Monday, June 27, 2005

AF3 - Konsert Minggu Ke-4

Masa memula pelajar² perkenalkan diri tu, perkara pertama yang menarik perhatian aku ialah, Amylea & Akma nampak begitu cantik sekali. Mungkin Tukang Baju & Tukang Rambut tak suka berada dalam carta AFUWEK, maka minggu ni diorang buat kerja dengan penuh keinsafan agaknya. Apapun, walaupun cantik, fesyen baju tu mestilah diberi perhatian juga dari segi kesesuaian. Diorang patutnya tahu, bebudak tu kena menari lagu Menuju Puncak di akhir konsert. Janganlah bagi budak² tu baju yang rabak sakan sampai bila berpusing hampir nampak segala yang dipakai kat dalam. Takkanlah takde baju lain yang lebih sesuai. Kalau budak tu duduk barisan belakang boleh cover lagik. Tapi kalau duduk barisan depan, satu Malaya tengok! Kesian kat mak bapak diorang yang sesama tengok konsert tu.

Amy - Bilang Saja
Ada kemajuan dari segi persembahan, tapi nyanyian dia terutamanya untuk nada rendah tak sedap langsung aku dengar. Masa Amy nyanyi aku nampak backup singers berbaris kat tepi tu, mulut diorang jek terkumat-kamit, tapi suara diorang tak dengar langsung. Haloo haloo.. abang mikrofon tido ke?

Yazer - Nyanyian Serambi
Memula tu cam ok. Dah separuh lagu, cam bosan pulak. Dalam hati aku dok kata, panjangnyaaaa lagu ni.. bila laa nak abis.

Akma - L.O.V.E
Bagi aku, seksi Akma menjadi. Aku suka nengok aksi berani dia menggesel kat tepi tangga tu. Patutnya Akma terus turun jek, pegi kat Adlin tu kibas² sikit muka dia dengan bulu ayam tu. Dari segi nyanyian, takde mende aku nak kata sebab kat telinga aku dengar sedap jek.

Kefli - Seksa
SEKSA!!

Selepas 4 lagu, aku rasa konsert malam tu macam bosan nak mampus. Mungkin kerana pemilihan lagu yang ditugaskan kepada pelajar² terdiri dari koleksi lagu² dodoi, atau mungkin kerana volume muzik slow. AFUWEK Tukang Pilih Lagu dan AFUWEK Tukang Jaga Volume.

Satu lagi, iklan download tone tuh bebetul menyemak kat atas skrin TV aku. Tolooonggg laaa.. kat @15 tu kan dah bersepah² iklan, pastu kan dah ada slot iklan selang beberapa minit show tu, tak cukup² lagi ke? Benci betul aku nengok tiap kali keluar iklan kaler kuning tuh. Memang aku rasa nak carut habis Astro nih. !@#$$%^&*(). AFUWEK Iklan Download Tone. AFUWEK ASS-TERUK!

Marsha - Tunggu Sekejap
Akhirnyaa.. ada pun persembahan yang memecah kebosanan malam tu. Aku suka keseluruhan persembahan Marsha.

Felix - Aku Semut Merah
Bagi la lagu apa pun, aku rasa semua dia boleh nyanyi. Dengan baju dan geleknya tu, memang ada gaya penyanyi kelab dangdut lah. Sakit perut jugak aku dibuatnya, pengkritik buat lawak, Felix punya respond kat pengkritik pun kelakar selamba jek.

Reza - Senandung Semalam
Satu lagi persembahan yang membosankan. Bila Adlin cakap dia macam 'bedah', aku terus teringat kat sorang kawan aku, nama dia Bedah jugak, rambut dia sebijik cam rambut Reza tu la.

Ekin - Antara Dua
Nyanyian semput semacam. Pergerakan pun tak cukup lincah. Ekin patut fikirkan sedalam²nya maksud disebalik komen Syafinaz bila dia kata, dia cuma nampak kasut Ekin jek yang cantik. Dalam ayat yang lebih kejam, komen Syafinaz mungkin berbunyi begini - "Kalau awak bukak boot awak tu, letak kat tepi pentas dan awak terus menyanyi macam tadi, saya akan pandang boot awak tu aje"

Idayu - Tiada Lagi Tangisan
Masa mula² dia bukak mulut tu, memang terasa energy nya, tapi bila dah separuh lagu, dah hilang pulak.

Amylea - Don't Know Why
Amylea punyai kekuatan dan keunikan sendiri samada dari segi vokal maupun persembahan. Aku tak pernah suka lagu ni, bagi aku membosankan, sesuai untuk tido jek. Tapi Amylea berjaya buat aku rasa nak tengok dia dari awal sampai habis.

Aidil - Suratan Atau Kebetulan
Mendatar. Bosan.

Mawi - Nour El Ain
Cheiss!! Berani penari kertu itu mencuit pipi dan meraba² Mawi.. cheiss.. akan ku cari ko sampai dapat dan akan ku kerat jari-jemari ko itu. Kalau aku jadi penari yang dapat pusing² ngan Mawi tu, harus longgar lutut, tumit dan ibu jari aku dek kerana pandangan mata Mawi tu. Tak kira la, kata la aku bias ke fanatik ke, lupa diri ke, apa ke, tapi bagi aku persembahan Mawi lah paling best malam tu. Mungkin kerana lagu tu memang sesuai dengan Mawi. Lagipun aku pun tak faham dan tak hafal liriknya, manalah aku tau pun kalau dia ada buat salah.

Secara keseluruhannya, selain Mawi, aku suka persembahan Amylea dan Marsha. Pada awalnya, pilihan aku untuk Final 6 ialah Mawi, Felix, Yazer, Idayu, Amylea & Akma. Tapi aku dah agak sekurang²nya 2 orang dari pilihan aku tu akan menjadi mangsa 'lupa undi'. Dan aku memang dah agak Idayu tak akan selamat melangkah ke pusingan akhir, cuma aku tak sangka pulak dia terkeluar seawal ini. Dengan tersingkirnya Idayu, aku meletakkan Marsha sebagai ganti untuk ke final nanti.

21 Comments:

Anonymous Y said...

i think antara yg plg buruk ialah persembahan aidil dan kefli.

3:03 PM  
Anonymous cik zam said...

saya pun bias...mawiiiiiiiii besssttt gilakkkkk ..hihihihii

3:03 PM  
Anonymous MG said...

Was bloghopping - suka your blog. Agree with Y - apa teruk sangat performance si Kefli and Aidil. Segala macam sumbang dan takde energy langsung ahhh.

Anyway - I really like your review. Keep it up :)

3:04 PM  
Anonymous M said...

seksa aku dengar kefli tu....selain speza, kefli dah masuk dalam carta afuwek aku

konsert malam tu aku suka mawi, amylea, adlin, fauzi marzuki dan syafinaz...amy lawa sangat dan improve dari lepas2, marsha pun ok plak tapi aku prefer version jac

mawi and felix, buat apa pun orang suka

yang lelain, susah-susah saja...hehehhehe

idayu..hmmmmmm yang terbagus sore mesti terkuar

3:05 PM  
Anonymous skru said...

mlm tu aku suka amylea,mawi, felix sbb lagu ni abah aku ajar nyanyi masa kocik, idayu.. dan tak lupa gak shafinaz adlin dan fauzi marzuki... TAPI AMY MEMANG NAMPAK CANTIK malam tu.. eh sikit lebey kurang je komen aku dgn M ni...

3:05 PM  
Anonymous Hanim said...

Saya rasa pengkritik telah meletakkan mawi dalam standard yg tak sepatutnya. Kenapa syafinaz mesti meletakkan standard yg tinggi utk mawi? Apa dia dah lupa si mawi tu cuma pelajar af jer, bukannya penyayi pro. Apa2 pun, suka komen adlin. Adlin kata whatever syafinaz komen dr segi teknikal, mawi dah beyond books n technic dah. Yehaaaa!!!Idop mawi! Idop Adlin!! I thinks they have the best critics ever in this fourth concert.

3:06 PM  
Anonymous aidid5 said...

sian kipli tau. mmg terseksa dia nyanyi kan lagu tu.setuju afuwekkk pemberi lagu. Yang akak nampak, kipli ada nampak kesungguhan utk berusaha membawak lagu tu sebaik mungkin.Aidil yg nampak cam mensia-siakan bakat yg ada. Penat je cikgu CT bagik dia semangat. Cikgu CT oiii, baik kasik semangat tu kat yg lebih layak lagi , sapa lagi klu bukan Mr Worlddd. hehe.Astro ni yg 'ba alif ngang' kasik lagu yg tah apa2 kat anak ikan akak tu.Sian tgk dia muka sedih je lepas tu.
Takpe, akak akan sentiasa support prapp yerrr. Abis sumer member2 akak yg akak tlg book kan teket jadik mangsa suh undi si kipli. hehe. Tima kasih semua.
Lepas Mawi abis nyanyi, kita org sumer kasik dia standing ovation tau.Fuhhhh besss segiler gilernyerrr tgk live ni.

3:06 PM  
Anonymous angel said...

Mawi dah tak suci sebab kena raba dgn dancer tu.Mawi bukan teruna lagi.

3:07 PM  
Blogger SuMie said...

Y, agree. Kefli & Aidil mmg nyanyi paling buruk.

MG, welcome & thank you for reading.

M & Skru, haah laa.. lupa lak aku nak puji semua pengkritik yang bagi kritikan bagus² malam tu. Anyway aku nengok Amy macm Ning Baizura lah.

Hanim, tu lah susahnya bila populariti tu lebih dari orang lain, memang orang akan menilai dgn standard yang berbeza. Aku pun tak setuju, kesian kat Mawi, tapi aku rasa tu lah hakikat yang Mawi kena juga terima. Jadi, dia kena juga berusaha untuk improve diri dia supaya setaraf dengan populariti yang diraih.

kak Aidid, kekeke.. kesiannya member² akak yang terpaksa undi Kefli tuh, mesti diorang pun terSEKSA jugak.

Angel.. kakakakakakaaaaa..
Arghh!! Akan ku kerat² jari penari tuh.

3:07 PM  
Anonymous Uncute said...

kak aidid : setuju ngan aka..kefli ni asyik dpt lagu susah jer.

Btw..Adlin tu bakal ganti KK ke? kemusykilan kejap.

3:08 PM  
Anonymous ana said...

sumie, aku paling hangat bila part penari tu cuit pipi world! arggghhh!

(tengah ngafal nourel ain nak nyanyi depan laki akuu...tehehe)

tak boley bernafas bila tengok show mawiii.....

3:08 PM  
Anonymous aielemocnian said...

kengkadang gegham gk kan peminat2... xleh dicuit sket mawi tuh... pastuh bila ada yg komen pasal mawi, terus x disukai, bila puji pasal mawi, suka balik laa plak...

tp rasanya ada btul syafinaz ckp... mawi ada byk lg kena blaja... bila dgr balik, byk gk yg mcm mawi ada terkucil sana sini... lgpun rasanya kalau bab2 qasidah nih, rasanya mcm mawi dh pro... tp ada gk terkucil sket2... hehehe!!

kalau stakat dgr jer mp3 mawi, mmg x layan sgt kut... kena ada gambar baru 8 juta kali tgk pun x bosan2...

byk komen kita lebih kurang jer kak sumie...

tp sgt2 laa terkedu depan kom masa idayu kena kuar... x budget awal sgt...

terus mcm merajuk nk tgk extended... bila dgr idayu nyanyi mesti rs sedih2 sbb xleh dgr dia nyanyi dh...

dh 3 hari x sanggup nk tgk extended sbb nanti nampak muka dan dgr suara idayu...

nanti2 dh ilang feeling nih, tgk baliklaa kut...

tp berkabung jap...

di samping kerja byk nk mampus..... argh senseeeeeeeei!!! sampai hati!!!

3:10 PM  
Anonymous zazz said...

sumie,

pagi2 mesti ke blog u dulu untuk review. wajib, hehehe..

saya rasa pun amy cam ning malam tu. for me, nampak amy ni trying her best sejak dari konsert lepas, cuma stamina kureng so bila banyak bergerak, sora mula nak semput.

paling tak tahan tenguk si felix, macam mat dangdut betul, ngan seluar putih tu. hahahaa..dah tu selamba jer jawab dengan syafinaz.

3:10 PM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Tetiba Odah rasa dah fed up dgn AF3 ni.Konsert sellau lagu boring. Diari pun sebab baca blog SUMIE aje jadi best. Kalau tak sah2 boring. CUma Odah sukakat YAZER aje sebab ala2 jantung bergegar gitu. Kalau takde lagi orang yang diminati kat AF3 ni memang malas nak tgk.Pastu jarak yang terlalu berbeza antara peratusan pelajar no.1&2 dan nombor2 yang lain. Yang lain tu rasa memang tak selamat langsung. Idayu yang best pun dah terkeluar. MAwi dan Felix punya aura memang sedut semua aura pelajar2 lain sehingga competition ni jadi macam untuk fliex dan mawi aje. Bukannya anti budak 2 orang ni tapi ntah yer...depa memang best (termasuk anak ikan ku YAZER). Wakakaka. Camni Odah nak tuntut ilmu sedut aura la...

3:11 PM  
Anonymous CikOdahGelang said...

Odah suka Syafinaz comment. Best. Yazer ni Odah rasa nak buat telephati supaya dia nyanyi tu kasik aura best2 sikit. Yang lain Odah suka Mawi, Felix, Idayu dan Amy. Amylea ni Odah tak reti sgt nak suka nyanyian dia. Yang 3 jejaka AFUWEK tu cepat2 la kuar. Disebabkan pengundi ni ramai kaum sejenis ku juga,maka kaum2 3 jejaka tu selamat la.

3:11 PM  
Anonymous rain said...

mawi kena raba? muahaha!!yg aku nampak dia mcm kena penampo salah sorang penari tu..tak perasan pulak bila kena raba..boleh tahan juga kadar kelajuan tangan penari itu
*aku rasa geng penari tu pun minat mawi laaa..

3:12 PM  
Anonymous Hanim said...

wonder kenapa dah dua org cium tgn si mawi bila diorang terkeluar. Wangi sangat ke tangan si mawi tu? Hmmm...

3:12 PM  
Anonymous rain said...

diorang respek kt mawi tu.. mawi kan mcm ustaz n abang kpd diorg..takdela mcm 'abang sorang lagi' tu..mawi ade buat usrah kat diorg kot

3:13 PM  
Anonymous kak ri said...

Puas hati...happy dan gembira sekali sebab AFSOKONG 3-3...semua buat dengan baik. Skru...me sungguh bangga sekali tengok Amylea. Mawi tok sah cakap la....cam jakun me ngan UC dok wooooo!!! bila dia perform. Felix ngan Mawi can take over that Senario people anytime.

AFUWEK MINGGU INI JATUH KEPADA CIKGU EE

3:13 PM  
Anonymous Nart said...

sumie, dlm extended amylea ada cakap pasal dia pakai tight skin color..panjang mana takde lak dia mention hahaha
so mende2 "nampak" yg ko risau tu telah dikaverina la kut

3:14 PM  
Blogger SuMie said...

Nart.. huhuhu thanks for the explaination. Tapi sayangnya cuma beberapa kerat jek yg tengok diari Xtra tu. Patutnya diorang kena tunjukkan apa yang Amylea cakap tu kat diari on TV, takdelaa orang buruk sangka kat Amylea maupun tukang jaga baju.

3:14 PM  

Post a Comment

<< Home