Thursday, April 14, 2005

Idola Amerika - Top 8

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar ditaja oleh idolonfox)

Minggu ni mereka dikehendaki menyanyikan lagu yang popular pada tahun mereka dilahirkan. Jadi bila aku perasan ada satu dua lagu tu popular masa zaman aku dah bersekolah, maka semakin lah aku sedar betapa 'tak muda'nya aku nak bandingkan dengan diorang tu.

Nadia Turner - When I Dream
Baju yang Paula kata cantik itu, di mataku kelihatan seperti baju tidur aje. Agaknya sebab ada satu baju tidur aku tu sebijik macam tu, kaler merah jugak, cuma tang tali & reben yang berjurai² kat atas bahu tu aje tak sama. Dan sesuai dengan 'baju tidur' tu, lagu Nadia nyanyi pun mengundang zzzzz... In fact, aku memang tertidur terus lepas Nadia menyanyi, sampai lah habis rancangan. Masa tu aku tengok show pukul 4 pm. Kenalah aku tunggu ulangan tengah malam tadi untuk tengok persembahan yang lain² tu pulak.

Bo Bice - Free Bird
Walaupun tiada cacat celanya pada mata dan telinga aku, tapi aku masih rasa Abang Bo perlu membuat 'come back', supaya tidak ditenggelami peningkatan kawan² lain. Tak seperti di minggu² terawal di mana Abang Bo agak menyerlah, sejak kebelakangan ni persembahan Bo nampak biasa² aje. Apa pun aku masih berharap untuk tengok Bo antara 2 yang last.

Anwar Robinson - I'll Never Love This Way Again
Macam biasa, tak kiralah lagu apa pun, Anwar memang bijak menyanyikan lagu tersebut dengan versinya sendiri. Tapi bagi aku, menyanyi dengan gaya tersendiri tak semestinya dengan mengubah melodi lagu. Aku sebenarnya lebih suka kalau Cikgu Nuar kekalkan melodi lagu tu supaya tak lari sangat dari yang asal.

Anthony Fedorov - Everytime You Go Away
Walaupun permulaan lagu agak lemau, tapi selebihnya merupakan persembahan terbaik dari Anthony setakat ni. Teknik meneran telah pun dikurangkan dalam nyanyiannya, menjadikan lagu tu kedengaran sedap di cuping telinga aku. Aku jangkakan Anthony selamat lagi dari bottom 3 minggu ni.

Vonzell Solomon - Let's Hear It For The Boy
Memang menghiburkan, tapi sesekali ada terdengar juga sumbang di satu dua tempat. Vokal Vonzell bagi aku tak lah begitu hebat, walaupun ada ketikanya di minggu² sudah dia menyanyi dengan agak baik.

Scott Savol - She's Gone
Permulaan yang zzzzzz.. Walaupun bahagian chorus agak baik, masih juga sumbang di merata² tempat. Aku rasa Scott tak sepatutnya bernasib baik lagi minggu ni. Cukup² lah tu. Cukup dengan undi kesian. Yang lain² tu lebih layak untuk terus bertanding.

Carrie Underwood - Love Is A Battlefield
Aku suka gaya rock yang dicuba oleh Carrie, walaupun di kritik oleh semua juri. Aku dengar orait jek pulak. Best apa. Dengan fesyen rambut lurus tu, Carrie memang dah nampak macam artis. Cuma gaya dia goyang pinggul tu aje yang tak berapa rock di mata aku.

Constantine Maroulis - Bohemian Rhapsody
Bohemian Rhapsody adalah salah satu lagu favourite aku. Masa mula² aku tengok tajuk lagu, aku dok pikir - biar betul dia ni? Tingginya cita².. Risau aku kot dia spoilkan lagu tu, harus terus aku hilang minat. Tapi Constantine memang best lah! Ailabbiu lah!! Bagi aku, inilah persembahan terbaik untuk malam ni, dan inilah persembahan terbaik Constantine setakat ni. Kalau dilihat dari awal musim, aku memang tak jangka langsung dia akan improve sampai macam sekarang. Masa awal² dulu, bila dengar dia nyanyi, aku siap cakap - dia ni harap muka aje lah ni. Tapi aku silap. Setakat ni Constantine dah membuktikan dia layak untuk terus kekal. Dan kalau dia terus²an menunjukkan peningkatan macam tu, ada harapan dia jadi Top 2. Huhuhu.. Bayangkan Top 2 ialah Abang Bo & Constantine. Idupp rockers!!

Sebut pasal rockers, teringat pulak aku kat Roda Impian minggu ni yang temanya Rock & Roll. Lawak sungguh aku nengok Mohsin dengan rambut panjang. Liza pulak dengan gaya rocknya berkata "Tu la beb, wa nak pegi bukak kotak la ni beb..".

Eh! Apasal Roda Impian tiba² enterprem plak nih?

Berbalik kepada Idola Amerika, kalau berdasarkan persembahan minggu ni, yang paling tak layak meneruskan pertandingan merebut gelaran Idola ni, bagi aku sudah semestinya lah Encik Scott.

4 Comments:

Anonymous aaidid5wtastonishingconstantin said...

Tu arr Sumie, Constantine akak tu *gelak getik* dia man man lai.Tunjuk taring sket2 Tak melatah cepat.
U go my mannn. Show em what U got. Remember what I told u. Be cool man.
:D

10:37 AM  
Anonymous My_Cheeka said...

stuju sgt dgn review ko ni.. bila paula cakap pasal baju Nadia tu..nak t'gelak aku.. baju cam baju tido tu??? duhh... serius aku pun ada baju tido macam tu warna hitam.. tp tali² tu takde ler.. ekekke..

*minggu rock & roll roda impian tu mmg lawak.. tak padan langsung liza ngan imej rock tu.. eh roda impian enteprem gak.. ;-) *

10:37 AM  
Anonymous sc said...

haha.. terasa lawak plak bila membayangkan liza yg slalu ayu2 miau tuh cakap ala2 rock..

10:38 AM  
Anonymous eisya said...

Sumie, I memang berdoa biar Scott yang kuar hari nie........!!!!!

10:38 AM  

Post a Comment

<< Home