Monday, April 25, 2005

Yang wajib..

Perkara yang aku wajib buat tiap kali aku lepas mandi ialah naik atas penimbang berat tu. Perkara yang wajib berlaku, jarum penimbang tu tak berganjak pun dari angka yang sama semalamnya. Kalau berubah pun, makin bertambah lagi adalah. Perkara yang wajib aku fikir dalam kepala masa tu "Hari ni jugak aku mula exercise!". Perkara yang wajib berlaku lepas tu, aku pakai baju, sambung buat kerja rumah, memasak, buat kerja opis depan komputer, blogging or 'tingkap'ing, nengok TV atau melayan Raha. Lalu, perkara yang wajib tak berlaku - exercise yang aku yo poyo nak buat tadi.

Perkara yang aku wajib buat bila aku pergi shopping complex ialah pegi kat baju² perempuan. Perkara yang wajib berlaku, aku berkenan kat satu baju atau dua atau tiga atau lebih. Perkara yang aku wajib buat lepas tu ialah ukur bahagian bawah baju tu berapa jengkal atau masuk fitting room. Perkara yang wajib berlaku lepas keluar dari fitting room, aku letak balik baju tu dengan muka yang masam, pegi kat Abang dan cakap "I'm depressed!". Dan yang wajib keluar dari mulut Abang,"It's okay, I still love you". Yang wajib terlintas di benak aku masa tu "Aku mesti exercise lepas ni, so next time bila aku pegi shopping, aku takkan rasa macam tu lagi". Apa yang wajib berlaku lepas tu, aku balik rumah, mandi, tidur, bangun besoknya tak ingat dah pasal baju yang tak muat tu.

2 minggu lepas, bila aku call Ana dan dia bagitau, kenduri kahwin dia dah ditetapkan bulan Julai nanti, maka perkara yang wajib serta-merta timbul dalam otak aku, aku mesti kuruskan badan. Ayat yang wajib keluar dari mulut aku kat Ana masa tu, "Besok jugak aku exercise!". Lepas tu, wajib lah kitorang berborak pasal lain pulak. Dan bila dah letak telefon, perkara yang wajib aku tak ingat dah nak buat, exercise tu la, apa lagi..

Hari tu aku nengok rancangan MedikTV kat TV3, dia tunjuk sorang perempuan gemuk melalui satu pembedahan tu, aku tak ingat pulak apa medical term untuk pembedahan tu. Tapi aku nengok tu memang ngeri la. Doktor tebuk perut dia, masukkan something macam besi, asingkan lemak² dari hati dan perut dia. Lepas tu perut perempuan tu diikat, supaya terbahagi kepada perut atas dan perut bawah (cuba bayangkan satu belon yang panjang, dicekak kat bahagian tengahnya). Tujuannya supaya pesakit akan cepat berasa kenyang walaupun makan sikit je kerana makanan tu akan berkumpul di perut belah atas tu. Dan rasa kenyang tu juga akan bertahan lama sebab makanan dari perut atas tu akan turun ke bawah sikit². Sementara tu badan akan gunakan lemak yang berlebihan dalam badan untuk tenaga yang diperlukan seharian. Dalam masa 2 tahun perempuan tu dijangka akan mendapat berat yang ideal.

Masa aku nengok tu, wajib lah dalam hati aku cakap "Tak sanggup aku kena tebuk perut macam tu". Aku terfikir, kalau perempuan yang beratnya mencecah 140 kg tu perlukan 2 tahun untuk dapat berat ideal, aku perlukan mungkin lebih kurang 6 bulan je nak kembali ke berat macam sebelum aku kahwin dulu. Dan azam yang wajib timbul pada detik aku nengok rancangan tu dah tentunya, "Aku mesti mula exercise!". Dan ya.. perkara yang wajib yang korang boleh agak, sampai hari ni aku belum mula exercise pun.

Tolongg.. tolongg.. sapa boleh cadangkan macamana cara yang paling efektif, supaya aku boleh WAJIBKAN diri aku buat exercise hari²?

31 Comments:

Anonymous SH said...

sumie, gie masuk akademi tentera... mcm anak TMJ buat!!! tapi dia gie kat india.. jom kita amek local punya ajelah.... :)

tapi, seriously la... perkara2 wajib sumie ni.... mmg dah lama jadik kewajipan buat akak.... tapi kenapa masih kekal begini yerk??? tak taula.. 'masalah' ke atau 'malaslah' nak menjlnkan segala perkara2 wajib tu!!

apapun.. masih mencuba utk mewajibkan diri ni....

11:03 AM  
Blogger SuMie said...

Kekekeke.. K Sham, masalahnya kalo kita apply masuk akademi tentera, diorang nak terima ke?

11:03 AM  
Anonymous kak mim said...

dik, kalau nak kurangkan berat badan, jangan makan nasi malam hari. siang pun makan sikit je nasi tu. lain-lain boleh tapi ala kadar je lah. amacam? boleh ke?

11:04 AM  
Anonymous E said...

hmm sumie aku pun nak kurangkan berat badan gak.

11:04 AM  
Anonymous Q said...

aku pun sama cam ko gak... camne ye nak motivate diri supaya exercise hari² ye...

11:05 AM  
Blogger SuMie said...

Thank you Kak Mim. Tapi kan saya ni, makan nasi pun sekali sehari jek. Err cuma kengkadang sikit, kengkadang 'ter'banyak la pulak.. hehehe. Dan time makan pun selalunya pukul 6 - 8 pm. Maybe lepas ni saya try makan kul 12 or 1 tghari lak. Err tapi boleh tahan ke perut ku ini nak nyampaikan malam?

E, Q, kira korang ni pun belum ada kaedah nak mewajibkan diri buat perkara² yang wajib gak lah ek?

11:05 AM  
Anonymous kak ri said...

sumie....problem kat m'sia ni banyak sangat pantang...PANTANG JUMPA! kang bila orang tak abiskan food...nak buang sayang...kena gak abiskan...tapikan yang terasa sangat kat M'sia ni...food combination kita la...kengkadang semua ubat-ubat ni dah tak jalan lag

11:06 AM  
Anonymous fera said...

hehehehe...orang pun tengah menguruskan badan. susah la nak exercise ni. itu pun skrg ada geng kengkawan nak exercise sama. kalo tidak, hampeh la nak buat. yang fera tahu, jangan makan karbohidrat. makan protein jer. pastu makan malam kol 7 cam tuh. jangan makan tengah malam. itula antara petua nak hentikan ternakan lemak. nak buang lemak tuh? entah la. exercise kottttt. rerajin la naik turun tangga rumah tuh...

11:06 AM  
Anonymous Nart said...

sumie,
ko masuk la Survivor.. sure dlm 2 minggu kurus dari berat badan ideal.. tapi time tu nak makan kasi naik balik tarak hal la kan, kan? huhuhu..
dengan kata lain, join la aktiviti ala² explorace gitu.. something yg fun dan tak perasan pun kite tengah exercise.

*tgh pk gak nak join apa*

11:06 AM  
Anonymous Uncute said...

Sumie..paling efektif ..kau main kejar2 dgn Raha. Bawak Raha jln2 kat taman. Kau biar kan dia berjalan sorang..sure tak terkejar kau nanti.

Pasal surgery yg tebuk perut tu..Randy Jackson pun buat gak. First 4 -6 month kau tak boleh makan solid food. Semua kena blend jadi bubur.

11:07 AM  
Anonymous frodo said...

Ada budak opis aku dia tak jamah pun nasi selama 40 hari, kira dia tak ambil karbohidrat la.., kurus wa cakap lu....

11:07 AM  
Anonymous ana said...

sumie, kalau badan berisi tapi sihat,
lega lah juga kan. tapi kalau berpenyakit, susah hati maaa...

you puasa je kot??

or jadi vegetarian?

11:08 AM  
Anonymous sc said...

buat la pose sunat.. isnin pose selasa pose rabu pose khamis pose jumaat pose sabtu n ahad je cuti..

dolu ada dak utm amalkan makan epal hijau.. dr saiz xl bleh jd saiz s. try lah

11:08 AM  
Blogger SuMie said...

Kak Ri, tul tu, ubat² memang tak jalan. I pun dah stop amik ubat² sumer. Dah macam² cuba - duromine, sendayu tinggi, teh herba orang kampung, pijut perut puteri binari, tummytrim, healthy image & tah hapa² ubat lagik. Kalau kira semua dah habis beribu kot. Adoih.. tak larat dah buang duit.

11:09 AM  
Blogger SuMie said...

Fera?!!! Awak tu patutnya makan lagi banyak², bukan exercise. Mana ada lemaknya kat badan awak tu nak dibuang.. hehehhe. Hmm makan protein jek ek? Camni hari² masak lauk ikan, makan lauk jek lah ek, tak yah makan nasi. Hmm.. boleh dicuba ni

11:09 AM  
Blogger SuMie said...

Nart.. haa bernas sungguh idea ko tuh. Sebelum aku dapat masuk rancangan macam tu, penerbit dah sound aku suh kuruskan badan dulu agaknya. Huhuhu..
Apa ek aktiviti yang fun dan tak perasan pun kita tengah exercise? Err.. alamak otak aku dah berubah kaler pulak.

11:10 AM  
Blogger SuMie said...

Uncute, Randy tebuk perut? Tak slim pun aku nengok dia.

Frodo, akan ku cuba cara kawan ko tu. Lepas 40 hari aku update blog berapa kg aku kurang. Err.. tahan ke aku tak makan nasi 40 hari ni?

Ana & SC, dari 2-3 tahun lepas aku dok berazam nak posa Isnin & Khamis.. err sampai hari ni pun still jadi azam, belum jadi kenyataan. Nak jadi vegetarian lagilah tak boleh sbb aku memang jenis tak makan sayur..

Banyak jugak idea aku dapat hari ni. Mampu ke aku ikut semua ek?

11:10 AM  
Anonymous CL said...

Hmmm susah jugak nak komen kan... sbb aku pon tgh turun naik turun naik ni...

Anyway, kalo nak try, SuMie.... ko cuba lah kalo pegi sopping jangan guna elevator atau escalator.... naik aje tangga biasa... setiap kali berpeluh, rewardkan dirimu dengan satu hadiah mcm handbag ke... brooch ke... pastu round lagi sampai habis satu sopping complex...

11:10 AM  
Anonymous elf said...

sumie,ala..ko dokong si Raha tu pun dah kira eksersais dah. Pastu ko cubala angkat angkatRaha macam angkat berat gitu.hehe..lepas ni, dengan muscle2 segala akan naik..

11:11 AM  
Anonymous elf said...

Haha..baru terperasan. ko amik tummytrim? kalau menjadik le tuh, aku rasa mesti hari2 ko cakap, lihat pinggangku, ramping, kannn? :-)

11:12 AM  
Anonymous anisah said...

sumie, apakata tanya aiza macamana dia boleh slim begitu sekali and jadikan dia tu sebagai idola kita. ok tak

11:12 AM  
Anonymous m said...

ntahler sumie, will power kene kuat

maknanya ko kene gak disiplinkan diri dengan betol2 buat perkara wajib tu.

paling senang ko jalan kaki...ni aku quote dari satu calendar:-
'Try taking three 10-minute walks throughout the day. Exercise reduces the spike in blood fats that occurs after consuming a high-fat meal'

...so, jalan berjam kat shopping kompkleks tu pun kira jalan gak kan

11:12 AM  
Anonymous elf said...

jangan jalan di shopping kompleks, penyudahnya kang ko jalan sepulo tapak, ko sampai mekdonel, jalan lagi seplo tapak, ko sampai kfc, jalan lagi, sampai kedai mamak..ehehhe...

11:13 AM  
Blogger SuMie said...

CL, bagus gak idea ko tu, cuma aku takut aku belum turun naik tangga, aku dah reward diri aku dulu.

Muahaha Elf, ari tu aku verangans jugak la kan nak guna dialog tuh. Siap prektis dlm hati. Tapi lepas abis 2 tin, tak turun gak, tinggal verangans jek laa.

Anisah, Aiza tu dah lama dah kurusnya. Zaman mudo senang sikit nak slim banding ngan dah tak mudo ni (tanak pakai perkataan 'tua'.. huhuhu)

Mag, err.. kalau jalan kat shopping complex 10 minit, lepas tu melepak kat secret recipe or madam kwan sejam, cemana ek? Masalah aku sebenarnya, tang 'disiplin' tuh la. Aku tengah cari cara cemana nak maintain berdisiplin..

11:13 AM  
Anonymous fera said...

kawan fera pun makan duruomine. tp tak tau la berkesan ke tak. kalo nak bende sapu menyapu nih, dengar kata abdo choc and celluli choc dari biotherm berhasil.

skrg dah "tak mudo", metabolism rate turun gilor. berat naik mendadakkkk!!

kalo nak exercise tak per, jangan gain muscle sudah. muscle tak bley hilang. lemak boleh sebab it's fat cells. remember that. so kalo angkat berat, dun over do it.

my friend makan yogurt sahaja every morning for 2 weeks. dapatla turun 6 kilos.

11:14 AM  
Anonymous eisya said...

hehehe.....I tak leh nak advise pasal I pun ade masalah yang sama ngan ko. Cuma at one time 2 boleh gak I turun 20kg....masa tu I kuatkan semangat g gym 3 kali seminggu, then kurangkan makan berlemak. Now, I need to get back that keazaman pasal la nie naik balik weight asal.....duh!!!

11:15 AM  
Blogger SuMie said...

Huiyyoo K.Eisya, 20kg banyak tu. Kalau I dapat buang 20kg sekarang, buat kenduri kesyukuran gamaknya lepas tu..

11:15 AM  
Anonymous Uncute said...

sumie..tu lah pasal..tp kalau kau nengok randy masa AI 1st season lagi lebar. ni kira dah kecut byk tu.

k.e mak ai 20kg..my max pun setakat 5kg - 10kg.

11:16 AM  
Anonymous m said...

sumie, kenduri kesyukuran?? alamat naik baliklah 20kg tu!!!

11:17 AM  
Anonymous skru said...

mm... exercise kemas umah la... vacuum tiap hari.. mop lantai... ko sapu lah tangga kat blok umah ko every day sumie...pastu byk kan minum air.. amacam..sanggup??

11:17 AM  
Anonymous aNa said...

koi dgr aok nak kuruskan badan sejak.... sejak bila aaa? tak ingat la.. tapi apa kata aok buat cam dulu tuh.. minum kopi jek, tak yah makan apa2. setakat nih tu jek yang menjadik ngan aok..

11:18 AM  

Post a Comment

<< Home