Monday, May 30, 2005

Diari AF3 - 30 Mei : Bhg. 1

Aku buat review hari ni khas untuk Uncute & AMTY, atas permintaan Uncute through sms tadi. Tapi tak bermakna aku akan buat hari². So, janganlah mengharap okay.

Diari pertama hari ni tak ada apa² sangat. Aku tengok pun tak teruja. Bermula dengan pelajar² masuk ke Akademi (sambungan dari Tirai Akademi semalam) disambut oleh Pengetua dan tenaga² pengajar (kecuali Cikgu Fati & Cikgu Siti Hajar - outstation).

Diorang berkumpul kat ruang rehat yang dinamakan Bilik Aktifkan. Pengetua brief diorang dengan jadual mereka seterusnya. Macam lambat jek M. Nasir bercakap. Boring jek tunggu dia habis bagi taklimat. Diorang juga diperkenalkan dengan Kak Shina & Abang Asrul selaku 'warden asrama' (apa diorang sebut, RA ek?). Iklan: Asrul tu aku pernah jumpa masa audition Roda Impian dulu. Nampak macam okay jek orangnya. Rasanya dengan pelajar² AF tu pun ok gak kot nanti.

Lepas tu diorang ditunjukkan bilik latihan tarian, bilik latihan menyanyi yang ada piano tu, bilik pengetua dan lain². Kepada yang belum tau, AF3 ni menggunakan banglo yang sama dengan banglo AF1 dulu. Tak tau lah samada TV kat rumah mak aku ni kalernya dah tak cantik, atau memang warna interior design banglo tu yang tak cantik dalam kamera. Aku rasa masa ditunjukkan gambar dari kamera tersembunyi, macam kelam sikit. Bila ditunjukkan gambar dari kamera untuk pelajar berinteraksi tu, okay pulak gambarnya.

Kemudian kita dapat nengok pelajar² makan bersama². Kita boleh nengok Fuad baca doa. (Kalau ada Mawi mesti Mawi yang baca doa.. hehehehe). Lepas tu ada sesi bersama Dr. Azahari. Diorang diminta menyatakan perkara yang menjadi ketakutan diorang. Fuad kata, dia takut pada 3 perkara. Aku tak ingat lagi 2 tu. Tapi salah satu tu dia kata, takut pada 'kewujudan'. Bila ada kewujudan, ada kehilangan. Kata M. Nasir, Fuad berfalsafah. Aku pun rasa ayat² Fuad tu agak berat, contohnya dia mengunakan ungkapan "bila hati berbicara..". Kalau dalam Trek Selebriti & Tirai Akademi, Fuad nampak sempoi jek. Tapi aku tak rasa pulak ayat² Fuad tu fake. Mungkin dia memang macam tu - sempoi di luar, tapi berfikir dengan mendalam.

Lepas tu pelajar² diberi peluang memberi ucapan pada keluarga masing² melalui kamera interaksi. Kebanyakan pelajar cakap benda yang standard lah pada keluarga mereka - rindu, jaga diri, jaga keluarga, makan ubat, belajar rajin². Cuma kita boleh nengok Fuad sedikit emosi, mungkin disebabkan bapanya kurang sihat. Dia ada sebut, bapanya masuk ke hospital tapi tak beritahu dia. Macam tu juga dengan Ekin, nampak sedih. Agaknya Ekin tak pernah berpisah jauh dalam jangkamasa yang lama dengan keluarga. Selain tu, ada sedikit kelainan bila kita dapat saksikan Idayu bercakap menggunakan loghat Kelantan, dan Felix pula bercakap menggunakan loghat Sarawak (atau loghat suku kaum Dusun?) dengan keluarga masing².

Setakat ni, pada pandangan mata aku lah, diorang nampak natural. Tak ada lah yang tergedik² ke, over-acting ke. Namun belum ada juga yang aku betul² suka atau berkenan. Alaa, baru hari pertama kan.

Satu lagi, aku tak berkenan fesyen baju Aznil hari ni, cam ada bau² fesyen baju Azwan. Ish.. besok peelllisss laa tukar baju pesen lain.

Tak lupa juga, penonton dihidangkan dengan iklan² penaja, dimana pelajar² diberi beg baru. Tah hapa² jek, bagi beg bila pelajar dah masuk dalam akademi. Dan semua pelajar pun kata "Terima kasih Samsonite!". Sebenarnya ayat tu patutnya macam ni - "Terima kasih Samsonite sebab bagi beg khas untuk diusung turun pentas bila kami tersingkir nanti!" (eh betul ke nama dia cam tu - Samsonite ek?). Selain tu kita boleh nampak kotak tisu Premier di Bilik Aktifkan semasa M. Nasir sedang bercakap.

Fungsi butang R kali ni menarik sikit, sebab info yang keluar tu transparent, so takde lah tertutup sangat benda² yang ditayang kat TV. Setakat tengahari tadi, % undian tertinggi menjadi milik Felix-16%, diikuti Idayu-13% dan Ekin-11%. Seterusnya Reza, Keifli & Aidil memenuhi 6 tangga teratas (sapa laa undi Aidil tu?). Manakala yang lain²nya di 6 tangga terbawah dengan 7% atau 6% undian, dimana Amylea berada di kedudukan terakhir. (Kalau Mawi ada, mesti % Mawi tinggi sekali.. hehehe)

Sekian ulasan pertama aku, semoga Uncute & teman setingkap berpuas hati. Katakan TAK NAK pada SMS!

10 Comments:

Anonymous Y said...

wah rajin betul ko buat ulasan, mmg tak lawa interior banglo tu as far as colors r concerned.

oh and felix sabahan bukan swakian.

2:17 AM  
Blogger SuMie said...

Oh ye ke Y? Sorry la, aku selalu konpius Sabahan & Sarawakian dalam AF nih. Sabahan & Sarawakian dalam AMTY jek aku tak konpius. Hehehe..

2:17 AM  
Anonymous Uncute said...

Sumie..tq bebanyak....muahhhsssss

Pesen Aznil cam Azwan..ni mahu aku tak nak tengok diari langsung..dah lah aku tak suka pesen si Azwan tu.

2:17 AM  
Anonymous M said...

rajin kan la buat recap utk kengkawan bila free ye sumie

siapala undi aidil tu ye

*katakan taknak pada sms* iklan lagi

2:18 AM  
Anonymous kak ri said...

uih acik(uncute)....abis semua orang dia sms soh buat review diary af nih....hehehehe!!! Sumie satu kepala kita pikir pasal diary tadi....ingat dah tido tadi dengar sifu berucap..pasal Aidil tu...my brother yang undi dia...sakit ati tul!! nak lepas geram sebab mawi tak dapat masuk....orang johor ni kengkadang kalau balas balik dahsat!!

2:18 AM  
Blogger SuMie said...

Uncute, tak tengok pun takpe. Tak rugi satu sen pun. Kalau stay up semata² nak nengok repeat lagii rugii.. rugi masa tido. Tido awal lagi bagus.

M, kalau free, insyaAllah.. aku rajin² kan. Tapi kalau ada orang nak upah puding cekelat satu.. lagi aku rajin² kan.. hehehehe.

Kak Ri, sanggup tu your brother abiskan duit dia semata² nak balas dendam?! Muahahaha.. lawak plak. Suh dia derma singgit kat Misi Suara Hati lagi le berpekdah dari SMS utk Aidil tuh. Huhuhu..

*iklan* Katakan TAK NAK pada SMS!

2:19 AM  
Anonymous cik zam said...

sumie...
name mawi sentiasa ada dlm bracket awakk...ihihihii

2:19 AM  
Blogger SuMie said...

Cikzam, hehehe.. ada gak orang perasan.. ingatkan takde..

2:20 AM  
Anonymous Uncute said...

kak ri..abis tu yy dah susah nak buat review..tu yg sms semua org tu :D

anyway mlm tadi nengok gak diari yg tgh hari tu...memang memboringkan lepas tu nampak sangat 99.99% dr dia org ni berlakon.

2:20 AM  
Anonymous eisya said...

I tak tgk first diari nie tapi I boleh bayangkan gelagat dorg melalui penulisan ko....Fuad cakap bebenda camtu ker? Macam berlakon jer? Ntah ler...kita sama-sama tgk dan lihat...hehehe

2:21 AM  

Post a Comment

<< Home