Monday, May 02, 2005

Kesiannya dia..

Image hosted by Photobucket.com

Tengok lah si bucuk mak ni taknak makan, taknak minum. Risau dibuatnya.

Petang Jumaat
Raha asyik merengek jek. Aku pun tak tau apasal. Malamnya dia demam sekejap. Tidur pun tak lena. Selalu kalau terjaga, aku suap puting dia senyaplah. Tapi malam tu dicampak²nya pulak sentil favourite dia tu.

Sabtu
Bila bangun pagi, demam dia dah hilang, tapi asyik menangis. Siap guling², bergulung² segala. Bagi puting, campak. Bagi susu, buang. Bagi mainan, tolak. Kena lah aku dukung sepanjang masa. Adusshh.. bayangkan mengelek guni beras 10 kilo tu berjam². Ada masa aku sampai dah tak larat, aku letak, aku biar je dia menangis golek² atas lantai. Sampai nak terkeluar anak tekak dia melalak. Kesian pulak aku tengok. Rasa macam kejam la pulak. Aku gagahkan jugak lengan yang dah nak separuh lebam ni dukung dia.

Aku ingat dia sakit gusi nak tumbuh gigi ke. Petang tu kitorang bawak gi klinik. Doktor kata ada 2-3 biji ulcer dalam mulut dia. Uwaa.. sedihnya aku dengar. Patutlah dia taknak makan, taknak minum, taknak puting. Lepas tu tengok kat kaki dia ada gatal² macam chicken pox kecik². Doktor kata, mungkin coxaki. Uwaa.. lagilah sedih aku dengar. Walaupun bukan peringkat merbahaya, tapi bayangkan la, yang dah tua bangka pun, kalau ada sebiji ulcer dalam mulut dah sengsara, ni kan pulak 2-3 biji!

Macamana Raha boleh kena, tak tau lah. Doktor kata sekarang memang musim, mungkin sebab panas, mungkin berjangkit dari budak lain. Raha ni pun memang pe'el dia suka cium², gigit² tiang lah, dinding, lantai lah. Tak tau lah kot terkena jangkitan masa main² kat taman ke kat shopping complex ke.

Balik dari klinik, Cik Ika babysitter Raha tu terus ambik nak jaga dia. Aku biarkan je lah. Mana tau kot dengan Cik Ika dia nak makan pulak. Akak tu terer sikit bab pujuk-memujuk ni. Lagipun dapatlah aku melegakan sengal² lengan sekejap. Sempat jugak lah aku concentrate nengok AIM separuh masa yang pertama. Lepas tu aku pegi ambik Raha, Cik Ika kata dia still taknak minum jugak.

Masa tu makin menjadi² Raha meraung. Jenuh jugak nak menenangkan dia. Aku & Abang terpaksa gilir² dukung Raha bawak jalan² luar rumah. Mesti dia dah lapar & haus sangat, akhirnya dia nak juga minum sikit tapi pakai straw lah. Bila dah mengantuk sangat, dia tertidur jugak. Tapi tak sampai sejam dah terbangun, nangis lagi. Kenalah aku dukung bawak jalan² lagi. Baru dia tidur semula. Lepas tu terbangun lagi. Pujuk lagi. Tidur semula. Bangun lagi.. dan seterusnya hampir setiap jam sampailah ke pagi.

Ahad
Bangun pagi tak ada tanda² Raha semakin sihat. Masih kejap merengek, kejap meraung. Kali ni bagi minum pakai straw pun tak nak jugak. Nak bagi ubat pun satu masalah juga dengan keadaan dia yang asyik berguling 360° tu. Kira aku bernasib baik lah sebab Cik Ika tu memang caring habis. Dia sendiri offer nak bawak Raha jalan², siap bawak pegi Tesco. Dapatlah aku buat kerja rumah sekejap.

Bila Raha balik, dia cuma minum sebotol Vitagen jek. Gatal² kat kaki dia pulak dah makin bertambah hari ni. Dia asyik pegang² kaki dia macam nak menggaru. Susahnya lah hati aku.

Mak mana lah tak susah hati kalau anak asyik menangis, tak nak makan, tak nak minum, tak nak tidur. Aku risau sakit lain pulak yang datang disebabkan dia langsung taknak minum susu tu. Pikir punya pikir, dah nak masuk petang baru aku dapat idea. Aku rasa tak ada cara lain, aku kena juga paksa Raha minum susu macam aku paksa dia makan ubat selama ni. Kebetulan aku memang ada simpan satu picagari besar. Mulalah aku & Abang pegang kaki & tangan dia untuk suap susu tu. Mula² dia ingat kitorang nak bagi ubat kot, dia meronta² sakan jugak. Lepas tu bila dah masuk mulut, dengan rela hatinya dia bukak mulut besar². Tu mesti dah lapar sesangat lah tu. Maka sampailah ke malam, setiap setengah jam aku & Abang suap susu kat Raha dengan syringe tu.

Bila dah dapat susu tu, Raha dah kurang menangis. Aku rasa dia pun dah penat. Suara dia pun dah serak. Malam ni pun dia tidur lena sikit berbanding semalam. Tapi lena tak lena pun, aku rasa dah 8 kali jugak lah dia bangun sepanjang aku tulis entry ni. Cuma dia bangun takde lah meraung² macam semalam. Setakat bangun, turun dari katil, merengek², jalan² tak tau cari apa, lepas tu landing kat mana² yang dia rasa selesa seperti bawah katil, depan pintu bilik, bawah meja, bawah kerusi, tepi TV, tengah² ruang tamu atau celah ketiak abah dia.

Hopefully 2-3 hari ni dia sembuhlah. Sejak Raha lahir, dia memang bukan jenis yang kuat meragam dan memang jarang sangat menangis. Kalau menangis pun, senang sangat dipujuk. Jadi aku rasa bila dia sakit kali ni lah yang paling mencabar kesabaran aku & Abang. Bila Q cakap, kawan office dia ada 2 orang anak sekali kena coxaki (aku rasa serentak lah), aku tak dapat bayangkan macamana payahnya mak abah dia tu nak menguruskan. Dan bayangkan pula ibubapa yang punyai anak yang menghidap sakit kronik, betapa aku tabik ketabahan & kesabaran mereka.

Aku ni baru Raha sorang, dah lebam mata. Belum 2-3 orang lagi. Terkenang mak & abah, betapa lah susah payahnya terpaksa mak abah lalui dalam membesarkan kami 6 beradik ni yang dah tentu²nya macam² pe'el dan penyakit dari kecik. Uwaa.. mak.. abah.. ailabbiu..

11 Comments:

Anonymous E said...

Sumie, aku doakan Raha cepat sembuh. Kesian kat dia. Kesian kat ko jugak.

3:34 PM  
Anonymous SH said...

adoi.. siannya raha.... teringat masa jumpa dia kat MV aritu.... buleh dibayangkan apa yg berlaku. sabarla sumie.. semuga semuanya selamat... amekla rehat sesama....

3:35 PM  
Anonymous Q said...

get well soon raha...

3:36 PM  
Anonymous Ani d Uncute said...

ala siannya raha. susut tul muka dia tu. Kau try balut badan dia ngan mana2 baju sutera kau...baju sutera ni kurang kan panas. Anak2 buah yg mana demam2 pakai baju tu kurang sikit..aku tak tahu apa relevan dia tp dah org tua2 suruh..try jer lah. Lepas tu yg gatal2 kat kaki tu kau sapulah calamine lotion.

3:39 PM  
Anonymous fera said...

alahai ciannyer nengok muka dia yang comel tuh. hope she gets well soon.

3:40 PM  
Anonymous sc said...

raha dah baik?.. cian kat dia.. izzah pun kene ulser gak tekak dia.. tp nasib tau awal.. kalu tak cam raha jugak agaknyer.. tp mmg sedih bila tgk anak nengis kan.. sayu hati dengar sore dia nangis..

3:40 PM  
Anonymous x said...

semoga raha cepat sembuh........

3:42 PM  
Anonymous aNa said...

uwaaa.... siannya raha... mak, abah... ailabbiu too....

3:43 PM  
Anonymous screw said...

dah sihat ke raha sumie?

3:44 PM  
Blogger SuMie said...

Thank you everyone..
Raha dah okay sikit hari ni. Dah tak menangis / merengek lagi. Tapi still tak nak makan. Minum susu pun still kena pakai syringe. Hopefully 2-3 hari lagi dia sihat sepenuhnya lah.

3:45 PM  
Anonymous elf said...

Sumie, memang betul la , aritu pun si Mira sakit sakit tekak, doktor kata tekak dia merah, meradang dan marah-marah. Tapi, takla sampai taknak makan minum, tapi, makincek ingat masa dia kecit kecit pernah sekali dia buat camtuh, dan makincek ngan cik uci pun bagi susu pakai syringe jugak. Tapi, hati hati jangan sampai tersedak.
Kadang tu tengah malam melalak, samala mira ni tak nangis kalau takde apa2. Jenis senang jaga gitew. Kalau nangis melalak tu ada la yang tak kena. Cian Raha, jap lagi ok lah tuh..

3:47 PM  

Post a Comment

<< Home