Sunday, April 10, 2005

Sengsara Pagi Ahad

Hari Jumaat hari tu Raha kena selsema & batuk. Malamnya aku pulak yang start bersin². Tekak pun dah gatal & perit semacam je. Dah agak dah, mesti nak kena selsema jugak ni. Selalu macam tu. Kalau Raha selsema, mesti selang 2 hari aku pun kena jugak. Dasar hidung tak masuk kelas mempertahankan diri.

Aku amik 2 biji panadol soluble dan minum air banyak² sebelum tidur malam tu. Tapi pagi semalam sebelum pegi Putrajaya, bersin aku menjadi². Tak lut rupanya panadol & bergelas² air tuh. Memula aku ingat nak kensel jek pegi Alamanda tu, tapi bila fikir balik, bagus jugak jalan², kalau melepek aje kat rumah kang lagi menjadi demam tu. Kalau jalan² keluar peluh tak jadik la demam. Tu teori aku la kan. Salah rupanya teori aku tu.

Lepas seharian berjalan, selsema aku makin teruk. Berbiji² gula² herba ubat batuk cap Ibu & Anak tu aku telan, berbiji² juga panadol soluble aku larutkan dalam air, tapi batuk & selsema aku makin teruk.

Memang langsung tak lena tidur aku malam tadi. Memula tu aku saja tak bukak kipas sebab tak nak selsema jadi lagi buruk. Tapi lepas sejam dua, panas nak mampus la pulak. Dengan hidung tersumbat, mengiring tak kena, telentang tak kena, tidur duduk sakit tengkuk lah pulak. Pagi ni aku bangun dengan mata lebam macam baru lepas bergaduh dengan banduan. Pening kepala pulak sebab tak cukup tidur.

Breakfast pun tak rasa apa. Biasa la kan bila batuk & selsema ni memang hilang deria rasa. Nak kemas rumah pun tak larat sebab Raha dah 'kemas' kan lagi rumah aku. Abang dah pegi servis kereta pulak. Ingat nak hantar Raha rumah Cik Ika, tapi Cik Ika pergi sekolah anak dia, ada sukaneka pulak. Sudahnya aku dok depan PC mengadap blog sambil sesekali jeling kat Raha yang masih terus 'mengemas' rumah. Dia baru koyakkan bank statement aku. Sebelum tu dia dok selongkar purse aku, abis duit, kad ATM & 'kad hutang plastik' aku bersepah². Lepas tu dia sepah² kan album. Sekarang dia dok tabur bedak pulak. Grrr...

13 Comments:

Anonymous E said...

Aduhai Sumie..

Cepat2 sembuh yer.. makanla ubat. Pi lah klinik or pharmacy ker. Kang melarat pulak. BTW pandai Raha kemas rumah. Leh la ambik kontrak kemas umah aku lak ekk?

10:23 AM  
Anonymous shamina said...

get well soon!!!!! dah gie jumpa dr lom? jgn bergantung sgt ngan panadol tu.... nanti ketagih la pulak!!

10:24 AM  
Anonymous sekut said...

seseme? sian ko ida. harap cepat le sihat ek... eh untung la raha dah stat kemas umah...anak dara mithali tuh...boleh le buat menantu hahaha... ala ida baru soarang blom 2 or 3 or 4... mcm achique yg plan nak anak 7 wahahaha... aku jaga anak kucing 3 eko pun semput nak jaga anak manusia...mintak hampun la

10:24 AM  
Blogger SuMie said...

Emy, thanks. Kontrak kemas umah ko? Huhuhu.. kang aku bagi betul² Raha 'kemas' umah ko, sesia ko dapat migrain.

K Sham, thank you. Tak gi jumpa doktor. Beli ubat kat pharmacy jek.

Sekut, hahaha.. camna ko nak wat Raha jadik menantu, takkan ko nak kawenkan ngan anak kucing ko tuh plak. Huhuhu..

10:25 AM  
Anonymous M said...

get well soon, teruk sangat ko keje tu kot, bawak2la berehat

...dan jangan lupa senaman lurus dan bengkokkan tangan tu untuk celen Juara Longkang aku

10:25 AM  
Anonymous sekut said...

Errr...kawin dgn anak sedara aku aci tak? boleh la kire menantu la gak... kalau nak tunggu anak aku...uishhh mau andartu Raha kang wahahaha

10:26 AM  
Anonymous eisya said...

Sumie, kalo panadol soluble tak jalan ko try pulak panadol actifas....atau doktor fast....gerenti 2 hari ko dah segar bugar.....

Cute nyer Raha mengemas rumah....sok ko ajar lah dia mencuci rumah.....hahaha!!

10:26 AM  
Blogger SuMie said...

Thanks Mag & K.Eisya. Dah okke dah nih. Dah dapat balik deria bau dah pun. Kira dah boleh rasa balik sedapnya makan.. huhuhu..

Sekut, anak sedara ko hensem ke? Kalau hensem cam ko tak pe gak, aku takut kang sewel pun cam ko jugak.. kekeke..

10:27 AM  
Anonymous screw said...

sumie... sore ko sexy tak la ni??

10:27 AM  
Blogger SuMie said...

Skru, tahap seksi dah lepas, la ni masuk tahap seksa la plak.

10:29 AM  
Anonymous wai em said...

semoga terus sembuh dan sihat spt sedia kala untuk menikmati makanan yg lazat² yach...hehehe

10:30 AM  
Anonymous Ani/Uncute said...

Sumie sama lah kita...
aku dgn selsema2..aku gi nengok sheila majid. :D

Aku try makan ubat beli kat farmasi...muka aku kadi sembab. Maybe ubat tu tak sesuai kot. terus stop. aku tak suka panadol soluble. So sekrang ni aku biar jer lah ..just byk minum air n dan vitamin c jer. Suara still ala2 seksi..tp dah krg sikit

10:30 AM  
Anonymous kak ri said...

sumie dah sihat lom? Ni dah lama tak buat lawatan sambil nengok Raha....sure happy gila budak tu dok nolong ngemas..."ye!ye! mak sora sakit! tak leh nak marah marah" get well soon...

10:30 AM  

Post a Comment

<< Home