Kempen TAK NAK SMS
AF3 akan bermula sabtu ini. Bermula dengan Konsert Prelude, kita akan melihat 20 orang bakal pelajar baru memperlihatkan persembahan masing² untuk merebut 12 kekosongan kerusi pelajar AF3. Mesti ramai yang dah tengok wajah² baru ni di kaca TV. Di Ch.15, wajah² mereka ni sentiasa terpampang di 'karpet biru' yang menjadi hamparan chatters yang kaya raya menghabiskan duit mereka atau duit mak bapak mereka.
Maka, sempena dengan bermulanya AF3 ini, aku pun dengan bersemangatnya nak memulakan juga kempen TAK NAK SMS. SMS yang aku maksudkan disini, ialah sebarang sms yang bersangkut paut dengan AF lah, AFUNDI ke, AFMASUK ke, AFCHAT ke. Malah kalau tahun ni diorang bercadang nak tambah AFKELUAR, AFTERAJANG, AFJUARA, AFCOROT, AFAJAIB, AFGEDIK, AFHENSEM, AFPOPULAR atau sebarang AF lagi, ia juga termasuk dalam kempen TAK NAK SMS ini.
Idea kempen ni sebenarnya aku dapat dari blog Ilham tak lama dulu, dalam tulisannya bertajuk Kriteria pelajar AF3..dari pandangan Ilham....
Ilham menyarankan - "bloggers especially establish bloggers yang berkaitan dengan AF memulakan kempen "TAK NAK SMS" sekiranya harga sms tidak diturunkan sekurang kurangnya 50% dari harga sekarang....tanpa sms, tiadalah AF menjadi fenomena....."
Aku bukan lah one of established AF bloggers, sebab aku rasa tak ada orang baca blog aku sebab nak baca pasal AF. Dan aku juga tak melancarkan kempen ni dengan tujuan supaya harga SMS diturunkan mahupun dengan tujuan menghalang AF menjadi satu fenomena. Dan sama sekali aku tak bertujuan nak boikot Astro atau krew penerbitan AF. Malah aku masih lagi suka nak menonton Diari dan Konsert Mingguan AF.
Cuma kempen ini sengaja aku lancarkan kepada diri aku sendiri, sebagai satu langkah berjimat-cermat, dengan perkara² berikut menjadi garis panduan kempen ini:
- 1 SMS = RM 0.50 (belum termasuk cas oleh syarikat telekomunikasi). Jadi, setiap kali aku rasa nak SMS, lebih baik aku bagi sekeping syiling 50 sen kat Raha, sebab dia memang suka sangat masukkan syiling dalam tabung Wardina dia tu (tabung tu ada gambar Wardina dengan anak dia, aku dapat free beli Pureen Baby Wipes dulu). Bukan saja aku dapat menjimatkan 50 sen, aku juga dapat membuatkan Raha berasa seronok disamping melatih dia menabung sejak kecik.
- Daripada taip AFUNDI DOLAH dan hantar ke 32999, lebih baik aku taip "Hai apa khabar?" dan hantar pada kawan² yang dah lama aku tak contact. Setidak²nya aku dapat mengeratkan silaturrahim yang dah lama renggang. Dapat jugak pahala. Kalaupun aku SMS untuk pelajar² AF tu, belum tentu aku dapat mengeratkan silaturrahim dengan pelajar AF tu. Kalau setakat aku hantar 1 atau 2 sms untuk undi dia, dia peduli ke nak kenal sapa aku bila dia dah popular besok?
- Daripada taip AFUNDI GAYAH dan hantar ke 32999 bagi mengayakan Astro & syarikat telekomunikasi yang memang dah kaya, lebih baik aku taip "Ello, takde projek printing untuk aku ke?" dan hantar pada kenalan² yang berpotensi mengayakan aku yang belum kaya ni. Manalah tahu kot memang diorang tengah ada projek. Dari membazir 50 sen untuk AF, mana tau kot aku dapat job RM 50 ribu ke, RM 5 ribu ke, RM 500 ke, malah kalau dapat masuk poket 50 hengget aje sekalipun dah cukup baik dari keluar poket 50 sen.
-Daripada sms untuk adik² AF yang aku tak pernah kenal, dan mungkin tak akan kenal tu, lebih baik aku sms kat adik² aku yang berderet² tu, sambil buat lawak² nostalgia zaman kanak² kitorang dulu. Paling tak pun, merapatkan lagi hubungan kami adik-beradik. Lagipun kalau sms untuk adik² AF tu, paling rapat pun aku dapat bersalam dan amik gambar jek dengan diorang. Tu pun mungkin setelah bayar RM50 untuk hadiri jamuam makan petang sempena harijadi atau perasmian fan club diorang.
-Daripada aku memanjangkan bil telefon aku dengan deretan sms AFUNDI, adalah lebih mulia jika aku memanjangkan bil telefon aku dengan deretan sms MISI. Yang pastinya anak² malang dalam Misi Suara Hati tu lebih memerlukan duit aku dari mereka yang dah tentu popular dan berduit bila tamat AF3 nanti.
Maka selepas hari ini, hinggalah tamat konsert akhir AF nanti, korang akan dapat tengok banner TAK NAK SMS ni kat sidebar blog aku ni. Begitulah bersungguh²nya azam aku nak menjayakan kempen ini. Buat ahli keluarga aku, rakan² AMTY dan sahabat² yang mengunjungi blog aku ni, aku mengalu² kan sesangat kalau korang nak join aku untuk sama² katakan TAK NAK pada SMS. Jika korang setuju untuk bersama² aku, sila angkat tangan tinggi², dan mari kita sama² arak sepanduk TAK NAK SMS ini di blog kita.
Dan jika korang ada perkara² lain selain dari yang aku senaraikan di atas, yang sesuai dijadikan garis panduan untuk kempen ini, jangan segan² luahkan di ruangan komen. Semoga dapat kita kongsi bersama-sama.. Jom semua! Katakan TAK NAK pada SMS!
27 Comments:
Sumie boleh curik sepanduk nak buh kat blog aku X?
wahhhhh aku sokong SUMIE......
se angau-angau aku kat nurul pun, tak pernah aku afundi beliau... hehehe tapi ada lah skit utk Breep2 masa konsert semilan, tak sanggup aku tengok Breep2 kena kuar, pastu Minah kena baling pen tu plak masuk finals...
apa2 pun aku rasa mmg terpedaya dimainkan perasaan dan perasan oleh sang astro...
katakan Tak Nak kepada afundi atau sms2 yg sewaktu dengannya....
Sokong Sumie....I will try tak nak vote sapa-sapa...lagi pun tak der yg berkenan di hati ler AF3 nie...hehe
wah sanggup ko bayar RM50 semata2 makan petang sempena hari jadi atau perasmian fan club..huhuhu...
very der berkempen k. sumie nampaknyersss??
cadangan disokong.. errr ada sesapa catit minit tak nih? ehehehe.. gurau jekkk...
kawan i ada sorang finalist 20 tu, tapi nak tunggu till saturday nih tengok dia burjaya ke idak.
nyway, tetap TAK NAK SMS!
Yeah!! Go Sumie Go....daripada aku abihkan duit kat sms, baik aku beli rokok lebih cover tension malam konsert!!!....
E, boleh!! silakan.. silakan.. katakan TAK NAK pada SMS..
Co2, yeah. Aku pun takkan terpedaya lagik dek tipu daya mainan emosi mereka. Chewaah.. semangat nih.
K.E, saya pun belum ada yang bebetul berkenan lagik. Setakat satu dua suka nengok kat promo jek la. Apa² pun.. tetap TAK NAK SMS
Nart.. cheisss.. ko kutuk aku ye. Tak pe tahun ni semangatku berkobar².
Motheroftwo/Ana, jangan kata catit minit, bil telefon tahun lepas pun akan ku catit di tepi TV. Kalau tak berkesan gak, aku delay jek bayar bil tepon tu. Kalau dah kena bar, tak leh lah sms kan..
Yeahh ilham.. thank you for your idea actually. Haa amende? Rokok? Ish.. sama jek bahayanya rokok & sms tuh. Dua² pun mengabihkan duit.. huhuhu..
aku pun TAK NAK SMS... lagipun season ni takde yg menarik mata aku lagi... kalau boleh, aku nak avoid tgk tirai or diari AF3... just tgk weekly concert aje...
aku pun nak pinjam gak kau nya sepanduk tu..tahun ni tak de mood nak sms2 ni..aku rasa aku dah muak dgn sms kot..yelah kau paham2 lah job aku cam na.
Woi ilham merokok tu membahayakan kesihatan la
ilham dr kau afundi dgn beli rokok..baik ko kumpul duit utk menunaikan fadhu haji/umrah. Lagi besar pahala.
Sumie, aku pun nak cilok sepanduk penting tu nak cacak kat blog aku, boleh??
KATAKAN TAK NAK PADA SMS!!!!
wow... azam baru ke ida? ;)
cayalah! All de best.
p/s : sejak AF1 lagi aku dah start kempen ni. tp x kaya2 gak lagi. heheee..
Ya M, silakan.. silakan..
Italina, hehehe.. tak kaya pun, dapatlah menjimatkan duit. Tak pun dengan 50 sen tu boleh beli sebungkus maggi. Kenyang gak perut.
Jom kita! Katakan TAK NAK pda SMS!
ya, katakan TAK NAK pada SMS!
pada AFUNDI bih baik korang sms aku tanya kabar aku kan kan kan..
KATAKAN TAK NAK PADA SMS
Sumie..aku dah cilok sepanduk kau
sokong ko.. Katakan TAK NAK SMS
hehe sumie. kobar nyer.
takpe usaha yg murni patut di sokong.
Tapi akak tammo nak commit apa-apa takut termakan kata. hehe
Kita tunggu dan lihat.
Alhamdulillah, setakat ni takde lagi yg trus terpikat dihati seperti yg lepas2.
InsyaAllah, harap berjaya melawan napsu sms ni.
Eh bagus sgt la kempen ni. Tak payah la afundi ni. Kasi chance kat budak² atau remaja² anak orang kaya je afundi. Aku dulu pun sekadar saje nak rasa 'connected' dgn AF je sbb tu aku afundi. Buat syarat je. hehehe..
*aku yang hanya afundi tak lebih dari 10 kali sejak AF1*
sumie, nak pinjam banner ya ..
Ani, amik la.. free jek.
Y, X.. yess!! TAK NAK SMS.
Skru, betul tuh, baik aku sms ko.. baaanyaakkk pekdahnya.
Kak Aidid, rasanya tahun ni, kalau diorang letak yang macam Constantine sekali pun, saya TAK NAK SMS gak kot.
Mika, betul tu, kalau yg kaya tu nak afundi, gasak le.. duit kita simpan jek la buat tampung kenaikan petrol.
Lela, amik jek la. Free jek pun. Lagi tersebar kempen ni, lagi aku suka, paling tak pun, dapat membantu kengkawan menjimatkan duit..
sokong 200% sumie....buat sakit ati jer...bih baik biar juri jer yang kuarkan dia orang..itu baru professional pengadilan!! OK kita pinjam sepanduk untuk promote TAK NAK SMS!
Eh, ni kempen taknak SMS ke kempen taknak blog?lamanya ko tak updet blog sumie?
Eh mak incik tak nampak ke 2 posting kat atas, selepas entry yang ini? Heran gak ni kenapa mak incik kata kita tak update..
baru nampak posting arinih..kenapa ek?ntah ntah pc aku ni refresh hak yang dalam cache jek..tak tengok ada citer baru ke giteww..hehehe
Post a Comment
<< Home