Saturday, June 18, 2005

'Bot ber-wap' & Juara Longkang

Entry ni tak ada kena mengena dengan Diari AF maupun Konsert AF. Sebenarnya dari minggu lepas aku nak update ni, tapi tak berkesempatan.

Ahad lepas (12 Jun), AMTY bersidang lagi untuk acara 'Bot Ber-wap' & Juara Longkang. Rasanya tarikh tu memanglah sangat² bertepatan. Maklum lah sehari selepas konsert pertama AF, jadi tersangatlah banyak cerita yang hendak dikongsi. Bertimbun juga daun ketupat yang perlu dianyam, dan banyak juga kelongsong ketupat yang perlu diisi.

Acara 'Bot Ber-wap' tu bukanlah acara AMTY bermandi wap beramai² di dalam bot, malah acara itu dibuat jauh sekali dari laut maupun sungai. Bukan juga dalam bilik ber-wap ala² mandi sauna tuh. Sebenarnya kitorang pegi makan steamboat kat Johnny's Restaurant. Kononnya lunch lah, padahal yang datang tu semua tak sarapan pagi lagik dengan tujuan memang nak melantak sebanyak mungkin. Aku datang dengan Abang, Raha & Ounis. Masa aku sampai, Screw, Mag, Uncute, Qyrie, Watie & family dah menunggu. Aku ingat aku dah dapat rebut takhta Ratu Lambat, lupanya aku tewas ditangan Kak Sham yang muncul selepas kami order makanan.

Menu utama di Johnny's dah tentulah bot ber-wap (steamboat), selain tu ada beraneka nasi goreng, nasi ayam, noodles, chicken wings. Jadi AMTY yang tak makan seafood memang ada banyak pilihan lain. Aku lupa pulak nak amik gambar hidangan kitorang hari tu. Selalu kalau bab² makan nih, ada jek AMTY yang keluarkan kamera. Tapi hari tu semua dah lapar sangat kot.

Persidangan meja panjang di Johnny's memang meriah, disebabkan aku dah book bilik tertutup, jadi memang privacy sesangatlah. Memang tak seganlah kalau Watie nak mengilai ke, Qyrie nak jadi Nenek Tiri dalam bilik tu ke (dah naik pangkat dah, dulu Mak Tiri jek). Topik terhangat di pasaran tak lain tak bukan topik AF lah. Aku dengan Watie mestilah promo Mawi, anak ikan kitorang tu kan. Screw pulak dengan kekaguman tak sudahnya terhadap kelicinan ketiak protegenya, Amylea tu. Qyrie pulak, dan dang dut minat kat Felix pulak. Hari tu seingat aku dia yang yo yo oo tak nak tengok Diari AF. Haa kau, baru seminggu, tersangkut jugak.

Lama jugak laa kitorang kat Johnny's tuh sampai kerusi yang aku duduk tu pun ala² tak puas hati jek kat aku. Time aku mintak bil tu jugak lah kerusi tu nak terbalik, lagi 2 inci jek, nyaris aku nak tergolek. Kosser tau. Depan² waiter tu lagik. Detik Keemasan gitu. Rugi tak bawak video-cam, kalo tak, AMTY boleh hantar Detik Keemasan tu masuk Candid Camera ke, Malaysian Most Funniest Video ke, harus akak glemer satu Malaya. Disebabkan tu akak tak sempat nak touch-up mekap akak yang dah cair kena wap steamboat tuh. Bukan apa, tak nak lah duduk lama² lagi kat kerusi yang dah mendajalkan aku tuh kan.

Seterusnya dengan perut yang kenyang, kitorang bergerak pulak untuk acara Juara Longkang. Tak ramai orang kat tempat bowling tu, agaknya orang tak tau lagi tempat tu kot. Tak ramai pun bagus, takde lah segan sangat akak nak melongkangkan bola tuh kan. Kitorang pun amik 2 lane ala² nak dekat hujung sekali, kira² lane paling coverline la tu.

Aku sebenarnya dari awal dah konfiden dah memang aku akan 'menjuarai' game hari tu. Belum pernah lagi sepanjang career aku bermain bowling aku ditewaskan dalam acara melongkang. Selama ni main ngan family aku pun, mak aku pun kalah ngan aku. Walaupun adik-beradik aku semua pandai main, sampai ada yang ada bola sendiri, tapi aku lagi terer dari diorang bab² melongkang nih. Cakaplah, luruskan tangan ke, fokus kat jari ke, fokus kat bola ke, memang aku lah Juara Longkang tiap kali main. Nak kata tak bedung tangan, mak aku kata bedung sama jek dengan adik-beradik yang lain. Jadik aku tak tau lah kan apa 'magic' nya tangan aku nih sampai susah sangat nak kasi bola tu pegi lurus.

Tapi akak tetap menten.. walaupun akak Juara Longkang selama 14 kali berturut², dengan penuh semangat kesukanan akak tetap turun padang sebab akak belum pernah lagi bowling ngan AMTY. Lagipun akak dah tanam azam sejak 2-3 bulan lepas lagi yang akak akan merampas takhta Ratu Longkang yang Mag sandang di Kuching dulu. Mentang² akak tak pegi Kuching jek masa tu, kalau tak, takkan merasanya Mag pakai tiara dan selempang ratu tu.

Abang, Ounis, hubby Watie, Screw & Kak Sham main satu lane memandangkan diorang pemain professional yang memang tak ada harapan menjadi Juara Longkang. Aku, Mag, Uncute, Watie & Qyrie berentap kat 1 lane lagi bagi merebut gelaran Ratu Longkang. Kanak² pula bermain di lane kanak² yang sungguh tak aci tuh. Tak aci tau, diorang punya lane ada pagar kat tepi tuh, kompem tak masuk longkang punya. Next time main, aku nak main kat lorong tu okey!

Selepas tamat game pertama, kompem tiara Ratu Longkang milik aku. Walaupun Ounis selaku Pemain Import berjaya mengutip lebih 200 points, ternyata aura Ratu aku lebih steady dan lebih world gitu.. Mag dengan sayunya melepaskan tiara yang hanya sempat dijunjungnya beberapa bulan jek tu. Sudahlah Mag, buat apa ko menangis di sini, pergi ko menangis di sana! *sambil menggayakan tiara lip lap seberat 1½ kilo dengan sombongnya*

Game ke dua menyaksikan persaingan sengit antara aku & Mag. Malangnya game tak sempat habis, dengan kelebihan 2 mata sahaja, aku gagal merampas selempang Ratu Longkang dari Mag. Cheiss!! Camanapun, kalau dicampur semua markah, aku masih lagi yang paling layak menjunjung tiara lip lap Ratu Longkang tu. Oh.. lihat lah doniaa..!

Game ke dua tu juga menyaksikan aku memecahkan rekod ku sendiri, membuatkan aku berazam untuk bertanding di Sukan Asia, seterusnya ke Sukan Olimpik di musim akan datang.. Shalin, ko tunggu aje lah cabaran akak ye.. huhuhu. Dan game ke dua itu juga menyaksikan satu lagi Detik Keemasan bila bola bowling aku terlepas ke belakang, Huhuhu.. secara tak langsung memberikan aku 1 lagi gelaran ratu, iaitu Ratu Detik Keemasan. Aduh, tak larat nih junjung tiara banyak²..

Cukup²lah aku merapu tuh. Tak terer ngaku jek lah tak terer ye dak? Lagi nak cover², Ratu Longkang lah, tiara lah, selempang lah.. Anyway, tak terer pun, aku join gak korang main kan? Setengah orang, kalau dia rasa tak terer, dia tak nak main pun. Alasannya, segan. Bagi aku, tak ada apa nak segannya. Setakat main suka² apa salahnya. Kalau nak ikutkan segan, sampai sudah lah tak merasa. Lainlah kalau orang suruh masuk tournament. Memang sah² aku volunteer.. err tapi volunteer bancuhkan air sirap la.

Aku kalau bab² sukan, tak kira la indoor ke outdoor ke, memang sejak sekolah lagik hopeless. Masa sekolah dulu rasa rendah diri jugak lah, terutama bila tiba minggu sukan sekolah. Baik lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi, baling membaling, semua pun fail. Tapi aku tak suka lah duduk jek tepi pondok rumah (time sukan kan selalu diorang buat pondok) tunggu air glukos. Dan aku juga tak suka jadi tukang bawak sepanduk rumah untuk kawat walaupun aku rasa aku nih ada la jugak kriteria gadis pembawak sepanduk kan (huhuhu..). Jadi aku akan tetap cari jalan untuk contribute. Aku masuk lah volleyball ke, netball ke, walaupun selalunya aku jadi pemain simpanan jek dan kebanyakan masanya aku tak main pun, tengok & sorak jek. Dan selalunya aku mesti join kawat lah. Iye laa, orang tak terer sukan mesti diorang suh masuk kawat kan? Tak kisahlah, janji aku ambik bahagian, tak ketinggalan.

Point aku sebenarnya, tak kiralah AMTY nak buat aktiviti apa pun, asalkan bukan aktiviti melanggar undang², selagi masa dan keadaan mengizinkan, aku tetap akan join. Tak kiralah samada aku terer ke tak. Yang penting, aku ambil bahagian dalam mengeratkan persahabatan AMTY. To AMTY, korang semua memang best! Walaupun dah setahun berlalu sejak kita mula² meningkap, korang masih tetap Terhangat Di Pasaran!

Lepas ni apa pulak ek.. Raja/Ratu Mikrofon? *aku cop lagu Intifada! Huhuhu..*

11 Comments:

Anonymous y said...

aku nomo 1! hahaha aku pun pernah terlepas bola ke belakang tapi control je kakakaka. juarla longkang ni bagus gak sebab bagi confident utk org cam kita ni chalen bebudak yg teror. bila lagi aku nak cecah 100?

5:59 AM  
Anonymous kak ri said...

Dah banyak kali UC ajak ikut masa u all gi nengok wayang or kumpul kat mana-mana...selalunya tak sempat gi atau ada hal lain....tengok lah next time

6:00 AM  
Anonymous Presiden Kelab AFUWEK said...

jom jom jom kak ri!!! lepas ni Raja/Ratu Mikrofon.. musti Sumie tak nak lepas kan mic kat org lain gak ;p

6:00 AM  
Anonymous Rem said...

Sumie, rasanya kita kena bertanding head to head - siapa sebenar juara longkang. Kalau takat di KK (bandar terbesar kat Sabah!), memang saya dah juara bertahun-tahun. Rasanya semua longkang kat pusat Bowling KK, saya dah susuri dengan bangganya.

Tapi kat UK ni susah nak praktis kemahiran melongkang. Bukan apa, diorang kat sini ada kategori 'bowling berpagar'. Ni bukan lawak ye. Memang betul! You're given an option sama ada nak pakai pagar atau tak. Dan kebetulan pula, tiap kali kitorang nak pi main (sekumpulan 'budak kampung' dari Malaysia), belum apa-apa lagi mamat yang jaga boling tu dah pasang pagar siap-siap. Dia macam dah tau-tau pula bakat terpendam kitorang. So, kitorang pun tak kan nak tunjuk ego pula - nak minta buka pagar. Main saja la dengan pagar-pagar tu sekali. Kesudahanya, tak ada le acara longkang melongkang!

Kat M'sia, saya tak pernah jumpa lagi lorong bowling berpagar ni. Tak tau ler sekarang. Ada ke?

6:01 AM  
Blogger SuMie said...

wahh y, citer 100 ke? Aku dapat 50 pun dah cukup bangga siut.. huhuhu

kak ri, jom lah join next time. mana tau kot buat Juara Microfon pulak, saya nyanyi Intifada, Kak Ri nyanyi Kekasih Awal dan Akhir, Watie nyanyi Dari Kekasih Untuk Kekasih. Presiden Kelab mesti nak nyanyi lagu Asmara.

Rem, ada Rem.. kat tempat kitorang pegi tu ada lorong berpagar tu. Tu yang aku kata lane kanak² tak aci tuh. Next time aku main, mesti main kat lorong tuh.

6:02 AM  
Anonymous Uncute said...

memang budak2 tak aci sebab ada pagar..tu pasal markah dia org semua 90 ke atas.

Aku kalau part ratu microfon tu..aku dah lama praktis warm up suara...cepatlah tak sabar ni. :D

6:02 AM  
Anonymous eisya said...

Sedih nyer tak dapat p.......

6:03 AM  
Anonymous eisya said...

Opps....lupa lak....I kalo masuk Juara Microfon nak nyanyi lagu 'Nak Bujang Rindu'.......hahahaha

6:03 AM  
Anonymous Uncute said...

K.Eisya..lagu tu dah sold outlah sebab anak2 dara ramai dah cop :D

6:04 AM  
Anonymous Q said...

aku nak nyanyi lagu berjuta batu & nari ala² felix... huhuhu...

6:04 AM  
Anonymous M said...

eh bila next AMTY gathering ni?? best la jumpa ramai2 ...asik2 menaip penat gak, heheheh

6:05 AM  

Post a Comment

<< Home