Wednesday, June 01, 2005

Diari AF3 - 1 Jun: Bhg 1

Hari ni baju Aznil dah tak kelam macam semalam. Kan ceria pakai gitu. Dan hari ni aku tak dengar dialog "..inilah realiti kehidupan..". Bagus lah gitu. Cari lah idea untuk dialog lain pulak ye.

Mula² kelas Adnan. Hari ni dia dah tak jadi salesman, tak ada iklan yang meyebabkan aku menjuihkan bibirku yang berlipstick kaler perpel ini. Pelajar² praktis lagu masing². Pelajar² perempuan nampaknya tak ada masalah berbanding pelajar lelaki.
Akma okay, dah la muka macam Syura, nyanyi pun lagu Syura. Yang bagusnya nyanyian dia tak de lah macam Syura.
Keifli biasa jek. Part tinggi tu macam meneran sikit. (Masa dengar Keifli nyanyi, kedengaran presiden persatuan anti-Slam di rumah aku bersuara, "Eeeii..!!!". Hubby aku la tu. Dia memang tak leh dengar lagu² Slam dan lagu² mendayu yang seangkatan dengannya)
Aidil pun cam biasa je. Part tinggi tu macam bunyi angsa tercekik pun ada.
Reza - okay. Amy - best gak.
Idayu pun okay. Adnan suruh dia nyanyi lain sikit sebab kalau nyanyi lagu Siti, orang mesti compare dengan Siti.
Elliza - okay.
Amylea - okay, tapi sebutan dia macam ada slang mat salleh sikit.
Yazer - okay. Fuad - biasa jek.
Felix - baru la aku nampak muka dia berkerut bila part tinggi. Cam ada masalah sikit. Mungkin kena belajar lagi teknik pernafasan atau teknik lontar suara dengan betul. Kebanyakan pelajar lelaki ni, masa part tinggi tu aku rasa diorang 'tarik', bukan 'lontar'.
Ekin - nampak ada style sendiri, cuma aku rasa lagu tu boring gila.
(Kalau Mawi ada, mungkin kita dapat nengok Mawi tengah praktis lagu Yasin ke lagu Jamal Abdillah ke.. hehehe)

Lepas tu diorang makan. Tak jelas sangat apa yang diorang bualkan. Terdengar Reza cakap "Ask laa, Ask laa..". Kemudian Amylea pula memberitahu (tak tau bagitau sapa) that most of her friends panggil dia Amylea, family aje yang panggil Amy.

Kemudian kita tengok Puan Fatimah berbincang dengan Yazer tentang lirik lagu. Rasanya Yazer ada masalah untuk hafal lirik lagu tu. Selepas tu puan Fati berbual panjang pulak dengan Ekin. Aku tak dengar sangat masa ni. Tapi dia ada la sebut pasal rendah diri, pasal makanan. Mungkin Ekin rasa rendah diri dengan pelajar² lain dan ada masalah menyesuaikan diri dengan masakan semenanjung. Masa ni semakin jelas aku nampak muka Ekin ada iras Lidyawati. Ekin ni kalau tengok tanpa mekap, memang cute. Tapi masa Konsert Prelude hari tu, aku rasa diorang mekap dia nampak terlalu dewasa. Rasanya lebih baik dikekalkan imej remaja dia tu.

Seterusnya dalam kelas tarian, nampaknya diorang dah dapat menguasai step untuk lagu Menuju Puncak. Kata Linda, step tahun ni ikut lirik lagu. Bagus jugak, feel lirik lagu tu sambil menari, tak ada la menari menonong jek kan. Dalam ramai² tu aku paling suka tengok Ekin menari. Kalau dalam diari semalam masa kelas tarian kamera banyak fokus pada kumpulan sebelah kiri, hari ni banyak fokus pada kumpulan belah kanan pulak. (Masa kelas tarian ni, Raha tengok TV tak kelip² mata. Suka kot dengar 'one two three four' tu. Jangan dah besar besok dia nak masuk AF, sudahh..)

Kemudian diorang ada kelas Bahasa Inggeris. Diorang disuruh perkenalkan diri sebagai pasangan, i.e: Tarzan & Jane, Charles & Diana, Justin & Cameron Diaz.

Lepas tu bebudak tu kena lecture lak dengan Asrul. Garang pulak Asrul nih. Asrul kata diorang ni tak serious, kurang disiplin, bla bla.. tapi tak pulak dia bagi contoh masa bila, tang mana yang bebudak tu tak serious or tak berdisiplin. Lengkali bagi lah contoh ye Asrul. Senang bebudak tu nak paham tang mana silap diorang. Sebagai pelajar tertua, Reza diminta memberi pendapat dia berkenaan perkara tu, Reza kata, diorang semua over excited, tak serious sebab dah tengok apa jadi kat pelajar² AF1 & AF2. (Kenapa Reza sebut 'diorang' ek, bukan 'kitorang'? Mungkin dia rasa dia tak termasuk dalam golongan yang 'over excited' tu kot). Rasanya apa yang Reza maksudkan ialah, diorang dah tau keluar nanti gerenti glemer, tu pasal diorang tak bersungguh². Tah le, aku nengok biasa jek. Takde lah macam yang digambarkan tu. Tapi yang aku nengok sejam jek, tu pun campur Aznil & iklan. Yang kat Akademi tu nengok diorang 24 jam, so diorang tentulah lebih tau kan. Apa pun, paling tua tak bermaksud Reza paling matang, dan tak bermaksud pendapat dia paling benar. Mungkin kita patut ditunjukkan pendapat pelajar² lain juga.

Akhir sekali kita boleh nengok Yazer menggoreng gitar letrik , Felix main rhythm & Keifli main drum, manakala Fuad pula menyanyi (tak ingat lagu apa). So, kalau rasa² dah ramai sangat artis solo bawah Maestro, boleh lah tubuhkan band baru yang terdiri dari pelajar² ni. Aidil boleh lah jadi komposer lagu, tak pun jadi penari latar ke.. huhuhu. (Kalau Mawi ada, agaknya Mawi main kompang kot.. hehehe)

Diari hari ni okay la jugak. Kalau nak nengok pelajar² menyanyi lagu masing² dalam kelas Adnan, nak nengok diorang kena basuh dengan Abang Asrul dan nak nengok 'band AF3' tu, boleh la tido lambat sikit.

Kedudukan undian setakat tengahari tadi masih didahului oleh Felix-14%, diikuti oleh Amy-11% & Ekin-9%. Tangga terkebawah ialah Akma. Tapi peminat² Akma tak perlu risau. Sejarah AF1 & AF2 membuktikan bahawa mereka yang berada di tangga terkebawah selalunya kekal hingga ke peringkat akhir.


Katakan TAK NAK pada SMS!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home