Friday, June 10, 2005

Diari AF3 - 10 Jun: Bhg. 1

Dalam kelas English, Puan Fati suruh diorang sebut 'She sells sea shells by the sea shore" dengan pelbagai ekspressi muka. Felix - marah. Marsha - hairan. Mawi - funny, dan dapat tepukan dari pelajar² lain. Part Felix & Mawi tu 2 kali ditunjukkan. Budak 2 orang tu dah over exposed dah aku rasa. Perlu ke tunjukkan scene yang sama sampai 2 kali? Bagi can lah kat pelajar lain jugak. I'm sure peminat² Idayu, Reza, Aidil dan lain² tu nak tengok jugak gelagat pelajar favourite diorang dalam kelas. Teruk betul lah Astro nih. Produksi takat melepaskan batuk di tangga jek. Takkan lah takde sesapa check dulu keseluruhan diari sebelum ditayangkan kat TV? Kalau ada, Astro patut buang aje orang tu dengan notis 24 jam! Bukannya lama sangat pun. Kat TV jek setengah jam, tapi kalau tolak iklan, tolak Aznil membebel, tinggal berapa minit aje la paparan yang sebenar? Takkan lah macam tu punya pendek pun tak boleh nak control kualiti?

Seterusnya Puan Fati suruh diorang pilih kad wasiat. Yang perempuan, ada yang nak kaler biru lah, purple lah, kuning lah. Ada la tu nanti kat @15 tu mengutuk yang pompuan mengada² nak kaler macam². Tapi biasa la kan, nama pun pompuan. Memang la particular sikit. Kalau aku pun, aku nak yang kaler paling cantik. Sampai kat Mawi, dia kata 'whatever'. Bagusnya anak ikan akak nih, tak banyak songeh.

Kemudian pelajar² tunjukkan persembahan masing² depan Adnan & Fati.

Amylea - setakat ni aku suka apa yang aku dengar. Aku harap performance Amylea nanti akan menyelamatkan dia dari tersingkir. Masa persembahan Amylea ni, Fuad pun ada menari. Kelakar pulak aku tengok Fuad buat ala² lembut. Sejak kena tegur dengan EE, dalam kelas tarian nampak Fuad semakin bersungguh² dan melibatkan diri dalam persembahan kawan². Bagus la macam tu.

Idayu - Adnan suruh dia tambah sikit² kat celah² lagu tu, i.e "Come on!!", aku rasa pun dia perlu buat macam tu untuk berinteraksi dengan penonton. Suara dia memang dah sah² power. Dia mesti tonjolkan sesuatu yang lain untuk kekal ke final, kalau tak aku risau nasib Idayu sama macam Rosma atau Sahri. Adnan suruh Idayu buat kepala geleng² ala² black selalu buat tuh.

Elliza - Adnan suruh Elliza relax sikit bila menyanyi, kurangkan pergerakan pada part tertentu supaya suara dia tak kedengaran bergetar.

Fuad - masih kurang mantap dari segi vokal. Ada juga lari pitching sikit. Fati cakap Fuad banyak tutup mata. Dari segi penghayatan, aku rasa ekspressi Fuad terlebih pulak. Mungkin dia patut concentrate lebih on vokal dan hayati lagu tu melalui nyanyiannya terlebih dulu. Bila dapat hayati lirik lagu dalam nyanyian, ekspressi muka tu akan hadir sendiri.

Marsha - suara Marsha ni memang unik, tapi aku tak berapa suka tang slang kat sesetengah perkataan tu. Adnan ada tegur pasal Marsha terlupa lirik. Heran jugak. Kalau baru dapat lagu tu, boleh lah dimaafkan kalau terlupa lirik. Tapi bak kata Adnan lah, Marsha dah nyanyi lagu tu sejak dari masa ujibakat lagi. Mungkin Marsha memang jenis yang selalu lupa lirik, macam Vince & Bob, sebab masa 1st day di akademi hari tu pun, masa sessi dengan Dr. Azahari, Marsha ada cakap pasal dia takut tak dapat hafal lirik.

Aidil - nampak Aidil tried very hard untuk high notes. Vokal masih kurang mantap, kalau muzik kuat, suara Aidil mungkin akan ditenggelami bunyi gitar dan dram jek nanti.

Keifli - aku rasa Keifli improved dari segi nyanyian. Aku bebetul respect kat Siti Hajar. Minggu lepas memang obvious sangat pelajar² lelaki kebanyakannya menyanyi meneran² bila nada tinggi. Tapi minggu ni, masing² dah pandai melontar suara. Kalau Keifli mampu menunjukkan peningkatan setiap minggu dan memberi kejutan dalam persembahannya di pentas, Keifli mungkin menjadi Khai atau Adam, wajah hensemnya tu akan membantu menyelamatkan dia dari tersingkir. Tak tau lah kalau pengakuan dia dah ber-gelfren tu akan menyebabkan orang tak nak undi dia.

Amy - aku masih rasa Amy ni sekadar menyanyi jek, kurang menghayati lagu.

Reza - aku suka sebab Reza ada gaya tersendiri, tapi dia masih lagi sebut 'wanita' jadik 'wanite', 'malaysia' jadik 'malaysie'. Bagi aku faktor 'populariti lagu' juga memainkan peranan dalam undian. Kalau ada penyingkiran minggu ni, aku rasa Reza terselamat sebab lagu ni diminati ramai dan masih top di radio & TV.

Akma, Amylea, Ekin & Felix - semuanya okay. sebenarnya tak ada apa sangat nak tulis pasal persembahan diorang. Yazer pulak, aku tak perasan ada tunjuk ke tidak persembahan Bo Bice Tawau tu tadi.

M. Nasir datang menemui pelajar² malam tadi.

Fuad bercakap tentang vokal, teknik mencapai nada tinggi, bla bla bla.

Akma, Keifli & Idayu - M. Nasir kata mereka boleh menyanyi, standard yang berbeza, ada tone sendiri, tapi kelemahan mereka ialah.. (tak dinyatakan dengan jelas). Mungkin dari segi gaya persembahan kot.

Elliza, Amy, Aidil & Mawi - agak panjang paparan teguran M. Nasir untuk Elliza.

M. Nasir: Elliza, kalau nak cakap kenapa mesti nak ketawa²?
Elliza : Saya tak ketawa, saya senyum (senyum lagi)
M. Nasir: Tak ada komedi kan di situ?
Elliza : Tak ada (senyum lagi)
M. Nasir: Umur kamu tak sama dengan perangai kamu
Elliza : Saya senyum cikgu (senyum lagi, tapi dah tawar sikit)

Kemudian panjang M. Nasir cakap, dengan sikap macam tu, Elliza tak akan bertahan lama di luar sana. Kalau sama² kawan, boleh lah, tapi kat luar sana nanti, kalau orang tanya, sikit² nak ketawa, nanti orang tak hormat. M. Nasir kata dia tak boleh nak cakap habis sebab mungkin ada orang yang suka, tapi pada pendapat dia, untuk menjadi artis yang dihormati, seseorang tu perlu ada perangai yang tertentu. Masa ni Elliza dah tak senyum dah. Kesian juga aku tengok Elliza. Dapat aku bayangkan perasan dia masa tu. Ahli keluarga Elliza yang menonton diari tu mesti sedih. Sebagai ahli keluarga, pasti diorang lebih mengenali Elliza. Bagi aku, dah memang perangai dia macam tu, macam tu lah. Bukan senang nak kikis sifat semulajadi yang dah 21 tahun ada dalam diri kita. Cuma kata² M. Nasir memang ada kebenarannya. Kalau dah memilih jalan untuk jadi selebriti, Elliza kenalah menyesuaikan diri. Gila² tak apa, gedik pun tak apa, tapi kematangan perlu ada. Macam Ziana Zain, Amy Mastura, malah Aznil Nawawi pun, perangai diorang selalu kita tengok macam remaja 17 tahun, tapi pada masa yang diperlukan, mereka bersikap matang dan serius.

Aku rasa, yang paling menarik untuk ditonton dalam diari hari ni ialah sessi Elliza & pengetua tu lah. Yang lain tu macam biasa jek.

Syok gak opis kat rumah ni. Sambil² lipat baju, ngadap @15. Sambil² sapu sawang, ngadap @15. Sambil² mop lantai, ngadap @15. Chatters tu semua yang chat sampai separuh muflis, aku jugak yang terhibur tanpa keluar satu sen pun. Tapi antara banyak² yang berkempen dan kutuk mengutuk tu, yang ni aku rasa boleh lah bertanding untuk Anugerah Dialog Chat Terbaik AF3@15.

unyiq: kepada penyokong marsha, jangan lupa bawak ikan tenggiri sorang sekor..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home