Tuesday, May 03, 2005

Dari Dapur Chef Diva SuMie - Ayam Masak Lomak Cili Api

Image hosted by Photobucket.com

Tengok la tajuk aku kat atas tu, diva konon.. chewah! Macam la pandai masak. Padahal, sejak kerja sendiri ni jek la baru aku reti nak masak hari². Kalau tak, gerai Kak Nor belakang pasar TTDI tu jugak la yang aku bedal. Lantak la kan. Kat mana lagi aku nak jadik Diva kalau tak kat blog aku sendiri.

Sebenarnya aku pun tak tau le betul ke tak resepi aku ni, sebab aku bukan orang Nogori 9. Kalau tak betul, Chef Diva Skru tolonglah betulkan ye. Tapi kalau tak betul pun, janji rasanya sedap dimakan, ok lah kan. Jadi untuk Diva² sekalian yang tak tau nak masak apa hari ni, apa kata kita buat Ayam Masak Lomak Cili Api.

Bahan-bahan:
½ ekor ayam
2 biji kentang
20 biji cili api (kalau suka pedas, tambah lah 10 biji lagi ke, 20 ke, 100 pun boleh)
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)
1 kotak santan M&S low fat (promosi lagik)

Cara memasak:
Cili api, kunyit hidup, bawang putih & bawang merah ditumbuk sampai lumat.
Gaulkan ayam dengan bahan tumbuk & serai dalam periuk sampai ayam tu kecut & kering airnya.
Masukkan santan dan kacau supaya tak terbit minyak.
Masukkan kentang.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan ajinomoto kalau suka
Tunggu sampai kuah menggelegak, tutup api, masuk dalam mangkuk, ambik nasi dan makan..

Image hosted by Photobucket.com

Masak lomak ni makin sedap jika sambil memasak Chef Diva menyanyikan lagu Apo Nak Dikato dengan pitching yang betul dan lontaran suara yang jelas. Pastikan gerak tari anda tidak melampaui batas kerana dikhuatiri terlanggar periuk.

Kalau pakai santan asli tu, agak² sendiri la ye. Aku memang pakai santan kotak sebab senang simpan. Kalau aku beli santan asli tu, aku tatau berapa lama boleh tahan dalam peti sejuk. Lagipun aku masak lauk bersantan ni ikut mood jek.

Selamat memasak ya Diva² semua!

7 Comments:

Anonymous M said...

wah wah wah, terliur lak aku tengok gambo2 tu

errr bila nak buat kenduri ni? boleh le kitorg try air tgn chef diva sumie ni
(sila baca air tangan dalam erti kata yg sebenar dan bukan minda yg berjerebu ye)

3:55 PM  
Anonymous Awan Yang terpilu said...

jangan pakai bawang dan bawang putih.

3:56 PM  
Anonymous elf said...

Wah, Raha dah sehat la ni kot, ko sempat masak masak segala..

3:57 PM  
Blogger SuMie said...

M, takat masak untuk 2-3 orang buleh la. Kalau nak wat kenduri, belum abis berguru lagik.

Awan, aku ingat takyah bawang tu utk ayam kampung jek. Kalau ayam bandar letak sikit utk hilangkan bau. Tu aku baca kat resepi dia lah.. kekeke. Pasni aku try tak yah bawang lak. Lagi senang, lagi jimat ek..

3:57 PM  
Blogger SuMie said...

Elf, ni gambar masak² minggu lepas daaa.

3:58 PM  
Anonymous elf said...

ooo..

3:58 PM  
Anonymous screw said...

mmm.. chef diva d'vogue d'vast screw tak makan podeh sgt laa... tapi suka makan kentang masak lomak cili api... nak blk somban lah ini macam..suh mak masak

3:59 PM  

Post a Comment

<< Home