Tuesday, May 10, 2005

AMTY Menuju Puncak

7 Mei 2005 - seperti yang dirancang, ekspidisi Menuju Puncak Genting Highland terlaksana akhirnya. Disertai oleh Mag, Uncute, Emy, Qyrie, Watie sekeluarga, serta aku sekeluarga.

Lebih kurang pukul 9 pagi, semua berkumpul di stesen LRT KL Sentral. Aku sarapan kat Cafe Shidah. Kat situlah, ada sorang waitress tu garang semacam je aku tengok. Nak mintak pinggan pun takut. Tak tau lah aku dia tu waitress ke atau dia tu lah Shidah nya. Kepada Shidah atau waitress itu, sekiranya anda membaca, terimalah ucapan ikhlas dari ku, "Senyum lah sikit dik.."

Bas ke Genting yang sepatutnya bertolak jam 10 pagi terlewat beberapa minit disebabkan menunggu Emy yang agaknya pegi set sanggul dulu kat saloon. (:-p Emy)

Lebih kurang pukul 11.30 pagi kot, kitorang sampai kat stesen bas Genting, kitorang naik cable car pulak menuju ke puncak. Rasanya ni lah pertama kali aku naik cable car. Tak ingat pulak kalau kecik² dulu pernah naik. Berderau jugak lah darah aku mula² naik tu. Kalau adik aku Ana naik, gerenti sepanjang perjalanan ke atas tu dia tekup muka kat bahu aku sambil terkeluar air liur sebab gayat. Melihat pemandangan di bawah pula, aku terpikir, mesti si Screw saja je kata dia busy, sebenarnya dia taknak naik cable car tu.. huhuhu.

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan dari dalam cable car ketika baru mula bergerak.

Image hosted by Photobucket.com
Itu dia cable car yang dinaiki oleh Mag, Uncute, Qyrie, Emy & Watie sekeluarga.

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan bukit-bukau dari dalam cable car.

Image hosted by Photobucket.com
"Apasal aku rasa tinggi jek ni?" agaknya tu lah kata Raha yang baru bangun tidur.

Sepanjang 3.4 km perjalanan ke puncak yang aku rasa macam lama betul tu, ada bermacam artifak yang boleh kita tengok. Bagus juga diorang letak artifak² tu kat situ. Ada jugak lah mende lain nak ditengok selain dari pokok² jek.

Image hosted by Photobucket.com
Artifak Gajah

Image hosted by Photobucket.com
Artifak Harimau

Image hosted by Photobucket.com
Artifak Orang Utan

Image hosted by Photobucket.com
Artifak Orang Asli

Sampai kat stesen Skyway kat atas tu, kitorang menapak pulak, melalui indoor park, kemudian terus ke outdoor park. Dah lah nak menapak tu jek dah habis separuh hari, berlaku pula 'krisis wristband' yang membuang lagi masa aku.

Aku baru nak nak masuk satu bot besar tu, adik yang jaga tu kata wristband aku tu untuk indoor park. Ya, ada staff bodo kat atas sana dah bagi aku wristband untuk indoor park sedangkan tiket kitorang untuk outdoor park. Manalah aku tau bezanya kan, aku bukan kerja kat situ. Dah aku kena menapak balik ke indoor park tu untuk tukar wristband aku. Staff yang bangang tu tak reti pulak nak mintak maaf. Dia buat muka cekodok basi jek. Apa lagi, 18 tangki lah kena sembur ngan air lur aku. Buat spoil mood aku je. Aku balik semula ke outdoor park, hari hujan lah pulak. Langsung tak boleh main apa². Sepertinya Genting tak merestui kedatangan aku pulak.

Dalam marah² tu Mag hulur handphone, katanya 'orang jauh' nak cakap. Aku ingatkan Screw, aku pun kata lah kat orang dalam telepon tu, yang aku tengah marah, lengkali jek la cakap kan, kasi can aku lepas marah dulu. Lepas tu baru aku tau rupa²nya Cheeka yang call tu. Laa.. kan Mag dah kata 'orang jauh'. Aiseh.. sorilah Cheeka. Aku memang tak terpikir langsung, ko yang call tu.

Disebabkan hari hujan, semua orang masuk semula ke indoor park. Aku, Abang & Raha teruskan masuk bot besar yang tak jadi naik tadinya tu. Tak ingat pulak aku apa nama bot besar tu. Tak ada apa sangat lah dalam tu. Tak masuk pun tak apa. Tapi lama jugaklah aku lepak² kat atas tu ambik gambar.

Image hosted by Photobucket.com
Raha & Abah atas bot.

Image hosted by Photobucket.com
Sebahagian pemandangan di Outdoor Park.

Lepas tu aku join diorang semua lunch kat Pizza Hut. Lepas lunch, semua orang nak pergi Snow World. Aku tak dapat join sekali sebab budak umur bawah 3 tahun tak boleh masuk. Jadi aku & Abang masuk Ripley's Believe It Or Not. Mula² tu macam boring, tapi makin lama, makin menarik mende² yang dipamerkan kat dalam tu. Lama jugak lah aku ambik masa baca satu², ambik gambar. Nanti bila² aku buat entry lain untuk gambar² yang aku ambik kat Ripley's tu.

Habis round muzium Ripley's tu, aku pergi balik ke outdoor park, tapi tak boleh nak main apa² jugak sebab Raha dok tidur lena. Sedap kot tidur sejuk² gitu.

Image hosted by Photobucket.com
Walaupun tidur, tetap posing sebelah tin Coke.

Walaupun tak sempat main apa², aku tetap seronok sebab keluar ramai² dengan AMTY. Rasanya pergi dan balik hari yang sama memang tak cukup nak main semua yang ada kat atas tu. Tambah pulak kalau ada 'krisis wristband' dan hari hujan. Mungkin lain kali aku pergi overnight kat sana. Yang penting, Raha mesti lah dah berumur lebih 3 tahun, baru seronok. So pada kawan² yang ada anak kecik tu, kalau rasa nak pegi Genting, sabar dulu ya, tunggu sampai anak dah 3 tahun. Bukan apa, nak tukar diaper pun susah. Toilet dia tak baby friendly macam toilet Jusco.

Lebih kurang pukul 6.30 kitorang menapak kembali ke stesen Skyway. Lepak² sekejap di cafe, seperti biasa menganyam ketupat sementara menunggu bas. Dalam bas, Raha & Mera anak Watie semakin kamcing sambil berkongsi satu tupperware kismis sampai habis. Sampai di KL Sentral, kitorang dinner pulak di Kenny Rogers kecuali Watie yang terpaksa balik sebab ada kenduri, dan Uncute yang dah tak larat. Memang penat gila!! Makan pun licin..

Sampai di rumah, lepas mandi aku terus letak kaki kat i-Squeeze tuh. Fuhh.. syoknya dapat urut kaki yang terdera seharian di puncak.

8 Comments:

Anonymous E said...

takperla cukup raha 3 thn kita pi lagi yer Sumie

5:48 PM  
Anonymous M said...

Jom pegi lagi! Kali ni kene tidor

5:49 PM  
Anonymous Ani d Uncute said...

E..kena tunggu raha 4 thn sbb masa tu anak2 sc ngan act pun dah cukup 3 thn (err dia org dua family nak ikut ke nanti). Tapi yg pastinya kalau time tu lah Raha pergi sure mulat dia semeriah mama dia.

5:50 PM  
Anonymous eisya said...

Sumie,

The last time kami pi Genting, adik pun tak dapat naik a few rides kat outdoor pasal tak cukup tinggi. Kesian pulak tengok dia...mak pak main sakan walaupun bergilir tunggu adik...adik pandang jer.....huhuhu!! Mak pak tak ingat dunia.....hehehehehe

5:51 PM  
Anonymous screw said...

Pengumuman Ikhlas - Aku dah naik cable car tu dengan jayanya ye cik-cik dan puan-puan...

5:51 PM  
Anonymous elf said...

Sumie, dalam pada si Raha tu nak tiga tahun, entah entah dalam perut tu ada lagi..ehehe..Sampai bilalah ko nak ke Genting lagi camtu, Sumie, oii..
Makencik last sekali pergi Genting yelah pada kalau tak silap masa Mira umur setahun gitu kot. Baru pandai jalan gitew. Ntah bila mau pergi lagi.

5:52 PM  
Anonymous Ani d Uncute said...

K.Eisya..amboi..tak ingat dunia..dasyat tu..sure enjoy sakan.

5:52 PM  
Anonymous watie said...

wahahahha sempat kau amik gambar artifak tu sumer... tak goyang lak yer.. taraf photographer lar ni.. anyway aku pun cam kau gak dulu sumie, tu yang sampai 3-4 kali gi, tu pun sampai lar ni tak habis main lagi, boboi besar sikit baru boleh naik roller coaster, sekarang ni tahap mainan bodoh je lah dapat

5:53 PM  

Post a Comment

<< Home