Wednesday, May 25, 2005

AF3 dan 'Fenomena MAWI'

Kat India, kalau hero atau heroin mati di akhir sesebuah filem, ada yang tak puas hati sampai bakar panggung. Tapi kat Malaysia lain, tirai belum bukak pun, tokey panggung pun baru je nak bukak lampu, tapi penonton² dah mula bakar kerusi sebab watak pelakon pembantu lelaki disepak keluar panggung. Gitulah ibaratnya 'Fenomena MAWI' di Ch15.

'Fenomena MAWI' tercetus bila Mawi gagal dalam ujibakat terakhir AF3. Ramai yang tak puas hati kerana Mawi tidak tersenarai sebagai 12 peserta akhir. Tamat saja Konsert Prelude AF3, bertubi² SMS tak puas hati lantas mewujudkan fenomena yang serupa ketika penyingkiran Rosma dalam AF1 dan Zarina dalam AF2. Cuma bezanya, Rosma dan Zarina tersingkir setelah melalui beberapa minggu kehidupan di akademi, setelah aksi mereka ditonton ramai dalam diari AF, setelah nyanyian dan persembahan mereka disaksikan selama beberapa minggu. Tapi 'Fenomena MAWI' tercetus ketika tirai akademi belum pun di buka! Sebelum aksi Mawi ditonton dalam diari. Hanya dengan SATU persembahan saja, Mawi berjaya menarik ribuan SMS ke Ch15. Pendekkan cerita, tokey SMS sudah boleh kira untung woo..

Sebenarnya aku heran jugak kenapa Mawi tak terpilih. Macam tu juga dengan Azlif (walaupun aku tak berkenan sungguh dengan aksi main mata sambil catwalknya tu). Sebab kalau dari segi nyanyian, aku rasa nyanyian diorang jauh lebih baik dari Aidil yang menari ala² tahun 80an jek tu. Kata salah sorang juri tu, mereka dipilih berdasarkan pekej sebagai penghibur? Menghibur macamana tu? Menyanyi sambil buat lawak? Agaknya lah kot, sebab tu diorang pilih Aidil. Sukati diorang lah kan. Diorang yang keluarkan kontrak, sukatilah nak pilih sapa kan. Tapi kalau diorang dah tau calon yang macamana diorang nak pilih untuk jadi 12 pelajar, buat apa wujudkan Final 20 dan promosikan mereka? Buat apa adakan Konsert Prelude? Nak ikutkan diorang boleh suruh aje mereka tu menyanyi depan juri. Lagipun minus one tu budak² tu bawa sendiri kan, jadi apa perlunya Konsert Prelude? Jawapan aku, salah satu keperluannya, itulah - nak wujudkan benda² macam 'Fenomena Mawi' tu lah. Final 20 dan Konsert Prelude tu pelaburan je. 'Fenomena Mawi' tu antara pulangannya. Bukan saja 'Fenomena Mawi' mengundang banyak SMS, tetapi juga menambah suhu pada AF3 yang sebelumnya suam² kuku-kaki-kakakku-kok-kaku-kaku-kek jek.

Tapi ada baiknya Mawi tak terpilih. Kalau ikut apa yang aku dengar kat Muzik di Ria tadi, dia nak pergi kursus bilal. Emaknya pulak pada awalnya tak berapa setuju Mawi masuk AF. Eloklah dia tak dapat masuk. Takut nanti hanyut dek glamour bintang sementara, terluka pulak hati emak kiranya anak teruna yang diharapkan menjadi bilal itu berubah pula akhlaknya. Malah aku berdoa, kalau boleh janganlah dia diserapkan pula sebagai pelajar, kononnya sebagai kejutan di pertengahan musim nanti pulak. Maklumlah kalau berdasarkan populariti, Mawi & Marsha lah yang paling popular antara 8 orang yang tak terpilih tu. Cara Mawi cakap dalam Muzik di Ria tadi macam ada je kemungkinan antara mereka (atau kesemua mereka?) diserapkan juga menjadi pelajar.

Entah lah ek? Kita pun tak tau apa kertas yang diorang dah tandatangan dengan pihak berkenaan tu. Tapi kalau ada pilihan, aku harap Mawi tak payah teruskan. Ustaz Asri pun nampak macam berkenan aje tadi. Kalau Ustaz Asri melamar Mawi berdakwah bersama Rabbani tu, rasanya itu lebih baik. Emak Mawi pun rasanya tak susah hati kalau Mawi bersama Rabbani. Nak menyanyi boleh menyanyi, akhlak pun terjaga. Eh eh.. memandai jek aku. Alaa, aku berharap jek. Bukan apa, kalau betul Mawi nak berseni, biarlah betul salurannya. Aku tak lah kata AF tu saluran tak betul. Tapi kalau suara Mawi tu sesuai dengan irama nasyid, dan kalau orang seperti Mawi mampu menarik lebih ramai remaja mendengar lagu nasyid, lebih baik Mawi dibimbing oleh mereka yang sememangnya di bidang nasyid. Dengan cara tu, aku rasa Mawi mampu bertahan lama dan pergi lebih jauh dalam industri hiburan.

Lagipun, tengok aje lah graduan² AF yang lepas. Rosma, Sahri, Nija, Kaer, Bob, Linda, Zarina (sekadar beberapa nama), bukannya diorang tak ada bakat. Tapi sampai sekarang, harap satu dua lagu je. Ada tu, aku tak tau pun macamana lagu diorang sebab tak pernah dengar pun kat radio. Azizi yang ada album tu pun macam ada takde jek. Padahal masa AF1 dan AF2 dulu mencanak² SMS peminat hantar untuk diorang. Rasa²nya ada lagi ke peminat diorang 4 - 5 tahun akan datang kalau setakat dengan satu dua lagu yang diorang ada sekarang? Takkan laratnya pihak pengurusan diorang tu nak buatkan album satu sorang, menguruskan kerjaya seni diorang dan melayan semua fanclub diorang. Tambah pulak setiap tahun muncul 12 (atau 20?) muka baru. Mestilah beri keutamaan pada yang baru kan? Tak mustahil kalau 5 tahun dari sekarang kita akan dengar Azizi kembali menyanyi di pub di Kuantan, Nija kembali makan bersuap di JB, Liza kembali menari di Perak, dan Kaer pula kembali bekerja dengan ayahnya. Sebab itulah aku berharap, seandainya Mawi ditawarkan pilihan selain AF, maka janganlah disia²kan.

Apa² pun aku tengok yang 8 orang tu, walaupun tak terpilih, dah terkenal kemain. Kalau tak silap aku dengar tadi, ada tour la, join Konsert Misi Suara Hati la. Amboi, tak jadi pelajar AF pun dah ala² bintang. Mawi pun siap dah ada Mawi FC lagi. Cam tu lagi bagus tak payah masuk akademi kan? Tak lepas masuk AF pun dah popular habis dah. Diana & Shiha pulak macam le dah jadi artis gayanya. Bila chatting di Ch15 pun siap cakap "terima kasih pada peminat²". Amboi.. ramai ke peminat tu? Sabar dulu ya adik², pandai² lah control perkataan dan kelakuan, jangan over-acting. Karang, elok² orang suka, jadi menyampah. Elok² orang tak rasa apa², jadi meluat. Nak jadi popular memang kejap aje, tapi kalau nak kekal popular kenalah pandai bawa diri. Siti Nurhaliza tu menang Bintang Popular bertahun² berturut² tu bukan dengan menyanyi satu lagu pakai minus one aje. Dengan imej lemah lembut, sopan santun dan cakap berlapik tu pun, dia di kutuk ramai. Itu dia yang dah memang sah² BERBAKAT BESAR (bukan dia yang mengaku, orang yang iktiraf), inikan pula adik² yang masih ibarat buah cempedak di luar pagar. Buah cempedak tu, kalau ada orang nak ambik, buat goreng, laku lah dia. Tu pun kalau bancuhan tepungnya sesedap rasa. Tapi kalau buah cempedak kat luar pagar tu takde orang pandang, takde orang sudi nak pegang, sebab buruk bebenor di pandangan mata, sampai sudah lah busuk deknon..

Image hosted by Photobucket.com
Katakan TAK NAK pada SMS!

20 Comments:

Anonymous aNa said...

oh.. mawi!!!!

2:02 AM  
Anonymous aidid5 said...

azlif azlif azlif. Mek dah suka sama ittew azlif.
senang sket tak payah ngundi. Tak top 12 pun dah femes.Azlif leh join group cam spider. gempak sehh.

2:02 AM  
Anonymous Q said...

i agree with u sumie... really hope ustaz asri bimbing dia masuk nasyid ke... or dia teruskan niat nak jadi bilal... maklumlah, bidang hiburan ni byk sgt dugaannya... kita yg tak masuk dunia hiburan pun, kekadang tergoda dgn menda² yg tak patut... apatah lagi kalau terlibat secara langsung... dia pun muda lagi... akal pun tak sepanjang kita yg tak berapa muda ni... hehehe...

2:03 AM  
Anonymous kak ri said...

voice like mawi to be wasted dalam AF...rugi! rugi!...he's better off with his own song....kalau ada sora cam dia dalam lagu nasyid...perghh!!

2:03 AM  
Blogger SuMie said...

Kak Aidid!! U ols berkenan dengan Azlif ittew?!! Aduih laa.. mesti sebab dia buat ala² tiru aksi Constantine kan. Tak kosser laa u ols nih!

Q, betul tuh.

Kak Ri, betul tuh.. rugii memang rugi. Baik buat album sendiri cam Yassin ke Iman ke. Harus satu Johor borong album dia nanti.

2:04 AM  
Anonymous eisya said...

Sumie....I masih rasa suam-suam kuku jer ler dgn AF3 nie....apasal lak nie? Mood nak sambung AI pun tada....AF3 nie lagik ler....10% pun tak sampai!! Apa dah jadi...apa nak jadi....!!!

2:04 AM  
Blogger SuMie said...

K.E, tu tanda² orang tak nengok TV.. kekeke. K.E bz kot. Tak pun tanda² awal umo dah semakin meningkat.. hik hik hik.. jangan marah aaa.

2:04 AM  
Anonymous aidid5 said...

hihihi. seb bek lah si azlif tu top 20 ajer. Kalau tak, tak menjadiklah 'kempen tak nak sms' tu kat mek. huhu
afmasuk azlif. ;)) boleh kaaa

2:05 AM  
Anonymous badrul said...

kak aidid punya taste yaaaaa Allah!! muahahahahaa...

anyway, best sumie entry nih, especially bab2 cempedak tuh... terkekeh ketawa sorang2 nih!

kalau nak tau lanjut perkembangan bebudak 8 orang yg terkeluar tuh, tanyalah kak sham @ kak rose yach! ;)

2:06 AM  
Blogger SuMie said...

Eii.. kosser tau Kak Aidid nih. Mak ingat u ols dah tobat dah tahun nih.

Bad, nak kutuk tak sampai hati, kasi nasihat jek la kan.. (macam le diorang baca.. kekeke). Ooo Kak Sham tau perkembangan diorang ek? Harus buat mesyuarat tingkap besok nih.

2:06 AM  
Anonymous M said...

Katakan tak nak pada SMS

2:07 AM  
Anonymous screw said...

waaa sejak bila Ksham jadi manager kat astro nih ;p

katakan TAK NAK pada AFUNDI

2:07 AM  
Anonymous Mika said...

Agree with most of your points. Eh aku dgr cerita, budak² 8 orang tu dalam masa 3 bulan ni walaupun tak masuk akademi, tapi akan tetap dibimbing jugak kat luar.(kira ada kena pegi kelas jugak la) Maknanya, walaupun tak dpt masuk Akademi, bezanya cuma diorang ni tak masuk tv hari² je la. Tapi sejauh mana kebenaran pasal ni aku tak ler pasti pulak. Tapi kalau betul, bagus la. Daripada diorang dok kat luar camtu jek.

2:08 AM  
Anonymous Uncute said...

ntah2 kan yg guna nick biniwami, tunangmawi, gfmawi kat @15 tu ntah2 lelaki kot..tak pun staff yg monitor chat tu.

lepas tu diana tu memang mengada-ngada... nyanyi lagu melayu nak slang omouteh..resultnya jadi sengau. anak sedara suka tul ngajuk suara dia nyanyi lagu masa konsert prelude.

ni lum apa2 dah terima kasih kat peminat...dush...perasan sungguh minah2 dua tu.

anyway kata kan tidak pd sms.

2:09 AM  
Anonymous Y said...

AF3 ni Akademi Fantasia 3 ke?

2:09 AM  
Blogger SuMie said...

Y, tu satu soalan ke atau jenaka hari ini?

2:10 AM  
Anonymous sara said...

bestlah komen2 yg d buat nih...arap seme peminat mawi pn dpt berfikir mcm ni... idup Mawi!!!

2:10 AM  
Anonymous dilla said...

as'kummm,,,,

apa kata kita takyah langsung nengok af3...xbest arr..org sore sedap dh kuar..yg lain cam x best..takpun,,tgk je tp takyah undi..wakakaka..biar diaorang rugi..selama ni dah untung banyak!!kih..kih..aku dah xde mood nk tgk af lepas mawi kuar...

lebih baik azlif drpd aidil...harap muka je ensem...

apa2 pun aku sokong felix,,tp x undi..hehehhe

wassalam...

2:11 AM  
Blogger SuMie said...

Thanks Sara.

Yes Dilla, kita tengok jek, tapi katakan TAK NAK pada SMS

2:11 AM  
Anonymous ohayo said...

saya rasa mawi pun tak patut masuk af3...bukan apa cuma rasa bimbang di hati ni takut2 nanti salah anggapan masyarakat kat dia...mak dia mesti rasa malu dan tekanan perasaan kalau org bercakap pasal anak dia...ok kalau org cakap bagus tapi kalau komen negatif mesti tekanan punya...itu salah satu lumrah kehidupan mesti ditangani dgn bijak...atau ALLAH YANG MAHA ESA sememangnya NAK UJI mawi...ujian ni bg saya cukup berat bukan senang nak ambil risiko...kalau mawi boleh memang kau hebat...saya berharap mawi berjaya tak kira apa jua pun mesti ingat ALLAH...insyaallah

2:13 AM  

Post a Comment

<< Home