian Bo pun sama jugak macam lepas². Cuma cermin mata & baju hippies dia tu menampakkan kelainan sikit dari segi penampilan minggu ni. Kira macam hari² makan nasi lauk asam pedas, tapi hari ni ada telur dadar dengan air sirap limau lah.

Vonzell - I Turn To You
Tah le, takde la sedap sangat. Biasa² jek. Kalau dah nyanyi lagu Christina tu, mesti orang akan compare dengan penyanyi asal. Serupa macam makan pizza buat sendiri yang tak berapa sedap. Mesti nak compare dengan Pizza Hut.

Anthony - I Surrender
Mungkin inilah persembahan terbaik dari Anthony setakat ni. Tapi aku still tak suka suara Anthony. Macam mendatar jek, tak ada lemak merdunya. Bayangkan setelah berkali² mencuba masak sup ayam, tapi baru pertama kali menjadi. Tapi walaupun jadi, lupa masukkan kentang, daun sup, daun bawang & bawang goreng.

Constantine - How You Remind Me
Gambar masa bebudak tu tersangat la jambunya. Zaman sekolah dulu mesti ramai bebudak pompuan gila kat dia ek? Kalau minggu² lepas kita tengok dia main mata, main lidah dan rambut, minggu ni dia main kaki pulak. Kali ni aku rasa nyanyian Constantine ada lari key sikit. Aku setuju kata Simon - it didn't feel real. Sama lah macam buat cheese cake sendiri, saiz, kaler, hiasan memang sebijik sama dengan kek Secret Recipe, tapi bila rasa je, tak sama macam yang original.

Scott - Dance With My Father
Dia nih propah betul la kan? Minggu² sudah sebut² mak dia, minggu ni nyanyi lagu pasal bapak pulak. Tak best langsung. Zzzzz.. go home.. go home.. Nyanyian dia ni tak boleh aku samakan dengan makanan, sebab nanti insult makanan tu. Maybe macam rasa daun pisang bekas bungkus nasi lemak kelmarin?

Kalau tengokkan tema minggu ni, patutnya aku enjoy AI minggu ni sebab mestilah semua lagu² baru. Tapi tak pun. Aku rasa semua pun tak berapa sedap. Agaknya diorang dah penat kot. Letih nak tunggu sorang demi sorang keluar. Aku pun dah letih nak tulis pasal AI. Dah la penat dok nengok yang sorang tu tak keluar². Lepas ni kalau takde mende yang menarik, aku malas dah tulis kot. Kalau adapun, letak gambar jek kasi banyak entry.

10 Comments:

Anonymous eisya said...

Alamak, sumie....I baru nak post AI nak samakan dgn makanan...ko dah buat pulak....hehehe....tapi ko nyer kelakar lah...

The worst performance from Scott n hopefully this time around, nobody is gonna save him!!! Dah muak tgk muka dia tiap minggu......

12:36 PM  
Anonymous Q said...

aku keciwa dgn constantine semalam... overall, sumer mcm tak put 100% effort... yg best pun cuma bo dgn anthony... agaknya diornag dah penat kot...

12:36 PM  
Anonymous x said...

aku rasa pun diarang dah penat sebab nyanyi 100% pun belum tentu diorang stay baik nyanyi biasa je...

12:36 PM  
Anonymous aidid5 said...

suka suka suka const gak. huhu. sore lari takper.performance dia awwwwww. :D

12:37 PM  
Anonymous Ani d Uncute said...

Q..aku setuju dgn kau pasal constantine..kiciwa sungguh daku. Anthony makin bertambah baik..dia lak yg turun.

Scott dgn Carrie nyanyi lari dr key...suara dia org cam rendah dr music nya key. Tp at least aku dengar gak suara Carrie. Suara scott tu tenggelam timbul. BTW..scott ni single father ke...sebab dia tunjuk anak dia tp x tunjukkan sapa mak budak tu...hmmm cam fantasia jer..apa kata dia kawin jer lah fantasia...abis citer.

12:37 PM  
Anonymous eisya said...

Sumieeeeeee...........Scott masih dok dlm AI lagik.....n yg jd mangsa adalah.............wahhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

12:38 PM  
Anonymous eisya said...

Sumie, mulai hari ni I boikot buat ulasan AI sehingga Scott kuar.....so I tak buat review Final 6....sorry!!!

12:38 PM  
Anonymous aNa said...

apa la aok nak tulis untuk next entry ni ekk..

12:38 PM  
Anonymous kretortd said...

*still waiting for the tribute ..*

dpt dgr k.Sumie meraung , k.Aidid menjerit , k. Eisya ngamuk .. smpai ke sini woo leh dgr

12:39 PM  
Anonymous fera said...

huwaaaa orang pun suka constantine. orang pun meraung biler dia terkuar. orang menci scott. suara tak sedap. memang pekak badak la semer yang vote untuk dia. tak pun tone deaf!!!!!! gerammmmmmmmmmmmmmmm

12:39 PM  

Post a Comment

<< Home