Tuesday, May 31, 2005

Diari AF3 - 31 Mei: Bhg 1

Hari ni fesyen baju Aznil okay la sikit dari semalam tu. Tapi kaler pulak dull semacam. Apasal aku citer pasal baju Aznil lak ni? Tah le, tapi aku rasa penting jugak lah untuk Aznil kelihatan menarik dan ceria. So kalau diari bosan, takde lah bosan sangat tengok Aznil.

Bermula dengan Kelas Nada Suara, Siti Hajar tak ada, diganti oleh sorang cikgu lain bernama Shahrul. Bosan jek aku nengok Cikgu Shahrul ni mengajar. Sesekali nampak cam 'gitu²' lak. Masa Cikgu Sharul tu dok bercakap, boleh pulak Ekin ni pun bercakap² dengan Reza yang duduk di belakang dia. Nampak macam membelakangkan cikgu. Pada mata aku, nampak sangat kurang sopan lah. Tapi tak tau lah kan apa sebenarnya yang berlaku masa tu. Tapi kalau masa sekolah dulu, kalau cikgu bercakap, aku pun sibuk nak bercakap dengan kawan, maunya cikgu tu panggil aku berdiri kat depan cakap sorang².

Kelas Cikgu Adnan dimulakan dengan iklan barangan Power Nest. Ala² orang jual barang² direct selling, Adnan tunjuk satu kotak Power Nest sambil bercerita apakah kebaikan barang tersebut. Jadi untuk diari² akan datang, aku expect akan ada lebih banyak produk penaja diperkenalkan dalam kelas. Tak cukup dengan iklan masa commercial break, tambah lak iklan dalam kelas. Tahun depan Akademi Fantasia boleh tukar nama jadi Akademi Iklan. Habis iklan baru lah diorang start menyanyi Do re Mi.. lepas tu lagu Aku Cinta Padamu (Sheila Majid). Jelas kedengaran suara pelajar² perempuan lebih harmoni dan lebih sedap didengar. (Kalau Mawi ada, agaknya suara Mawi aja yang kedengaran di kalangan pelajar lelaki.. hehehe)

Dalam kelas tarian pula, Felix kelihatan agak slow nak kuasai step tarian. Pergerakan dia pun nampak kaku jek (Kalau Mawi ada, macamana agaknya Mawi menari.. hehehe). Setakat ni aku tak nampak apa² yang menarik pada kareograf untuk lagu Menuju Puncak. Lagipun diorang baru berlatih sebahagian lagu jek.

Dalam kelas Marlia Musa pula, diorang disuruh berjalan², pastu berlari². Tak pasti lak aku apa tujuannya, nak ambik mood ke, exercise ke, atau latihan penumpuan pada arahan Cikgu ke. Lepas tu diorang kena hafal pulak nama binatang yang dipadankan dengan pelajar², contohnya, Eliza kucing, Yazer paus (rasanya lah) dan yang aku rasa semacam jek.. Felix beruk. Tujuan aktiviti ni supaya pelajar² stay focus. Aku suka cara Marlia Musa bercakap. Sederhana. Tak terlalu lembut macam Cikgu Fati, dan tak terlalu garang macam Fauziah Nawi. Seterusnya Marlia bagi diorang tugasan untuk esok, dimana diorang mesti fikirkan macamana cara nak perkenalkan diri pada orang ramai. Mereka disuruh memikirkan apa yang menarik tentang diri mereka, apakah kekuatan mereka yang boleh membuatkan penonton suka pada diorang. Haaa.. masa ni lah nanti kita nak tengok diorang cakap, contoh - "Hai saya SuMie, isteri mithali dari Kota Damansara, AFUNDI SuMie okkay.. muahh!!!*sambil memuncungkan bibir berlipstick kaler stroberri, dan meletakkan jari telunjuk di dagu, sambil mengelip²kan mata menyerlahkan bulu mata lentik yang baru disapu mascara wondercurl*". Ada lah kot yang nak keluarkan trademark sendiri nanti - brott brott ke, yo yo ke, kuek kuek ke (sapa la agaknya ni ek?). Setakat yang kita dah nengok, Akma rasanya akan mengekalkan 'konnichiwa' nya tu. Amy pulak, rasanya nak pakai jeritan Whoo!whoo! nya tuh. Kita tunggu ajelah ek.

Di akhir rancangan, Aznil memeperkenalkan majalah AKSI, majalah rasmi Akademi Fantasia yang berharga RM3.90 satu.. iklan lagik!

Penutup diari menunjukkan pelajar² dalam kelas tarian, mungkin tengah bersenam sebelum memulakan kelas. Keseluruhannya, aku nengok kamera asik fokus kat muka² cun jek, Keifli, Aidil, Ekin & Elliza. Yang lain² tu sekali sekala jek. Ke aku jek yang perasan gitu? Tak ada apa yang menarik sangat untuk diari tengahari ni. Walaupun tak sebosan semalam, tapi still tak berbaloi kalau nak stay up semata² nak nengok ulangan. Baik tido jek.

Setakat tengahari ni, kedudukan teratas ialah Felix-14%, Amy-12%, Ekin-9%, manakala tangga terbawah ialah Amylea-6%. (Kalau ada Mawi, mesti Mawi 15%.. hehehe)


Katakan TAK NAK pada SMS!

19 Comments:

Anonymous screw said...

bagus, takyah aku stay up lepas blk keje.. bih baik mandi terus tido

9:25 AM  
Anonymous Q said...

tak kebah lagi demam mawi nampaknya... tima kasih sumie atas review anda... tak yah aku stay up...

9:25 AM  
Anonymous w said...

perlu ke nama mawi keluar setiap entry sampai ke minggu final.. mauhahaha

afundi aidil si kuda kepang dan pandai joget itik *sambil buat bunyi sengau itik bertelus ayam menetas*

9:26 AM  
Anonymous t said...

bok brok ..? kuek kuek..? wakakakaka..
kleeessss gitu sumie-ku...
wakakakaka..

9:26 AM  
Anonymous m said...

secukup rasa....

9:26 AM  
Anonymous sc said...

tak yah tgk diari.. baca kat sini je pun dah ckp.. amy tu pun ada gi audition MI kan..

9:27 AM  
Anonymous aidid5 said...

hehe. kelakarlah sumie nii. Masih menaruh harapan zaitun semeon kat mawi ni ek.
mawi mawi mawi. ;))
Korang tgk smlm sumer sok khabar ada citer psl mawi. :D

9:27 AM  
Anonymous Uncute said...

sumie..kelas kau nya review.

sumie..kau nak kenalkan diri cara constantine nampak ;)

ish sekrang ni byk tul iklan ye...abg aku kata..sapa yg nampak cam berlakon semau dpt ranking bawah2..so far aku rasa 99.99% berlakon.

9:28 AM  
Anonymous Y said...

aku pun tak yah tgk diari, baca sini pun cukup. mmg sounds boring sgt diari.

9:28 AM  
Anonymous E said...

Sumie thanks for recap. Tak yahla aku mencarik2 recaps merata pelusuk blog. Sah2 kawanku ada buat. Tapi aku pasan kan nama mawi mesti tak tinggal. Ko demam MAWI pulak ker Sumie?

9:29 AM  
Anonymous klubbkidd said...

stuju sangattttt katakan tanak! astro smakin melampau! majalah aksi hampeh! jalur lebar xtra hampeh!
sheesh...nyesal satu blog aku exclusive AF...skang khas tuk kutuk lak. aduss...leh claim balik tak duit aku afundi fuad....

9:30 AM  
Anonymous eisya said...

Sumie, best banget ko nyer review....rajin-rajinkan lah dirimu utk buat review diari AF3 nie ek? hehe.....I baru tgk sehari nyer diari pun dah rasa bosan...bosan dgn omelan Aznil, dgn iklan2 dgn gelagat bebudak yg nampak dibuat-buat....adoi! sanggupkan I tgk diari nie sampai 3 bulan....ntah ler....wait n see!!

9:31 AM  
Anonymous akulerr said...

kak sumie..cehh..tetibe panggil kak plak.hormat tuh...buat laaa review ari2.best laa pulak.drp bace review yg ala2 "kopi dan pasta" frm diary..baik lerr review yg ade komeng mengkomn plus poyos sket..idop kak sumie...

9:31 AM  
Anonymous akulerr said...

ehh..lupe nak cakap tadi laa..kite same ngan kak sumie..satu misi, satu suara, terus ke hati MAWI..hahahahah

9:32 AM  
Blogger SuMie said...

Sama² kasih.. pada yang ucap terima kasih. Memang aku tulis khas untuk korang yang kerja di opis yang takde TV. Lain la 'opis' aku kan, 'opis' aku ada TV.. muahahaa (dengan wajah riak gila)

Patutnya aku lah ucap terima kasih kat korang sebab sudi baca. Tapi kalau korang tak baca, memang la aku tak buat pun. Apahal plak aku tulis, aku sendiri baca. Tapi kalau terlewat ke, ter tak buat ke, jangan lah marah ek. Mana tau kot esok lusa line tepon kena potong.. uwaaaaa. dah lama tak bayar bil tepon nih *sambil tekan² kalkulator kira utang*

9:32 AM  
Blogger SuMie said...

Q, W, Kak Aidid, E.. Mawi tak leh enterprem kat diari on TV, enterprem kat diari aku jek la.

klubbkidd.. *gosok² mata*. Wahh klubbkidd yg fofuler tu pun ada.. *tacap mekap sambut klubbkidd*
Memang melampau kan diorang tuh.. Katakan TAK NAK pada SMS!

Sapa akulerr ni ek? Kopi & pasta? Mana? Mana? Mana kopi & pasta? Makan pun sodapp.. Kopi & pasta mahal, 'kena beli'. Akak masak sendiri jek dek, belacan, asam jawa, garam sumer ada kat umah. Kalau tak cukup, akak mintak jek kat jiran sebelah. Jimat kos.. Err.. relevan ke?

9:33 AM  
Anonymous ana said...

a'kuuuuuuummmmmmmmmm
yuhuhuhuhuh sumie lam tak mai sini dah. meriah tol dgn review AF syoknyer syoknyer!

errrkkk...tapi Mawi asyek enterprem kat sini jek ek? kita pon suke kat dia....
agak2 dia baca tak blog apa kejenis ni sume ah?

9:34 AM  
Blogger SuMie said...

Alaa Ana, saja jek tulis utk kawan² kat opis yang malas nak tunggu repeat tu.
Sebeanrnya adik kita (nama dia Ana gak) yang awal²nya kemaruk sangat kat Mawi tu. Bila nengok Tirai AF ke, diari AF ke, dia mesti sebut "Kalau Mawi ada, mesti.. bla bla..", tu yg akak dia ni pun terjangkit gak nih.

9:34 AM  
Anonymous Anonymous said...

… Unbelievable , but I just found software which can do all hard work promoting your sumie.blogspot.com website on complete autopilot - building backlinks and getting your website on top of Google and other search engines 1st pages, so your site finally can get laser targeted qualified traffic, and so you can get lot more visitors for your website.

YEP, that’s right, there’s this little known website which shows you how to get to the top 10 of Google and other search engines guaranteed.

I used it and in just 7 days… got floods of traffic to my site...

…Well check out the incredible results for yourself -
http://autopilot-traffic-software.com

I’m not trying to be rude here, but I believe when you find something that finally works you should share it…

…so that’s what I’m doing today, sharing it with you:

http://autopilot-traffic-software.com

Take care - your friend George

12:55 AM  

Post a Comment

<< Home