Monday, June 13, 2005

AF3 - Konsert Minggu Ke-2

Selepas tamatnya konsert minggu ke-2 malam Sabtu tu, aku sebenarnya ada banyak idea nak ditulis. Tapi disebabkan aku sibuk seharian pada hari Ahad, maka aku tak sempat nak update blog. Pagi ni bila aku bukak komputer, aku dok termenung kejap sebab dah lupa dah amende yang aku nak tulis banyak² tu. Tiba² aku rasa macam idea aku dah basi la pulak. Anyway, aku tulis jugak lah apa yang aku ingat.

Aku suka 2 orang pengkritik jemputan malam tu. Walaupun aku setuju dengan kata M.Nasir ada antara komen yang tak relevan, nak-nak si sultan melaka tu kan. Tang lelaki, tang pompuan tak lawa kemain panjang berjela² komen dia, macam nak bukak kelas teater kat bawah pentas tu. Kena tang pompuan lawa, tergeliat pulak lidah dia. Apa pun aku suka Adlin nih, sebab dia kelakar. Selama ni aku tengok dia dalam drama ke filem ke, nampak selekeh jek, tapi kelmarin tu aku nengok boleh tahan jugak lah imej dia. Komen Hattan pula aku rasa hampir kesemuanya relevan.

Persembahan yang paling aku suka malam tu ialah Amylea, Felix, Akma dan semestinya - Mawi, walaupun di kecam hebat oleh banyak pihak. Kat bawah ni aku selitkan juga perbualan SMS aku dengan beberapa 'pengkritik sukarela' sepanjang konsert malam tu.

Idayu - Superstar
Aku tak tau lah samada mic dia slow atau muzik terlalu kuat, tapi persembahan Idayu agak hambar. Hanya bila dia jerit pitch tinggi tu aje yang menunjukkan kelebihan dia. Selebihnya agak mengecewakan.
Y to Me: Disappointed with Idayu
Me to Y: Me too!


Keifli - Mungkin
Bagi aku, ada kemajuan dari segi vokal berbanding minggu lepas. Namun selepas beberapa persembahan seterusnya, penonton akan terlupa pada persembahan Keifli.
Me to Ana: Caya la Keifli
Me to Y: Caya la Keifli. Impressive
Y to Me: Aku tak paham mamat LRT tu. Aku dengar BLABLABLABLA je. (Mamat LRT - Adlin)
Me to Y: Too long. Mesti now ada orang tengah sound dia to cut short his comment


Elliza - Aku Dia dan Kamu
Aku suka ekspressi muka Elliza. Tapi disebabkan Elliza banyak bergerak, lontaran dan kawalan suara agak kurang baik.
Y to Me: Elliza was better than Idayu
Me to Y: Agree on Elliza


Fuad - Puteri
Yuck!! Boleh tak kamera blur kan aje muka dia masa dia nyanyi? Kata Kudsia, audience tergamam(?) Hah iyolah tergamam.. tergamam nak tahan loya, sebab tak bawak baldi Fear Factor.
SL to Me: Muka tak climax
Y to Me: Suara orait tapi geli aku tengok dia dengan memek muka. Muntah ijau.
Me to Y: Muka Fu** cam maturbate tak abis. Muahaha..
Y to Me: Hahahahahahahahahahaha


Amy - Sesalan
Huk alah baju tu.. fail! Dari segi nyanyian, biasa jek. Tak ada apa yang membanggakan. Aku masih rasa yang Amy ni sekadar menyanyi je. Feel tak kesampaian. Lagi satu, memang lagu tu yang tak sedap kot.
Kak Teh to Me: Bagus ah kritik malam ni! Macam tengok Malaysian Idol!
Y to Me: Mamat LRT cam J** je aku tengok. Koreografi disusun cikgu so dia directly kutuk cikgu. Kakakaka..
Me to Y: Aku rasa lagu tu yang tak sedap


Yazer - Sejati
Bagus. Nyanyiannya antara yang terbaik malam tu. Tapi tak aci lah, dah 2 minggu berturut² dia nyanyi lagu rock. Masa Yazer miming main gitar tu, aku tengok placement jari dia semua betul macam tengah main bebetul. Lain kali kasi dia can menggoreng bebetul atas pentas tu pulak.
Me to E: Power anak ikan ko..

Amylea - Asmara
Bagi aku persembahan Amylea adalah yang terbaik antara semua. Cukup semua lah, suara, gaya, ekspresi muka, tarian, semuanya sesedap rasa. Satu persembahan yang sememangnya akan diingati. Kejutan dari Zahid, Farah & Nana tu menambahkan lagi keseronokan menonton persembahan Amylea. Aku rasa kejutan tu sengaja dibuat untuk menaikkan lagi sokongan pengundi pada Amylea.
SL to Me: Aku suka Amylea
Me to SL: Aku pun, I Like! I like!
SL to Me: I think astro nak tolong push Amylea
Y to Me: I am so proud of her
Me to Y: I like! I like!
SL to Me: Serious aku suka Amylea
Me to SL: Serius aku pun!
SL to Me: Ok kita promote kat blog masing²
Me to SL: Ko memang sekedek! Aku pun tengah pikir kat kepala!


Aidil - I Don't Wanna Miss A Thing
Tiada apa yang membanggakan. Satu lagi persembahan yang akan dilupakan.

Ekin - Joget Sayang di Sayang
Persembahan memang kelihatan menarik dengan bantuan Felix yang mewujudkan suasana kelakar. Tapi dari segi nyanyian, kawalan suara teruk sangat, suara dia tenggelam timbul. Apa pun aku rasa Adlin tak patut menggunakan perkataan 'monyet' sebagai gantinama pada Felix & penari² latar. Sungguh kurang ajar bunyinya. Awak bukannya mengomen dalam blog, boleh tulis suka hati. Awak sedang mengkritik secara live. Suka hati dia jek nak memonyetkan orang di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Felix - Berjuta Batu
Menghiburkan. Segalanya secukup rasa. Tapi aku lebih banyak tengok Amylea yang menari kat belakang tu dari tengok Felix.

Akma - Cahaya
Segalanya pun secukup rasa. Bagi aku Akma antara yang paling berbakat dalam AF3. Dia perlu ditonjolkan lagi dalam diari kalau nak pastikan dia kekal lama. Setakat ni, ramai yang sedar Akma berbakat, tapi selain dari itu, tiada apa² yang istimewa dapat dilihat dalam diri Akma, menjadikan dia bukan antara peserta favourite.

Marsha - Ingin Bersamamu
Action speaks louder than words atau dalam kes dia ni, body sings louder than voice. Masih belum nampak kemantapan vokal Marsha. Yang terserlah hanyalah imej seksi dia yang bagi aku terlebih perlu pulak untuk lagu tu.

Reza - Terhangat Di Pasaran
Tah le. Macam bersepah & berterabur jek. Dan disebabkan banyak sangat enterframe dari sorang budak tu, aku terus jadik tak berkenan dengan persembahan Reza.

Mawi - Dari kekasih Untuk Kekasih
Sebelum Mawi mula menyanyi, jantung aku berdebar². Macam lah aku yang nak buat show. Sememangnya harapan menggunung untuk melihat Mawi membuktikan bahawa dia layak berada di akademi. Selesai persembahan - aku kecewa. Aku kecewa kerana Mawi salah lirik. Aku kecewa kerana ada juga pitch lari sana-sini. Aku kecewa kerana penonton² di stadium over sorak untuk Mawi. Habis sebaris - sorak, habis sebaris - sorak lagi. Letakkan diri kalian di atas sana, tiba² mendapat tepukan gemuruh macam tu. Mestilah bangga. Sedikit sebanyak sorakan itu mungkin menyebabkan fokus Mawi terganggu. Kalau tak jadi over confident, mungkin semakin tertekan. Aku kecewa kerana persembahan Mawi tidak sepertimana yang aku harapkan. Tapi, adakah itu persembahan terburuk malam tadi? Tidak sama sekali. Ramai orang hanya fokus kepada kesilapan Mawi tak ingat lirik, tetapi tidak melihat perkara positif yang ditunjukkan oleh Mawi. Ya, Mawi silap lirik, tetapi Mawi tetap menyanyikan baris yang dia terlupa itu, bukannya dia tak ingat lirik dan diam jek macam sorang Diva dalam satu majlis anugerah tu. Ya, Mawi ada lari pitch sikit², tapi Mawi masih menyanyikan dengan vokal yang jelas mantap. Dan apa yang orang ramai lupakan ialah, Mawi telah membuktikan dia bukan hanya mampu membawa lagu berirama nasyid. Ramai yang dah terlupa bagaimana Mawi telah berusaha dan akhirnya mampu me-rock kan diri dia untuk lagu tersebut.
Ana to Me: Sesungguhnya koi maafkan dia
Me to Ana: Huwaa.. koi pun maafkan juga
Me to Ana: Mesti yang tak minat dia makin banyak kutuk kat @15 kang


SL to Me: So sapa palimg ok 2nite? sapa ko rasa out?
Me to SL: Amylea the best. Aku tak kira, aku nak Fu** tu gak keluar.


Bila Aznil mengumumkan Elliza terkeluar, aku tak terkejut, walaupun aku kecewa. Bukan kecewa sebab Elliza terkeluar tapi kecewa sebab bukan mamat bek bek bek tuh yang terkeluar. Elliza memang berbakat, tapi kalau nak diikutkan semua yang ada dalam akademi tu pun berbakat. Cuma kalau nak dibandingkan dengan pelajar² lain, bagi aku bakat Elliza tu kedudukannya di tengah². Di tambah dengan sikap kebudak²an Elliza yang kurang disenangi penonton tu, kalau tak minggu ni pun, seminggu dua lagi Elliza akan terkeluar jugak. Macam aku pernah kata sebelum ni, peratus undian pelajar di tempat ke-3 hingga terakhir tak banyak beza langsung. Jadi kalau persembahan ala² mudah dilupakan, sesiapa pun boleh terkeluar.


IMBASAN

SL to Me: Chet! Patut Fuad kuar.
Me to SL: Tu laa kalau kita undi Elliza tadi, mesti Fu** tu keluar.
SL to Me: Itu la.. tapi kita kan berkempen

Me to Ana: Benci laa Aznil cakap cam tu. M. Nasir cakap dia kecewa jek, bukan Mawi patut keluar. Statement Aznil saja nak tarik undi jatuhkan Mawi.
Me to SL: Boring tul Aznil dok promo Mawi patut terkeluar. M. Nasir tak maksudkan cam tu pun
SL to Me: Haah salah interprate

Y to Me: Silap besar Mawi masuk balik. It will be bad for him in long run akan dibenci pelajar lain yang prapp. Haha. Tengok undi dia skrg. 56! Eh Fuad yang keluar kalau bukan Elliza
Me to Y: Aznil exploit kenyataan M. Nasir 'bout Mawi.
Y to Me: Aznil buat statement macam MN bagi kata muktamad.

Me to Y: Abang Elliza pandai jawab laa.
Y to Me: Abang Elliza better speaking dari org itu haha

Me to Ana: Tengok undian untuk Mawi sekarang! Muahaha! Sejarah!


Aku maafkan M. Nasir. Dia memberi pendapat secara jujur. Dia kecewa dengan Mawi sebab dia tau Mawi boleh buat lebih bagus dari itu. Dengan pelajar lain dia tak berapa kecewa sebab harapan dia pada pelajar² lain tak setinggi harapan dia pada Mawi. Aku tak kisah kalau M. Nasir tak maafkan Mawi. Dia cikgu. Kalau aku jadi cikgu pun, pelajar favourite aku jawab kertas peperiksaan dapat 80%, takkan aku nak tukar markah dia jadi 95%?

Bayangkan sebuah kelas. Cikgunya bernama Nasir. Sebelum bagi kertas periksa, Cikgu Nasir yakin pelajarnya bernama Mawi akan mendapat markah 95%, manakala cikgu Nasir dapat agak yang pelajar²nya yang lain mungkin mampu mencapai markah 60%. Tamat peperikasaan, pelajar² lain mendapat 60% sepertimana yang diduga, jadi Cikgu Nasir tak rasa apa lah kerana dia memang dah agak pun. Sesetengah pelajar mampu mendapat 85%, maka Cikgu Nasir kagum dengan pelajar² yang menunjukkan prestasi lebih dari apa yang dia jangkakan itu. Tetapi bila pelajar bernama Mawi itu dapat markah 80%, jauh dari apa yang disasarkan oleh Cikgu Nasir pada awalnya, mesti lah cikgu Nasir kecewa kan? Tapi adakah itu bermakna pelajar bernama Mawi itu pencapaiannya paling buruk dalam kelas? Tidak murid-murid.. kerana ada ramai lagi pelajar lain yang hanya mencapai 60%.

M. Nasir kata, "Pelajar yang paling mengecewakan ialah Mawi". Tapi M. Nasir tak kata pun Mawi yang patut keluar instead of Elliza.

M. Nasir kata, "Elliza berbakat besar, malah lebih berbakat dari beberapa pelajar yang ada kat dalam tu". M. Nasir kata Elliza tak patut keluar jika dibandingkan dengan beberapa pelajar² lain, tapi M. Nasir tak kata pun Mawi adalah pelajar yang tidak berbakat itu dan patut keluar pada minggu pertama ini.

Kenyataan M. Nasir sengaja diputarbelitkan oleh Aznil untuk tujuan tertentu, dan sengaja dijadikan senjata oleh golongan anti-Mawi untuk mengecam Mawi dan peminat²nya. Inilah peluang keemasan yang dinanti²kan oleh chatters yang tak minat Mawi di @15. Seperti yang aku duga, semakin banyak dosa² kering terpapar di karpet @15 selepas konsert berakhir.

Sepertimana aku maafkan M. Nasir, aku juga maafkan Aznil, sebab aku tau dia makan gaji. Aznil tau apa yang dia katakan. Aznil bukannya bodoh. Dia lulusan universiti, dan dia dah lama dalam industri ini. Takkan lah dia bangang sangat dengan sengaja menjadikan diri dia mangsa kebencian peminat² Mawi? Aznil lebih dari tahu bahawa Mawi ramai peminat. Aznil tahu dengan membuat kenyataan sedemikian mengenai Mawi, dia mendedahkan dirinya kepada risiko menjadi kebencian peminat fanatik Mawi yang mungkin sebelum ini adalah peminat Aznil juga. Aznil tau, dia mempertaruhkan popularitinya sendiri dengan setiap baris perkataannya. Tapi, Aznil bukan bodoh. Perlu diingat, ketika Imbasan, Aznil telahpun mengetahui kedudukan % undian pelajar². Aznil bukan jadi pengacara AF secara percuma. Dia dibayar. Dia dibayar dengan banyak! Dan antara tugasnya sebagai pengacara AF ialah untuk menarik penonton supaya terus mengundi dan mengundi dengan lebih banyak lagi.

Dengan mengeksploitasikan kenyataan M Nasir, dan membuat kenyataan bahawa Mawi yang sepatutnya terkeluar, aku melihat ada beberapa sebab di sebalik kenyataan Aznil itu:

1) Ianya diharap dapat memberi harapan kepada penyokong² pelajar lain, membuatkan mereka berfikir -"Hah Aznil dan M. Nasir sendiri fikir Mawi yang patut keluar, maknanya Mawi bukan bagus sangat, maknanya Idayu/Amylea/Amy/Yazer pun ada peluang", dan penyokong pelajar² lain ini akan terus mengundi pelajar favourite mereka.

2) Ianya diharap dapat memberi kebimbangan kepada pengundi² Mawi. Mereka mungkin berfikir "Alamak! Mawi mungkin akan terkeluar lah. Kita mesti terus undi Mawi", dan mereka ini akan terus menghantar AFUNDI untuk menyelamatkan Mawi.

Rancangan AF, samada konsert, diari maupun konsert mingguan adalah untuk mengaut keuntungan dari segi SMS. Kalau dilihat peratusan AFUNDI antara pelajar, persaingan sengit hanyalah antara Felix dan Mawi dan selepas konsert berakhir, lebih 50% undian didominasi oleh Mawi. Ini bukanlah satu persaingan yang sihat. Kalau aku jadi tokey Astro & tokey talian telepon pun, aku risau sebab ada kemungkinan penyokong pelajar² lain putus asa nak mengundi pelajar² mereka sebab dah terang² nampak % undian Idayu, Amylea, Ekin, Aidil, Keifli dan lain² nya tu tak mampu menandingi undian peminat² Mawi dan Felix. Jadi, apa gunanya menghantar AFUNDI? Biar sajalah peminat Felix & Mawi sahaja yang berperang. Fenomena ini membimbangkan tokey² itu. Sesuatu perlu dilakukan agar Mawi tidak begitu mendominasi segala undi. Sesuatu perlu dilakukan agar persaingan sihat berlaku. Sesuatu perlu dilakukan agar penyokong pelajar² lain tidak putus asa dan akan terus mengundi. Sesuatu perlu dilakukan agar lebih banyak AFUNDI masuk. Sesuatu perlu dilakukan agar perut tokey² itu terus membuncit. Dan sesuatu yang harus dilakukan itu harus dilakukan melalui Aznil, yang merupakan tunggak dan nadi utama AF. Jadi aku maafkan apa sahaja yang diperkatakan oleh Aznil. Malah aku respek Aznil, kerana sanggup mempertaruhkan populariti dan peminat²nya sendiri demi tugas, kerana aku tahu, apa pun yang Aznil katakan, hanyalah demi menarik AFUNDI semata². .

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

18 Comments:

Anonymous eisya said...

Part Aznil tu I tak setuju kerana takkan Aznil sanggup menampakkan kebodohan dia dengan membuat conclusion yg 100% berbeza daripada maksud M.Nasir!! Orang tak payah nak sekolah tinggi pun faham aper yg M.Nasir cakap....very clear n very straight forward.....

Kecewa dengan Aznil!!!

7:53 PM  
Anonymous eisya said...

Opps.....lupa satu benda....hehe...tak puashati lagik nih....I ingat Aznil is better than Az**n tapi lebih kurang jer......

7:53 PM  
Blogger SuMie said...

K.E, I think Aznil pun tahu that his conclusion is different from what MN said, he is not stupid. But like I said, Aznil katakan apa yang perlu untuk menarik AFUNDI. The show is all about money..

-tetap maafkan Aznil, tetap maafkan M. Nasir, tetap maafkan MAWI, tetap TAK NAK AFUNDI!-

7:53 PM  
Blogger SuMie said...

Sabar K.E.. sabar.. eh K.E pun minat Mawi ke?

7:54 PM  
Anonymous kak ri said...

president parti pembangkang dah bersuara...hehehhe...tunggu gak your review.... I dok sms pada uncute...citer pasal amylea punya dressing...me cukup berkenan sekali...lagi cute masa dia buat twist ngan aidil...the whole looks kena ngan lagu and joget dia....pasal mawi i feel sad orang kutuk dia, tapi insyallah he will still be in the finals...

8:25 PM  
Anonymous Q said...

malam tu show amylea & felix yg paling aku ingat sekali sampai sekarang... dan mulai mlm tu jugaklah, aku declare that felix is my anak ikan... huhuhu...

8:26 PM  
Blogger SuMie said...

Kak Ri, kitorang kat rumah ni pun berkenan sungguh ngan Amylea punya dressing & gaya. Masa twist tu pun, asyik nak tengok dia jek. Bukan tengok Felix.. hihihi

8:26 PM  
Blogger SuMie said...

Q, ko pun nak anak ikan jugak? Tapi Felix tu bukan anak ikan la.. dia anak kucing.. huhuhu

8:27 PM  
Anonymous eisya said...

Sumie, nak kata minat sgt pun tak, nak kata tak minat tu minat gak ler sikit-sikit...suka tgk gelagat dia ngan Felix dlm diari....tapi I tak nampak rasional peminat dan pem-tak-minat Mawi untuk memuja dan mengutuk mamat nie sebegini sekali.....he is only human....

8:27 PM  
Anonymous screw said...

ish ish ish.. Amylea tu anak didik aku sumie oii... apa2pun aku dah promote dia kat blog aku..

9:17 PM  
Anonymous lela said...

sumie..

aku memang nak cili je mulut aznil tu, dia putar belitkan kata kata sifu... kalau dah keje dng keling ... jadi keling jugak ... lidah bercabang ...aku rasa sifu pun geram dng aznil... aku memang tak boleh maaf kan astro dan aznil ...

aku rasa sifu kata org lain yg patut keluar ... dng mawi dia kecewa ...
kecewa dng keluar 2 benda yg berbeda

btw aku happie sebab kali nie astro termasuk lubong yg digali oleh mereka sendiri ....lepas nie entah apa lah pulak astro akan kambing hitamkan si mawi tu ...

kesihan mawi .... mentang mentang lah budak tu org kampung, budak susah ... dia buat macam bahan uji kaji je ...aku memang geram kat astro...laki aku dah cakap ... lepas AF nie dia nak tamat kan perkhidmatan astro ... *protes dlm diam lah nie* sebab buat mawi macam tu .... macam lah kita nie bodoh sangat tak tahu politik mereka .... mahu je aku bakar bangunan astro tu ...

9:18 PM  
Blogger SuMie said...

Lela, aku pun rasa Mawi tu diperkotak-katikkan aje. Sama la Aznil & M. Nasir pun diperkotak-katikkan jugak. Semua tu orang kita.

Yang kayoo, yang buncit perut tu jek bukan orang kita.

9:23 PM  
Blogger SuMie said...

screw, akan ku bantu mempromokan anak didik ko itu

9:24 PM  
Anonymous wai em said...

mawi telah membuat ku tak lena tido...mawi mawi..'seswatuh' budak ni hehehe

9:26 PM  
Blogger SuMie said...

wai em, dia pakai ilmu tak? Hehehehe.
habis semua mak orang, bini orang (bercakap bagi pihak diri sendiri), tunang orang, gelfren orang, anak orang sumer gila kat Mawi..

9:27 PM  
Anonymous aidid5 said...

sumie , bab over sorak masa mawi nyanyi tu akak nak komen sket.If u were there for sure u will join the crowd.Aura mawi terlalu kuat. Secara spontan hampir kesemua I repeat almost everyone jerit2 start dari dia melangkah ke tempat aznil.tak payah di suruh2. Memang tau gak implikasinyer tapi dia mcm tindakan reflex tau.Betul2 tsumawi melanda mlm tu.Mmg agak mengecewakan bila dia tersilap melodi. Lupa lirik tu biasalah. Reza pun lupa lirik. Tu komen AAH kan.Mmg bila dah over byk buruk dr baiknyer kan.Camner akak pun tetiba jadik fan yg fanatik yewwww. tolong2. hehe. So, dgn ini saya mengishtiharkan kempen tak nak afundi pasti tidak akan berjaya bagi saya walaupun tidak seteruk masa azizi n fitri (mmg kontrolll) tapi saya tetap menyumbangkan sedikit faktor mawi tetap di atas.Yihaaaaaa.

9:28 PM  
Anonymous Farah said...

A'ahla..attractive betul Mawi tu..ilmu aper dier pakai?????

9:28 PM  
Anonymous boyzbreep2 said...

assalammualaikum....hmmmmm jelak aku nengok laporan ngko ni..aku pun pengundi mawi gak....fair la jugak ngan budak2 lain...ni yg negatif pada mawi ngko positifkan..aparaa ngko tak rock la...tapi VOTE FOR MAWI okeee....

9:30 PM  

Post a Comment

<< Home